SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

01 Februari 2013

PENJAWAT AWAM JANGAN ASYIK TAK PUAS HATI - OMAR OSMAN

Bernama
1/2/2013

KOTA BAHARU, 31 Jan (Bernama) -- Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman mengingatkan penjawat awam supaya tidak hanya tahu meluahkan rasa tidak puas hati dengan dasar kerajaan sebaliknya mereka perlu menggalas tanggungjawab yang diberi dengan ikhlas.

Omar berkata penjawat awam perlu sentiasa bersiap sedia memikul tanggungjawab yang diberi dan mereka sepatutnya bersyukur dengan apa yang telah dicapai kerajaan hari ini.

"Penjawat awam jangan asyik tak puas hati sahaja. Tak ada kerajaan yang dapat puaskan hati 100 peratus hati rakyatnya.

"Kerajaan cepat ambil tindakan kalau Cuepacs buat aduan. Setakat ini sudah 20 perkara telah dapat diselesaikan dalam masa enam tahun ini," katanya ketika berucap pada Perjumpaan Khas Bersama Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri bagi Kelantan di Dewan Utama Kampus Kesihatan Univesiti Sains Malaysia Kubang Kerian di sini Khamis.

Majlis berkenaan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Husin.



-- BERNAMA

50 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rupe2nyer PA2 yg selalu komen kt sini ialah mereka yg sdg dlm office hours..hhuuummm..

Tanpa Nama berkata...

mana ada....hr ni aku cuti la

Tanpa Nama berkata...

Teruskannn

Tanpa Nama berkata...

jangan la dengki dengan gred2 lain. rezeki kau, kau makan, rezeki yang lain, orang lain la makan, bukannya banyaknya gaji itu rezeki, tapi kebahagian dengan kecukupan yang menjadi ukuran dari Allah.

Tanpa Nama berkata...

Datok kalau kami tak komen macam mana nak buat pembaikan,jangan jadi yesman,contohnya jawatan ccN22/N26 kena buat penyeliaan bagi yang naik N22(kup) tak perlu kerja penyeliaan tapi gaji sama,ini apa cerita.

Tanpa Nama berkata...

masalahnya aku tak puas hati dengan OMAR OSMAN.

tak reti2 nak berambus. bagi orang baru jadi presiden yang boleh bagi idea-idea baru dan bernas, bukannya idea jumud dari orang yang sudah jumud.

Tanpa Nama berkata...

Memang tak puashati Datuk Omar, Mantan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awaam Tan Sri Abu Bakar Abdullah pada tahun 2011 ada memberitahu dalam facebooknya akan kenaikan gred Juruteknik dan pelaksanaannya dalam bulan Januari 2012. Sekarang dan bulan Februari 2013 senyap je... JPA perlu telus dalam membuat keputusan.

Tanpa Nama berkata...

kami mintak jerrr.....kenapa PA selalu x puas hati...cerr kaji yg tu kenapa??? sy ni kerja berisiko..kaji sama dgn kerani...baik sy kerr ja dok office jerr yerrr tak..Tapi! tak boleh kerana sy ada tanggungjawab dan AMANAH....nak x nak tetap kami buat...tapi!!! lihat lah dari aspek kebajikan kami...masa kami..keluarga kami...selaraskan gaji...naikkan elaun perumahan....kami ni ketagory miskin bandar...dapat BR1m lagi...cam nerrr tu....kami minta..dan mencuba...

Tanpa Nama berkata...

jangan risau wahai PA semua bukan juruteknik saja akan naik ke gred 29 tapi semua jwtn gred 17 akan naik ke gred 29,mulai bulan mac semua PA akan naik gred ,gaji dan elaun..

yang meminta,
Omar Osman

*Harga barang naik jangan salahkan saya ye,yang 2 salahkan kerajaan ok semua PA..chow chin chow..

Tanpa Nama berkata...

Senang ler cakap.Datuk Omar banyak claim elaun.Ok ler.Kami gred rendah yang rasa diperbodohkan oleh JPA,memang berhak luahkan perasaan.Bukan kami mintak byk pun.Kasi adil ler untuk semua.Ini tak mcm kasta.

Tanpa Nama berkata...

Datok kalau kami tak komen macam mana nak buat pembaikan,jangan jadi yesman,contohnya jawatan ccN22/N26 kena buat penyeliaan bagi yang naik N22(kup) tak perlu kerja penyeliaan tapi gaji sama,ini apa cerita.

Jumaat, Februari 01, 2013 11:05:00 PTG
...................................
Dalam kastam W22, macam ni banyak berlaku.Kena selia KUP W22.JPA memang biul.W22 hakiki ni bukan baru kerja.Patutnya kalau 10 tahun W22 kasi ler otomatik naik W26.

Tanpa Nama berkata...

bkn x puas ati. Cuma mrluahkn sahaja. Kenapa Elaun rumah x selaras. ada yg dapt lebih tapi ada cuma dpt RM180 sahaja. Sekarang mana mau cari rumah sewa harga Rm180. Sewa bilik pun x dapat.

Tanpa Nama berkata...

memang tak puas hati pun , asyik2 Guru yg dilebih-lebihkan , Apa kurangnya jawatan yang lain ? Beri kesakmaan keistimewaan , tiada unsur politik murahan .

Tanpa Nama berkata...

KALO SEMUA LANGKAH & KEPUTUSAN YG DIBUAT OLEH KERAJAAN BETUL .....PON XBLEH JUGAK KAMI SEBAGAI PENJAWAT AWAM ADE HAK UTK MEMINTA..MENYUARA..MEMBERI CAANGAN YANG BAIK..BERNAS UTK SEMUA PA...SBB DH LAME DUDUK DI BAWAH TEMPURUNG ASYIK MENGIKUT AJE...KALO BETUL DI AMBIL BERAT..SAYAMG PADA SEMUA PA RATA2 1.4JUTA SETIAP TAON KERAJAAN AKAN MENGUMUMKN BONUS SAMA RATA MAX RM2000 XYAH DOK KATA SETENGAH BULAN ..NIE BAB GAJI PLAK KALO DIIKUTKAN PERLU FIKIRKN KOS SARA HIDUP KEDEPAN IAITU MENINGKAT DGN ITU NAIK..NIE NAIK..HOK TUH NAIK...YANG TURUN LAMBAT ...MAX GAJI BG GRED PALING BAWAH HINGGA KE.PERINGKAT TINGGI POKOK BIAR ADIL..SAKSAMA TIDAK MEMBEBANKAN PADA GRED YG PALING BAWAH..MINIMUM GAJI UTK PA GRED YG PALING BAWAH RM1200 JIKA CAMPUR ELAUN TTP GAGAH LAH JUGAK IDUP DI ZAMAN METROPOLITAN YANG SERBA NAK NAIK AJE... SEBENAR DUIT ADE TP PEGI KE LAIN BAB..SEKIAN..PEACE..

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan diminta jgn melayan tuntutan PA yg keterlaluan kerana nafsu manusia tidak ada hadnya. Jika kerajaan layan 5 tuntutan, PA akan terus minta lagi 20 tuntutan dipenuhi. Jadilah lagu "bangau oh bangau" yg tidak berpenghujung. Biarkan sahaja buat seketika dan pihak kerajaan pada masa yg sama jgn buat sebarang janji yg belum pasti dapat ditunaikan. Buat masa ini pihak kerajaan perlu fokus terhadap keperluan memenuhi rancangan dan janji2 yg telah dibuat sblm ini. SEMUA PA HARUS AKUR DGN TINDAKAN KERAJAAN YG BERTANGGUNGJAWAB.

Tanpa Nama berkata...

akur jugak .. cuma Janji DiTepati. Camno dgn pengumuman dpd Jkuasa Penambahbaikan SSM+ ???

aku tngk Datuk Farida semakin senyum skrg .. apahal Datuk.
Cercita ....

Tanpa Nama berkata...

BERITA YANG AKU TERKEJUT:
Cuepacs berkata hampir 50,000 kakitangan kontrak dalam perkhidmatan awam seluruh negara.

MENGAPA AKU TERKEJUT.!
1.Sebab Pegawai dan Kakitangan kerajaan (termasuk jawatan kontrak) ialah mata dan telinga kerajaan.
2. Sebab pegawai dan kakitangan jawatan kontrak tidak di'iktiraf' sebagai penjawat awam kerajaan, dan diberi tugasan yang tidak melibatkan 'penurunan tugas' atau 'perwakilan kuasa'.
3. Sebab jawatan kontrak dibaharui setiap 2 tahun sekali dan diberi ganjaran 'pencen KWSP' setiap 2 tahun sekali.
4. Sebab 'tempoh khidmat' jawatan kontrak tidak dimasukkira dalam pengiraan pencen apabila bersara sekiranya berjawatan tetap kerajaan
5. Sebab 'pesara' jawatan kontrak boleh membocorkan rahsia kerajaan apabila meninggalkan jawatan kontrak.
6. Sebab 'Kerajaan' cuai apabila mengkaji dan membuat dasar penjawat kontrak bagi pengambilan pegawai dan kakitangan kerajaan jawatan kontrak, demi mengurangkan beban kewangan pengurusan kerajaan.
7. Sebab 'Kerajaan' kini cuai sekali lagi apabila membuat dasar 'pembekuan pengisian jawatan kosong dan pengurangan/penjumudan jawatan pegawai dan kakitangan kerajaan'.
8. Sebab 'Kerajaan' boleh membuat dasar pengambilan 'orang asing' untuk mengisi jawatan2 tertentu dalam kerajaan, sedangkan rakyat atau orang awam masih RAMAI yang berkelulusan, berkelayakan, berwibawa dan berketrampilan' untuk mengisi jawatan2 yang dicadang diisi oleh 'orang asing'.
9. Sebab dasar Kerajaan yang 'double-standard' terhadap rakyat sendiri yang taat setia dan mencari kerja dengan Kerajaan tidak dapat layanan yang sepatutnya.
10. Sebab dasar Kerajaan yang 'cuai' boleh membahayakan aspek "KESELAMATAN NEGARA" semaada akibat orang asing dan orang dalam lepasan jawatan kontrak diluar kerajaan.

SEKIAN kata hati seorang pesara gred 52 yang taat setia dengan dasar kerajaan walaupun sudah pencen dan seorang wira yang tidak mahu dicanang dan didendangkan.

Tanpa Nama berkata...

Tu la,dulu x nak belajar rajin2 masuk U, skrg merungut nak gaji tinggi mcm org ada degree, salah siapa? Apapun bersyukurla kita dpt gaji sesuai dgn prestasi keputusan peperiksaan kita disekolah dulu, ramaipun PA x lulus SRP dan SPM, bersyukurla kerana dpt kerja, jgn asyik merungut je, kerjala dgn ikhlas.

Tanpa Nama berkata...

Sebab tanpa guru tak mungkin anda dpt menulis.apa2 dlm blog ceupacs ni. Jgn asyik iri hati dgn cikgu. Jgn lupa tengok keistimewaan yg dinikmati polis dan tentera.... ape cerita? Salahkan diri anda kerana salah memilih jawatan lebih elok drpd sakit hati dgn org lain; bagai anjing menyalak bukit.

Tanpa Nama berkata...

Ya lah; padan muka mereka. skadar lulus PMR, SPM tapi nak samakan segala2nya dgn org yg punyai pengalaman kerja profesional dan pendidikan tinggi. Amat tak masuk akal jika kakitangan bawahan cuba berjuang utk sama ratakan gaji dan elaun dgn jwtan profesional spt doktor ataupun yg ada ijazah. Kenapa tak belajar bersungguh2 semasa diberi peluang spya tak dengki lihat org lain dpt gaji tinggi. PRASAN!!!!

Tanpa Nama berkata...

betul ke dorang ni minta gaji sama dengan yang jawatan ijazah tu? rasanya tak pernah pun aku baca dorang semua nak gaji sama cuma elaun dan keadilan untuk semua. kalau yang atas boleh naik gred dalam masa 5tahun kenapa yang bawah tak boleh? ini pasal kebajikan bukan nak gaji tinggi. akan mantapkah organisasi kalo segala kemudahan hanya untuk orang atasan?

Tanpa Nama berkata...

Inspen 1 dijual kepada Felda
Selepas ini peserta kursus kena pergi ke Inspen 2,tidak adakah orang kuat yang mempertahankan INSPEN,apa tujuan diambil alih oleh FELDA>

Tanpa Nama berkata...

TAWARAN MANIFESTO PR CUKUP ISTIMEWA BUAT 1.4 JUTA PA:
1. STRUKTUR GAJI DAN TERMA PERKHIDMATAN AKAN DI SEMAK SEMULA.
2. ELAUN SARA HIDUP DISELARASKAN SAMA-RATA RM500 SEBULAN.
3. GAJI MININUM AKAN DIKAJI SEMULA BAGI SEKTOR AWAM DAN SWASTA BERDASARKAN KOS SARA HIDUP YANG SEMAKIN TINGGI.
4. KENAIKAN GRED AKAN DISELARASKAN BAGI GRED B,C DAN D.

BUKANNYA SEPERTI KERAJAAN BN YANG UGUT DAN AKAN MEBERHENTIKAN 1.4 JUTA PA DENGAN "EXIT POLICY".

REBUTLAH PELUANG INI YANG DATANG SEKALI SAHAJA PADA PRU-13.

Tanpa Nama berkata...

Apa kata gaji pa dinaikkan rm3k minima, kita ikut mcm singapura... tetapi harga rumah juga dinaik rm300k minima untuk 3 bilik mcm singapura..... apa pendapat kamu semua.... ini yang benar2 berlaku kat singapura.... mari kita contohi singapura... baru betul2 akan jadi negara maju.... ada berani pa semua.... kita buat perubahan....

Tanpa Nama berkata...

Yg Pangkat besar dapat besar yg pangkat kecik dapat kecik walhal beli ikan ayam sama saj harga...bukan nk cemburu tapi...pangkat kecik xkan nk duduk gred tu jer sampai pencen...nk apply jawatan yg lebih besar walaupun ada degree/dip terpaksa apply balik kt SPA dgn permohonan yg samakin bertambah..peluang untuk kenaikkan pangkat tu ader dn terpaksa bersaing dgn org baru..ya dpt pangkat besar tui korang senang la nk cakap pun...

Tanpa Nama berkata...

satu sahajakita ingat
Allah berikan kita rezeki
gunakan dengan jalan yang elok.
itu adalah salah satu ujian dari Allah.
Yang pangkat tinggi atau gaji besar berhati-hati dan sedarlah akan ujian Allah semoga selamat di dunia dan akhirat.
SAVE FOR GAZA :JANGAN LUPA (DERMA UNTUK PALESTINE)WALAUPUN SEDIKIT..

Tanpa Nama berkata...

Setuju, heran betul, dah tua2 baru insaf dpt gaji kecik,sesal dulu pendapatan sesal kemudian x berguna lagi, kalau nak gaji tinggi g sambung belajar lg rasa susah payah belajar dulu,ingat peribahasa ni, kalau x dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya, jangan putus harapan, dunia belum kiamat

Tanpa Nama berkata...

Kpd semua PA x kira pangkat tinggi atau rendah, kita semua ada t.jwb ptg pd negara,apapun pangkat kita, insyaallah berkat rezeki kalau kerja dgn ikhlas, peluang utk terus maju masih ada terutama pd yg masih muda, berusaha terus berusaha.

Tanpa Nama berkata...

TAWARAN MANIFESTO PR CUKUP ISTIMEWA BUAT 1.4 JUTA PA:
1. STRUKTUR GAJI DAN TERMA PERKHIDMATAN AKAN DI SEMAK SEMULA.
2. ELAUN SARA HIDUP DISELARASKAN SAMA-RATA RM500 SEBULAN.
3. GAJI MININUM AKAN DIKAJI SEMULA BAGI SEKTOR AWAM DAN SWASTA BERDASARKAN KOS SARA HIDUP YANG SEMAKIN TINGGI.
4. KENAIKAN GRED AKAN DISELARASKAN BAGI GRED B,C DAN D.

BUKANNYA SEPERTI KERAJAAN BN YANG UGUT DAN AKAN MEBERHENTIKAN 1.4 JUTA PA DENGAN "EXIT POLICY".

REBUTLAH PELUANG INI YANG DATANG SEKALI SAHAJA PADA PRU-13.

Peluang ini akan direbut oleh penjawat awam seluruh malaysia khususnya johor, ramai penjawat awam yang mempunyai ijazah dan diploma dianaktirikan oleh kerajaan johor, akan berlaku perubahan besar dalam PRU-13 nie khususnya kubu kuat umno di johor, reformasi dan tranfomasi akan berlaku di seluruh malaysia khususnya johor.


Tanpa Nama berkata...

Adakah ada dah pasti PR dan akan penuhi segala janji? Jgn saja "bunyi guruh dilangit, air dlm tempayan dibuang". PR menang DAP yg berkuasa .... mampus org bumi yg miskin harta dan ilmu.

Tanpa Nama berkata...

kesian dgn saudara kita di selatan johor.aku doakn org melayu disana kembali dhormati.aku memang bnci dan meluat dgn MCA,MIC, UMNO pula mghalalkan cara MCA.UMNO pn aku da x respect sbb ikut tlunjuk MCA.kita tidak perlukn sanjungan.semoga kita masih kekal dihormati..

Tanpa Nama berkata...

sudaaa sudaaa ler tuh omar. step down ler!

Tanpa Nama berkata...

Belum pasti PR tunaikn janjinyer..
Tp yg pasti BN sudah tk mampu jaga rakyat dan negara...

Tanpa Nama berkata...

BELUM PASTI PR BOLEH TUNAI MACAM2 JANJI MENGGUNUNG TU...
TP YG PASTI BN SUDAH TIDAK MAMPU JD PENGURUS NEGRA DGN BERHEMAH
DAN JAGA RAKYAT DGN BAIK

Tanpa Nama berkata...

BERITA GEMPAR:
PRU-13 AKAN DIUMUMKAN TAK LAMA LAGI.
BAGI CALON-CALON BN TELAH BERLAKU PEREBUTAN DAN PERGADUHAN DI ANTARA MEREKA, MANA SEBILANGAN MEREKA YG DICALONKAN SEMASA PRU-12, TIDAK DICALONKAN SEMULA, MAKA PERTENGKARAN BERLAKU, DIFAHAMKAN PERCALONAN KALI INI LEBIH KEPADA KRONI PM SAHAJA.
BAGI CALON BEBAS, SPT ZULKIFLI NORDIN,IBRAHIM ALI,HASSAN ALI DAN LAINNYA TIDAK DISENARAIKAN OLEH MANA-MANA PARTI BAIK UMNO,PKR,PAS DAN DAP. MEREKA DILIHAT AKAN MENJAHANAMKAN PARTI YANG TERLIBAT, MAKA CALON BEBAS TERSEBUT AKAN MENGGUNAKAN TIKET CALON BEBAS, BERMAKNA RAKYAT AKAN BAGI SATU PUKULAN MAUT KEPADA MEREKA PRU-13 NIE. MANAKALA BN, PUKULAN MAUT DARI AHLI PARTI SENDIRI YANG TAK BERPUAS HATI DENGAN MEREKA. MANAKALA PUKULAN MAUT RAKYAT TERHADAP BN KERANA KENAIKAN HARGA MINYAK, BARANGAN MAKANAN, KENAIKAN HARGA RUMAH, KENAIKAN CUKAI PINTU, CUKAI TANAH, TOL, KENAIKAN PERALATAN KENDERAAN BERMOTOR, KENAIKAN CUKAI JALAN,INSURANS, ROAD-TAX KENDERAAN, KEJATUHAN HARGA SAWIT, KEJATUHAN SAHAM ASB,ASJ, TIADA KENAIKAN GAJI,ELAUN,ITP,COLA,PANGKAT 1.4JUTA PA. SEMUA INI AKAN MENGHANCURKAN BN BUAT SELAMA-LAMANYA..

Tanpa Nama berkata...

Tadi, 8/2/13 najib kata nak kaji beban tugas guru. Berapa banyak tahun nak kaji daaaa... Aku ingat sejak najib jadi menteri pendidikan dulu benda ni dah wujud. Bila sja ada PRU mesti ada cerita pasal nak kaji beban tugas guru. Tapi bila dah menang PRU, akan bertambah pulak beban tugas guru tersebut.

Tak percaya? Ni tambahan terbaru 2011 -2013:
1. PBS
2. 1M1S
3. SKPM
4. BR1M
5. NKRA pendidikan
6. Sistem Lancau2 online dengan server tahap budak tadika
7. emis data
8. saps

Tanpa Nama berkata...

Kegairahan pemimpin malaysia menuju ke arah sebuah negara maju tidak kena pada tempatnya. Hanya semangat sahaja yg ada tetapi kemampuan tak ada, tidak akan bawa malaysia ke mana kerana ia sekadar satu mimpi yg tak mungkin menjadi kenyataan. Tahun 2020 hanya tinggal kurang 7 tahun dan cuba pergi ke sabah dan sarawak utk melihat prasarana yg mereka ada. Semenanjung mungkin kelihatan maju dari sudut prasaran yg mereka ada tapi bagaimana dgn masyarakat luar bandar yg tidak punyai pekerjaan tetap dan pendidikan yg rendah. Kemudahan internet yg menjadi satu trend zaman skrg harus dipertingkatkan kelajuan dan kawasan liputannya bukan sekadar utk dinikmati masyarakat bandar yg rata2 berada. Tidak ada guna kerajaan menekankan penggunaan internet pd setiap peringkat jika mutu perkhidmatan yg disediakan masih di tahap yg rendah kerana akan menyebabkan rakyat bertambah benci dgn kerajaan. Jgn sekadar lepaskan batuk ditangga saja wahai para pemiimpin malaysia.

Tanpa Nama berkata...

AMBO SETUJU..!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

AMBO SETUJU..!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

SI OMAR BANGGANG....KALAU PA TAK PUAS HATI...KO CARI LA PANGKALNYA..MACAM KATA KSU....ORANG ATAS KENA BUKAK MATA DAN TELINGA....BODOH

Tanpa Nama berkata...

SAYA RASA KERAJAAN ZALIM BN AKAN TUMBANG JUA DALAM PRU KE13 INI.....NAJIB SANGGUP HABIS WANG PEMBAYAR CUKAI UNT MERAIH UNDI...HABIS SEMUA WANG BUANG SANA SINI, BUAT MAJLIS MAKAN SANA SINI...HUTANG NEGARA MELONJAK....SAYA BERANI KATA YANG TERIMA BANTUAN PUN TAK SAMPAI SEPARUH AKAN UNDI BN, KALAU PENJAWAT AWAM KONFORM TAK PANGKAH BN KERANA MEREKA DAH MERAH TELINGA DENGAN JANJI2 MANIS KERAJAAN NAK SELARAS ITU DAN INI...TAPI....SAYA BERANI CAKAP...BN AKAN TUMBANG....

Tanpa Nama berkata...

Dato Presiden.
Sy adlh pnjwat awam yg naik dr gred 27 ke gred 41. Gaji br cecah 3100. Isteri tak kerja...anak2 ada 4 org. BR1M tak layak. Isteri rs trkilan sbb tak dpt apa2. Ada 13 ribu pnjawat awam yg senasib sy ini. Dato tlg tgkkan. Tq

Tanpa Nama berkata...

GANYANG BN STYLE....u want psy: yes...u want BN: NOOOOOOOOO...hahaha

KISAH BENAR berkata...

KISAH BENAR. ada seorang kakitangan SEDANG BERKHIDMAT ini menjalani PAC setelah lulus peperiksaan. ada seorang panel itu KENAL dia, tetapi untuk menjaga integriti kedua-dua pihak, beliau tidak menegur peserta tersebut ketika sesi ujian, begitu juga dengan peserta tersebut yang tidak menyapa ahli panel tersebut.


setelah sebulan apabila keputusan diumumkan, jawapannya adalah MENDUKACITAKAN. apa yang menghairankan selang beberapa hari, panel tersebut menceritakan kepada beliau bahawa beliau sepatutnya LAYAK, bukan disebabkan faktor KENALAN, tetapi kerana beliau layak disebabkan beliau mempunyai keupayaan fizikal yang sebenarnya mampu menyaingi kemampuan fizikal budak-budak yang lebih muda daripadanya. ada yang baru tamat pengajian berusia sekitar 23 tahun tak lepas lari 2.4km, pancit di tengah jalan, namun beliau mampu menghabiskan larian tersebut dan menduduki antara 5 TERBAIK. panel tersebut juga berkata bahawa beliau sepatutnya lulus PAC tersebut kerana markah beliau memberangsangkan.


nampaknya TANGAN GHAIB yang wujud dalam SPA/JPA telahpun mengubah keputusan tersebut.

ada 1 lagi kisah benar dimana seorang lagi rakan penjawat awam SEDANG BERKHIDMAT yang memasuki skim PTD yang berlari 2.4km ketika sesi PAC. ada seorang peserta hingus meleleh berusia awal 20-an yang lari terkedek-kedek macam minah semput yang disapa oleh seorang panel: AWAK NI ANAK SAUDARA DATUK XXX KAN? TAK PAYAH LA LARI SANGAT, NAMA DAH ADA NI.

ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian. yakjud & makjud memang banyak berleluasa di dalam perkhidmatan awam yang sepatutnya melaksanakan amanah yang diberi dengan telus. lihatlah bagaimana tangan-tangan ghaib ini merosakkan sistem sedia ada.

jadi kepada tuan-tuan puan-puan sekalian terutama yang sedang berkhidmat di dalam kumpulan sokongan yang mempunyai kelulusan sarjana muda/sarjana yang bercita-cita untuk mendapatkan jawatan di dalam kumpulan P&P, selain daripada perlu bersaing SAMA RATA dengan graduan baru, anda juga perlu kuat mental untuk menghadapi dugaan seperti di atas, iaitu SENTUHAN DARI TANGAN-TANGAN GHAIB.

Tanpa Nama berkata...

PA tidak akan berpuas hati selagi tidak seimbang perkembangan kerjaya dalam semua skim bermula dari gred bawah sampai gred tertinggi. itu CUEPACS kena betul2 buat kajian..

Dan setuju dengan campur tangan pegawai dalaman mengenai perlantikan staff baru melalui SPA. perkara ini seharusnya telus dan pemilihan dibuat berdasarkan kelayakan bukan kabel semata. Saya pernah sampai ke tahap PAC utk skim ptd dan juga antara masa terpantas yang dalam larian..tiada masalah dalam semua aktiviti yang di agendakan sepanjang PAC..namum status gagal..sebalik nya kawan2 yang saya tgk lemah Bahasa inggeris, badan gempal, pendiam etc berjaya dalam PAC dan seterusnya berjaya di lantik ke skim..

saya agak terkilan tapi, balik pada Allah..itu semua rezeki Allah yang tentukan...kita dah berusaha tapi bkan hak kita...

Peeraah berkata...

Juruteknik tak dapek nak solosai masalah juruteknik, jgn harap org lain nak settle la. Den pun kalau dah duk kerosi ompuk dah ado title datuk pun camtu jgk aih. Gaji dan elaun presiden pun dah lobih. Harap gaji juruteknik nak buek apo lg.

XBA 5341 Sk.Taburan berkata...

semoga berita baik ini turut memberi Impak kepada Sekolah Kebangsaan Taburan Kota Belud- yang mana masuk tahun ke 6 ; Sk Taburan tercicir daripada menerima ELMTK sebagai mana yang telah di laksanakan sejak 2007 yang lalu. Keadaan ini TIDAK ADIL kepada kakitangan Sekolah Kebangsaan Taburan Kota Belud , di sebabkan sekolah yang lebih dekat ( SK DUDAR Kota Belud ) yang berkongsi satu batang jalan raya yang sama dan lebih dekat daripada Sk Taburan telah di berikan ELMTK berkenaan.

sila rujuk 1 : http://www.sktaburankotabelud.blogspot.com/2011/05/keratan-dari-akhbar-tentang-insentif.html?m=1

rujuk 2 : http://www.sktaburankotabelud.blogspot.com/2011/05/antara-usaha-usaha-yang-pihak-sekolah.html?m=1

Tanpa Nama berkata...

YANG AKU BENGANG BILA PM UMUM GRED ATM DAN PDRM SAMA NGAN AWAM,AKU NI KERJA KAT KEM ASKAR GRED AKU N22 SELAMA NI AKU BERBANGGA JUGAKLA JADI PENYELIA TAPI BILA DAH PM UMUM GRED AKU TU SAMA NGAN KOPERAL JE TERASALAH MACAM MACAI JE AKU NI,CUEPAC TLG KAJI SEMULA. KALAU PM NAK BAGI GAJI NAIK MELAMBUNG MACAMANA PUN KAT ATM DAN PDRM AKU TAK KISAH TAPI GUNALAH SISTEM PANGKAT DEPA JANGAN DOK SAMA GRED NGAN AWAM, NI YG DIKATAKAN TRANFORMASI,MOHON SEMUA PA FIKIR2 PRU13 SEMUGA ADA PERUBAHAN.

Tanpa Nama berkata...

KEPADA PEMIMPIN CUEPACS TOLONG AMBIK PERHATIAN,TERUTAMA DATOK SENDIRI SEBAGAI PEMIMPIN,JGN NAK IKUT TELUNJUK PEPERINTAH SAJA,KITA ADA KUASA,NI NAMPAK SANGAT JADI PAK TURUT,TAKUT HILANG JAWATAN KE?..INGAT KAMI PUASHATI KE APA YG PM BAGI TU,MANA CADANGAN YG DIBAWA OLEH CUEPACS? SATU PUN PM TAK TERIMA,NACAM ANJING SALAK BUKIT JE CUEPACS NI,TUNGGU LE PRU 13........

Tanpa Nama berkata...

Kalau PM kalah dalam PRU13 mungkin ujung bulan mac atau bulan april ni gaji kakitangan awam bulan julai........pening lak kepala aku ni....