SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

28 Februari 2022

Malaysia catat purata pertumbuhan gaji 3.2 peratus antara suku pertama dan suku ketiga 2021

 Astrowani
28 Februari 2022


KUALA LUMPUR: Pasaran pekerjaan Malaysia mencatatkan purata pertumbuhan gaji sebanyak 3.2 peratus tahun ke tahun, dengan pengkhususan pendidikan/latihan dan perakaunan/kewangan mempunyai kadar kenaikan gaji tertinggi, menurut Laporan Gaji 2022 JobStreet Malaysia.
JobStreet berkata laporan itu berdasarkan data yang dikumpul antara suku pertama dan suku ketiga 2021 berbanding tiga suku tahun yang sama pada 2020
Secara keseluruhannya, sebanyak 43.3 peratus daripada penyenaraian pekerjaan baharu di Malaysia menyaksikan kenaikan gaji yang ditawarkan manakala 18.9 peratus kekal tidak berubah.
Sektor awam menyaksikan kenaikan gaji tertinggi dengan 63 peratus daripada pekerjaan baharu dicatatkan menyaksikan kenaikan gaji, diikuti industri pendidikan, barangan pengguna dan pengangkutan sebanyak 46 peratus.
Dari segi pengkhususan, sebanyak 48 peratus daripada pekerjaan yang melibatkan pendidikan/latihan menyaksikan kenaikan gaji, diikuti pekerjaan dalam bidang komputer/teknologi maklumat (IT) dan pentadbiran/sumber manusia (HR) (46 peratus).
Sementara itu, industri pembuatan, seni/media/komunikasi dan kejuruteraan merupakan tiga pengkhususan utama dengan pengurangan gaji dalam tempoh tersebut.
Pemohon pekerjaan dalam industri sains dan teknologi menyaksikan antara kenaikan gaji tertinggi, dengan jawatan pengurus menyaksikan pertumbuhan gaji median tahun ke tahun sebanyak 17.2 peratus.
Jawatan pekerjaan peringkat permulaan dalam perkhidmatan komunikasi dan industri elektrik/elektronik turut mencatatkan pertumbuhan yang ketara dalam gaji median, masing-masing sebanyak 33.3 peratus dan 15.4 peratus.
Sebaliknya, dalam jualan dan pemasaran, pengurus dan pengurus kanan mengalami kemerosotan gaji median, masing-masing sebanyak 11.4 peratus dan 52.5 peratus.
Bagaimanapun, jualan dan pemasaran kekal sebagai pengkhususan dengan jumlah iklan pekerjaan terbanyak dicatatkan selama dua tahun berturut-turut.
Bidang pengkhususan dengan gaji tertinggi di Malaysia ialah komputer/IT, dengan gaji median sebanyak RM6,000.
"Pekerja dalam bidang komputer/IT boleh berasa selesa berikutan mereka memperoleh pendapatan paling banyak dalam semua bidang pengkhususan lain dan tanpa mengira tahap jawatan, kecuali pengurus kanan yang memperoleh gaji median sebanyak RM17,000 berbanding mereka dalam bidang pentadbiran/HR yang mendapat RM22,250.
"Dengan gaji median sebanyak RM6,000, industri telekomunikasi merupakan industri dengan gaji tertinggi," menurut JobStreet.
Sementara itu, industri insurans mencatatkan pertumbuhan gaji median tertinggi sebanyak 14.6 peratus (RM700) pada 2021.

Tiada ulasan: