SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

26 Mac 2022

Cuepacs gesa identiti penjawat awam rasuah tidak didedah

 Utusan Malaysia
26 Mac 2022


MELAKA: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta supaya identiti penjawat awam yang didakwa di mahkamah membabitkan rasuah tidak didedahkan kepada umum.

Setiausaha Agungnya, Abdul Rahman Mohd. Nordin berkata,


pendedahan itu tidak wajar dilakukan kepada penjawat awam yang belum disabitkan kesalahan, kerana ia hanya akan mencemarkan imej individu serta agensi terlibat.

“Kadang-kadang mereka ini baru dituduh dan belum disabitkan kesalahan, jadi saya nak komen sikit tidak perlulah hebahkan identiti dia.

“Mereka ini akan berasa tertekan dengan keadaan, imej dia, keluarga. Kalau sudah disabitkan bersalah itu, lainlah,” katanya pada sidang akhbar selepas seminar anjuran Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di Banda Hilir, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pendedahan identiti juga akan memberikan tekanan persekitaran kepada individu terlibat yang terpaksa mengambil tempoh masa lama untuk membaiki semula kepercayaan masyarakat.

“Bila berlaku kes (orang kena tuduh) tidak mengaku, dia akan makan masa sampai lima hingga enam tahun untuk baiki hubungan dengan masyarakat. Kalau boleh elakkanlah menghebahkan identiti penjawat awam itu sebelum dia dijatuhi hukuman,” jelasnya.

Dalam pada itu, Abdul Rahman turut meluahkan kebimbangan terhadap peningkatan kes rasuah dalam kalangan 1.6 juta ahlinya, khususnya mereka yang menjawat jawatan tinggi.

Katanya, sehubungan itu juga, Cuepacs telah menghantar satu memorandum kepada Kementerian Sumber Manusia pada 16 Februari lalu untuk membincangkan semula kenaikan gaji minimum Malaysia kepada RM1,800 bagi mengekang gejala rasuah. – 

Tiada ulasan: