SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

08 Februari 2010

PM GARIS EMPAT TONGGA PENTING LAKSANA AGENDA KERAJAAN

Bernama
08/02/2010 12:01pm



PUTRAJAYA 8 Feb. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggariskan empat perkara yang menjadi tonggak penting untuk melaksanakan agenda kerajaan bagi tahun ini.
Beliau berkata empat perkara itu ialah gagasan “1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, Program Transformasi Kerajaan (GTP), Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).
Katanya, dua perkara lain yang menjadi sebahagian daripada empat tonggak itu ialah pemikiran yang kreatif dan inovatif; serta kepantasan membuat keputusan, dasar dan pelaksanaan, yang berkaitan dengan daya saing sesebuah negara.
"Saya harap penjawat awam akan beri komitmen sepenuhnya apa yang dianggap penting untuk memenuhi jangkaan dan harapan rakyat.
"Agenda kita untuk tahun ini dan dengan aliran pemikiran kita, jika digabungkan, tahun ini boleh menjadi tahun yang berjaya,” katanya pada majlis perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini. – Bernama

1 ulasan:

minorin berkata...

yg mana tak mencapai tahap yg kita nak. minta diberhentikan. buang masa dan duit saja bayar gaji kat orang macam ni.. dalam dunia sekarang kualiti melebihi segalanya