SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

03 Januari 2022

Tekanan kerja jadi punca?

 MyMetro
2 /1/2022


Pendedahan ratusan kakitangan awam terbabit dengan penyalahgunaan dadah sepanjang 2021 amat mengejutkan banyak pihak.

Malah, wujud pelbagai persoalan berhubung tindakan yang harus dikenakan termasuk punca kepada permasalahan berkenaan.

Ikuti wawancara Kafe Ahad bersama Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) PROF DATUK DR SHAMRAHAYU A AZIZ dan wartawan MUHAMMAD SAUFI HASSAN.


Seramai 804 kakitangan awam ditahan kerana dilaporkan mengambil dadah sepanjang 2021.

Jumlah 804 kakitangan awam atau pengkhidmat awam terbabit dengan dadah itu bukan suatu yang mengejutkan, tetapi ia tetap membimbangkan.

Saya menyatakan ia bukan mengejutkan kerana penggunaan dadah bukan sesuatu yang asing.

Pada 2019, ada laporan masalah penagihan dadah dalam kalangan warga perkhidmatan awam serius dan perlu ditangani segera.

Malah, sejak 2010, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menjalankan program Tempat Kerja Bebas Dadah (Tekaad).

Sementara itu, AADK mencadangkan jawatankuasa memantau ditubuhkan di jabatan kerajaan.

Sesiapa sahaja boleh terbabit dengan penggunaan dadah, sama ada mereka bekerja di perkhidmatan awam atau pekerja di sektor swasta.

Walaupun begitu, jika membabitkan warga perkhidmatan awam, ia boleh menghilangkan keyakinan masyarakat umum.

Jika terbabit dengan dadah atau perkara yang terlarang, pastinya kualiti perkhidmatan akan terkesan secara negatif.

Ia boleh menurunkan kualiti perkhidmatan. Bukan sekadar menghilangkan kepercayaan awam atau kualiti perkhidmatan, malah, perkara yang mungkin menjadi isu ialah kakitangan perkhidmatan awam adalah ditanggung saraannya oleh rakyat terbanyak.

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengatakan, pengambilan dadah dalam kalangan kakitangan awam akibat beban kerja keterlaluan.

Saya tidak menolak kenyataan Cuepacs ini walaupun saya tiada data tentang ini.

Pastinya Cuepacs ada alasan kukuh menyatakan sedemikian.

Adalah menjadi pengetahuan umum antara sebab penggunaan dadah ialah kerana si pelaku itu menghadapi tekanan atau stres.

Tidak mustahil penyebab kepada penagihan dadah dalam kalangan pengkhidmat awam ini berlaku kerana tekanan kerja termasuk masa kerja yang panjang serta keadaan tempat kerja tidak selesa.

Terutama apabila melibatkan pengkhidmat awam dengan tugas penguatkuasaan.

Daripada jumlah keseluruhan itu, lebih 300 membabitkan anggota serta pegawai polis.

Ya, kenyataan tersebut menyatakan hampir separuh daripada dalam kalangan anggota dan pegawai polis.

Dalam kenyataan dikeluarkan Timbalan Ketua Polis Negara, jumlah itu dikatakan menurun berbanding tahun sebelum ini.

Kita tidak pasti apakah yang menyebabkan jumlah tersebut menurun.

Walau apa pun, kita tahu tugas penguatkuasaan undang-undang pasti ada tekanan.

Apatah lagi tugasan tersebut tidak mengira masa kerja, pertukaran syif kerja dan tekanan semasa melaksanakan tugas.

Begitu juga dengan jangkaan masyarakat awam. Polis dan badan penguat kuasa lain ada beban tugas yang tinggi.

Ini berlaku kerana nature kerjanya begitu dan dari dahulu lagi kita mendengar bilangan keanggotaan tidak seimbang dengan beban kerja.

Jika beban kerja terlalu banyak, apa yang boleh dilakukan untuk mengatasinya atau ia sekadar alasan?

Saya tidak berani menyatakan beban kerja sebagai alasan untuk terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

Pastinya Cuepacs dan kenyataan pihak AADK sebelum ini mempunyai sebab tertentu.

Sebagai pihak bertanggung jawab, Cuepacs dan AADK ada sandaran atau alasan kukuh.

Selain itu, pengkhidmat awam di negara lain juga mengalami masalah sama iaitu tekanan di tempat kerja.

Justeru, saya fikir kita tidak boleh menyatakan ia alasan semata-mata.

Mungkin alasan bersara awal ini juga kerana tidak lagi mampu menanggung beban tugas. Peranan rakan sejawat juga penting. Jika beban kerja terlalu banyak, langkah mengatasinya mempunyai pelbagai cara.

Justeru, dalam keadaan ini, peranan majikan atau pihak atasan adalah penting. Oleh itu, penting untuk diselesaikan pada peringkat jabatan.

Saya pasti, perkhidmatan kaunseling kepada pegawai yang mempunyai masalah tekanan di tempat kerja ini penting.

Jabatan perlu membudayakan perkhidmatan kaunseling dan pegawai yang dirujuk kepada pihak kaunseling tidak harus dilihat sebagai satu bentuk hukuman kepada mereka.

Program berkaitan kesihatan mental perlu diperbanyakkan sehingga ia dianggap sebagai satu 'cara hidup' bekerja.

Pada ketika ini, dalam kebanyakan keadaan, khidmat kaunseling masih dianggap perkara tidak baik dan hanya diperlukan apabila seseorang itu mengalami tekanan.

Seharusnya program kaunseling dijadikan langkah pencegahan. Kaunseling perlu dibudayakan.

Berkaitan dengan ini, suasana tempat kerja juga boleh membantu individu mengalami tekanan dalam melaksanakan tugas. Rakan sejawat juga memainkan peranan.

Mungkin dalam kalangan anggota dan pegawai polis, kekurangan anggota boleh diambil perhatian.

Jumlah dilaporkan ini kecil namun boleh menjadi 'api yang marak' jika tiada tindakan diambil. Apa yang boleh dilakukan untuk membanteras penagihan dadah dalam kalangan penjawat awam?

Ya. Saya setuju, walaupun jumlah itu kecil dan semakin menurun, tetapi kita tidak boleh membenarkan ia terus berlaku.

Kita tidak boleh kehilangan walaupun satu individu. Bagi membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan pengkhidmat awam, perkara pertama perlu dilakukan ialah mendidik setiap pengkhidmat awam dengan kesedaran tinggi berkaitan amanah yang mereka galas.

Penghayatan kepada tugasan yang digalas demi kepentingan negara.

Semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan pengkhidmat awam boleh membantu meningkatkan semangat kerja.

Maksudnya mereka ditanam dengan prinsip bekerja bukan sekadar kerja, tetapi bekerja demi negara.

Pendekatan keagamaan dan kerohanian juga perlu dititikberatkan oleh pihak bertanggungjawab.

Kesedaran dalam diri dan keutuhan peribadi bersandarkan agama adalah nilai utama dalam memberikan keinsafan dan penghayatan dalam tugasan.

Pihak jabatan perlu agresif membudayakan penjagaan kesihatan mental.

Ini kerana kesihatan mental adalah jantung kepada perkhidmatan cemerlang.

Hanya dengan akal cerdas seseorang itu boleh menggapai tahap pencapaian kerja optimum.

Pihak atasan perlu kenal pasti individu mengalami masalah kesihatan mental dan beri sokongan sewajarnya, bukan biarkan mereka menanganinya sendirian hingga terbabit dengan dadah atau kegiatan yang menjejaskan perkhidmatan mereka.

Membentuk suasana kerja yang mengurangkan jurang komunikasi antara pekerja atau pegawai dengan majikan atau pihak atasan juga perlu diusahakan sewajarnya.

Perkara ini perlu kerana jurang komunikasi boleh mengakibatkan individu bermasalah takut atau malu memberitahu masalah kepada pihak atasan hingga mereka tidak dapat mengawal diri dan terjebak dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Seterusnya, jabatan perlu memperkenalkan intervensi tertentu bagi mengurangkan beban tugas kepada individu yang tertekan secara khusus.

Mungkin tindakan disiplin penting. Namun, ia perlu berlaku selepas langkah pendidikan dan kawal selia sudah dilakukan sebaik mungkin.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kekurangan man power.pentingkan diri sendiri untuk mendapat nama.

KUPEKMAS berkata...

dah tau benda ni menyalahi undang2, memudaratkan kesihatan sendiri dan maruah keluarga ...
apasal nak ambil juga ??

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kepada Encik Anderson Carl kerana membantu dengan keuntungan saya dan membolehkan pengeluaran kelima saya. Saya di sini untuk berkongsi peluang mengubah hidup yang menakjubkan dengan anda. ia dipanggil pilihan perdagangan Bitcoin / Forex. ia adalah perniagaan yang sangat menguntungkan yang boleh menjana pendapatan anda sebanyak $2,570 dalam seminggu daripada pelaburan awal hanya $200. Saya adalah bukti hidup peluang perniagaan yang hebat ini. Jika sesiapa berminat untuk berdagang dengan bitcoin atau mana-mana mata wang kripto dan mahukan perdagangan yang berjaya tanpa kalah, beritahu Encik Anderson Carl sekarang di Whatsapp: +1(252)285-2093
E-mel: andersoncarlassettrade@gmail.com