SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

02 Februari 2010

CUEPACS TUNTUT SEMAK SEMULA GAJI NAIKKAN PENCEN PESARA

Berita Harian
2/2/2010





KUALA LUMPUR: Cuepacs akan mengemukakan dua tuntutan daripada kerajaan pada tahun ini, iaitu menyemak kembali gaji kakitangan awam yang sudah mencecah gred maksimum dan menaikkan pencen kira-kira 450,000 pesara kerajaan yang berkhidmat kurang 25 tahun. Presidennya, Omar Osman, berkata hampir separuh daripada kira-kira 1.2 juta kakitangan awam, membabitkan pegawai kumpulan profesional, pengurusan dan kakitangan sokongan di negara ini sudah mencecah gred maksimum. “Kira-kira 450,000 pesara kerajaan yang berkhidmat kurang 25 tahun juga menerima pencen serendah RM300 sebulan. Ini tidak mencukupi jika mengambil kira kos sara hidup semasa, terutama di bandar. Kadar pencen mereka perlu dinaikkan sekurang-kurangnya kepada RM500.
“Walaupun krisis ekonomi negara belum pulih sepenuhnya, permohonan ini wajar untuk menambah kuasa membeli, selain meningkatkan kebajikan kakitangan awam,” katanya ketika dihubungi, semalam. Beliau berkata, kadar yang dituntut itu munasabah kerana jumlah minimum pencen pesara yang berkhidmat lebih 25 tahun ketika ini ialah RM720. Sementara itu, Omar berkata, hampir semua 1.2 juta kakitangan kerajaan memilih menyertai skim pencen berbanding skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Katanya, ramai kakitangan kerajaan tidak memilih skim KWSP kerana tidak menikmati kemudahan seperti kad persaraan, perubatan percuma di hospital kerajaan dan faedah persaraan (gratuiti) seperti kakitangan awam yang memilih skim pencen. “Jika sebelum ini, ada seramai 70,000 kakitangan kerajaan memilih skim KWSP, tetapi menyedari kebaikan dan kelebihan yang dinikmati menerusi skim pencen, ramai yang sudah menukarnya kepada pencen,” katanya. Bercakap kepada Bernama, Omar berkata, Cuepacs akan menemui Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam, bulan ini untuk meminta dipertimbangkan pelaksanaan peraturan baru persaraan pilihan penjawat awam. Beliau berkata, Cuepacs terkejut apabila ditanya anggotanya mengenai perkara itu kerana JPA tidak pernah mengajak pihak itu berbincang mengenainya.
“Sukar bagi kami untuk menjelaskan perkara ini kerana kami (Cuepacs) tidak tahu mengenainya... ada yang menyangka kami yang membawa (cadangan perkara itu) kepada kerajaan," katanya. Beliau mengulas pekeliling JPA pada 25 Januari lalu mengenai persaraan pilihan anggota yang akan diluluskan dengan syarat jika mereka bersetuju dibayar 20 peratus daripada ganjaran atau RM10,000 terlebih dulu, mengikut mana yang lebih ketika bersara pilihan mulai Februari 2010 atau selepasnya.

50 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang seronok kalau dengar nak naik gaji tapi yang paling seronok ialah peniaga coz boleh naikan harga barang. Selagi kenaikan harga barang dan perkhidmatan tidak dikawal... nikmat kenaikan gaji tidak akan dirasa. Pi mai pi mai tang tu gak...

Tanpa Nama berkata...

MMMM...naik jgn x naik.. Gaji Polis dh naik.. barang x naik plak..

Tanpa Nama berkata...

alaa.. apasalahnya naik, gaji tak naik pon barang naik jugak.... tgok mcm la nie gula dah naik. gaji dok mcm tu jugak.

Tanpa Nama berkata...

gaji jabatan lain bila nak naik???? asyik polis je. kena sama adil la....

ikmal3425 berkata...

asyik polis jer naik..mmg lh keje berrisiko..kami pun berisiko jgk..brg asyik naik jer..gaji mcm tu jer..keje bertimbun..

Tanpa Nama berkata...

GAJI POLIS AJE YANG NAIK KERANA MENYUMBANG UNTUK NEGARA? KAKITANGAN LAIN TIDAK? DALAM SETAHUN BERAPA KALI MAHU NAIKKAN GAJI DAN ELAUN POLIS? OH LUPA PULAK...KAMI SEMUA TIDAK MENYUMBANG UNTUK NEGARA.....HANYA POLIS AJE YANG MENYUMBANG UNTUK NEGARA...

Tanpa Nama berkata...

Cuepacs apa cerita tentang tuntutan gaji linear ?

Tanpa Nama berkata...

smpai bila gaji polis mahu naik..sedangkan perkhmatan lain susah sgt nak dipertimbangkan..dh lah disediakan kuarters gaji lak naik..kakitangan awam yg lain dh la gaji kecil kena lak sewa rumah kt luar..cuba2 lah kerajaan tgk2 skit masalah golongan sokongan ni..

AirMani berkata...

polis kan byk tolong UMNO BN, jabatan lain mana ada... semua kuda laut

UMNO gogo berkata...

Ape benda ko nie mani..nama pun dah tak senonoh..camni la..semua P.A kena pakat ikhlas buat kerja...orang atas memang selalu pantau orang bawah sekarang nie,maklumlah masa duit banyak dulu sibuk pasal projek pembangunan staff..komisyen lebih sioot..kursus sana sini..sewa hotel grant2..claim pun cecah ribu..sekarang..nak buat program dalaman staff pun kena tunggu budget kementerian dulu..tu pun kena berjimat..skema lah konon..

Apa salah nya bagi anugerah cemerlang pada jabatan yang minimakan kos tapi menyumbangkan prestasi kerja yang cemerlang..jabatan yang paling berhemah berbelanja wang kerajaan..oppsst..no wang rakyat daa..ada lagi yang tak puas hati pasal harta kerajaan menjadi milik peribadi..lagi hawau..!!!

korang ingat sehelai kertas A4 pun dilarang bawa balik ke rumah tau!!! harta rakyat..kita sebagai wakil yang diamanahkan oleh rakyat untuk menjaga hartanya...jadi lah seorang yang lebih AMANAH!!!!

joseph stalin berkata...

mesti lawak org yg bawak balik keta jabatan macam honda crv tu amik anak kat sekolah pastu park kat rumah macam keta sendiri

Tanpa Nama berkata...

Nak tulis lebih2 takut kena cekup akta hasutan... tak cakap mendidih darah... setiap PA termasuk polis ada kepentingan dan tanggungjawab yang tersendiri... jangan nak banding kerja polis dengan jururawat.. dan sebagainya. Sesuatu jawatan diwujudkan kerana keperluan... so jgn kata tugas polis berat n berisiko dan yang lain tak berat dan tak berisiko. Contohnya pembantu makmal di sekolah... ( saya bukan pembantu makmal ). Mungkin ramai yang melihat tugas pembantu makmal mudah, ringan dan tak berisiko. Bagaimana sekiranya semasa penyediaakn bahan berbahaya ianya melutup atau tertumpah di badan. Tak bahaya ke tu... bagaimana tugas guru yang sering diancam oleh murid dan keluarga yang tidak bertamadun... bagaimana tugas penguatkuasa JPJ yang diancam oleh tonto dan mat rempit... semua PA penting dan jangan ada diskriminasi. Kesimpulannya kalau n ak naik gaji semua PA dinaikan gaji dengan kadar peratus yang sama... bukan ada yg 10%, 15% dan 35%. Ingat diskaun hari raya ka... Lu fikir la sendiri.

Tanpa Nama berkata...

kali ni entah kali ke berapa gaji polis dinaikan ! kesian kat penjawat awam lain.

Tanpa Nama berkata...

MEMANG PATUTLA POLIS NAIK GAJI. KAMI KEJE RAJIN KORANG MALAS. WAKTU KEJE ASYIK MEMBUTA JER PATUT KENA TURUN LAGI GAJI TU

Tanpa Nama berkata...

KO SORANG JE LA YG RAJIN KEJE BODEK BODEKKK BOSSSS...ORANG LAIN NIE PENCACAI JER....BKN NAIK GAJI JER....DUIT TEPI PUN ADA...KAYA-KAYA....

Tanpa Nama berkata...

lain kali jadi polis jangan jadi pencacai

Konstabel Muniandy berkata...

kami konstabel lah yang amat layak, jangan sampai kami buat roadblock selalu nanti sebab cola rm1000 masih tidak dipenuhi.

kami sayang BN dan MIC, jadi silalah memberi muka kepada kami, gred 41 dengan segera untuk semua yang bertugas lebih 5 tahun

lain pekerja awam kasi potonglah gaji sebab malas. kerani malas. guru pun mana ada mengajar itu hari saya pergi srjkt ladang bristol guru duduk kantin sahaja minum. tentera juga suka rehat saja di gate kem. bomba pun tidak selalu bertugas. malas!

di jabatan pendaftaran pun mereka malas dan rehat saja. doktor pun malas, saya pergi hospital 7 pagi tidak dibenar masuk, mesti sebab doktor nurse tidur dalam lagi. kasihan emak saya itu

saya sentiasa bertugas sentiasa rajin mana ada sama sudah nak pencen masih tidak merasa 41.

ikhlas sungguh
-konstabel hampir pencen (senawang)

Tanpa Nama berkata...

x puas hati aku....nampak sgt nak kena kalih....

Tanpa Nama berkata...

Ingt pak lah paling teruk tp yang la ni lg hudoh tp xpa BULAN masih menyinari hidup kita dengan cahaya.Yg naik gaji 2 paling banyak rasuah n mcm2 tp 2 yg depa nak jaga sb majoriti kn ambik point org kg ulu pun da buka minda da nampak mainan politik KOTOR peeeeeeeewwwwwwwiiiiiiit.........

Tanpa Nama berkata...

sb polis buat keje 2 gaji naik,ada betoi ka?jabatan lain keje tanggungjawab besar gak silap kena saman la apa la sume risiko len la ada polis jenayah xde ni ramai tp mcm2 gak p mana polis tengok ronda sedia perabis minyak kerajan adala keje pa?Da dapat baju FREE tinggal spenda ja beli 2 pun kalau pakai

Tanpa Nama berkata...

agak2 la.. kalau nak naik pun. igat penjawat awam len tak wat keja ka. polis dah la buat apa pun free.. masuk disco pun free.. makan kat kedai tomyam pattani malam2 pun free..pastu p tempat judi dok kutip toci lak. gaji lagi naik lagi kaya la polis.. tu tak kira saman lagi yang tak masuk buku. polis kan buat keja sangat pun keta aku hilang dah jumpa pun suruh p ambik sendiri.

AirMani berkata...

semua penipu.. kata takdak duit sampai semua nak potong, tetiba yg paling byk makan suap naik.. mmg bungkus la kali niiee.....

ada plak yg nak cola seribu... lahaanaatttt

Tanpa Nama berkata...

x kisah la gaji nak nek ker pa ker. janji kerja kena amanah..ingat nak bg makan ank bini. keja biar btol. kat dunia mmg lepas la tp akhirat jawab sendiri, bkn menteri ketua jabatan nak tlg jawab...soal jawab dan tuhan...

POLIS BAIK berkata...

makan suap biasa la gaji mana cukup pakai kete enjin besar maintanance tinggi, poya2 lg mane cukup bro.......naik byk ni xcukup lg, kena tahan lori pau lg hahahaha.....kayo3x

Tanpa Nama berkata...

tgk 2 gaji naik sembang TAKABUR lak,mcm ni ka perisai tunggak negara APALA..........

Tanpa Nama berkata...

Salam BRO.....kita kenal sapa kita di mana kita sapa ketua kita, jadi jgn fikir byk2 nilai n buat pilihan nanti...........

hamba ALLAH berkata...

Kalau nak naik gaji bg ADIL,sume naik ni pilih BULU ja,yang lain BEBULU lak,dunia2 apa nak jadi akhir zaman kan byk2 amal ibadat gaji naik bukan leh bwa p kubur kan AMALAN BERKEKALAN................AMIN

Tanpa Nama berkata...

lps ni polis akan dpt byk duit saman sbb ramai k/tgn awam x dpt byr roadtax sbb x dpt bonus.

MattDemon berkata...

Pada pendapat saya, CUEPACS seharusnya menumpukan kepada long term investment n planning lam knowledge n skills dan bukannya hanya menuntut kenaikan gaji, elaun dll yg bermatlamat jangka pendek.

Umpama bagi ikan tanpa mengajar macamana utk memancing. Perlu latih penjawat awam ngan surviving skill di kota seperti menceburi bidang perniagaan, pelaburan; hartanah, saham dll. Perlu bagi ilmu tentang personal financial management esp skill mengawal hawa nafsu berbelanja seolah-olah director of a company.

PA juga perlu setkan target bila mahu berhenti kerja setelah dapat calculate the risk vs income yg boleh dapat dari bidang lain. Takyah kerja gomen sampai ke tua..bagi peluang plak kat bebudak fresh graduate yg tiada hala tuju...then bebudak u yg keje gomen after some time bila dah secure financially...bagi plak peluang kat fresh grad lain. Takkan keje lama still tak nampak peluang utk wat bizz. Takkan selama nie takleh saving duit gaji bulan2...

Rata-rata PA target pencen...padahal umur baru 30-40...cam tak sabar tua plak. As if life begins after pension. Life begins now..!!.PA kena tambahkan ilmu di dada, invest knowledge kat diri sendiri. Kat sini la CUEPACS leh assit ngan anjurkan kursus-kursus berfaedah ngan discounted price. Better than bagi kenaikan gaji kat berapa juta PA yg mana ramai gak jadik pillion rider. Yg keje baguss ada..maybe 1-3 orang lam sesuatu jabatan, yg lain penumpang je. Jadi tak adil bagi kat semua..lam hal nie takyah cakap pasal SSM ke SSB ke..sama je mekanisme dia.

Kalau anda sebagai PA still mengeluh selepas dapat gaji sbb gaji berikutnya lambat lagi..meaning that u are not financially healthy. Then jika anda berniat utk buat sesuatu tetapi tatau nak wat apa utk tambah income...meaning u are not mentally healthy...bukan giler cuma tak dynamic...tak guna minda ngan tahap optimum. Macam mana nak guna minda ngan tahap optimum kalu dok fikir bila next gaji n bila pencen...

kurt cobbain berkata...

saya memang menyokong segala fakta dan nasihat serta panduan berguna dari encik matt.

moga PA boleh berfikir dengan bernas selepas ini

ganu kita berkata...

saya setuju dgn en. matt kita... memang la sedap gaji naik.. semua nak naik gaji... tapi lepas ni org berniaga pun lagila seronok .. tak berbaloi syok sekejap.. inflasi menjadi2...

cuepecs pun jgn stakat bagi cadanagn naik gaji jek.. bagi la kursus2 berkaitan supaya penjawat awam bijak wang.. jgn stakat gaji 1,000.. abis 1,000 lebih... mentaliti tak apa.. gaji bulan depan ada lagi...

ajar berniaga.. ajar kursus asas pengurusan kewangan... supaya kakitangan kita boleh berusaha mencari duit sendiri dan berdikari.. pasif income etc... jgn asyik meminta2 je..

Tanpa Nama berkata...

Jangan kutuk banyak2 fasal polis ..
nanti tidur bertilamkan simen berbantalkan lengan sendiri. Sekarang kan zaman saman menyaman..
Jangan cakap berupa hasutan.. ancaman.. fitnah.. memalukan. Aku tak cakap... aku taip aje...

Tanpa Nama berkata...

Jangan kutuk banyak2 fasal polis ..
nanti tidur bertilamkan simen berbantalkan lengan sendiri. Sekarang kan zaman saman menyaman..
Jangan cakap berupa hasutan.. ancaman.. fitnah.. memalukan. Aku tak cakap... aku taip aje...

Tanpa Nama berkata...

Jangan kutuk banyak2 fasal polis ..
nanti tidur bertilamkan simen berbantalkan lengan sendiri. Sekarang kan zaman saman menyaman..
Jangan cakap berupa hasutan.. ancaman.. fitnah.. memalukan. Aku tak cakap... aku taip aje...

Tanpa Nama berkata...

mcm cik crab ajar ank dia jln.. la plak....

Tanpa Nama berkata...

TIME BASED PUN BELUM DILAKSANAKAN LAGIII... SEPATUTNYA DAH MULA JULAI TAHUN LALU...APEKE HEII YOP!!!

MattDemon berkata...

sila komen terbuka je kalau tak puas hati ngan polis atau mana-mana jabatan...ini zaman millenium...kita tegur utk penambahbaikan..tak perlu ugut-ugut nak tangkap dsb dalam negara demokratik...tq

Konstabel Muniandy berkata...

polis susah kerja kuat baguslah gaji naik. yang naik bukan buat kerja, malas sangat semua ni

mattdemon mari sini tempat saya biar aku ajar apa erti bersyukur. polis dah naik gaji bersyukurlah kepada Tuhan. lepas ni semua kami dapat cola RM1000 pulak, layak la tu kamu suka, kami pun suka

-ikhlas sungguh
Konstabel hampir pencen (senawang)

MattDemon berkata...

konstabel Muniandy...terima kasih atas kesudian saudara untuk mengajar saya...saya suka belajar..

tapi saya tak faham pulak kenapa ngan isu bersyukur nie.....saya bukan polis...dan saya maksudkan teguran umum..kepada polis dan jabatan lain...bukan hanya polis sahaja...harap saudara dapat memberikan penjelasan yang sejelas-jelasnya umpama sudah terang lagu bersuluh..umpama motosikal menyuluh di siang hari atas faktor keselamatan...:)

Tanpa Nama berkata...

bilalah gaji kumpulan sokongan nak dinaikkan.. kami dah tak larat nak tangguh bebanan harga barang dan perbelanjaan anak ke sekolah nak pohon untuk dapatkan KWAPM pun tak dapat sedangkan gaji hanya rm2000 kebawah

lawak berkata...

gaji 2000 nak dapat KWAMP...lawak lawak...third class mentallity...only hope for subsidy like konstabel muniandy...[semua orang malas kecuali dia]...

Ahmad Saad Marzuki FT17 berkata...

sapa la ngok sgt nk KWAPM padahal gaji hampir rm2000.. wang tu sbenarnya utk kakitangan swasta mcm kilang dan lain2..

kakitangan swasta kerja lagi lama n kadar upah lagi renddah, jadi wang tu utk mmbantu mereka.. yg gomen dah ada COLA n lain2 imbuhan pn nak lagi,, tamak haloba..

mana2 kakitngan sokongan yg asyik merungut itu ini perlulah mengisytiharkan harta, adalah menggunakan kenderaan jenis apa dan tinggal di rumah jenis apa, dan apa lagi yg dibelanjakan dlm sebulan..

byk kakitangan sokongan ni sbnarnya berlagak, org lain nk kete diorang pn nk pakai, padahal patutnya kancil @ wira @ nissan sunny second hand shja;lah ikut kemampuan. ini tidak, kat ptrajaya ramai pakat pakai kete baru mcm MYVI, SAGA BLM, tambah menjelikkan ada beli avanza, alza dan exora.. pastu menjerit2 nk minta tambah gaji sbb x larat tanggung maintenance dan byaran bulanan.

tujuan nk naik gaji 90% lebih kepada utk bergaya lebih, bkn nk bagi anak2 pn.. kalo x xdela cikgu2 kat forum kena maki sebab minta yuran yg cuma bape ringgit tu. sebab tu ms paklah bg naik gaji jualan kete naik mencanak, terutama dr gol sokongan nih. ingatkan nk labur kat pelajaran anak tapi harammm.... sia2 ja bagi

aku yg gaji lebih rm2k pn pki saga buruk je hehehe

Tanpa Nama berkata...

saya PA yg telah berkhidmat 28 tahun amat terkilan dgn penangguhan bayaran graduiti...(bukan yg menjawat selepas 1991)..yg mana sudah sedia maklum...saya ambil bersara pilihan kerana keadaan kesihatan kurang baik..(tidaklah kronik alhamdulilah)daripada berada dlm keadaan yg tidak sihat dan ceria di pejabat..saya rasa lbih baik saya ambil bersara pilihan..dan beri laluan pada penjawat baru ..muda dan aktif...dengan harapan dgn duit ganjaran utk menampung hidup selepas bersara...bukan sampai berjuta-juta ringgit dan bukan utk berniaga..Alangkah secdihnya dengan hanya berbekalkan Rm14 ribu tu utk menampung hidup selama 7 tahun utk ganjaran penuh..masih hidup lagi kah saya di waktu itu untuk merasa hadiah atau tabungan saya itu...dgn penyakit yg bermcm 7thn amat lama...kalu dpt pun utk anak2 yg mana mereka pun tlah bkerja...dan adakah semua pnjawat awam memilih pencen pilihan...saya rasa hanya sebilangan sahaja kerana kerana kalau mereka sihat...lbih baik mereka trus bekerja daripada mencari kerja di bidang lain.jadi bukan semua 1.2 pnjawat awam memilih pencen pilahan..itu pun kebanyakan nya wanita...yg mana tenaga pun tak segagah kaum lelaki...dan bagi mereka yg blum dpt menunaikan haji kerana masaalah kewangan..mungkin dgn bersara awal mereka dpt mnunaikan fardhu haji lbih awal dlm keadaan yg masih sihat dan kuat...alangkah terkilannya mereka walaupun telah bekerja berpuluh tahun tapi blum dpt mnunaikan rukun klima itu...

Tanpa Nama berkata...

dei muniandi,kau tahu kenapa kau konstabel sampai pencen?sebab kau kaki bodek,kaki kutuk dan ketua PHD(perangai hasad dengki)kita ni sama makan gaji,tak elok kau kata askar lepak kat gate,bomba jarang doktor dan nurse tido.kau pernah tgk ke bomba keja dari pagi sampai pagi padam api?kau pernah merasa ke pergi operasi sampai 6 bln tak tgk anak bini dan kau pernah rawat sendiri ke anak bini kau sakit terutama sekali masa bini kau bersalin?takkan kau jadi pak bidan sendiri KOT?kita ni semua ada tugas masing2,x perlu nak komplain sapa2.nasib baik kau tinggal kat malaysia dapat jadi polis kalau kat pakistan hari2 kat berpanas jual karpet kat malaysia,kalau kat india mungkin kau jadi PENGEMIS.BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG ADA...........

yatie berkata...

Selesai sudah bajet 2011.Tidak kedengaran langsung tetang kenaikan pencen bagi perkhidmatan kurang 25thn. Harap usul ini diteruskan oleh pihak cuepacs.

Tanpa Nama berkata...

mana dia janji kerajaan dak semak gaji dan naikan gaji sekali ganda..
kakitangan awam bawahan dah mula menghasut masrakat dan memburuk-burukan kerajaan kerana gaji yang mereka terima sekarang adalah gaji seorang hamba.. kejer makin btmbah... gaji hampeh.. nak beli seluar dalam pun payah.. kakitangan awam bawahan boleh naik giler... kalo perihal gaji tidak diambil kira.. gaji yang diterima sekarang hanya boleh pakai 20 tahun lepas.... lu pikeaklahh.. sendiri...

Tanpa Nama berkata...

gaji pencacai najis pun tak serendah gaji kakitangan awam.. gaji pencacai najis lebih tinggi dibandingkan dengan kakitanagan awam sokongan 1 & 2.. setakat 1,000 sebulan nak makan apa.. rm 200 petrol, 200 segala bil, 350 bayar kancil, bnja keperluan asas anak seorang 200, bagi bini 150 , bagi mak bapak 200(mak bapak nak makan apa dgn 200) rumah sewa paling slesa dan hanya itu yang termampu 250.. cuba kira.. cukup ker.., hei org yang di berikan kuasa menjaga kebajikan kami.. jgn engkau nak lokek sangat manaikkan gaji kami.. sesungguhnya kamu wahai menteri-menteri akan dilahknat kerana melayan kami sebagai hamba.. woi... binatang pun lari lah... kalau kawasan tu tak cukup makan inikan pula manusia...

Tanpa Nama berkata...

mana blanja nak makan harian
blnja makan tak masuk lagi ker..?
owh... tanam ubi kayu.. mcm zaman-zaman jepun dulu.... dah tak cukup duit nak makan terpaksalah.. nak beli beras tak mampu... nak minta gaji lebih.. tak diendah.. kerja makin bertambah.. nak naikan nama orang atasan dan kemahuan kepala-kepala menteri-menteri.. yang bijasana.. namun tak berperikEMANUSIAAN LANGSUNG...HAH..

Tanpa Nama berkata...

nak tambah pendapatan kakitangan awam bleh beniaga.. dan keja lain (kerja separa masa) konon.... nak beniaga amender kalo dah dok kat pedalaman.. engko nak suruh kami nak beniaga aper... sapa nak beli... org kpg cakap ( apa lah kakitangan awam ni nak jual-jual plak, gaji besar.. ) org kpg ingat gaji kami bsr.. besar kepala hotak.. nak makan pun susah.. ingat kami ni aper hah.. pakai modal nak raih undi & jaga kepentingan dan bisnes besar engkoo ker... bangap betul lahhh... pegi rah mabokkk...

Tanpa Nama berkata...

Saya harap kpd pesara dapat la juga menikmati kenaikan gaji dan juga duit raya untuk menyambut aidilfitri, mamandangkan apa shj keperluan skrg trlalu tinggi, dan juga kpd orang mempunyai ramai anak amat susah utk berbelanja dgn pencen yg kurang mencukupi.. saya harap permintaan saya ini dpertimbangkan..