SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

26 Mac 2022

Segerakan kenaikan gaji penjawat awam, elak amalan rasuah - Cuepacs

 Astrowani
26 Mac 2022


MELAKA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan menguatkuasakan segera gaji minimum RM1,800 bagi mengekang gejala rasuah dalam kalangan penjawat awam.
Setiausaha Agungnya, Abdul Rahman Mohd Nordin berkata,

pihaknya telah mengemukakan cadangan kenaikan gaji minimum daripada RM1,200 kepada RM1,800 kepada Ketua Setiausaha Negara, pada 16 Februari lalu. “Kita berharap memorandum yang Cuepacs hantar itu dapat mengurangkan amalan yang tidak berintegriti sebab kes rasuah merugikan pendapatan negara.
“Memang Cuepacs bimbang kerana amalan ini kadang-kadang tidak nampak, tetapi bila dilihat pada peningkatan kes itu kebimbangan jelas semakin meruncing kerana imej negara perlu dijaga,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas seminar memahami keperluan dan cabaran penjawat awan dalam persekitaran norma baharu di Banda Hilir di sini, hari ini.
Antara kandungan memorandum itu, kata beliau ialah semakan semula gaji penjawat awam dengan kenaikan antara tujuh hingga 30 peratus.
Menurutnya, menerusi memorandum yang dikemukakan kepada kerajaan itu, masalah gaji penjawat awam yang rendah akan dapat diatasi, sekali gus mengekang amalan rasuah.
Cadangan semakan itu, jelasnya, dikekalkan sebagaimana kenaikan yang pernah dilaksanakan kerajaan pada 2012.
Turut dicadangkan katanya ialah semakan terhadap beberapa elaun seperti perumahan dan sara hidup.
Semakan itu juga ujarnya, dianggap perlu memandangkan ia tidak pernah dilakukan sejak 10 tahun lalu.
Abdul Rahman dalam masa sama mengakui, terdapat segelintir daripada 1.6 juta penjawat awam terjebak dalam kegiatan rasuah yang berpunca berikutan tekanan hidup.

31 ulasan:

Unknown berkata...

Kesatuan lemau..bonus raya tahunni tak mintakke....

Tanpa Nama berkata...

minta cuepacs menggesa kerajaan membuat pelarasan gaji kakitangan awam yg tertangguh sekian lama. ni adalah lebih relevan kerana kenaikan kos hidup dah jauh meningkat sejak beberapa tahun. cuepacs perlu segera dan tegas bertindak meminta pelarasan gaji yang menjadi hak penjawat awam. ( tak perlu la tuntut bonus atau duit raya....krn lebih baik fokus kpd pelarasan gaji)

akmal berkata...

bantuan kewangan 500 bkn xbsyukur tetapi dalam keadaan harga barang naik mendadak 500 dah xrelevan,nak sambut persiapan raya 500 adalah xmencukupi harga barang mahal..

Tanpa Nama berkata...

kemon cuepacs....kemon.....
cepatlah bantu kami ....

Faishal berkata...

Harap ceupacs tidak akn bdiam diri sekiranya kerajaan buat x endah dgn kami..dan harap slps pru15 xkan tjadi mcm slps pru 14 yg mana knaikan gaji kami di anianya oleh kerajaan PH yg mana dibatalkan sperti dato najib berikan..dan harap kerajaan jgn takut utk naikkan gaji kami sbb skr ada sesetengah suara kera sumbang mgatakan kalau gaji naik akn myebabkan barang akn naik tapi pada hakikatnya gaji x naik pun barang dah melampau naik

Tanpa Nama berkata...

bkan segerakan tetapi laksanakan,harga barang mendadak naik perbelanjaan pun semakin tinggi,gaji masih di takuk lama,biarlah gaji naik seiring dengan harga barang.

SM berkata...

Saya setuju cuepacs mohon pelarasan gaji. Kerja dah belas tahun tapi gaji sama je dengan orang yg kje 3-4 tahun. Penjawat awam yang lama berkhidmat ni macam tidak di pedulikan. Dulu gaji kecil dan perlu buat pinjaman untuk kelangsungan hidup. Gaji hanya untuk bayar hutang. Gaji x naik pon. Hutang makin bnyk.

Unknown berkata...

Cuepacs perlu tegas,dlm tuntutan kenaikan gaji dan elaun elaun sperti elaun rumah,zaman skrg rumah tak ada suda rm300 d hrap elaun rumah di naikkan, mana lagi kos hrg brg semua naik, tolong la beri perhatian kpd kakitagan awam , sekian terima kasih

Rubber berkata...

time base dh lebih dh tp kenaikan x ade lagi

Tanpa Nama berkata...

Minta cuepacs perjuangkan pelarasan gaji yg dh lama trtangguh sejak zaman najib

Tanpa Nama berkata...

Kenaikan gaji tahunan pun sama...RM100 setahun mana cukup...fight la mintak lebih lagi...seiring dengan kos sara hidup...

Besari berkata...

Mohon Fokus pelarasan gaji baru penjawat awam. itu keutamaan

Tanpa Nama berkata...

Pelarasan gaji kakitangan perkhidmatan awam perlu diberikan secara adil dan saksama. Jangan ulangi kes 2007 dimana ada kumpulan yg untung besar dan ada yang dapat sedimit sahaja. Kalau nak naikkan gaki kakitangan awam biar sama rata dari segi peratusnya

Tanpa Nama berkata...

Salam untuk warga cuepecs dan selamat hari raya..kami kakitangan awam gred 11 amat tertekan dengan kedaan ekonomi semasa.harap warga cuepacs memperjuangkan gaji kami di lapisan bawah..bagi yang berhidmat hampir 10 tahun keatas..masih di berlengu dengan keadaan dan kesempitan bebanan ekonomi..
Terutama yang berkerluaga
Bayaran rumah
Bayaran kereta
Bayaran pembelanjaan anak sekolah
Dan keperluan harian..
Harap pihak kerajaan menilai kembali Elaun Rumah
Elaun Cola
Serta Elaun yang Tertentu.
Setiap tukar Peminpin dan parti yang memerintah kerajaan.penjawat awam tetap setia menjalankan tugas..
Tapi gaji serta ekonomi penjawat awam masih tiada perubahan..

Moga Dengan Ini Ada Pihak Yang Dapat Bersuara.

Tanpa Nama berkata...

Bila lah nak buat pelarasan gaji,Kgt pun xpnah semak dah tertekan lah penjawat awam mcm ni...

Tanpa Nama berkata...

naik gaji jgn kaji tak abissssss, kami cukup terkesan gaji kecik kos tanggungan tinggi tak pernah dpt bantuan apa2.....................

Tanpa Nama berkata...

Apa kejadahnya Ceupacs ni... Tak guna langsung... Ceupacs ni wujud buat habis duit rakyat je dok bayar gaji orang-orang Ceupacs ni.. Mengarut tak tentu arah... Langsung x ada sasaran untuk membela nasib Penjawat Awam... Yang golongan Pelaksana/Sokongan ni macam nak gila tiap2 bulan dok punya bajet nak hidup...Itupun x sempat nak tunggu hujung bulan.. Langsung x ada otak ke? Takkan buta kot masih x nampak yang segala mak nenek barang semuanya naik harga... Nak harap turun memang sampai pencen la takkan turun dah semua barang.. Tolong la buat kerja dengan lebih baik dan tegas dalam membela nasib Penjawat Awam yang sekarang ni amat2 tertekan dengan kos sara hidup yang meningkat ni.. Kalau itu pun tak mampu nak buat katup je la Ceupacs mengarut ni...

Tanpa Nama berkata...

Mohon disemak semula Elaun Perumahan Wilayah. Sewa rumah meningkat mendadak dan membeban.

Tanpa Nama berkata...

Senyap je x de berita ape2 pun dr kerajaan

Tanpa Nama berkata...

Senyap je isu gaji ni.. mcm kene main je ceupacs ni

Tanpa Nama berkata...

Sekarang ni gaji belum naik tp harga barang dah bnyk yg naik.. Kos sara hidup makin meningkat.. Kata klu naikkan gaji gomen nnt harga barang akan naik.. Tp skrng ni gaji x naik pun tp harga barang ttp naik melambung..

Tanpa Nama berkata...

Tolong la usahakan utk kenaikan apa saja yg pting kmi pjawat awam sangat trkesan yg bgaji bwah 5k,yg bgaji besar tak kisah la sebab mereka ckup selesa..d harap pihak cuepacs jgn brputus asa dlm hal ni bersuara habis mungkin,contoh 10k kwsp rkyat bsuara stiap hari stiap minggu setiap bulan akhirnya kerajaan terpaksa akur diharap PM kita pun memandang juga akan prmintaan anak buahnya pjawat awam ini.
Sekian terima kasih😊

Tanpa Nama berkata...

Hadoi. Baki kat bank tinggal 11.16 sen ler. Kami di suruh berjimat cermat tapi mcm mana nak berjimat nih, semua pun perlu duit (anak sekolah, makan minum kat rumah, bil kena byr...dsb) Bini pon dah start bising2 dah kat rmh.

Ni, nak minta tolong ni. Tolong sampaikan pada PM tu, jangan canang-canang kan slogan "Keluarga Malaysia" tu. Sakit hati ler

ParagonAda berkata...

dulu masa bn nak bg kenaikan 1 tangga gaji tp xdpt sbb tukR KERAJAAN...KOS MAKIN NAIK.... sedih bila tgk dompet..nak catu apa lg utk teruskan hidup

Kagumas berkata...

Dah 10 tahun gaji PA tak disemak! Sebagai pertubuhan yang mewakili PA, Cuepacs dilihat GAGAL untuk melaksanakan tanggung jawab. Ramai PA sekarang tersepit dengan keadaan ekonomi dan kenaikkan harga barang-barang.

Tanpa Nama berkata...

Gaji bila nak naik nihhh?!

Tanpa Nama berkata...

GAGAL!! berapa tahun minta minta minta but nothing happened pun! GAGAL! macam mana nak bela nasib penjawat awam sedangkan perkara mcm ni tak selesai dah berapa tahun. setakat nk pegi hantar memorandum bagi jela kat mana2 penjawat awam tolong hantarkan.

Tanpa Nama berkata...

Gaji, gaji , gaji. Tolong PM , Tolong PM GAJI KAMI NAIKAN LAMA DAH TAK NAIK GAJI, BARANG BOLEH PULAK NAIK, TOLONG KAMI.

Tanpa Nama berkata...

Pelarasan gaji kakitangan perkhidmatan awam perlu diberikan secara adil dan saksama. Jangan ulangi kes 2007 dimana ada kumpulan yg untung besar dan ada yang dapat sedimit sahaja. Kalau nak naikkan gaki kakitangan awam biar sama rata dari segi peratusnya. Hingga sekarang yang naik sikit masih terkesan... Kes tidak buat kajian terhadap kenaikan..

Tanpa Nama berkata...

Setuju dgn cdg bekas KP JPA Datuk Borhad bhw kenaikan mesti dikaji setiap 5 tahun.

Tanpa Nama berkata...

Maaf KPPA, Tan Sri Borhan Dolah.