SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

19 Januari 2022

Gaji 800,000 penjawat awam lebih rendah daripada PGK

 Berita Harian
19/1/2022


PETALING JAYA: Lebih 800,000 penjawat awam di negara ini tergolong dalam kumpulan penerima gaji lebih rendah daripada Had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) berikutan sistem penggajian dan saraan tidak dikaji dan distruktur semula sejak 2002.

Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat, berkata penjawat awam dengan gred lantikan 19 dan ke bawah, masih memperoleh pendapatan di bawah PGK meskipun selepas menerima Bantuan Sara Hidup (COLA), Imbuhan Tetap Perumahan dan Elaun Khidmat Awam.

Berikutan itu, Adnan menggesa kerajaan untuk menyegerakan kajian semula terhadap sistem penggajian dan saraan kerana ia disifatkan sudah tidak relevan dengan kenaikan kos sara hidup yang terpaksa ditanggung kini.

Katanya, daripada 1.62 juta penjawat awam, lebih 800,000 daripadanya terdiri daripada golongan B40 iaitu mereka dengan gred 19 dan ke bawah terutamanya gred 11 yang jika terlantik, gaji permulaan diterima hanyalah RM1,208.

"Jika ditambah COLA dan pelbagai elaun lagi, pendapatan mereka hanya mencecah RM1,950 dan ia masih di bawah PGK ditetapkan iaitu RM2,208 jadi kerajaan perlu segera ubah sistem penggajian dan saraan yang tidak relevan sekarang kerana sudah berlangsung selama 20 tahun.

"Gaji tidak naik menyebabkan kuasa membeli penjawat awam semakin mengecil sedangkan harga barang terus meningkat. Ini sememangnya memberi kesan kepada mereka," katanya.


19 ulasan:

Unknown berkata...

Mohon kaji... Kami cukup terkesan Dengan kenaikan kos Sara hidup yg tinggi....tiada bantuan yg layak dpt

Tanpa Nama berkata...

Sudah lama tiada semakan gaji penjawat awam

Tanpa Nama berkata...

Saya Yang kerja dah 23 tahun pun gaji pokok rm2000

medical song berkata...

sudah lama kami penjawat awam tiada kenaikan gaji yang relevan. kos sara hidup pun tinggi. harap kerajaan segera menyemak kembali struktur gaji kami gred 11 ini.

Unknown berkata...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Terima kasih diucapkan kepada pihak Cuepacs kerana membawa usul ini kepada pihak Kerajaan. Saya amat setuju sekiranya sistem penggajian dan saraan penjawat Awam di kaji semula bersesuaian dengan peningkatan kos sara hidup yang boleh dikatakan setiap tahun meningkat.

Sebelum ini gaji pokok minimum pernah dinaikkan. Namun yang demikian, ianya hanya melibatkan pegawai lantikan baru sahaja sedangkan kakitangan lama tidak menerima sebarang perubahan atau pergerakan gaji daripada kenaikkan tersebut.

Sehubungan dengan itu, saya sebagai salah seorang penjawat awam yang dan mewakili semua penjawat awam di Malaysia amatlah berbesar hati sekiranya kajian semula sistem penggajian dan saraan ini dapat dibuat dengan kadar segera dan ianya turut melibatkan kakitangan yang sedia ada berkhidmat dan bukannya untuk pegawai lantikan baru sahaja agar semua kakitangan dapat merasai manfaatnya dan dapat mengatasi masalah kenaikan kos sara hidup.

Sekian, terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih Cuepacs kerana mengusulkan perkara ini. Sudah bertahun lama menunggu. Gaji naik sekali setahun tapi harga barangan naik berkali-kali. Walaupun belum ada sebarang keputusan tapi saya sebagai penjawat awam tetap menunaikan tanggungjawab saya sebagai penjawat awam. Saya selesaikan tugas tak kira hari, tak kira masa. Hari Sabtu, Ahad, siang ataupun malam.

Tanpa Nama berkata...

Saya lakukan begitu semata-mata tidak mahu terpalit atau terasa dgn sindiran2,komen2 netizen yang mengutuk para penjawat awam (kerana saya juga seorang penjawat awam) akibat dari sikap segelintir penjawat awam (2, 3 ketul) yang tidak bertanggungjawab/berintegriti.

Tanpa Nama berkata...

NAIKKAN GAJI-KUASA BELI BERTAMBAH-PENIAGA KECIL/BESAR DAPAT MANFAAT.

Kalau tiada kenaikan gaji, kuasa beli akan sentiasa berkurang maka sebagai pemakan gaji, perbelanjaan akan dicatu (sebarang pembelian akan dikira) maka para PENIAGA KECIL/BESAR dapat hasilnya juga (pembeli berkurangan). Sekiranya pembeli berkurang maka PERNIAGAAN akan bungkus.

Tanpa Nama berkata...

Dia suruh buat kajian je..

Tanpa Nama berkata...

sudah tiada taring.....

Unknown berkata...

Mohon Cuepacs ambil tindakan segera untuk naik gaji penjawat awam..gaji minimun sektor swasta akan naik kepada RM 1500 pada 1 Mei. Harap gaji penjawat awam naik juga sekurang kurangnya 3 KGT tahun ini.Tkasih

Tanpa Nama berkata...

Harap² kenaikan gaji penjawat awam akan dilakukan tahun ni, sektor swasta di gesa majikan beri kenaikan gaji tapi sektor kerajaan sudah lama tiada kenaikan gaji atau elaun melainkan pergerakan gaji tahunan saja.

akmal berkata...

bkan 3kgt tetapi 30% baru adil untuk semua penjawat awam

Tanpa Nama berkata...

100% setuju dgn akmal

Unknown berkata...

Semakan semula tanggagaji sgt2 perlu...dh terlalu lama tggu..bonus kakitangan awam dh bertahun2 tidak sepadan dgn bantuan2 lain kjaan kepada rakyat spt bkm dan sebagainya..golongan M40 yg kebanyakan pembayar cukai tetapi diketepikan dari segala bantuan... seolah2 penjawat awam diabaikan ...

Tanpa Nama berkata...

Sokong & Setuju dgn "Unknown". Buat semakan gaji, plsssss... Setiap 2 tahun sekali.

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju. Sekiranya gaji permulaan di naik kan kpd rm1500, ia hanya melibatkan pegawai lantikan baru. Kakitangan awam yang sediada tidak merasa sebarang faedah disebalik kenaikan tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Mohon pihak Ceupacs, melihat perkara pengeluaran gcr 80 hari, masih terdapat jabatan yang belum mengeluarkan pekeliling kebenaran pengeluaran 80 hari gcr tersebut, ramai yang masih menunggu semenjak awal januari lagi..

Tanpa Nama berkata...

dari tahun ke tahun.. maseh xde perubahan.. cadngan dan idea pelbagai.. tindakan tiada.. yg kaya makin kaya.. yg miskin makin miskin..