SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

07 Mac 2022

Senaraikan COVID-19 penyakit berjangkit dalam Pekeliling Perkhidmatan - CUEPACS

 Berita Harian
7 Mac 2022


KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mempertimbang untuk menyenaraikan COVID-19 sebagai penyakit berjangkit dalam Pekeliling Perkhidmatan bagi melayakkan ibu bapa yang menjaga anak dijangkiti wabak itu, menggunakan kemudahan cuti kuarantin untuk menguruskan anak mereka.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat,


berkata langkah itu bagi membolehkan ibu bapa khususnya yang menjadi kontak rapat tanpa gejala dan telah menerima dos penggalak, mendapat kemudahan lima hari cuti kuarantin berkenaan.

Ini kerana mengikut prosedur operasi sBerdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2016 pula, kemudahan cuti kuarantin hanya diberi kepada ibu bapa yang anak mereka dijangkiti penyakit berjangkit, antara lain penyakit tangan, kaki dan mulut; demam denggi, cacar air (chickenpox) serta malaria, tidak termasuk COVID-19.tandard (SOP) Kementerian Kesihatan (KKM), individu dalam kategori berkenaan kini tidak perlu menjalani kuarantin.

"Dalam hal ini, mereka tidak boleh menghantar anak kepada pengasuh, dan ia menjadi kesukaran untuk menguruskan anak-anak mereka.

"Justeru, CUEPACS meminta supaya cuti kuarantin ini diberikan kepada salah seorang sama ada ibu atau bapa, untuk menjaga anak mereka sehingga sihat sepenuhnya.

"Jika tidak diberikan cuti kuarantin ini, ketua perkhidmatan atau ketua jabatan boleh mempertimbang untuk memberi kemudahan bekerja dari rumah dan kembali bertugas lima hari kemudian," katanya ketika dihubungi Bernama, baru-baru ini.

Beliau berkata, CUEPACS mengambil maklum kepentingan penjawat awam untuk terus berada di lapangan atau pejabat kerana situasi ketika ini menuntut mereka bertugas memastikan sistem penyampaian kerajaan dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

"Oleh itu, ketua perkhidmatan perlu bijak mengurus dalam memastikan sistem penyampaian kerajaan tidak terjejas kerana jangkitan masih berlaku tetapi pada masa sama, sistem penyampaian tidak boleh terhenti begitu sahaja," katanya.

Pada 24 Februari lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan individu berumur 18 tahun ke atas yang menjadi kontak rapat kes positif COVID-19, namun sudah menerima dos penggalak dan tidak bergejala pada hari pertama, tidak perlu menjalani kuarantin bermula 1 Mac lalu. – BERNAMA

1 ulasan:

Kawan Sepang - KL ulang berkata...

Bila akan dimaklumkan samada kerajaan akan setuju atau tidak?