SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

30 Mei 2011

KAKITANGAN JKR SARAWAK MAHU STATUS PENCEN SEPERTI RAKAN SEMENANJUNG

Borneo Post
May 30, 2011,




KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak mahu kerajaan mempertimbangkan permohonan mereka untuk menerima status berpencen sepertimana yang diperolehi penjawat awam JKR di Semenanjung Malaysia.

Perkara tersebut disuarakan oleh Setiausaha Agung Kesatuan JKR Sarawak Abang Tony Shaferi dengan menyifatkan Jawatan Berasaskan Caruman (JBC) yang diberikan tidak cukup memuaskan hati mereka setelah berkhidmat puluhan tahun dengan kerajaan.

“Sungguhpun kebanyakan kami telah berkhidmat selama 30 tahun kepada kerajaan dengan penuh dedikasi dan komitmen yang tinggi bagi mencapai aspirasi kerajaan namun kami hanya diserap ke jawatan JBC di mana kami tidak akan mempunyai pencen ketika bersara kelak.

“Apa yang akan kami dapat ialah wang sekitar RM100,000 (wang KWSP), dengan duit sebanyak itu kita perlu melangsaikan pinjaman perumahan, pinjaman kereta dan sebagainya.

“Bakinya mungkin dalam RM10,000 sahaja jadi dengan duit sebanyak itu adakah kami mampu menyara hidup pada masa tua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Hari Pekerja JKR Sarawak di Bangunan Lama Dewan Undangan Negeri, malam kelmarin.

Menurut Tony, JKR Sarawak mempunyai kakitangan seramai 1,434 dan kesemua mereka diserapkan ke jawatan JBC dan mahukan pembelaan agar mendapat keistimewaan seperti mana penjawat awam yang lain.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Omar Osman dalam ucapannya dalam majlis tersebut memberitahu bahawa pihaknya akan memeterai satu memoradum dengan CUEPACS Sarawak agar dapat menyelesaikan permasalahan penjawat awam di negeri ini.

“Perkara ini akan dibawa ke peringkat kerajaan persekutuan dan kami akan membuat satu memorandum dengan CUEPACS Sarawak supaya masalah seperti ini dapat diselesaikan .

“Kami mahu penjawat awam di JKR Sarawak tidak terlepas daripada mendapat keistimewaan seperti yang ditawarkan di Semenanjung Malaysia dan perkara ini perlu kita ambil perhatian,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng, berkata beliau akan menyokong setiap usaha yang dilakukan oleh pihak CUEPACS dan Kesatuan JKR Sarawak dalam membela nasib penjawat awam JKR Sarawak.

“Sememangnya kalau diikutkan JKR di peringkat persekutuan dan negeri mempunyai bidang kerja yang sama tetapi yang bezanya ialah di Semenanjung Malaysia ada pencen dan bantuan perubatan tetapi kita di sini belum ada.

“Disebabkan itu saya harap semua pihak akan berbincang sedalam-dalamnya dan saya akan menyokong apa sahaja usaha yang ada,” katanya.

Bagaimanapun beliau memberitahu bahawa satu perbincangan perlu dilakukan bersama pihak kerajaan negeri terlebih dahulu.

“Kami akan sentiasa memberikan sokongan untuk memperbaiki keadaan dari segi keseimbangan gaji dan lain-lain lagi, tetapi terlebih dahulu kita perlu berbincang dengan kerajaan negeri,” katanya.

Hadir sama pada majlis tersebut semalam Presiden Kesatuan JKR Sarawak William Sayeng Mayun.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Skim juruteknik naikkan taraf dulu....

Tanpa Nama berkata...

Apa dah jd dgn skim JURUTEKNIK takkan diam aje....MTSU dan Cuepacs tak ada berita gumbira ke utk JURUTEKNIK..dh lama menunggu ni ..LETIH la...

j27 berkata...

Skim juruteknik j17 upgrade jadi j27..ok? SETUJU

Tanpa Nama berkata...

Hairan kenapa perkara-perkara macamni boleh terlepas pandang.

Tanpa Nama berkata...

Tu la pasal...asik cikgu polis dan tentera saja yg naik gaji

Juruteknik Poli berkata...

MTSU, CUEPACS, JPA, JKR, JUPEM, UNIVERSITI AWAM dan PBT bantulah skim JURUTEKNIK (Politeknik) utk dinaiktarafkan. Rasanya dok kaji dari dulu lagi dah cecah lebih 20 tahun. Kaji punya kaji skim lain yg dapat naik dh 2 - 3 kali upgrade. JURUTEKNIK masih di takuk lama juga.

Tanpa Nama berkata...

Kesian mereka yg pencen dulu tak sempat nak merasa kenaikan skim Juruteknik (itu pun kalau naik)

SijilPoli berkata...

MTSU MTSU MTSU MTSU MTSU MTSU MTSU MTSU....TOLONG BANTU KENAIKAN GRED JURUTEKNIK POLITEKNIK

Tanpa Nama berkata...

JKR ..apa dh jd dgn skim juruteknik..diam aje

Tanpa Nama berkata...

JKR= Jangan Kerja Rajin.............

Tanpa Nama berkata...

Juruteknik JKR...Jangan Kerja Rajin

az berkata...

kite ni sama le J17 /N17 di anaktirikan oleh qpec / kerajaan. yang nampak cuma GURU, POLIS, TENTERA sahaja

Tanpa Nama berkata...

Bukan sekadar kakitangan JKR Sarawak yang tidak berpencen, tetapi kakitangan jabatan awam negeri yang lain pun mengalami nasib yg sama. Jika kita lihat kepada iklan-iklan jawatan yang dikeluarkan oleh SPA Negeri Sarawak, hampir kesemua jawatannya adalah berasaskan caruman/JBC. Saya berpendapat bahawa SPA negeri sarawak yg sepatutnya memikirkan nasib kakitangan awam negeri ini apabila mereka bersara kelak. Kerajaan negeri sarawak dan SPA Negeri harus duduk bersama utk membincang nasib kakitangan awam negeri ini, bagi menghadapi hari tua mereka setelah mereka bersara nanti. Fikir-fikirkanlah.......

Tanpa Nama berkata...

SETUJU! Jawatan berasaskan caruman diserapkan ke jawatan tetap berpencen. Pasal apa? Kalau naik gaji pun, EPF pun ikut sama naik... yang mana satunya nak terima? yang mana satunya nak simpan? Mcm tak rasa sangatlah kenaikan gaji. Kadang2 jeles jugak tengok kawan yang lain kenaikan bersih je masuk. Lagi satu...kalau EPF keluar pun nanti, umur dah berapa dah? Tak kuasa dah nak manage duit. Lagi satu...gara2 jawatan ini, adalah jugak beberapa kawan yang sudah resigned drpd existing jabatan dan apply kerja ke jabatan lain yang yang menawarkan jawatan tetap berpencen. Kan 2x kerja tu. Lagi satu...saya pun daripada private sector juga...pikirkan nak rasa secure sikit bekerja dengan government yang pada mulanya saya sangkakan berpencen, saya resigned drpd private sector telecommunication tu, pastu berkhidmatlah pulak dengan government. Tup2..terkena jawatan berasaskan caruman sebab tak perasan ada jawatan ni dalam government krn normally sepengetahuan saya dahulu 3 tahun je kena potongan caruman ni, lepas tukar ke skim pencen. .Terkejutlah sikit. Lagi satu...nak minta pertukaran tempat kerja pun sukar. Kena cari kakitangan yang sama spesis JBC jugak...Sedihlah sikit. Sebab tempat kerja dengan rumah agak jauh jugak. Peluang tu ada yang nak tukar dengan orang, tapi terkena limitation pulak status JBC ni..