SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

30 November 2021

CUEPACS desak kerajaan tunai lima tuntutan babitkan penjawat awam

 Utusan Malaysia
28 November 2021


SUNGAI PETANI: Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendesak kerajaan menunaikan lima tuntutan membabitkan penjawat awam yang belum dilaksanakan.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, tuntutan tersebut dimutakmadkan setelah kajian terperinci dijalankan namun belum dilaksanakan sehingga hari ini.

Katanya, kerajaan sepatutnya melaksanakan setiap ketetapan yang  diumumkan sebelum ini membabitkan penjawat awan.

“Lima tuntutan tersebut adalah kenaikan gaji berkuat kuasa 1 Julai 2018 lalu dan pemendekkan kenaikan pangkat ‘time based’ kali kedua yang dikurangkan dari 13 tahun kepada 10 tahun berkuat kuasa 1 Januari 2018.

“Tuntutan lain, gaji tambahan kepada guru gred DG56 dan penebusan awal gantian cuti rehat (GCR) sebanyak 75 hari boleh ditukar kepada wang tunai bagi yang sudah berkhidmat lebih 15 tahun.

“Tuntutan itu juga melibatkan COLA (kadar B bantuan sara hidup) tambahan sebanyak RM50 sebulan bagi kumpulan pelaksana juga diperluas kepada penjawat awam Sabah dan Sarawak,” katanya dalam sidang akhbar sempena penutupan Bengkel Pengurusan Pentadbiran Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (Auegcas) di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE 

2 ulasan:

Unknown berkata...

Mohon kaji sebaik mungkin, Semua barang Dan kos hidup naik mendadak2 kami penjawat awam gred bawa cukup terseksa Dan terkesan

Tanpa Nama berkata...

Penjawat awam siksa dengan anak berlajar lagi barang mahal