SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

25 Mei 2013

TUNTUAN SELARAS GAJI, GRED HAMPIR SIAP

Berita Harian
25/5/2013

Syor CUEPACS babitkan tujuh badan beruniform awam

Kuala Berang: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) kini pada peringkat akhir merangka kertas kerja untuk memuktamadkan cadangan pelarasan skim gaji dan gred baru bagi kakitangan tujuh badan beruniform sektor awam.

Sebaik siap, ia akan diserah kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Ketua Setiausaha Negara (KSN).
Tuntutan itu merangkumi penyelarasan gred dan gaji kakitangan lebih 100,000 penjawat awam tujuh badan beruniform berikutan bidang tugas yang semakin mencabar dan berisiko tinggi” Omar Osman, Presiden CUEPACS

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata tuntutan itu merangkumi penyelarasan gred dan gaji kakitangan lebih 100,000 penjawat awam tujuh badan beruniform berikutan bidang tugas yang semakin mencabar dan berisiko tinggi.

Beliau berkata, penyelarasan itu membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Penjara, Jabatan Imi-gresen dan pihak berkuasa tempatan.

Tuntutan berbeza

Katanya, setiap kesatuan badan beruniform sudah menghantar memorandum dan kertas kerja tuntutan masing-masing sebelum diselaraskan CUEPACS dan diserahkan kepada kerajaan untuk pertimbangan.
“Kita dapati kertas kerja diserahkan kepada CUEPACS oleh kesatuan setiap badan beruniform mengandungi tuntutan berbeza.

“Jadi, kita perlu selaraskan selepas perjumpaan dengan KSN, Datuk Seri Dr Ali Hamsa sebulan lalu.

“Pelarasan gred dan skim gaji baru ini perlu berikutan bidang tugas anggota dan kakitangan badan beruniform ini jauh lebih mencabar dan berisiko berbanding dulu.

“Sebagai contoh, dalam kes membabitkan kakitangan KDRM, JPJ dan Imigresen ada yang hingga menyebabkan kecederaan, disimbah asid, patah gigi, manakala JBPM pula perlu memadam kebakaran di bangunan tinggi dan berisiko,” katanya selepas bengkel khas anggota beruniform sektor awam di Akademi BOMBA Wakaf Tapai di sini, semalam.

Omar berkata, pihaknya mahu melihat keseragaman semua badan beruniform, termasuk penetapan pangkat kerana setakat ini tiada kesamarataan berikutan terikat dengan akta badan beruniform berkenaan.

Sementara itu, Omar turut mengingatkan penjawat awam tidak menghadiri mana-mana demonstrasi termasuk bantahan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dianjurkan pihak tertentu.

232 ulasan:

«Lebih lama   ‹Lebih lama   201 – 232 daripada 232
Tanpa Nama berkata...

tu yang pengeluar penyataan ne yang salah, wat isi tidak lengkap.sampai ramai pembaca tidak faham n salah faham.kalau dia cakap badan berunifom yang pandai kawad kaki saja yang selaras gaji tidaklah heran sangat kkm ne ditinggalkan.

Tanpa Nama berkata...

ada berita melaporkan yg skim juruteknik j17 akan naik ke j29 pada bulan julai ini..jd bagaimana pula dengan penolong jurutera adakah kekal gred j29? ini akan mengakibatkan sistem caca merba jika diteruskan..sy menyokong j17 dinaikkan ke j29 kerana j17 setaraf pemegang spm..sedangkan mereka telah belajar selama 2 tahun di politeknik berbanding pembantu tadbir..tetapi perlu ada check and balance..j29 juga perlu dinaikkan ke satu gred lebih tingi..j36 mungkin?kerana pemegang diploma dan pemegang sijil tidak sama....mohon pihak yg membuat keputusan menggunakan keadilan dan kebijaksanaan untuk memastikan tidak diketawakan

Tanpa Nama berkata...

ada berita melaporkan yg skim juruteknik j17 akan naik ke j29 pada bulan julai ini..jd bagaimana pula dengan penolong jurutera adakah kekal gred j29? ini akan mengakibatkan sistem caca merba jika diteruskan..sy menyokong j17 dinaikkan ke j29 kerana j17 setaraf pemegang spm..sedangkan mereka telah belajar selama 2 tahun di politeknik berbanding pembantu tadbir..tetapi perlu ada check and balance..j29 juga perlu dinaikkan ke satu gred lebih tingi..j36 mungkin?kerana pemegang diploma dan pemegang sijil tidak sama...mohon pihak yg membuat keputusan menggunakan keadilan dan kebijaksanaan untuk memastikan tidak diketawakan

Tanpa Nama berkata...

ada berita melaporkan yg skim juruteknik j17 akan naik ke j29 pada bulan julai ini..jd bagaimana pula dengan penolong jurutera adakah kekal gred j29? ini akan mengakibatkan sistem caca merba jika diteruskan..sy menyokong j17 dinaikkan ke j29 kerana j17 setaraf pemegang spm..sedangkan mereka telah belajar selama 2 tahun di politeknik berbanding pembantu tadbir..tetapi perlu ada check and balance..j29 juga perlu dinaikkan ke satu gred lebih tingi..j36 mungkin?kerana pemegang diploma dan pemegang sijil tidak sama...mohon pihak yg membuat keputusan menggunakan keadilan dan kebijaksanaan untuk memastikan tidak diketawakan

Tanpa Nama berkata...

ada berita melaporkan yg skim juruteknik j17 akan naik ke j29 pada bulan julai ini..jd bagaimana pula dengan penolong jurutera adakah kekal gred j29? ini akan mengakibatkan sistem caca merba jika diteruskan..sy menyokong j17 dinaikkan ke j29 kerana j17 setaraf pemegang spm..sedangkan mereka telah belajar selama 2 tahun di politeknik berbanding pembantu tadbir..tetapi perlu ada check and balance..j29 juga perlu dinaikkan ke satu gred lebih tingi..j36 mungkin?kerana pemegang diploma dan pemegang sijil tidak sama...mohon pihak yg membuat keputusan menggunakan keadilan dan kebijaksanaan untuk memastikan tidak diketawakan

Tanpa Nama berkata...

Naik gaji konon semua ni auta semata mata ! Aku geli hati tengok PA bertekak wahal pelarasan ni sama macam naik elaun rumah , tak jadi sampai laa ni , kerajaan mana ade duit nak bagi naik gaji ! Pleaselah PA buat malu diri sendiri khasnya abang kkm ni !
Haahahahahahaha

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
contohilah negara singapore .. gaji penjawat awam semuanya kauw2 .. mesti xde yang dengki ..
dengki itu cilaka .. lgi cilaka kalau jawatan besar suka menyusahkan orang bawahan ..

Khamis, Jun 13, 2013 10:57:00 PG

kalu park car kat rumah sendiri pun kena bayo, mau ker

Tanpa Nama berkata...

pekeliling naik gaji julai dah kuar
http://www.jpa.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2316%3Aservice-circulated-no-52013&catid=186%3A2013-circular&lang=ms

Tanpa Nama berkata...

Setuju sgt..semua jabatan badan beruniform mempunyai pegawai yg melakukan kerja2 pentadbiran yg mana bnyk membantu kerja PA gred N dan W..tp walaupun dh terima siap tetap juga berlaku kelewatan cntohnya dr segi KGT,OT dsb..satu lg..pasal kaji gred dan gaji pasukan beruniform ni sebenarnya isu yg dh lama..tp hanya diperkatakan dlm jabatan masing2 shj..baru skrg isu ini dibincangkan..so..xtimbul la pasal tuntutan baru sb tuntutan ni dh lama tp org yg tdk terlibat xtahu la pasal ni..

Tanpa Nama berkata...

Juruteknik j17 akan naik gred k j27,...sijil 2 tahun...kami pembantu kesihatan awam u17 pun belajar 2 tahun dan tugas hampir sama dengan penolong pegawai kesihatan persekitaran u29....., ini tidak adilllll

aku di kuku besi kan.. berkata...

sebagai penjawat awam yang bertugas shif dan skop tugas yang melampau lampau, memang tidak adil berkerja mengerah keringat, lambakan kerja yang terlampau.. skop tugas yang melampau lampau, melebihi 100 % dari skop tugas asal, memang layak dipertimbangkan.bukan setakat layak.. memang patut di bagi... klau tak bagi memamg terlampau la...

Tanpa Nama berkata...

aku di kuku besi kan.. berkata...
sebagai penjawat awam yang bertugas shif dan skop tugas yang melampau lampau, memang tidak adil berkerja mengerah keringat, lambakan kerja yang terlampau.. skop tugas yang melampau lampau, melebihi 100 % dari skop tugas asal, memang layak dipertimbangkan.bukan setakat layak.. memang patut di bagi... klau tak bagi memamg terlampau la...

Isnin, Jun 17, 2013 12:29:00 PTG
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

WEI KALAU DAH TAHU MACAM TU YANG DOK JADI PECACAI LAGI WAT PER...

BERENTI SAJA LA...BYK AGI KEJE LEN...MMNG PATUT PUN KO DI LAYAN CAM TU..SBB TAKUT NAK BERENTI..HUHUHU

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Soalan cepumas..BONUS RAYA TAK ADA KE?

Tanpa Nama berkata...

Minta kakitangan sekolah semuanya terdiri daripada guru2 sahaja. tukang taip surat ialah guru, tukang kebun pun guru, tukang amik/hantar surat kat jpn pun guru, computer technician guru, pembantu makmal guru, pembantu pengurusan murid pun guru dll. Pendek kata apa2 kerja yang ada di sekolah semua guru yang buat. Aku memang tak suka cikgu yang memandang rendah kpd pekerja sokongan. Cikgu semuanya poyo nak m****s.

Tanpa Nama berkata...

minta cuti rehat penjawat awam dari gred 11-20 dinaikkan dari 20 hari kpd 25 hari setahun atau lebih lagi..Kalau tak naik gred pun takpa tapi cuti mesti naik lah ye..

Tanpa Nama berkata...

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@.
kau keje aper arr ?....klau berenti keje ingat senang ke nak dapat keje lain, 1 kekosongan beratus ribu yang hantar borang nak minta keje...

Tanpa Nama berkata...

Juruteknik j17 akan naik gred ke j29 ,...sijil 2 tahun...kami kerani kewangan w17 pun belajar 2 tahun dipoliteknik (sjil simpan kira2....., kami pun nak naik w29,ini tidak adilllll

Tanpa Nama berkata...

Juruteknik j17 akan naik gred ke j29 ,...sijil 2 tahun...kami juruteknik komputer ft17 pun belajar 2 tahun dipoliteknik (sijil teknologi maklumat dan sijil pemprosesan data)....., kami pun nak naik f29,ini tidak adilllll

Tanpa Nama berkata...

kami pembantu tadbir ambil 2 tahun stpm pun nak naik juga n27.. ini pun tidak adil...!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

j17 dikhabarkan naik gred bulan 7 ni tp tu hanya baru cerita2...habis sudah semua dengki eeee....PA Malaysia

Tanpa Nama berkata...

Gaji-gaji juga..tapi kelakangan ini jarang-jarang saya jumpa Penguatkuasa JP dan PDRM ..check/road block jalanraya...semakin banyak kereta bertinted gelap habis...maca, mana ini..asyik mintak gaji naik..kerja malas...kes ini Sarawak..Kuching lah...

Tanpa Nama berkata...

Elok sangatlah tu, saya sokong penuh cadangan ini. Lepas ini semua pekerja sokongan di sekolah dibuang kerja supaya kerajaan dpt jimat wang emolumen. Tak ada masalah guru lakukan tu semua kerana zaman 60an hingga awal 80an sekolah rendah khususnya takda pekerja sokongan tapi sekolah tetap berfungsi. Cadangan anda ini elok dimajukan kpd jemaah menteri dgn segera kerana para guru tak sabar tengok nasib pekerja sokongan ini.

Tanpa Nama berkata...

RATA-RATA YANG KOMEN BANJINGAN PAK NUAR. TAK PANDAI BERSYUKUR.

Tanpa Nama berkata...

MOHONLAH APA PUN! JGN MENGHARAP SANGAT! SPM GAJI SPMLAH! DULU SANGGUP!..INILAH CONTOH AYAT ORG YG ADA MENTALITY RENDAH DAH IRIHATI...SEDANGKAN MEREKA SEDAR BADAN BERUNIFOM BERDEPAN DENGAN RISIKO KESELAMATAN...KALI INI KERAJAAN JUGA PERLU BUKA MATA...DAN BUKAN HANYA MEMBERI PADA PDRM & ATM SAHAJA...ADA MENTERI YG MENGATAKAN KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA PDRM & ATM INI KERANA KEBANYAKAN NEGARA DUNIA BERBUAT BERGITU??? HEMMM...KLU ITULAH TANGGAPANNYA..KENAPA TIDAK WUJUDKAN KEMENTERIAN IMIGRESEN SENDIRI???KERANA ADA NEGARA MAJU BERBUAT BERGITU...KENAPA TIDAK IMIGRESEN DAN JPJ DISERAPKAN KEDALAM PDRM? KERANA ADA NEGARA DUNIA YG BERBUAT BERGITU??? KERAJAAN PERLU MELIHAT MENGAPA PERKARA INI DILAKUKAN DI NEGARA LUAR..(AMALAN NEGARA LUAR DIJADIKAN RUJUKAN OLEH KERAJAAN).INI BERMAKSUD SKOP KERJA JABATAN2 INI SAMA DENGAN POLIS..KEDUA-DUANYA MENGUATKUASAKAN UNDANG2..TETAPI KENAPA DIPINGGIRKAN? KENAPA DIASINGKAN DENGAN JURANG YANG BESAR...SEDANGKAN BEBANAN KERJA SAMA...SIAPAPUN KAMU, KAMU BERHAK UNTUK YG LEBIH BAIK...CONTOH SEORANG ANGGOTA BOMBA TERBAKAR SEMASA TUGAS MENYELAMAT, ANGGOTA JPJ MATI DILANGGAR SEMASA OPERASI, ANGGOTA IMIGRESEN DITETAK SEMASA OPERASI...DILIHAT DARI SUDUT INI...APA NILAI KESELAMATAM SESEORANG ITU??? ADAKAH MASIH ADA YG MEMPERTIKAIKAN...ALAH DIA ORANG SPM SHJ..DULU SANGGUP TERIMA GAJI KERANI KENAPA??? BUAT JER LAH KERJA?...ADAKAH MEREKA2 INI TIDAK LAYAK MENERIMA APA SAHAJA IMBUHAN ATAU PENAMBAH BAIKAN...ATAS SEBAB2 BERISIKO TADI? MUNGKIN YG DUDUK DIPEJABAT JUGA MENGATAKAN KAMI JUGA KERJA BERISIKO?? TAPI APA TAHAP RISIKO KAMU?? APA SKOP KERJA KAMU??? MENGURUSKAN HAL-HAL PENDABIRAN, TIDAK BERPANAS HUJAN, ADA MASA UNTUK KELUARGA.... INI LAH PERBEZAAN BERUNIFOM DENGAN YANG TIDAK..MASA OPERASI TIDAK MENENTU..KEMALANGAN DILUAR JANGKAAN...SY BERPENDAPAT INILAH MASANYA KERAJAAN MEMBERI PERTIMBANGAN DAN PERHATIAN SEWAJARNYA. SKOP KERJA YG SAMA, BEBANAN KERJA YG SAMA..TAPI! HANYA SI A SHJ DI BERI PERHATIAN ...B,C DAN D HANYA MELIHAT...

Ahad, Jun 09, 2013 12:53:00 PTG

--------------

Masaalah masa nk beli rumah tu xde la pulak tnya ko keje berisiko ke tidak.. ko gred tinggi ke rendah.. ko kakitangan sokongan ke profesional. Masa nk isi beli minyak pun xde la jugak penjual tanya mcm tu.. Sama juga nk beli barang dekat kedai. Ada tnya ke ko keje jawatan apa? klu ko jwaatan tinggi aku nk jual harga ni. klu ko jwtan rendah aku jual harga ni. Sama je semua kan.

Tanpa Nama berkata...

Tanggung jawab besar gaji kecik lah jabatan imigresen ni.



Memang betullah. Jabatan Imigresen ni yg paling ketinggalan dlm kategori badan beruniform ni. Ade ke anak-anak sedara nak apply?? Tak yah jela, buang masa je.. Selagi PTD yg pegang Jabatan Imigresen mmg susah nk naik.. PTD ni yg dia tau naik pangkat pindah jabatan lain pe dia peduli kesan jangka panjang keputusan yg dia buat. Yg penting dpt naik pangkat..

Tanpa Nama berkata...

Dgn gaji ko rm1500 tu ko mampu beli umah banglo dlm masa 30tahun. Iaitu rm1500 x 12bulan x 30tahun = rm540000 tp dgn ada satu syarat. Sarapan pg ko p umah PM n lunch p mkn umah TPM n dinner ko p mkn umah MB n tido mlm ko p umah DATO Omar cuepacs. Dan gaji ko rm1500 tu bersih ko dpt tiap2 bln n ko simpan dlm ASB genap 30tahun ko akan dpt lebih drp rm540000 maybe rm1 million +++ campur dividen. Waktu tu ko dah boleh beli umah banglo dah... slmt mencuba gua punyer teori ni....

Tanpa Nama berkata...

Nampak sgt autaaaaa... yg aku tahu u19 aje yg belajar 2tahun slps spm. Yg u17 ni terus ambik dr spm... aku u19 n aku tau ler.....

Tanpa Nama berkata...



jangan lupa kami yang bertugas di agensi kerajaan seperti lembaga pelabuhan yang masih gred KP17...

Tanpa Nama berkata...

Betul tu..Penjawat Awam yg berkhidmat di KKM adalah golongan yg paling malang..Menteri Kesihatan gagal menjaga kebajikan kakitangan KKM terutamanya golongan sokongan!!!

Tanpa Nama berkata...

Selaraska gaji semua penjawat awam yg beruniform dari gred rendah hingga gred 54 tanpa mengira jabatan.

Tanpa Nama berkata...

kumpulan P&P hanya tersenyum saja melihat pelaksana bercakaran sama sendiri.. pada pendapat hamba.. setiap kumpulan PA ada persatuan masing-masing.. gunakanlah saluran yang tertentu.. tuntutlah apa sahaja yang difikirkan perlu.. buatlah paperwork..

peace

Unknown berkata...

Makna pasukan beruniform adalah..mereka perlu melalui latihan rekrut..dan berkawat....

«Lebih lama ‹Lebih lama   201 – 232 daripada 232   Terbaru› Baru»