24/2/2011
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Datuk Seri Dr Rais Yatim menyarankan setiap penjawat awam di kementerian itu menyimpan dan menulis diari mengenai pengalaman masing-masing sehingga dapat menghasilkan sebuah buku untuk tatapan rakan-rakan.
Bagaimanapun, katanya penghasilan sesebuah buku mungkin tidak akan tercapai sekiranya tidak disusuli dengan minat.
"Masalahnya ialah minat... jika minat kita untuk menulis tidak cukup, tidak tebal maka penghasilannya mungkin tidak jadi tetapi sekiranya minat itu diasah dari mula-mula kita bertugas dan berkhidmat, saya percaya kementerian inilah salah satu kementerian yang boleh melahirkan penulis biografi kemudiannya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis meraikan persaraan empat pegawai kanan KPKK di sini Rabu.
Mereka ialah bekas Timbalan Ketua Setiausaha KPPK (Kebudayaan) Datuk Mohammed Mohd Daud, bekas Ketua Pengarah Arkib Negara Datuk Sidek Jamil, bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Selamat Sukimi dan bekas Penasihat Media kepada Menteri Datuk Abdul Rahman Hamid.
Rais turut berharap keempat-empat pegawai kanan KPKK yang telah berkhidmat lebih 32 tahun itu mengambil peluang menulis pengalaman masing-masing untuk dijadikan bahan bacaan generasi seterusnya.
"Lantaran masa penjajahan Inggeris dulu mereka gemar menulis tentang perjuangan dan pandangan mereka tentang tanah air dan orang Melayu serta kehidupan di Malaya atau di Semenanjung Tanah Melayu.
"Jadi apa salahnya saya fikir pegawai-pegawai kita juga pada masa ini rajin menulis dan menghasilkan penulisan untuk ditatap oleh rakan dan rakyat berhubung dengan pengalaman dan latar belakang mereka," katanya.
-- BERNAMA
15 ulasan:
DAIRI KAMI MEMANG SENTIASA DITULIS AKAN HUTANG YG DIBUAT SERTA PERLU DIBAYAR SEDANGKAN PENDAPATAN MASIH TAK DAPAT SELARAS DENGAN KOS HARGA BARNGAN YANG TERUS MENINGKAT.
KOS SARA HIDUP MASA KINI TURUT MEMBERRI KESAN KEPADA PA KHASNYA YG BERPENDAPATAN RENDAH DIBAWAH KURANG RM 2500, KPD MEREKA YG BERPENDAPATN LEBIH DARI ITU SEKIRANYA MEMPUNYAI TANGGUNG YG BESAR JUGA TERKESAN DIATAS KOS SARA HIDUP MASA KINI YG TERUS MENINGKAT.
diari saya hari menulis tidak makan tengah hari kerana ingin berjimat disebabkan kos harga meningkat..terima kasih kerajaan
Diari saya menghitung hari antara gaji pada bulan ini dengan gaji bulan depan ... cukup ke tak cukup nak buat belanja anak isteri !!!!
(PA berijazah yang masih N27)
menteri tak tahu ke tahun 2011 ni PA tak dapat buku harian rasmi,mungkin tak perasan kot, lebih 20 tahun berkhidmat sebagai PA, inilah pertama kali PA tak dibekalkan dengan buku harian rasmi.
Kan buku tu PENTING.
BN jgn percaya dakyah dan fitnah pembangkang, rata2 PA amat berpuas hati dengan PM dan BN, ini melalui perbualan saya sendiri. Jgn ambil hati dgn blog ini, mereka hanya bergurau. 99% PA masih bersama BN.
Jabatan kat aku kerja hanya agihkan diari subsidi kat pegawai gred 41 keatas sahaja kerana bagi mereka hanya pegawai yang perlu tulis diari..kami golongan setaraf penolong pegawai ke bawah tak layak...kami kena beli sendiri diari...Dasar gampang dan celaka betul.. tempat kerja hebat..Institusi mengeluarkan bakal2 pendidik yang tertua dan terulung di Malaysia..Memang gampang
Bekalan diari bergantung kepada kelulusan Ketua Jabatan masing-masing, dijabatan aku, pemandu dan pembantu am pejabat pun dibekalkan diari...terima kasih bos...
mungkin yg x dapat diari tu x sokong BN kot, mmg padan la dilayan bagaikan anjing. padan muka x dapat bonus, byk cantik nak bonus tp xnak jadi ahli Umno.. kalo nak duit BN, masuklah jd ahli paham x PA buduh semua
x sokong BN kepala hotak ko....bukan yg tak dapat diari tu peruntukan takde ke??sebab banyak duit dibelanja ke arah bende2 yag takde manfaat...orang2 umno la buat semua kerja tu,ampu2 dapat projek,perut sekor2 mengalahkan tempayan dek makan harta rakyat...kau yang anjing UMNO ckp org pulak...cakap mcm org takde otak.....dasar pembodek...mangkuk betul..songkok tinggi setinggi hidung diorg
Berapa byk buku nota kecil bersaiz buku 3,5 dicetak dan diberi, tapi sekadar menjadi bahan contengan anak2 kecil. Buku nota kecil ini berguna sbg catatan ilmu, senarai semak 'to do list' dan garapan IK - Inovasi & Kreativiti. 'Melayu mudah lupa..' Anda buat, anda dpt..
Bagus betul ketua jabatan yang beri kelulusan peruntukan buku diari...jabatan apa tu? saya rasa banyak jabatan tak dapat, saya dapat maklumat dari lain2 jabatan.
Janganlah kata buku tu dibuat conteng, kita cerita pada mereka yang menggunakan nya, tidak kepada yang tak menghargai buku tersebut.
Tapi ada juga jabatan yang pilih kasih, orang kategori tertentu saja dapat, nampak macam jabatan yang mengajar manusia saja.
Macam macam ada.
nak tulis apa lg duk kira hari ja bila nk masuk gaji lak... baru ja ambik gaji tapi dah nk habis, 2 blum msuk bulan tiga lagi.... nk cari diet nak cari duet.... paham la sama masalh kami
Assalamualaikum, amat bagus sekali apa yang dicadangkan oleh Tuan Presiden, tetapi Datuk, saya ingin bertanyakan mengenai SKIM PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27-36 yang tidak pernah ada perubahan bagi sekian lama..camne?
ni diari aku..
pagi..minum air masak dgn roti gardenia sekeping..
tgh hari minum air masak dgn biskut kering
petang minum air sejuk lagi
malam..makan malam bersama keluarga..
sebab gaji ciput..dan tak tergamak nak makan sedap2 padahal anak isteri kat rumah hanya makan roti jugak..inilah gara2 gaji sikit tapi dok kat Bandaraya..sewa rumah je dah makan 1/4 dari gaji pokok
pasal diari pun kau orang nak gaduh2 kah? Banyak lagi benda mustahak perlu difikirkan. Kalau takda diari tu,tulis je atas daun pisang LOL......
Catat Ulasan