SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

23 Februari 2010

WANITA KUASAI SEKTOR AWAM

Berita Harian
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
23/2/2010





KUALA LUMPUR: Cuepacs semalam meluahkan kebimbangan berikutan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam semakin meningkat sekarang. Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata trend masa kini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara. Contohnya, kata beliau kepada Bernama, hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) diisi oleh wanita.
Ahmad Shah berkata, perkara itu bertentangan dengan polisi kerajaan sekarang yang memperuntukkan hanya 30 peratus jawatan pembuat keputusan kepada kaum wanita. Ketika dihubungi Berita Harian pula, Ahmad Shah mendakwa nisbah kakitangan awam wanita meningkat dengan ketara sejak awal 2000, malah sudah mencecah 70 peratus dalam bidang tertentu seperti perguruan dan peningkatan itu turut berlaku dalam kumpulan sokongan. Beliau berkata, antara faktor utama menyumbang kepada senario itu ialah sistem pengambilan kakitangan awam berasaskan pemprograman komputer yang memfokus kepada merit kelulusan akademik sehingga menyebabkan kebanyakan calon lelaki tersingkir pada saringan pertama lagi.
"Fenomena ini menggusarkan kerana ia boleh mengakibatkan kepincangan sistem penyampaian kerajaan dalam jangka panjang. Ini berikutan fitrah wanita yang mempunyai kekangan tersendiri, seperti mengambil cuti panjang selama berbulan-bulan selepas bersalin. "Apabila wanita terbabit memegang kuasa pada peringkat pembuat keputusan, maka banyak keputusan penting akan tertangguh sehingga menyebabkan pelaksnaaan pelbagai urusan tergendala," katanya. Ahmad Shah menegaskan, isu berkenaan dibangkitkan bukan atas faktor diskriminasi gender, malah Cuepacs tidak mempertikaikan keupayaan atau kebolehan wanita, tetapi bersandarkan kebimbangan kesan fenomena sedemikian untuk jangka panjang. Katanya, Cuepacs menerima aduan daripada orang ramai yang mengakui lebih selesa berurusan dengan penjawat lelaki kerana mereka lebih kreatif dan fleksibel, iaitu tidak terlalu terikat dengan kerenah birokrasi, sekali gus memudahkan penyelesaian suatu urusan atau masalah dengan lebih pantas.
"Dalam keadaan lain pula, sikap semula jadi wanita yang penyayang ada kala menjadi halangan kepada mereka untuk menyelesaikan masalah tertentu, khususnya pengetua wanita dalam menangani isu disiplin pelajar lelaki kerana tidak wujud perasaan `gerun' kepada mereka," katanya. Sehubungan itu, bagi mengatasi masalah berkenaan, beliau menyarankan sistem pengambilan penjawat awam diperbetulkan secara serius, iaitu tidak terikat kepada sistem komputer yang memfokus kepada merit kelulusan akademik kerana ia hanya memihak kepada calon wanita yang memang tidak dinafikan tekun belajar. "Merit kelulusan akademik tidak semestinya menentukan bahawa perkhidmatan mereka akan lebih baik berbanding penjawat lelaki. "Sebaliknya, `sentuhan langsung' dengan panel penilai mesti diwujudkan dari peringkat saringan pertama lagi di mana pelbagai kriteria penting harus dititikberatkan seperti tahap kecerdasan minda, keupayaan menyelesaikan masalah, kebijaksaan membuat pertimbangan, tahap ketahanan mental dan keluasan pengetahuan am setiap calon," katanya.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kite nih dah akhir zaman, kaum prm lebih banyak dari lelaki. tempat pengajian tinggi dah semakin banyak, takkan nak biarkan sijil2 tersebut di simpan dalam almari je.

minorin berkata...

kiamat menjelang tiba

cikgu nizar berkata...

kat byk sekolah pun 20% je guru lelaki, nk suh buat antiviti luar lelaki yang sikit ni la dok kena memanjang...

xde akhir zamannye bro, nisbah lelaki pompuan kat m'sia ni stabil lagi 51 lelaki 49 pompuan, tgk la kat wikipedia -1.01 male(s)/female (2005 est.)- tapi ke mana lelaki2 ni pergi ye?

bkn apa, ramai sgt pompuan ni akan menimbulkan 1 masalah apabila ramai yg bsalin pada satu2 tahun. byk kerja akan tergendala dan menyukarkan kecekapan operasi jabatan

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya pembuat keputusan sepatutnya diberi lebih kepada lelaki.
sebab lelaki 9 akal 1 nafsu..wanita 9 nafsu 1 akal

Tanpa Nama berkata...

Sokong dengan pendapat cikgu nizar.. kemana lelaki pergi? sebenarnya bukan di penjara dan pusat pemulihan..tetapi xdiberi peluang..ramai gak kawan2 aku pemegang dip/ijazah..tetapi bila time interview asyik ppuan yang dapat..last, fed up..keja dispatch dan jadilah kuli di private sektor..bila aku dah keja gomen ni baru la aku tau kenapa ppuan slalu dapat keje..antaranya..
-lelaki kuat melawan(selalunya melawan benda yang benar)ppuan tidak.
-ppuan sejuk mata memandang(tambah klu lawa n cantik)lelaki nyemak mata je.
-banyak sangat ulat bulu dalam sektor awam..(banyak sangat bos xsedar diri..)
-yang lain lu orang pikir la sendiri..letih..
hakikat ni..bukan fitnah..xpayah la aku nak buktikan..mindset bahagian sumber manusia sume jabatan patut diubah..jangan marah kaum hawa..anda xsalah..kaum lelaki juga yang salah..

minorin berkata...

aku ni pun pompuan juga. tapi takde la nak amik hati sangat comment cam ni. tau dah mesti ada org bela punya