SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

18 Februari 2022

Ambil serius teguran KSN - CUEPACS

 Berita Harian
12/2/2022


KUALA LUMPUR: Semua penjawat awam perlu mengambil serius nasihat dan teguran Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali agar mereka melipatgandakan usaha memperkukuhkan integriti serta tadbir urus yang baik bagi memastikan perkhidmatan awam kekal dihormati.

Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat, berkata teguran dan pandangan itu sangat membina kerana apa jua yang dilakukan penjawat awam tidak sekadar mewakili individu itu, bahkan memberi gambaran kepada keseluruhan warga perkhidmatan awam.

"Penjawat awam harus sedar dalam era yang semakin mencabar ini, harapan rakyat kepada perkhidmatan awam diletakkan pada tahap tertinggi.

"Jika ada berlaku perkara yang tidak baik melibatkan integriti dan tadbir urus dalam perkhidmatan awam disebabkan kegagalan kita mengawal nafsu, sudah tentu ia akan mengecewakan masyarakat yang telah memberi harapan tinggi kepada kita semua," katanya kepada BH, hari ini.

Semalam, Mohd Zuki dalam Majlis Amanat KSN 2022, mengingatkan penjawat awam bahawa kegagalan mempertahankan nilai integriti akan menyebabkan perkhidmatan awam dipandang hina dan jelek.

Berikutan itu, beliau meminta semua ketua jabatan dan penjawat awam melipatgandakan usaha memperkukuhkan integriti serta tadbir urus menerusi pelaksanaan inisiatif di bawah pelan antirasuah organisasi (OACP) yang dibangunkan agensi masing-masing.

"Integriti ini ialah sesuatu yang melibatkan tiga perkara dalam diri kita. Pertama akal, kedua nafsu dan ketiga ialah perbuatan sama ada melalui lidah atau tangan. Sekiranya akal gagal mengawal nafsu, maka lidah dan tangan akan bermaharajalela, lalu terjadilah pencabulan integriti dalam diri.

"Perkara ini jika dibiarkan maka akan menjadi barah yang merebak ke seluruh organisasi dan akhirnya perkhidmatan awam kita ini akan dipandang hina dan jelek oleh masyarakat," kata Mohd Zuki seperti dilaporkan.

Sementara itu, Adnan, berkata CUEPACS juga ber



harap masyarakat akan terus bekerjasama dengan warga perkhidmatan awam bagi memastikan negara dapat ditadbir dengan lebih berkesan melalui sistem penyampaian perkhidmatan cemerlang.

Katanya, masyarakat tidak seharusnya meletakkan semua kesalahan terus kepada keseluruhan penjawat awam sekiranya ada segelintir individu yang tersasar.

"Janganlah jadikan kesalahan yang dilakukan oleh satu atau dua orang itu sebagai alasan untuk kita mencemuh keseluruhan 1.6 juta penjawat awam," tegasnya.

9 ulasan:

akmal berkata...

begitu juga kebajikan penjawat awam ni haruslah dijaga,pandang2 lah yang dibawah ni harga barang semua naik,umum gaji minima 1500 yg dah keje 8thun dgn yang baru masuk dah nak sama apa ke benda lah buat lah penyelarasan gaji untuk semua org2 lama juga..ni tggulah harga barang naik lagi..

Tanpa Nama berkata...

Saya sependapat dengan akmal..

Tanpa Nama berkata...

asyik-asyik kena dengar teguran. asyik-asyik kena ikut peraturan tapi kebajikan pekerja yang lama tak pula di ambil peduli.
Staf2 lama (pelaksana) di tempat saya bertugas hampir semuanya taknak ikut lagi apa2 perubahan baru yang kerajaan tetapkan sebab benda macam ini lah. Ada staf2 tu (di tempat sy bertugas) mula kurangkan sendiri tugasnya (walaupun khidmat mereka masih berbaki 3,5 & 8 tahun beberapa bulan) Macam2 alasan dia beri bila diberikan tugas.

DREAMTEAM berkata...

Terima kasih kami kepada kerajaan.. bagi kami perluang sebagai kakitangan kerajaan..Setiap teguran.. pasti kami sebagai kaki kerajaan..pasti angkuh..dan mengikut arahan2 yg ditatapkan dan berintegriti kami tetap berkerja juga.. untuk menyara hidup..sy pun menyokong dengan pembapat akmal dan. Yg lain2 nya.. tapi saraan hidup terlalu tinggi..terpaksa kerja lebih di luar..bantulah kami..

Unknown berkata...

Masih terdapat jabatan yg belum mengeluarkan pekeliling utk Pengeluaran gcr 80 hari, ramai yg masih menunggu utk membuat Pengeluaran tersebut, harap dapat perhatian dari pihak Ceupacs, utk meringankan beban penjawat awam utk persekolan anak, sambut Ramadan dan lain kos sara hidup yg sedang meningkat

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kepada Encik Anderson Carl kerana membantu dengan keuntungan saya dan membolehkan pengeluaran kelima saya. Saya di sini untuk berkongsi peluang mengubah hidup yang menakjubkan dengan anda. ia dipanggil pilihan perdagangan Bitcoin / Forex. ia adalah perniagaan yang sangat menguntungkan yang boleh menjana pendapatan anda sebanyak $2,570 dalam seminggu daripada pelaburan awal hanya $200. Saya adalah bukti hidup peluang perniagaan yang hebat ini. Jika sesiapa berminat untuk berdagang dengan bitcoin atau mana-mana mata wang kripto dan mahukan perdagangan yang berjaya tanpa kalah, beritahu Encik Anderson Carl sekarang di Whatsapp: +1(252)285-2093
E-mel: andersoncarlassettrade@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

minta ceupacs betulkan #jpa dimana pekeliling yg mrk keluarkan adalah bercanggah dgn dasar pengumuman pembentangan bajet 2022 yg mana didalam parlimen dan dewan rakyat dibentang kan semua kakitangan awam 1.3 juta (bermakna kesemua) yg bergred 56 kebawah diberikan bantuan khas kewangan (BKK) sebanyak RM700.

tetapi jpa mengeluarkan 1 pekeliling mengatakan tidak layak kpd kakitangan awam yg menolak imunisasi .sedangkan program imunisasi adalah SUKARELA TERMASUK FRONLINER .mana dtg nya wajib ? sila nyatakan 1 perkataan wajib dalam mana-mana ucapan kementerian kesihatan, MKN atau kerajaan malaysia yg mengatakan WAJIB ? sila nyatakan.

imunisasi tidak termasuk didalam bidang tugas.kena ingat tu.kami NGO mewakili penjawat awam membantah pekeliling jpa tersebut yg mana ini merupakan 1 diskriminasi yang tak pernah dilakukan dalam mana-mana sejarah pemimpin dalam malaysia.inilah pertama kali pemberian kewangan utk kakitangan awam di sekat.

kakitangan berhak memilih apa2 bentuk rawatan .inikan pula ingin memasukkan sesuatu kedalam tubuh badan mereka yang mana ianya merupakan UJIKAJI.

ceupacs merupakan tonggak kpd kakitangan.sepatutnya ceupacs kena pertahankan duduk berbincang, selami hati para penjawat awam kenapa mereka menolak imnunisasi tanpa soal selidik, tanpa kajian ...patut nya itulah tugas2 ceupacs.membantu kakitangan awam.memperjuangkan kakitangan awam.

kita minat proton saga , awak minat wira dsbnya takkan kita nk paksa kawan kita atau org pakai ikut brand kita ? tidak boleh.hak individu adalah hak yg tidak boleh di paksa paksi.
bercanggah dgn perlembagaan persekutuan perkara 5,6 dan 8 iaitu hak asasi manusia.

sama lah juga dengan program imunisasi ini.tidak boleh di paksa.kerna itulah pada borang consent di ppv di tulis saya dengan rela hati...bermakna siapa yg ingin silakan.siapa yg tidak ingin tak perlu di paksa.kenapa ceupacs tidak membantah pekeliling jpa yg dikeluarkan sedangkan ianya adalah bercanggah sekali dgn pembentangan bajet 2022

cuba ceupaacs buka mata terang2 ada tak 1 perkataan yg di umumkan oleh menteri kewangan iaitu tengku zafrul mengatakan TIDAK LAYAK BANTUAN KHAS KEPADA KAKITANGAN AWAM YG MENOLAK IMNUNISASI ???? ada atau tidak ?? kami minta penjelasan tentang perkara ini segera.bermakna bercangggah dengan dasar kerajaan.kerajaan dh umum beri bantuan khas kepada kakitangan gred 56 kebawah kemudian jpa keluar pekeliling tidak layak mcmana ni ?

diharapkan ceupacs sila lah telus dan kembalikan bantuan khas kewangan tersebut kepada mrk yang ditahan itu.

#perdanamenterimalaysia #ismailsabriyaakob #tokmatmtumno #najibrazak #kembalikan #bantuankewangankakitanganawam #segera #tiadadiskriminasi # dimalaysia

Geng tunggu skim pencen 25% di keluar kan berkata...

Salam hari raya..harap cuepacs bersuara gaji gred 11..
Naikkan Elaun tertentu dengan keadaan bebanan ekonomi semasa..
Yang berkerluaga amat merasakan..
Berhikmad hampir 10 tahun..anjakan gaji tahunan terlalu kecil..

Insan biasa berkata...

Nilai-nilai murni yang diajarkan oleh semua agama perlu diutamakan dalam kehidupan termasuk orang islam sendiri