SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

23 Disember 2013

KAJI PIMJAMAN IKUT HARGA RUMAH

Utusan Malaysia
23/12/2013


KONGRES Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dilaporkan mahu mengemukakan tuntutan supaya pinjaman perumahan berdasarkan harga rumah dan bukan mengikut kadar gaji.Selama ini kelulusan pinjaman membeli rumah berdasarkan gaji. Tujuannya supaya mereka mampu membayar ansuran bulanan pinjaman.
Bayangkan jika separuh daripada gaji diguna untuk membayar ansuran bulanan rumah. Cukupkah baki gaji yang tinggal untuk membiayai kos keperluan asas yang lain seperti makanan, pakaian, utiliti, pendidikan, kesihatan dan pengangkutan?Biasanya sesuatu pinjaman diluluskan setelah diteliti keupayaan si peminjam membayar balik supaya tidak membebankan terutama pegawai berpangkat rendah. Tujuannya supaya mereka tidak terperangkap dalam masalah keberhutangan yang boleh menjejaskan prestasi kerja dan reputasi sebagai penjawat awam. Berdasarkan Perkara 4(2)(d) Perintah Am, seseorang pegawai tidak boleh mencemarkan nama baik perkhidmatan awam dengan kesusahan berat kerana hutang.
Pinjaman perumahan berdasarkan harga rumah dikhuatiri mendorong wujudnya kecenderungan menaikkan harga rumah. Eloklah CUEPACS memikirkan apakah peranan yang boleh dilakukan untuk membantu kerajaan mengawal harga rumah. Misalnya memperkasakan koperasi kakitangan awam supaya berupaya membina rumah mampu milik untuk memenuhi permintaan penjawat awam.Bagaimanapun tuntutan CUEPACS ini mungkin didorong oleh kenaikan harga rumah yang melebihi daripada jumlah maksimum pinjaman rumah yang layak berdasarkan kadar gaji. Diharap tuntutan ini dipertimbangkan setelah diperhalusi dari segi keupayaan penjawat awam membayar balik pinjaman.Sebab itulah langkah terbaik ialah kawal harga rumah dan binalah rumah mampu bayar dengan banyak.

7 ulasan:

Anonymous berkata...

beruk2 yang suka main 1st 2nd 3rd takda ke hari ni? ohhhh patutla hari ni hari sabtu, beruk2 ni bercuti tak dapat guna internet pejabat. kah kah kah!

Tanpa Nama berkata...

sabar bos, jangan dok kata kat kaum kami jer,kaum kau pun sama jugak....

Tanpa Nama berkata...

BILA NAK TUKAR GAMBAR PRESIDEN BARU...JANGAN PANDAI CAKAP, KEJE TAK BUAT PUN...

Tanpa Nama berkata...

MALU LAA, FOTO PRESIDEN LAMA SANGAT....AJK BARU CUEPACS NAK TUGU BILA NAK KEJE....

BAPAK AYAM berkata...

ni mesti pap/juruteknik yang taip topik ni. mengeja tak pernahnya betul.

PIMJAMAN. kenapa tak eja PIMP je terus? kan senang?

akhir kata, kembalikan konsep pengambilan pekerja mengikut kelayakan, terutama terhadap ptd yang kononnya hebat ada 8 bidang dan boleh guna pelbagai jenis cabang pendidikan.

jurutera biarlah ada ijazah kejuruteraan, pegawai it biarlah ada sains komputer/teknologi maklumat, doktor biarlah ada ijazah perubatan, pegawai sains biarlah ada ijazah sains, dan pegawai yang ada perkataan tadbir & diplomatik biarlah ada ijazah pentadbiran awam/komunikasi massa/sains politik sahaja. baru sesuai.

kalau tak sampai bila-bila kejadian salah eja akan berlaku. kah kah kah kah.

Tanpa Nama berkata...

tidak relevan dengan peredaan kemodenan dan kemajuan negara..biarlah ikut kelayakan gaji penjawat awam....ikut harga rumah tidak akan membantu apa2 pun

Tanpa Nama berkata...

PIMJAMAN? bukan PINJAMAN?