Bernama
7/2/2011
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Cuepacs Isnin meminta kerajaan menetapkan gaji minimum bagi penjawat awam supaya mereka dapat menampung kos kehidupan yang semakin tinggi.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata pada masa ini, gaji yang diterima penjawat awam terutamanya kumpulan sokongan, masih lagi berada di bawah garis kemiskinan RM720 sebulan.
"Contohnya bagi Gred 1 hingga Gred 16 dalam Kumpulan Sokongan II, permulaan gaji RM647, bawah paras gaji kemiskinan. Sekarang paling tidak mesti RM850 atau RM920, dan ini tak termasuk elaun, hanya gaji pokok.
"Kakitangan kerajaan sekarang ni, kalau ikut betul-betul gaji, memang belum sampai gaji minimum. Tapi disebabkan tambah elaun, maka sampai (paras gaji minimum)," katanya kepada pemberita selepas Bengkel Pemantapan Disiplin dan Integriti Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia di sini, Isnin.
Beliau berkata gaji yang rendah boleh mengakibatkan produktiviti pekerja terjejas terutamanya apabila mereka melakukan pekerjaan sambilan.
Justeru, Omar berkata kerajaan perlu menyemak semula gaji minimum bagi penjawat awam dan menyelaraskannya dengan sektor swasta untuk mengelakkan perkara melibatkan disiplin pekerja itu berlarutan.
Kali terakhir kerajaan membuat semakan gaji ialah pada Mei 2007.
Omar juga berharap Makmal Gaji Minimum yang akan berlangsung esok dapat mencari rumusan terbaik masalah gaji yang rendah di kalangan penjawat awam.
Makmal tiga hari itu yang akan berlangsung pada 8, 11 dan 14 Feb di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dijangka dapat mencapai kata sepakat berhubung cadangan penetapan gaji minimum sebanyak RM900 sebulan.
Mengenai isu Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang akan dimansuhkan Jun depan, Omar berkata bahagian kompetensi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kini sedang mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak bagi mencari bentuk penilaian baru yang sesuai berbanding konsep peperiksaan dalam PTK.
-- BERNAMA
108 ulasan:
gred 1-16 jer ker...gred lain cmne lak..bg sy elok naikkan gaji berdasarkan bebanan keje bkn gred..
Baik juga buat gaji minimum pekerja G1-G16. Bagi 41 jangan lupa pulak.
Kenaikan gaji minimum biarlah setimpal dan sama rata(percentage) untuk semua gred..
eloklah gred sokongan diselaraskan ke gred 41 seperti yg dijanjikan dulu.
semua PA sokongan amat berharap berdiri sama tinggi duduk sama rendah dgn pegawai2 terutamanya PTD yg (babi) cepat naik pangkat itu
semoga gaji guru juga direndahkan ke N17, agar mereka x lagi boleh bergaya kereta ke sekolah
lagi pula, PA sokongan yg byk mnyokong BN, gred PnP banyak yg x bersyukur pd BN
Biar semua naik la...tapi tak setuju selaraskan sokongan sama gred 41...apa ni? Kelulusan akademik tak sama...lain la kalau sokongan ada kelulusan sama maka saya setuju boleh dipertimbangkan naik jawatan ke 41...macam la yang buat kerja tu gred 1-16 je...kami p&p pun ada yang kerja bermati-matian nak sara hidup keluarga...kalau jusa tu lain la cerita...diorang naik sikit pun takpe sebab gaji tinggi sangat
41 dah cukup mkn dah bersyukur la 2 , gaji pun dah banyak lain la gred 1-16 nak sara bini sara keta pun nywa ikan x cukup lagi ke gred 41 bukan buat kerja sangat pun tau arahkan kan org jer org bawah ja yg teruk kerja,tapi gred 1-16 pun bersyukur 41 tengok la elaun 2 dah hampir gaji 1-16 dah ehhhh tamak tul gred 41 ke atas
mestilah kerajaan akan selaraskan semua gred.. tak kiralah gred 1 -57sekalipun... kan kerajaan nak kita hendak capai negara berpendapatan tinggi.... rezeki Allah yang bagi... kerajaan dan quepaq hanya pelaksana.. yang tentukan siapa.. Berdoa lah banyak-banyak.. tak payah lah nak gaduh.., klau kita bersyukur Allah akan sentiasa tambah rezeki kita..
betul3x....tapi yang atas2 tu adil la sikit...jangan nak jaga tembolok sendiri je...Orang lain pun ade mulut jugak untuk disuap dengan makanan bukannya dame saje....
kalau boleh ,, staff sokongan yang sudah bertahun-tahun berkhidmat di perkhidmatan awam terus ke jawatan tetap pencen....
asyik2 nak fokuskan..1 -16 ...tgk2 la N17.. gaji kami pun tak seberapa lbh2 lagi yg di KKM ni..PT n17 sama dgn tukang masak,attendan..tak pernah nak up gaji ataupun upkan gred. ada juga yg mpunyai diploma dpt PTN17 ni tpaksa bbagi komitmen yg byk..mana nak byr PTPTN lagi dgn gaji yg tak pdan dgn kelayakkan. apa kata mana2 yg ada bckground education yg dr diploma ke degree dpt basic gaji ikut kelayakan pendidikan.terutamanya N17..
Setuju. Tapi biarla setimpal dgn bebanan kerjanya. Yang banyak kerja, naikkan lebih. Yang kurang kerjanya, sebaliknya. Baru adil.
Kita nak pencapaian diutamakan bagaimana diibaratkan kereta yang tidak dituang minyak mencukopi nak berjalan jauh dan laju kedistinasi,
atau hanya boleh enjin minyak petrol ini digantikan dgn minyak diesel kerana jimatkan kos,
Zaman sekarang perlu reality bukan hanya cukop dengan slogan atau retorik sahaja.kemudian digembar gemburkan dimedia2, itu tak cukop
Hendakkan pencapaian perlu dijana dengan kos berserta modal insan atau bahan atau prasarana yg berkualiti standing dengan negara2 maju.
Cadangkan kenaikkan 30%-50% bagi setiap gred dan tangga gaji.
dh byk kali dh asyik berckp pasal kenaikan gaji PA ni.tak juga naik2.PM kita bercakap cuma sedapkan hati PA je.Jadinya tidak.Janji yg dibuat hanya utk kelansungan politik beliau.cuba sekali sekala Menteri2 kat m'sia ni rasa gaji PA kumpulan sokongan.agaknya apa tindakan mereka.
saya cadangkan kenaikan 50 peratus bagi setiap gred, elaun perumahan dan elaun2 laian pun naik 100 peratus..
kalau kerajaan tidak selaraskan gaji kakitangan awam dan sektor2 lain dalam masa terdekat ni.. saya yakin dan percaya.. tragedi yang berlaku di Asia Barat sekarang akan menular pula ke negara kita..
mintak-mintaklah tak terjadi perkara tersebut.. sedar sedar lah wahai pemimpin atasan bahawa kuasa sebenar di tangan rakyat jelata..
cadangan: 41 ke atas naik 8% - 15%
40 ke bawah naik 20% - 35%..
amacam ok tak....
kalau dah gaji 5,000, naik 10% pun dah naik rm500... kalu gaji 800 naik 30% baru Rm 240... jauhnya rm500 ngan rm240 sedangkan peratusan banyak berbeza... macam tak adil bagi yng bergaji rendah... sepatutnya yang bergaji rendah naiklah lebih sikit... sedangkan org yang lebih memerlukan adalah orang yang bergaji rendah...
Molek juga la kalu kerajaan naikkan gaji minima ni..Kesian la bagi kakitangan hok kijo di Kuala Lumpur ni..kalu setakat gaji tak sapa Rm 2000 susah juga nak hidup tambah pulak isteri tak kijo. Barang runcit dan harga rumah sewa pulak dok naik sokmo tak pernah turun-turun. Cuba la fikir-fikir lagu mana kita nak meningkatkan produktiviti kijo kalu kakitangan terpaksa buat kijo mace-mace nak sara hidup di Kuala Lumpur ni..Jangan kata kita tak berterima kasih dan bersyukur pulak. Kadang-kadang tekanan hidup di Kuala Lumpur menyebabkan banyak gejala sosial dan masalah rumahtangga. Kepada kerajaan ambo harap sangatlah kajilah dan beri pertimbangan yang sewajarnya. Selamilah kesusahan rakyat bawahan.
N17 DARI SABAH...
Cadangan: gred 40 ke bawah naik 25% - 40%.
Gred 41 ke atas naik 10% - 20%..
Oklah kalau macam ni...
Yang lebih memerlukan ialah orang yang bergaji rendah... tapi untuk adil, gred 41 ke atas pun mesti naik juga..
jika boleh naikkan gaji untuk semua gred sokongan(1-40).
makin hari makin meningkat ekonomi negara,dengan berlandaskan gaji skarang, ia tidak boleh menampung semua keperluan.Tubuhkan satu gaji minimum yang bernas dan mengikut negeri masing2.
N17 PT tetap ditahap kemiskinan. Lagilah bila dah bersara. Lagi miskinlah kita elaun masa kerja je. itupun untuk belanja minyak gi kerja je.Mana setara dengan dorang tu. Dah pencen pu ada elaun lagi. Wahai pemimpin, kita percaya kakitangan kerajaan ni adalah penyokong kuat kerajaan `kan? pikir2lah `kan...Jangan letakkan pesara kerajaan ditahap kemiskinan.
cadangan saya untuk gaji minimum mengikut gred
(1-16) rm800 - rm950
(17-26) rm 1100 - rm 1400
(27-40) rm 1800 - rm 2500
untuk elaun pula,elaun cola rm300 dah ok,tpi elaun perkhidmatan jika boleh minimumkan ke rm150 - rm 300 mengikut gred di atas...
elaun rumah pula rm300 keatas. jika ada salah,maafkan saya... ;-)
ya betul3x.. tak syak lagi.. kalau gaji begitu rupa tambah meluap-luaplah kakitangan awam untuk bekerja dengan lebih keras lagi
asyik yg bawah 16 je naik.. klu mcm tu.. baik tak yah ngaji tinggi2.. gaji asyik naik..
cadangan saya: buat pelarasan bg sama rata...
jgn jadi mcm mesir dah la... hosni mubarak naikkan gaji kakitgn kerajaan pun dah tak guna dah sbb rakyat dah memberontak...
kita jadikan sempadan dan tauladan apa yg dah berlaku//
N17 Dari Johor
Betul... saya sokong cadangan gaji minimum kat atas ni...
Terima kasih atas sokong cikda....saya hanya mmpu mmberi cdangan sahaja...kerana saya bknlah menteri kewangan utk meluluskn...jika saya menteri kewangan saya akan fikir beban rakyat dahulu...
;-)
sepatutnya pelarasan untuk gred 1-40 ja sbb kumpulan sebeginilah yang banyak memberi sokongan & undi untuk BN menang bergaya... Kalo tak caya boley check tgk...
macam mane nk tgok...
selamat sejahtera Tuan tuan dan puan puan yang rajin membaca laman cuepacs ni. saya tahu harapan anda adalah satu hari dapat membaca berita kenaikan gaji dan bonus. hmm. agak agak, dato najib atau dato omar ada baca ke komen komen kita semua ni? kalau yes, bagus la.. kalau tidak ianya hanya merugikan saja.. hampir rata rata yang komen disini tidak puas hati dengan gaji masing masing. harap dato dato yang memakai kot dan berkereta mewah, makan mewah dan yang berumah besar sila ambil perhatian kepada kakitangan yang berjalan kaki, berumah kecil dan yang tak cukup makan atau menampung keluarga ni.
sila selaraskan balik gaji mengikut keadaan ekonomi semasa. untuk makluman tuan puan,penyelarasan pada tahun 2007 adalah dibuat selepas 15 tahun dari penyelarasan sebelumnya. harap janganlah ambil tempoh yang lama sebegitu untuk penyelarasan yang seterusnya..
sekian. terima kasih.
GAJI RM770.03 - KWSP RM88.00 = RM682.03
ELAUN LANGSUNG TIDAK ADA DI BERI...
PATUTKAH??
*PERBELANJAAN.
-BAYAR KERETA RM397.00 SEBULAN
-MINYAK KERETA RM200.00 SEBULAN
-PREPAID RM50.00 SEBULAN
-BELANJA HARIAN RM5 SEBULAN...
-SERVIS KERETA MINTA DUIT DENGAN ORG TUA.
ALAHAI SAMPAI MATI PUN TAK DAPAT BERUMAH
TANGGA... NAK KUMPUL DUIT X DAPAT.. TENGOK PAYSLIP GAJI TIAP-TIAP BULAN PUN SEDIH HANYA BATANG GAJI JE YANG TERTERA PADA PAYSLIP.... KALAU LAH GAJI 'PM' MACAM NI APA TINDAKANNYA...? KAMI PENJAWAT AWAM MEMINTA ORG ATASAN MENYELIDIK GAJI DAN STATUS GAJI KAMI AGAR PENJAWAT AWAM TIDAK BERGIAT DENGAN KEGIATAN '''ALONG'''...
naikkan GAJI kami PERDANA MENTERI...
GAJI + MINYAK KERETA/MOTOSIKAL SEBULAN + PERBELANJAAN HARIAN = TAK BERBALOI- BALOI... NEGARA SENDIRI MESTI DI UTAMAKAN , NEGARA LAIN MESTI DI KEMUDIANKAN....... TOLONGLAH NEGARA SENDIRI DEMI PENCAPAIAN DI UTAMAKAN...
naikkan GAJI kami PERDANA MENTERI...
GAJI + MINYAK KERETA/MOTOSIKAL SEBULAN + PERBELANJAAN HARIAN = TAK BERBALOI- BALOI... NEGARA SENDIRI MESTI DI UTAMAKAN , NEGARA LAIN MESTI DI KEMUDIANKAN....... TOLONGLAH NEGARA SENDIRI DEMI PENCAPAIAN DI UTAMAKAN...
nampaknya isu mengenai gaji minimum tidak akan selesai jika tidak kedengaran mesyuarat kerajaan mengenai isu ini...Malaysia skarang sudah maju tetapi rakyat tidak maju lagi...
AKU DENGAN BANGGANYA, TIDAK SETUJU GAJI MINIMUM PENJAWAT AWAM DITETAPKAN. SEKARANG PENJAWAT AWAM SUDAH CUKUP TINGGI!
DAH PENCEN ESOK LUSA DAPAT DUIT LAGI.
KERAJAAN TIDAK PERLU SUSAH PAYAH BAYAR GAJI LEBIH UNTUK PENJAWAT AWAM.
BANYAK LAGI PEMBANGUNAN YANG BELUM SELESAI UNTUK RAKYAT YANG KERJA SENDIRI DAN YANG TIADA KERJA.
SUDAH-SUDAHLAH MEMINTA DENGAN KERAJAAN YANG DI SAYANGI INI.
CUBA-CUBALAH KESIAN KAT PUCUK PEMIMPINAN KERAJAAN YANG SUSAH PAYAH CARI PROJEK, CARI PELABUR, CARI KEKAYAAN, CARI RASUAH~!!
OPSSSS.. sasur pulak.
sorry! tak segaja bang..
orang kaya bodoh!
agak-agak ler cakap..
kan dah pecah lubang tu!
dah susah aku nak cari duit tepi gara-gara kau ler ni..
Zaman mahathir setiap tahun dapat BONUS! Minyak naik jarang-jarang 2-3 tahun sekali.
Zaman Pak lah dapat anjakan gaji 25% semua gred setelah sekian lama ditakuk lama!
Zaman Najib dapat naik minyak setiap bulan. BONUS jauh sama sekali. Najib cakap besar! suka buat hutang negara. Rakyat turut sama susah!
Zaman mahatdir buat juga hutang tapi, tidak menyusahkan rakyat.
Menyesal aku jadi rakyat Bangladesh!
kpd yang tidak sokong minimumkan gaji,ko org PKR ke...biar lah kami sebagai pengguna ada hak memohon gaji minimum...Harga barang sumer naik...gaji maintain...xpatot...so kna setimpal lah pe yang naik skg ni... ;-)
Cuba korang tanya berapa Najib claim sebulan? Dulu tahun 1981, seorang setia usaha kpd pentadbiran parlimen berkata bahawa Dr Mahathir claim kira-kira RM100 000. woooww... Itu 30 tahun dahulu. Bayangkan berapa ratus ribu pulak Najib-Rosmah claim bila dia jadi PM ni. Renovation Sri Perdana saja dah RM67 juta bila Najib masuk Seri Perdana. Itu belum lagi Bik Mama enjoy sakan keluar negara atas tiket menteri kununnya!! Dr Siti Hasmah tak campur tangan langsung akan pentadbiran negara masa dia jadi 2nd lady of Malaysia. Tapi bila Rosmah yang juga 1st Lady of Malaysia naik jadi isteri PM, waahh....habis belanja enjoy sakan wang negara. siap tubuh Permata negara lagi dan dapat keistimewaan bajet. Maklumlah Najib pegang kunci Bank Negara! Rosmah patut diberi peluang bertanding di kerusi Rembau gantikan KJ. Manalah tahu kot-kot dia menang, boleh ganti Pok Najib!!! he...he.. Rakyat didahulukan....pooodaah!! Gendang kosong!!!!
saya keje cikgu paling best gred 41,gaji besor,cuti banyak,mengajar 3-4jam je seminggu,lebih tu borak2,tiba rumah kul 1.20 tiap2 hari,mana ada pegawai gred 41 dlm jabatan lain yg balik rumah 1.20ptg?saya je hehehe..memang aku sayang sgt keje aku ni..tapi kami mesti cerita kat orang kami keje banyak,balik slalu lambat ada mesyuarat,kelas kokurikulum dll,kena bawa balik buku ke rumah nak right,tension keje cikgu...tapi hakikatnya kami bukan ada keje pun heheh
korang tau apsal PA tak boleh dapat kenaikan gaji dan gaji minumum?sebab jumlah guru yang terlalu banayk melebihi 400,000 dan rata2 gred depa 41 dan ke atas..so duit kerajaan banyak habis nak bayar gaji guru yang jumlah jam keje paling singkat tapi gaji paling besar..boleh masuk guinness record,tu sebab guru-guru skrg bersaing melaram kereta sapa paling mahal,pergi mana-mana sekolah tengoklah bertabur kereta2 impot,org lain keje keluar rumah subuh balik rumah maghrib dpt le beli myvi &nasib elok sikit persona..b**i betul guru ni
paling teruk guru kpli DG41,asalnya org2 mengangur takde keje pastu kerajaan kesian ambil le depa jadi guru..sebenarnya skim kpli ni diwujudkan untuk menyelamatkan graduan melayu menganggur dan tak boleh perform kat swasta/big company,daripada penganggur takde potensi terus jadi gred 41,pastu keje malas sampai kerajaan kena wujudkan suruhanjaya kaji beban guru..konon banyak beban..patutnya nuat suruhanjaya kaji lemak guru sbb guru byk sgt lemak sbb keje senang gaji besar
orang bergaji rendah(1-40) ni nk gaji minimum sbb nk beli umah , nak sara anak bini lagi...yang atasan ni baik guru or lain2 yang atas suka habiskn duit setting krete jer...ni yang aku geram....
semoga semakan gaji minimun ini akan mencapai tahap seperti yang diharapkan ..sebagai kakitangan sokongan memang dengan gaji dan elaun yang ada sekarang cuma cukup hingga hujung bulan ... semuanya keperluan ... kereta, minyak kereta, rumah, sewa rumah, belanjan persekolahan anak, sekolah rendah, tadika, sekolah menengah ... kalau ramai-ramai fikir posotif insyaallah kita akan dapat pelarasan gaji ... mari ramai-ramai fikir yang baik jangan fikir ada ke tak ada pelarasan gaji ni! ..
kalau bleh bg pelarasan gaji semua dapat nikmat bersama ikut gred dan jawatan la..bagi jawatan tinggi gaji naik sdikit cukup la bg yang jawatan rendah sepatutnya naik bnyak la
sekiranya benar baguslah.sebab lama dh x selaras kenaikan gaji berbanding kenaikan haraga barang.kalo mahu tranformasi biarlah gaji pejawat awam dinaikan juga.tranformasi ibarat gagal sekiranya gaji penjawat awam masih berada di paras kemiskinan.kalo x juga naik tahun ni abis lah.unkapan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. sekian terima kasih ..salam 1malaysia
Kami terdiri daripada kumpulan/kategori 22 yang dinaikkan ke gred ini melalui temuduga dan kekosongan yang 'mecium/terhantok ke diding' (bar) sehingga 14 tahun, tak bergerak gaji. Berjuang lah, jangan asik pandai cari publisiti aje. Dah 2 kali tersalah pilih PM, apa ni asyik ambilo berta guru, polis dan tentera saja. Berlaku macam Mesir dan negara besor lain baru nak sedra ko ?
memang patut gaji naik dan diselaraskan barang2 pun dh naik semua naik kesian kakitangan awam terpaksa berniaga kerja sampingan mcm2 kena buat...harap elaun rumah dinaikkan juga dengan elaun cola tk adil la polis dapat elaun rumah rm 270 dengan tentera 270 kakitangan awam dapt rm 180 saja kena tk sama berkhidmat untuk kerajaan juga ni tk adil harap dato omar lawan bg naik sama elaun rumah dengan elaun cola bg selaraskan.....ok
kerajaan takde duit nak naikkan gaji sokongan yang berapa ratus je tu sbb nak bayar gaji guru2 gred 41 ke atas ..betul2..sbb aku guru dah keje 18 tahun baru DG32,depa ni muda2 bujang dah gred 41 pastu keje kami lg banyak dp depa gred 41,pastu kalau yang lelaki tu lg tak leh harap kul 1 je nak balik rumah kemudian dtg lambat ke sekolah 8-9pg kemudian kawan tolong punchkan kad
saya sokong elaun rumah juga kna naik juga...saya respek ketika zaman Pak Lah jadi PM,brani naikkan gaji pekerja awam, tapi nape PM skg xnak naikkn lagi...klu xmaw naikkn gaji kami xpe....turunkan harga minyak n keperluan asas, aset dalam malaysia ini...ade brani ;-)
kadang2 aku bengang jer yg pgkat tggi goyang kaki jer,keje xde...kakitgn awam rendah je ade byk kerja...bile men fesbook ,pgawai marah...die main fesbook lak boleh.... ;-)
Nak luah perasaan tidak puas hati, luah le masalah kepada timbalan perdana menteri kita, Datin Rosmah. Mungkin dia boleh selesaikan kot? Dia nyata ada lebih power daripada Najib. Sampai bila kakitangan betul dapat gaji setimpal dengan saraan hidup semasa. Gaji naik 12%, barang & minyak naik 20-30%, itu pun 2-3 setahun, tiap tahun pulak. Apa yang kakitangan kerajaan mahu? Cari lah lebihan dari lain, ikut macam negara jiran.... semua kena duit bawah meja, baru adil semua pihak. Tak kan yg penguatkuasa aje untung?
Kaitangan kerajaan tak yah le asyik minta naik gaji aje ! Tu, mane ada kerja, asyik takde kat opis aje, terutama N1, ade yg bawah kereta sapu atau towkey gerai mi, kerja p[ejabat...abok pu takde...haram jadah. Ni nak minta naik gaji? Kategori yang lain belum tau lagi ape dia buat !!!
Hai kakitangan kerajaan !! Jangan nak salahkan PM ! Salahkan diri sendiri ! Kuasa pemilihan dsalam tangan anda, kan tak lama lagi Pilihanraya. Gunakan kuasa atonomi anda. Undi anda + isteri + anak + Ibubapa + Abang Adik + Saudara Mara + Kawan Rakan = Kerajaan Baru. Kakitangan teraniaya telah bukti 'power' mereka pada pilihan raya kecil P.12 di mana parti memerintah kalah undi majoriti '392' kerana 392 X 2 telah mengundi pembangkang sebab tidak puas hati mereka dengan memangkah pembangkang dan baki nya tak turun mengundi (merajuk). Apa macam ?? Jangan asyik berkata kosong aje.....
HANG TUAH BERKATA;
cakap pun tak guna kalau gaji naik. asyik harga barang dan perkhidmatan pun naik juga..ada penguatkuasaan pun tak tahu nak menguatkuasakan undang-undang. banyak lagi melindungi tauke-tauke yang bagi harga mahal...sebab tu rasuah tak berhenti..yang kerja pun tak amanah...minta lagi naik gaji, tapi pada masa yang sama kerja tak amanah. tengoklah yang berkerja di bidang penguatkuasaan...action lebih, tapi kerja pun ada yang tak laksanakan dengan amanah...
Potong sahaja gaji guru-guru kt malaysia nie.... ngajor bukan dari pagi spi ke malam...guru-guru skrg nie pikir nk dpt duit berbanding ngajor anak bangsa sendiri. lagipun diorg bukan kerja mcm kakitangan awam lain.
Aku dengar Presiden mintak naik 15% pastu Elaun Cola potong RM150! Ko jangan jd dungu...
CADANGAN AKU...
KENAIKKAN GAJI:
GRED 1-40 = 30%
41 KE ATAS = 15%
ELAUN COLA IKUT GRED:
1-16 = RM300
17-44 = RM200
44 KE ATAS = RM100
SELARASKAN ELAUN RUMAH:
1-44 = RM350
~BAKAL PRESIDEN.
kesian kakitangan sokongan yg nyata dungu dan tolol.
keje senang dan sikit, padan la gaji pun sikit, kalo yg keje berat2 pun xde nilai intelek pun, lagi2 kerani.
nk potong gaji cikgu la, potong gaji pegawai la, cermin muka dulu, dh tau gaji kecik pakai la kancil, ni org pki kete depa pn nk pakai, Myvi la, persona la, saga la, mmg org2 sokongan ni x sedar diuntung.
dok pejabat menyembang mengumpat pegawai dr masuk sampai balik pun nk naik gaji juga? hehehehe
BODOH!
ape kes nie...pggil org2 bodoh...relax sudah...kite tunggu n lihat jer ape yag terjadi nanti...samaada diluluskn atau tidak gaji minimum ni...
hmm...apa kata selaraskan juga bagi sokongan 1 dapat melanjutkan perlajaran secara sepenuh masa bergaji penuh.Seperti mana yang dinikmati bagi kumpulan profesional.
Secara logiknya mengapa kumpulan profesional yang tinggi gajinya boleh mendapat gaji penuh sedangkan kumpulan sokongan yang gajinya lebih rendah mendapat gaji separuh?
1 mei nie diumumkan kenaikan pelarasan gaji 1-16 = 30%, 17-26= 20%, 27-40= 15%, 41-54=10%, jusa =5%,
gaji baru bulan jun 2011 semua naik gaji..lepas tu naik barang daa..jimat cermat la nooooo
hmm....apalah punya bahasa ...ini ke M44?sesedap rasa sesuka hati mengatakan org bodoh,tolol dan dungu.Siapalah anda untuk mengata begitu??Mmg ada sebilangan kakitangan yang begitu...namun siapalah anda untuk menentukan rezeki seseorang.Doakan lah baik2 untuk mereka supaya berubah.Itu yang sepatutnya.
Muhammad Iman M44 berkata...
kesian kakitangan sokongan yg nyata dungu dan tolol.
keje senang dan sikit, padan la gaji pun sikit, kalo yg keje berat2 pun xde nilai intelek pun, lagi2 kerani.
nk potong gaji cikgu la, potong gaji pegawai la, cermin muka dulu, dh tau gaji kecik pakai la kancil, ni org pki kete depa pn nk pakai, Myvi la, persona la, saga la, mmg org2 sokongan ni x sedar diuntung.
dok pejabat menyembang mengumpat pegawai dr masuk sampai balik pun nk naik gaji juga? hehehehe
BODOH!
Amboi...sedapnye bahasa...ape punya manusia la ko ni..nama jer iman..kmana ntah peginya iman ko..sbb duit ko ckp gred bwh dungu la, bodoh la..klu ko pndai sgt trus la jd jusa..hampeh...baik turunkan pangkat je Mangkuk 44 ni..huh!!!!
betul tu...seorang yang gred M sepatutnya pandai menggunakan bahasa yang lebih berdiplomasi...bukannya provokasi
ada menyamar dari Gred DG,ada dari M..macam2 lah..xperlu la kita untuk menyamar ttg ni..
yg pntg,jika krjn nak naikkan gaji..krjn akan buat..biarlah krjn sendiri wt keputusan..
kita takkkan cukup dengan duit kita ada..yang pntg,duit kita dpt tu adalah halal..
..Dari Gred W..
ni x adil...gred 17 tu gaji minima pun tak sampai rm900 puunn..Klu nak naikkn gaji..naikn r semua gred....
Salam 1 malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan..
Pada pendapat saya, kerajaan seharusnya mengambil kira PA secara keseluruhan, bukan sahaja di tahap tertentu.
Memang tidak adil untuk kerajaan menaikkan gaji PA PMR sahaja kepada gaji setaraf SPM, sedangkan kelayakkan SPM adalah lebih tinggi. Andaikata kerajaan berbuat demikian, pastinya pelajar2 secara keseluruhan akan hilang minat untuk menyambung pelajaran ke peringkat SPM, kerana gaji PMR dan SPM adalah sama. Perasaan tidak puas hati ini telah dirasakan oleh PA gred 17 di seluruh negara apabila jawatan PA 11 dijumudkan dan dinaikkan kepada PA 17. Akibatnya, PA yang menerima kenaikkan gred ini berhenti melaksanakan tugas masing2 dan bersikap kurang ajar terhadap PA 17 yang lain. Masa yang ada dihabiskan dengan bermain online game sahaja. Saya berharap kerajaan tidak akan membuat kesilapan yang sama di masa akan datang.
Dan saya sokong agar PA sokongan yang mempunyai kelayakkan Dip atau Deg dipertimbangkan untuk kenaikkan gaji dalam scale gaji yang dipegang.
contohnya, Encik A mempunyai ijazah sarjana muda dalam pengurusan yang diiktiraf oleh JPA dan kini beliau PA N17, dengan tgga gaji p1t1.
Disebabkan beliau mempunyai ijazah, apa kata belaiu diberikan gaji permulaan pada p1t7? Cukuplah kiranya kerajaan menimbangkan tahun yang digunakan beliau untuk belajar.
dan sekiranya seseorang itu mempunyai diploma dalam pengurusan yang diiktiraf JPA, mungkin kerajaan boleh menimbangkan untuk kenaikkan gaji ke p1t4?
Hanya satu cadangan saya kepada kerajaan malaysia, diharap dapat memuaskan ati PA yang berada dalam situasi yang demikian. :)
yang menjalankan tugas, N17
menyesal belajar tinggi-tinggi, kerja kerajaan Gaji tak cukup menampung keluarga... Gaji RM770.00 mana cukup sekarang ni..... Cubalah Fikir PERDANA MENTERI OR DATO'-DATO' ,DATIN-DATIN AND YB.. Kalau menteri nak pegi Melawat ke negeri2 lain mesti buat besar-besaran, nak hias pentas cantik2 lah, nak ada bunga lah, nak makan sedap2 lah.... Mahu pakai aircondlah, mahu tinggal dekat hotel lah... Menghabiskan duit rakyat dan Negara je..... KEBANYAKAN DATO'-DATO' OR YB TU SOMBONG2 ... MENTANG2 GAJI BESAR AND BERPANGKAT, NAK BUAT RUMAH MEWAH,, KERETA MEWAH.. MATA TU SUDAH TUTUP DENGAN DUIT TAK NAK MEMBANTU RAKYAT
zaman sekarang tak payah sekolah tggi2 lagi membuang duit mak bapa sahaja.. Kalau di kira dari tadika sampai tingkatan 5 berapa dah duit mak bapa habis ,, kalau bekerja dengan kerajaan sebagai penjawat awam, gaji tak cukup nak bagi mak bapa sebab gaji tak cukup... Kalau yang diploma or degree tu yang ada buat pinjaman PTPTN serba salah nak bayar,, lebih baik beri ibu bapa daripada bayar PTPTN .. kalau gaji RM2000 ke atas dapat jugak byr.... Ni gaji yang sejemput tak cukup makan pun PTPTN minta suruh byr... Cublah fikir????????
hmmm....ape2 pun ilmu itu adalah penting...jangan nak kata menuntut ilmu itu sesuatu yang membuang masa.jawabnya TIDAK sama sekali.Ilmu penting untuk kehidupan tanpa ilmu manusia itu mudah di tipu oleh orang yang suka menipu.Dkt mak bapak kena la bagi,kenang la jasa diorg yang telah besarkan kita dari bayi jadi manusia dewasa.Bukan soal duit tak cukup tetapi soal keberkatan hidup....Duit bukan segala-galanya tapi hidup zaman sekarang ni semuanya perlukan duit.Bagi yang mempunyai ilmu mungkin duit tak jadi masalah pada diorg bagi yang kurang berilmu sematkan dalam hati untuk tambahkan lagi ilmu sekurang2nya menjadi panduan dalam kehidupan kita.
Pesanan saidina ALI:
"Ilmu akan menjaga kamu,sebalik harta kamulah yang perlu menjaganya"
Wallahu'alam...
betul3...orang berilmu lebih ditakuti syaitan dari 1000 orang abid(Ahli ibadat).
Orang yang tak ada ilmu pun pandai jugak menguruskan diri kalau dia kerja kerajaan gajinya sama macam Y.B.. Tak perlu belajar tinggi2 sampai darjah 6 pun dah okey... Saya sekarang abis Diploma pun skel gaji gred R1... Kawan saya sama kerja guna kelulusan tamat darjah 6 sahaja dapat skel gaji gred R9/K3.. alahai.....
Salah kamu orang PA suka gila sokong BN, Cubalah sokong PR sekali sekala mahu tukar kerajaan siapa yg perihatin terhadap nasib kekal jangan cakap aja cuba buat nanti sebab PRU hampir tiba. sama2 buat macam di mesir, gaji tak cukup mereka buat bantahan dan suruh Presden Hosni Mubarak letak jawatan, lepas tu baru Mubarak naikkan semua gaji pegawai kerajaannya
KALAU P.A. SOKONG PARTI LAIN KOMPOM KENA BUANG KERJA,,, SUSAH BETUL YA,, LEBIH BAIK TAK PAYAH MENGUNDI LAGI SENANG ,BUKAN DAPAT APAPUN,, APA PERMINTAAN KITA BUKAN NYA DAPAT... MINTA NAIK GAJI PUN TAK DAPAT.....
GAJI P.A MESTI NAIK DALAM BULAN INI.. KALAU TAK NAIK2,,, HARGA MINYAK DAN HARGA BARANG-BARANG MESTI DI TURUNKAN DALAM BULAN INI... GAJI RM647.00 SEKARANG BUKAN ZAMAN 60-AN O.K.. KEPADA YANG BERGAJI BESAR JANGAN CAKAP KAMI TAK BEKERJA K. KAMI ORG YANG BANYAK BUAT KERJA DEMI PENCAPAIAN DI UTAMAKAN.... ALLRIGHT .....
Kalau nak naik gaji, biarlah percentage nya sama. Klu kumpulan sokongan 30%, 41 ke atas 10%, lagi 10 tahun gaji kumpulan sokongan dah macam gaji JUSA. Time belajo pemalas
Gaimana kalu kerajaan tak payah naikkan gaji...bagi ja KAD ISTIMEWA boleh guna segala kemudahan Pendidikan, Perubatan, Pengangkutan, Perhubungan, Perkhidmatan secara PERCUMA..ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. KAD ISTIMEWA untuk semua kakitangan Kerajaan Malaysia sahaja.-Mengarut-karut punya idea..
salam...
saya mencadangkan elaun cola di selaraskan sebanyak RM300.00.tiada perbezaan mengikut tempat.sebab kampong ker pekan ker sama saja harga barang.
bagi staf sokongan.kerja dari jam 8.00 - 5.00 petang.tapi gaji rendah minta dipertimbangkan.masa kerja terlalu panjang.nak buat kerja sambilan pun tak sempat.haruskan kami ini dinaikan gaji.terima kasih
apa pula cerita kalau pekerja rendah awam hanya berkelulusan PMR tapi tugas-tugas di pejabat buat kerja-kerja akaun sedangkan yang berpangkat n17 hanya fotocopy dan merekod surat-surat untuk dikirim. sepatutnya nasip kami ni lah yang harus dibela dan diberi jawatan tetap bukan pekerja bergaji hari berpuluh-puluh tahun. wahai datuk presiden cuepaks bela lah nasip kami....
apa pula cerita kalau pekerja rendah awam hanya berkelulusan PMR tapi tugas-tugas di pejabat buat kerja-kerja akaun sedangkan yang berpangkat n17 hanya fotocopy dan merekod surat-surat untuk dikirim. sepatutnya nasip kami ni lah yang harus dibela dan diberi jawatan tetap bukan pekerja bergaji hari berpuluh-puluh tahun. wahai datuk presiden cuepaks bela lah nasip kami....
sepatutnya Pembantu Tadbir Kewangan W17 dinaikkan gaji juga kami cuma dpt elaun RM40.00 je sbln tapi macam2 tugas kewangan yang dibebankan.
kamij17,tpi bukan juruteknik (pelukis pelan) dianaktirikan dalam pentadbiran awam
saya syorkan kerajaan beri kelonggaran kepada mana-mana kakitangan awam boleh mohon pencen umur 40 tahun, lepas tu dapat duit pencen bulanan dan imbuhan pencen sekaligus. AMACAM BERNAS TAK IDEA?
Apabila cadangan ini setuju, ramai anak muda boleh aply kerja (kurang penggangur)dan pesara boleh masuk aktiviti pertanian atau perniagaan dan sebagainya.
KALAU GAJI TAK NAIK DALAM BULAN INI..... SAYA AKAN BUNUH DIRI.... DULU GAJI SAYA RM1500.00. TAPI KERAJAAN SEKARANG BAGI GAJI RM647.51 SEBULAN TANPA ELAUN HANYA BATANG GAJI SAHAJA SAYA MAKAN... MACAM MANA SAYA NAK BAYAR KERETA , BAYAR MOTOSIKAL HANYA GAJI RM647.51 SAHAJA.... SAYA LEBIH RELA MATI DARIPADA HIDUP BERHUTANG.... KERAJAAN MAIN-MAIN KAN GAJI PENJAWAT AWAM...
YANG BENAR PEKERJA DARI SARAWAK.....:
sy sdripn sgt tertekan oleh kerana gaji sikit......terpaksa catu makan...wahai kerajaan malaysia tolongla naikkan gaji kami ni...xpn turunkan harga barang...kalu dulu gaji rm1000 dah kaya...skrg ni blm smp tgh bulan dah abis...pastu kena brutang sana sini....
sy gred 17 yg ada diploma..tp di byr betol2 pakai spm...kalu bg p1t9 ke ok jugak...
entah la..kerajaan malaysia ni ingat kakitangan awam lain ni mcm barua diorg kot..asyik dok naikkan gaji cikgu la, polis la, jururawat la,tentera la..gaji kakitangan lain masih lg rendah..g la survey rata kakitangan awam yg mcm aku idup kais pg mkn pg jer..aku xkisah ler nak naik kan gaji doktor sbb diorg mmg bijak..tp golongan yg seperti aku ckp tu bukan la bijak sngt pn..ramai lg kakitangan awam yg bijak drp depa ni..gaji harus naik..ni kerajaan asyik membazir duit rakyat jer..contoh nya tgk la rosmah berbelanja dan projek yg entah aper2 la..stupid gov
Saya dulupun PA sokongan, gaji kecil,RM700++ saya terima dan sedar diri sebab saya hanya lepasan SPM. Gred 3 pulak tu. suatu hari, saya berazam untuk memperbaiki pendidikan saya, saya mengulang, duduk peperiksaan, siang malam belajar. akhirnya dapat STPM dan ijazah. Sekarang agak puas hati,berkat usaha gigih, dapatlah gaji RM3000++. Tapi sekarang, tak perlu usaha pun dapat gaji besar.. kerajaan sangat baik hati.
jangan tak bersyukur.... walaupun saya bukan p.a ... kena paham lah pd mereka yg punyai pendidikan yang rendah.. kalo p.a gaji naik pun bukan diorg kaya pun pastu.. bagi lah laluan pd p.a.. esok2 laluan pd jawatan lain gak..
KAMI GURU DG41 BKN TINGGI PN. KENA BAYAR PTPTN LG. KAMI GAJI TGGI DR GRED BWH BERBALOILAH. KAMI BELAJAR BKN SETAKAT SPM TP IJAZAH. BKN SENANG NK DPT IJAZAH. KAMU GRED RENDAH BLH LAH CKP BKN2. KALAU NK GAJI TGGI KAMU SAMBUNG BELAJAR. BILA KAMU DAPAT IJAZAH KAMU AKAN TAHU GRED DG 41 DIABAIKAN OLEH KERAJAAN. GAJI DG44 KE ATAS LEBIH TINGGI DARI DG41.KENAIKAN TAHUNAN KAMI PN LEBIH RENDAH DARIPADA GRED DGA32
Apa la tak abis-abis orang keje govt ni mintak naik gaji, mintak naik gaji. Aku bukan keje govt tapi swasta.
Aku pelik kenapa org keje govt ni tak bersyukur. Korang gaji rendah terutama gred rendah macam w17 dan lain-lain, tapi benefit korang banyak gile. Ada pencen lagi. Kita orang ape ade? Kwsp je. Alhamdulillah.
Orang swasta utamakan pengalaman, skil, produktiviti, bekerja berkorban untuk company. Ada kala tak berkira sbar je. Tak dapat bonus, kenaikan gaji sabar je. Cukup masa cari peluaang tempat lain. Jadi eksekutif. Pegang gaji 3ke 4 ribu. Ada pulak tu jadi manager. Gaji 10k.
Keje kerajaan bila dapat naik gaji, produktiviti sama je....masuk keje pukul 8 keluar minum berjam jam ape kes tu? kat ofis orang datang tanya pun jawab acuh tak acuh je....sedar la...
cuma korang fikir mungkin kalau benefit korang dibagi pada org keje swasta....lagi adil. Orang keje swasta ni boleh masuk keje govt...efisyen. Orang keje kerajaan tak boleh join swasta...lembab...
nak mintak gaji minimum? bangang tul idea ni....belajar la camne org jepun bekerja. Tsunami kat negara diaorang...mereka disiplin bangunkan semula ekonomi mereka...kita? nak naik gaji je...
jaga bahasa ketika beri ulasan.. guna akal .malu bahasa melayu di gunakan utk keluarkan bahasa2 yg kotor..keluarkan idea spt rakan2 pengulas yg lain.jangan wujudkan suasana serabut.. masing2 punya masalah.guna ruang ini sebaik2nya..
Siapa yg suruh potong gaji guru tu, kepala butuh dialah...engkaou tak payah hantar anak ke sekolah la ! ajar sendiri...ingat senang ke jaga anak orang ni. Kalau sorang dua tak pe, ini ribu2 nak jaga Jaga babi lg senang !...Yg kumpulan sokongan pula tu nak minta naik gaji sampai 20% apahal. Agak2 la lu punya kelulusan tu tingkatan 5 je. Takkan nak minta gaji macam lulusan U. Fikir la bodoh !. Kalau gomen nak naikkan gaji biar sama rata. Adil...
Yg nak bagi ceramah tu pergi la masjid ke, surau ke. Kat sini bebas, awak nak guna bahasa babi ke, bahasa kepala takuk ke, lu punya suka...lu apa peduli !!!
Bagi saya kalau nak buat pelarasan gaji biarlah sama adil tak kira gred gaji... kalau nak bagi 25% ke 30% ke biarlah semua dapat sama..
Cukuplah ketidakadilan yang berlaku pada tahun 2007... Gred sokongan dapat 25% sedangkan gred 41 ke atas cuma dapat 15%. Kami gred 41% ke atas rasa tak dihargai sedangkan beban tugas dan tanggungjawab masing-masing juga berat. Nak dapatkan degree pula ambil masa, belajar 4 tahun nak pecah kepala.. yg dah sewel pun ada.. dan pelaburan kewangan juga banyak... hutang pinjaman PTPTN pun kena bayar sampai pencen... kerajaan perlu jadikan pengajaran atas kemenangan tipis pilihanraya yg lepas... jgn sampai pisang berbuah 2 kali..
Tuan2/Puan2 Pembaca sekalian... moral of the story.. lepas ni cakap kat anak2 tak payah belajar sampai U... Gaji lulusan SPM dan kenaikan lulusan lepasan SPM lebih tinggi berbanding dengan lulusan U... So, mak ayah boleh jimat kos belanja anak sekolah... takyah sampai degree.. ada betul??? anda setuju???
Saya setuju juga dengan pendapat yg last tu... Mmg tak adil kalau berlaku seperti pelarasan gaji 2007. Kalau nak buat pelarasan gaji baru biarlah sama rata..sume dapat 30% kenaikan.. asyik nak jaga staf sokongan je.. lulusan graduate yg keciciran.. skrg gaji kawan saya yg gred bwh 41 lbh tinggi dpd saya walaupun mula kerja pd tahun sama... gila hape kerajaan Malaysia nih.. sasau gaknye.. So.. takyah hanto anak belajar kat U.. sampai SPM je cukup... hmmmm sewel...
kerja ni kita yang minta..klu da setuju gaji yang diberi..kerja aje..tak dinafikan ada staf sokongan gaji tgi dr P&P tp pelarasan yang akan dibuat perlu kajian mendalam..kna la ikut beban kerja..contoh : orang2 W(kewangan) pun terbeban,selangkah kaki ke penjara sb byk rule nk kna jaga..org lain tau nk barang tu ada, nk cepat..supplier tau nk payment cepat..peraturan tak nak ikut..so harap2 kerajaan bagi kenaikan ikut bebanan kerja..tak semua sokongan byk kerja..tak suma P&P duduk senang lenang sign surat..so masing2 ada baik buruknya...pada saya sesuatu yg berlaku ada hikmahnya,jadi..bersyukur apa yg dpt nt..
Bonus setengah bulan dan pelarasan gaji dah cukup baik. Mohon CUEPACS dapat suarakan kepada JPA agar kakitangan sokongan yang hampir pencen dan mempunyai Ijazah melalui PJJ perbelanjaan sendiri dapat diberi peluang kenaikan pangkat.
sy PA R1 kj d sarawak dah merasa bersykur dgn apa yg kerajaan bg sekarang ni..kami d sarawak lebih lagi merasakan bebanan kenaikan harga barang berbanding korang yg berada d semenanjung.sebagai contoh: lihat sahaja pd label harga brg EAST MALAYSIA/WEST MALAYSIA (E/M,W/M),terdapat jauh perbezaan harga berbanding semenanjung,korang semenanjung tu.. kalo hga brg naik 10sen mula le heboh dlm tv3...sedangkn kami yg berada d swak ni,naik sampai 80sen ataupun sehingga naik RM1/RM2 untuk satu barang,tak de pun merungut atau bawa sepanduk dan kain rentang..macam yg korang biasa buat kat dalam TV tu.apa yg orang swak paling kesal, macam di anak tiri kan..Elaun COLA yg korang dapat tiap2 bulan tu, tak cukup ke nak sara hidup korang..kami kat sarawak tak ada pun terima elaun COLA seperti yg korang nikmati tu..korang fikir2 la sendiri..
Asyik2 korang ckap ttg gaji naik,tak yah ssh2 peningkan kepala otak korag tu yg mmg dah beserabut.sng cta....
gaji ckit korang buatlah keja ckit,yg korang lurus bendol mcm si luncai tu sapa suruh.
yg gaji bsr tu ngengada ckap tak ckp mkn,kalau korang dah ckap cam tu yg gaji kecik tu lagi2 lah tak ckp mkn...
dah bagi gaji msh nak mrungut klu tak bg langsung baru padan muka korang he he he
saya amat bersetuju dengan pendapat yang last tu..
kalau gaji kecil kerja kerjanya sikit
kalau gaji besar kerja banyak sikit
tak payah nak bodohkan diri sendiri...
lepas nie.. aku nak start keja jam 8 pagi sampai jam 10 pagi je lah...
boleh lah buat kerja part time lepas nie...
untung nye jadi org yang gred 1 ...
Betul betul betul...korang betekak bagai nak runtuh KLCC skalipun korang ingat orang atasan nak dengar ke rungutan korang tu...jd taik telinga dia orang adalh.Gaji naik ckit tp nak qualiti keja lbh baik poooodah...
He's Looser!
Brien 32.
Dipohon pada semua yang sudi singgah di laman ini untuk beri cadangan mahupun luahan pendapat, boleh.. tetapi janganlah hanya bercakap untuk benefit (golongan) sendiri sahaja. Kita salaing memerlukan bagi sempurnakan tugas yang diamanahkan. Fikirlah dengan waras & rasional , menyumbangkan cadangan bernas, menyampai dengan lebih diplomasi & sopan barulah mencerminkan kita sebagai penjawat awam mempunyai tahap intelek tinggi, PR yang cukup baik, peribadi cemerlang dalam mencapai satu keputusan yang memberi benefit maksima kepada semua peringkat jawatan dalam perkhidmatan awam. Cukuplah pihak memandang serong pada penjawat awam dengan pelbagai tanggapan negatif sejak sekian lama.
kebanyakan dg41 terpaksa membayar ptptn..berbaloila kalau tinggi sikit..sbb belajar lama..susahkan ibu bapa menyara..jadi yg gred rendah sambungla belajar..
be rasional and profesional..
gaji diberi mengikut kenaikan gred n kelulusan akademik...jgnlah kelulusan pmr nak gaji ijazah...muhasabahlah diri...mak ayah suruh belajar dulu taak nak..kesian org lain belajar tinggi mak ayah bergadai hutang..jd yg gred rendah jgn bermewah kalau tak mampu..bersyukur dgn rezki allah bagi..ukur pada baju sendiri..
bagi penjawat awam yang bergaji hari, adakah gaji dinaikkan..?? sekrg nie pn gaji yg ada ndak ckp bagi kmi..dan nak buat pinjaman apa pun tidak di layan..huuuu tiada keistimewaan la..pdhal kerja sama ja pun..
Golongan Perlaksana.....
Alhamdulillah dengan kenaikan baru2 walaupun tak sama dengan sbpa....sbpa ke ssm matriks....cuma golongan perlaksana beban kerja bertambah2....stresss kerja...harap setimpalla dengan degree...
Catat Ulasan