SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2021 : PEKERJA TERAS, ,MENDEPANI CABARAN

10 November 2021

CUEPACS tuntut pencen lebih adil kepada semua penjawat awam

 Berita Harian
10 N0vember 2021


SIMANGGANG: Ada kumpulan penjawat awam negara ini menerima tiga hingga empat bayaran pencen yang tinggi secara sekali gus, sebaik bersara daripada perkhidmatan.

Sehubungan itu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan kerajaan mewujudkan garis panduan baharu agar bayaran pencen menjadi lebih adil untuk semua kumpulan penjawat awam yang lain


.
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat, berkata di bawah garis panduan baharu itu, memadailah buat seseorang penjawat awam itu untuk menerima satu pencen yang dianggap tertinggi sahaja, berbanding dengan pencen-pencen yang mereka sepatutnya terima ketika bersara nanti.

"CUEPACS melihat cara ini adalah adil untuk kerajaan serta negara kerana ia bukan sahaja dapat memelihara kebajikan pesara, malah turut memastikan pencen terbabit bersifat lebih bahagia dan dibayar mengikut angka yang munasabah," katanya.

"CUEPACS mahu kerajaan mengkaji semula kadar kenaikan pencen penjawat awam agar golongan terbabit dapat menikmati kadar bayaran pencen yang lebih bahagia berbanding dengan kadar sebelumnya.

"Dengan adanya peningkatan kadar minimun pencen terbabit maka dapatlah penjawat awam di negara kita menjalani kehidupan yang lebih senang dengan kuasa membeli yang tinggi sebaik sahaja mereka sudah bersara nanti," katanya.

Majlis penyampaian sijil penghargaan dan plak kepada wakil kumpulan petugas barisan hadapan di Sri Aman juga turut diadakan bagi menyerikan Majlis Apresiasi Barisan Hadapan Covid-19 terbabit.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Boleh tak pihak Cuepacs cadangkan agar mana-mana penjawat awam yang telah berkhidmat melebihi 25 tahun, diberikan keistimewaan menunaikan haji sekali shj oleh kerajaan dengan ditanggung tiket kapalterbang & penginapan. Macam susah sangat lah nak kumpul duit ni, banyak benda nak kena tanggung (rumah, keluarga dsb)

Tanpa Nama berkata...

Macam kerajaan Brunei bagi dgn kakitangannya.

aqbal berkata...

Turunkan semula umur pencen wajib pada usia 56 tahun.

Siti Jahara Azman berkata...

Cadangan yang baik. Perkara ini bukanlah mustahil dan telah di prakatikalkan oleh KERajaan negeri Johor untuk kakitangan kerajaan dibawah kerajaan negaeri JOHOR