SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

20 November 2011

PENJAWAT AWAM PERLU BERSEDIA HADAPI PERKARA BARU DALAM PERKHIDMATAN

Bernama
20/11/2011




SANDAKAN, 19 Nov (Bernama) -- Penjawat awam perlu bersedia menghadapi pelaksanaan tiga perkara baru dalam perkhidmatan awam mulai tahun depan, kata Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman.

Beliau berkata bagi tujuan tersebut mereka perlu menyiapkan diri di segi kesihatan, prestasi kerja, produktiviti dan kreativiti bagi membolehkan penjawat awam terus berdaya saing memenuhi permintaan pelanggan.

Bercakap kepada pemberita selepas program 'Road Tour' CUEPACS di Hospital Duchess of Kent Sandakan di sini, Omar berkata perkara baru itu ialah pengenalan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), lanjutan umur bersara kepada 60 tahun dan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK).

"Penambahbaikan ini memerlukan penjawat awam memberi perkhidmatan lebih baik kepada orang ramai," katanya.

Omar berkata kira-kira 1.3 juta penjawat awam seluruh negara termasuk 140,000 di Sabah akan mendapat manfaat menerusi pelaksanaan tiga perkara baru itu.

Katanya, menerusi penambahbaikan ini sudah pasti mereka perlu tampil lebih cekap, kreatif, produktif dan berintegriti selaras dengan peranan melaksanakan dasar-dasar kerajaan.

-- BERNAMA

22 ulasan:

kalau boleh pertimbangkan berkata...

sememangnya PA perlu berusaha untuk meningkatkat penyampaian.namun minta diberi sedikit rehat...kalau boleh pertimbangkan kerja separuh hari pada hari jumaat.Lagipun cuti tahunan PA telah dikurangkan kepada 25 hari...untuk memanfaatkan hari kelepasan sabtu Ahad jika diberi peluang kerja separuh haripada hari Jumaat maka perjalanan ke mana mana destinasi boleh dimulakan pada petang Jumaat.Jika pulang jam 5 ptg,agak lewat untuk memulakan perjalanan memandangakan hari sudah hampir malam bila PA sampai ke rumah.

Kalau boleh mohon pertimbangkan agar dapat kami membawa anak anak pergi solat jumaat bersama sama.

Tanpa Nama berkata...

BERITA TERKINI - PERLU BACA

Puan,

Dengan hormatnya merujuk kepada emel yang diterima pada 15 November 2011 dan perkara yang dibangkitkan melalui laman web 1Malaysia.com.my adalah berkaitan.

Jabatan ini mengambil maklum dan mengucapkan terima kasih di atas pandangan puan.

Walau bagaimanapun, sebagaimana diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa MAPPA ke-12 pada 22 Mac 2011, kerajaan sedang mengkaji penambahbaikan kepada Sistem Saraan Malaysia. Kajian semula sistem saraan sedia ada dilakukan secara menyeluruh supaya skim perkhidmatan sentiasa relevan dengan keperluan semasa dan masa hadapan. Oleh kerana kajian tersebut turut melibatkan penelitian semula kepada 23 skim perkhidmatan yang memperuntuk sijil Politeknik, maka ia memerlukan kajian teliti yang melibatkan relaviti dan pariti serta prinsip-prinsip saraan yang lain, sebelum kajian dimuktamadkan.

Sehubungan itu, puan boleh menyemak penambahbaikan skim perkhidmatan melalui Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan mula dihebahkan di Portal JPA setelah Rang Undang-Undang Perbekalan Bagi Bajet 2012 diluluskan oleh Parlimen.

Sekian, terima kasih.

_______________________________________________________________________________
SUZIYANA SUKRI
Pegawai Perhubungan Awam, Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Perkhidmatan Awam
03-88853088 0129236726 suziyana.sukri@jpa.gov.my

Tanpa Nama berkata...

Cakap sodap ngko omar. skrg kamu di sandakan, naik belon.
kamu ingat kita org tak bersedia?

Cakap jer .. utk siaran media .. PA kompiten utk laksanakan SBPA. PA Malaysia sudah teruji dgn kecekapan, kreatif, produktif dan berintegriti.


apa punya presden.. sama sendiri pun perlekeh PA !

Tanpa Nama berkata...

tak habis-habis kajian..perhabis duit rakyat..!! kami dah berijazah dan master 6-7 tahun.. tak da apa-apa..sepatutnya diberi keutamaan pada kami yg berbelas tahun pengalaman kerja.. ke jawatan gred A.. habuk tarak.. hampeh..!! sudahlah.. cakap tak serupa bikin..!! poorraahh..!! PRU-13 penentu segalanye..!!

Tanpa Nama berkata...

kalau boleh diharapkan perkara baru tidak terlalu berbeza dengan perkara sedia ada seperti zaman lantikan ssb dan ssm.kerana ada juga elemen2 yang wujud dalam ssb dan ssm lebih membelah kakitangan awam. so diharapkan SPBA diwujudkan adalah signifikan dengan suara kakitangan awam..bukan kerana ideologi,desakan, dan diharapkan sbpa lebih impirikal dan hasil kajian yang menyeluruh

Tanpa Nama berkata...

Perjuangan tetap diteruskan j17 sijil poli ke j27/29 P1T1 dan Diploma j29 P1T6

penjawat awam 27 berkata...

hadiah sesiapa yg dapat SKT rendah dr 50% akan dibuang... hahahahahaha...

Tanpa Nama berkata...

BERITA SENSASI :

JPA menafikan Anjakan Gaji Penjawat Awam. JPA menidakkan PP 4/2002, Perenggan 51 & 52 (Jadual 7).

Ramai PA yang dapat Anjakan Gaji pd tahun ke 5 dan bukan pd tahun ke 4.(walau pun telah penuhi semua syarat).

Alasan JPA, walaupun penuhi syarat, PA diberi Anjakan Gaji pd tahun ke 5 berkhidmat. (kepala bapak dia punya alasan !!!!)

Presiden Cuepacs .. sila baca Pekeliling PP4/2002.

2bz4money berkata...

Yang jelasnya tahun 2011 adalah tahun transformasi dimana beberapa program telah dilaksanakan di semua peringkat perjawatan. 2012 adalah tahun pelaksanaan. Tiada lagi isu nak berubah. Dah jom keja..

gm berkata...

Wow...now I see, this blog does have moderator. Prior to this… any crap just fit in. All d names calling n diatribes were not censured. This surprised me bit as my posting is really deleted...as its never bfore.
Ok, I screwed up a bit at something…but it carried some weight on it.
I made a comment on d mild level of d public service. about d teacher who spat ugly lingo to his pupils, n on d unnecessary depiction on d rm100 payout for d school going children in Kelantan….where politic outrightly swooped in to afflict d otherwise blissful occasion.

And Mr moderator, those r true….so why removed? Oh come on……dun tell me u’r licking boots too!

gm berkata...

see if u delete dis one too.

Tanpa Nama berkata...

SBPA is still in the limbo ! I hope the PROSPEK will not be implemented coz it will not be transparent ! Bodek naik pangkatlah ! Not favourable to those who work hard ! I disagree wif PROSPEK !

Tanpa Nama berkata...

tahun 2011 menyaksikan beberapa kemudahan dalam PA ditarik balik contoh cuti tampa rekod untuk mengiringi pesakit telah ganti dengan cuti rehat - habislah cuti rehat PA - kedekut sangat kerajaan sekarang semua nak berkira..yang boss cupek pun asik yes...boss saja...

Tanpa Nama berkata...

Mcm mana pula dgn masaalah kami guru ex.diploma dg29/41 yg. lantikan ke dg44 SEBELUM JULAI 2007lebih SENIOR yg terlepas 1 HPG ,so gred gaji 1 tangga lebih rendah dari junior lantikan SELEPAS JULAI 2007 sebaliknya sama dgn JUNIOR 2008.... tak de pelarasan ke bila kami dilantik ke dg 48 kelak???? Sepatutnya pelarasan dibuat mulai JANUARI 2007 bukannya mulai JULAI 2007 barulah tak kecoh mcm ni.... NUTP pun tak ambil action apapun mengenai masaalah kami ni.....

Tanpa Nama berkata...

Mcm mana pula dgn masaalah kami guru ex.diploma dg29/41 yg. lantikan ke dg44 SEBELUM JULAI 2007lebih SENIOR yg terlepas 1 HPG ,so gred gaji 1 tangga lebih rendah dari junior lantikan SELEPAS JULAI 2007 sebaliknya sama dgn JUNIOR 2008.... tak de pelarasan ke bila kami dilantik ke dg 48 kelak???? Sepatutnya pelarasan dibuat mulai JANUARI 2007 bukannya mulai JULAI 2007 barulah tak kecoh mcm ni.... NUTP pun tak ambil action apapun mengenai masaalah kami ni.....

Tanpa Nama berkata...

sudahlah kau.. dpt gred DG41 dah kira bersyukur.. tamak nak mampos nak naik gred lagi DG48.. apalah kau nie.. mangkuk-hayun.. kami nie ada ijazah, dan ada yg ada master dah berijazah 6-7 tahun tak dpt gred 41..ape cite, blahlah lu beb..!! siaplah kau org PRU-13 nie..

Tanpa Nama berkata...

Kekadang terfikir juga aku .. kata2kawan ..(siaplah kamu PRU13 nanti). aku pun ada ijazah, master.
kerja bagai nak rakk EO.
mintak 41, tduga .. habuk pun tarakk.
insentif apa utk PA kump. sokongan yg ada ijazah?
Cuepacs? .. bnyk political mileages.

Tanpa Nama berkata...

juga kena bersedia untuk pemerintah baru Pakatan Rakyat yang lebih adil dan ikhlas membela pekerja, tidak menindas macam BN

Tanpa Nama berkata...

Pakatan Rakyat yang lebih adil dan ikhlas?

Makin tertindas adlah.
Ade ke patut kerajaan PR selangor bagi gaji minimum RM1500 utk GLC je. Habis tu penjawat awam lain di Selangor macam mana?

Ada ke patut gaji ADUN dan CEO PKNS naik sampai berjuta2 setahun? Habis tu pekerja lain gaji tetap sama.

Ada ke patut peruntukan 600juta untuk projek air Kelantan dah diberikan kerajaan pusat. Rakyat Kelantan masih minum air keruh macam air tanah.

Tanpa Nama berkata...

TAKKAN JURUTEKNIK SAJA ASYIK MINTA NAIK GRED, NAIK GAJI DENGAN ALASAN ADA DIPLOMA, SIJIL DAN SEBAGAINYA, KAMI YANG ADA DIPLOMA, DEGREE, MASTER PUN JPA TAK PERNAH KENANG...UNDI PEMBANGKANG JE NANTI...

Tanpa Nama berkata...

politik-politik..sampai skrg tak ada berita tentang kenaikan gaji..bila nak diluluskan di Parlimen..cakap-cakap kosong je masa belanjawan hari 2..tak bole harap punya kerajaan...mari semua PA kita suarakan di PRU 13 nanti..

Tanpa Nama berkata...

nak tanyalepas ni pap kena buat kerja pemandu ka?