SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

17 November 2011

GAJI MINIMUM KAKITANGAN ANAK SYARIKAT KERAJAAN SELANGOR DIBUAT IKUT KEMAMPUAN

Bernama
17/11/2011




SHAH ALAM, 16 Nov (Bernama) -- Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata langkah melaksanakan gaji minimum RM1,500 sebulan bagi kakitangan anak syarikat kerajaan negeri dibuat berdasarkan kemampuan pendapatan kerajaan negeri.

Beliau berkata usaha itu dibuat kerana kerajaan negeri mempunyai kuasa pentadbiran dan pengurusan untuk memantau pelaksanaan itu.

"Ia menunjukkan kerajaan negeri mampu menetapkan gaji minimum bagi kakitangan anak syarikatnya meskipun terdapat sekatan untuk berbuat demikian.

"Pelaksanaan ini dibuat dengan bijak dengan cara tidak memikirkan kesan daripada kenaikan perbelanjaan hasil daripada penetapan gaji minimum," katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan Selangor 2012 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, Rabu.

Ketika membentangkan Belanjawan Selangor baru-baru ini, Abdul Khalid berkata pelaksanaan gaji minimum RM1,500 sebulan bagi kakitangan anak syarikat kerajaan negeri termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan bermula tahun depan.

Beliau berkata langkah itu bertujuan menggerakkan syarikat milik kerajaan negeri supaya memberi latihan kepada kakitangan untuk menaik taraf kemahiran seterusnya membantu mereka meningkatkan pendapatan sendiri.

Abdul Khalid juga menafikan dakwaan beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri bahawa kerajaan negeri Selangor mengamalkan diskriminasi terhadap penjawat awam di negeri itu apabila hanya memperkenalkan gaji minimum untuk kakitangan anak syarikat kerajaan negeri.



-- BERNAMA

4 ulasan:

penjawat awam 27 berkata...

takda yg nak komen ke???? Alhamdulillah mereka dah dapat... kita bila lagi kan????

Tanpa Nama berkata...

Biasa la, xkan gaji MB, gaji ADUN & gaji CEO PKNS je nak naik kan?
Selangor kan kaya..

Gaji kakitangan GLC selangor pun mesti nak naik.
Nak election la katakan.

Tanpa Nama berkata...

tahniah selangor, klu kerajaan negeri blh tetapkan gaji minimum, kerajaan persekutuan bila lg, itulah bezanya antara kerajaan yang berjimat dan telus dgn kerajaan yg hanya mementingkan poket sendiri ye.

Tanpa Nama berkata...

mintak2 la kerajaan ttapkan gaji minimum 1500.00 gak......bkan tak besyukur dngan apa yng ada.....tapi tuhan je yng tahu mcm mne ngn kos skarang......patut org atas dduk kt tmpat kite baru tahu mcm mane rse.....ngan kehndak ank2 lagi.....kite yng tua ni boleh la bertahan...tapi bdk2 mereka bkan tahu ape........mari la kite same doa doakan ye.......