SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

21 Jun 2011

5 TUNTUTAN CUEPACS

Berita Harian
Oleh Azmi Md Deros
azmimd@bharian.com.my
2011/06/20



Prasyarat persetujui pelaksanaan PROSPEK

ALOR SETAR: CUEPACS yang baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bermula 1 Julai, mengemukakan lima tuntutan baru sebagai prasyarat mempersetujui pelaksanaan program itu. Tuntutan utama adalah supaya pangkat pegawai dinaikkan secara automatik selepas menamatkan kursus kompetensi, memberi tiga kenaikan insentif bagi setiap kali kenaikan pangkat dan melantik dua wakil CUEPACS dalam panel penilai PROSPEK, Dua tuntutan lagi adalah penubuhan jawatankuasa utama yang dianggotai |CUEPACS dan JPA bagi memantau pelaksanaan PROSPEK dan isu berkaitan serta memastikan setiap perkara dipersetujui dalam perjanjian sebelum ini dipatuhi kedua-dua pihak sebelum pekeliling mengenai penilaian dikeluarkan.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata CUEPACS mengemukakan tuntutan baru kerana tidak bersetuju dengan beberapa terma dan syarat dalam MoU yang ditandatangani dengan JPA sebelum ini.

“Kita tidak puas hati dengan beberapa perkara dalam PROSPEK dan menuntut supaya lima perkara itu diberi perhatian oleh JPA sebelum kami bersetuju dengan pelaksanaan kaedah baru penilaian prestasi kakitangan awam yang akan dikuatkuasakan bulan depan.

“CUEPACS sudah bertemu Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada Khamis lalu dan beliau setuju supaya kita berbincang dengan JPA mengenai lima tuntutan itu sebelum pekeliling PROSPEK diedarkan.
“Jika pekeliling dikeluarkan tanpa perbincangan antara JPA dengan CUEPACS berhubung tuntutan itu, kita mungkin menolak pelaksanaan PROSPEK,” katanya selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Pekerja RISDA Kedah ke-24, di sini semalam.

Pada 19 Mei lalu, CUEPACS telah menyatakan persetujuan mengenai PROSPEK menerusi MoU yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah bersama Omar yang mewakili CUEPACS, bagi menggantikan PTK yang dimansuhkan pada Januari lalu.

Menerusi PROSPEK, kaedah penilaian kakitangan awam tidak lagi berasaskan peperiksaan, sebaliknya ditentukan panel penilai berwibawa dianggotai oleh ketua jabatan dan kakitangan pelbagai peringkat. Panel penilai akan bertukar setiap tahun bagi mengelakkan elemen berat sebelah dan unsur pilih kasih.

Pelaksanaannya akan membabitkan lapan prinsip penilaian baru, iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.

Bagaimanapun, falsafah penilaian berasaskan kompetensi diteruskan dengan skopnya diperluaskan meliputi pembangunan kompetensi dan potensi. Hasil penilaian akan menentukan status kompetensi pegawai sama ada mempunyai kompetensi cemerlang dan berpotensi tinggi, memenuhi kompetensi dan berpotensi atau memerlukan pembangunan.

Sementara itu, Omar berkata, CUEPACS berharap kerajaan memberikan dua bulan bonus kepada 1.2 juta kakitangan awam akhir tahun ini, selain Elaun Kos Sara Hidup (COLA) sebanyak RM300 sebulan di seluruh negara dalam Bajet 2012 yang akan dibentangkan pada Oktober nanti.

40 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"8 prinsip penilaian baru, iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.

kaedah penilaian kakitangan awam berasaskan panel penilai berwibawa dianggotai oleh ketua jabatan dan kakitangan pelbagai peringkat. Panel penilai akan bertukar setiap tahun."

Ngko orang Cupec faham ke terma dan syarat niih!!
aku rasa kita kena tipu lagi...

Tanpa Nama berkata...

dulu elok2 ada ptk di mansuhkan...ape-ape la cuepacs ni....dah mcm takde hala tuju je bunyi nyer....cian PA2 sume...

Pejuang PA berkata...

"..8 prinsip penilaian baru, iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian..."

Ngko orang Cupec faham ke terma dan syarat niih!!
aku rasa kita kena tipu lagi...


CUEPACS bukan tak faham tapi tak nak faham. Pintu hati tertutup bila mata hanya nampak duit. Niat masa mula2 masuk kerja dulu dah bertukar.

Haji omar dan pengikut2nya serta semua PA cuba ingat balik masa interview dulu. Masa haji omar dari Nogori pegi UPM, apa niat haji omar masa tu? Nak keje ke nak ugut kerajaan.

Niat kita macam mana???

Tanpa Nama berkata...

"5 TUNTUTAN CUEPACS"
atau
"5 UGUTAN CUEPACS"

HENTI UGUT KERAJAAN

Saya ingin memberi amaran kepada CUEPACS supaya hentikan mengugut kerajaan dan kembali kepada pejuangan asal.

Semenjak Dato' Omar jadi Presiden (lama jugak la kan dari haji sampai dapat dato'), CUEPACS tak henti-henti ugut kerajaan. Saban tahun CUEPACS minta bonus, duit raya, dan lain2 bentuk imbuhan kewangan.

CUEPACS berjuang untuk WANG atau kebajikan PA. Sepatutnya CUEPACS memperjuangkan hal-hal berkaitan keselesaan tempat bekerja, insentif pendidikan untuk PA dan keluarga dan lain2 perkara yang boleh meningkatkan kualiti hidup PA secara menyeluruh dan berpanjangan.

CUEPACS juga seharusnya memikirkan cara bagaimana meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan. CUEPACS tidak lantang mengecam PA yang makan rasuah, yang salah guna kenderaan pejabat, yang ponteng kerja,dan lain2 salah laku.

Dari sudut pandangan PA di luar CUEPACS, dato' omar dan exco umpama PENGGANAS TERHORMAT yang menuntut kerajaan untuk tunduk kepada ugutan.

Sebelum sesuatu tuntutan dibuat. CUEPACS harus memikirkan:

1. Kemampuan Kewangan Kerajaan
2. Kesan kenaikan gaji PA kepada harga barang dan kos sara hidup secara keseluruhan (tak kesian ke kat org kampung yang toreh getah je..).
3. Kesan kepada pengurusan sumber manusia yang akan menjadi semakin rumit dan lain-lain.

Seharusnya CUEPACS perlu lebih jelas dan tidak memandang wang dan menjadikan wang kiblat dunia.

Tanpa Nama berkata...

apa yang dibuat utk kakitangan kerajaan JPAlah menjadi penghalangnya.JPA kedekuuuut

Tanpa Nama berkata...

...apa yang dibuat utk kakitangan kerajaan JPAlah menjadi penghalangnya.JPA kedekuuuut...

Jangan cakap bersepah-sepah. Tunjuk bukti la. Aku baca paper macam Cupac je yang lebih sudu dari kuah.

Tanpa Nama berkata...

Salah ke pekerja untuk menyuarakan hak untuk kenaikan gaji, elaun ke ape? soalnya bukan mengugut, cuepac inginkan penambahbaikan dalam membantu PA bagi menjaga kebajikan PA2 agar terus memberi peransang untuk komited dalam tugasnya.setiap tahun dalam pejabat bilang tugas bertambah, dalam pejabat saya dulunye saya datang untuk lapor diri bertugas jumlah peti besi tempat simpanan fail 2-3 almari je.. sekarang dah bertambah jadi 10 peti besi, itu tandanya setiap tahun kerja dan beban PA semakin meningkat. sekarang rakyat yang miskin ada bantuan rumah percuma,layak mohon rumah kos rendah, tanah percuma, elaun belanja dapur la bagai.. nelayan pulak dapat subsidi minyak, yang berniaga secara kecil-kecilan dapat pinjaman mudah dan mcm2, petani dapat subsidi baja dan selalunya dibeli percuma bantuan dr pertanian. semua keistimewaan tu PA tak dapat merasa kalo di layak kan PA dapat rumah dan tanah percuma mcm dorg kan senang adil.. bukan semua PA kaya raya. Gaji PA gred 1-17 ni asal dapur berasap saja. Nak beli rumah harga mahal, mahu tak mau terpaksa beli kalo tak mana keluarga nak tinggal, kuaters kerjaan pun terhad, bayar ansuran rumah dah 60% gaji melayang. mana nak belanja anak makan, sekolah, bil2, minyak kenderaan, bayar ansuran keta lg hutang2 lain lg. tambah lg kerja jauh2 dr tempat asal. rasa nak berhenti tu ada tapi umur dah separuh abad ni kalo nak kerja mcm org muda2 mana larat sudah mau tak mau terpaksa akur saje.. nak sambung belaja manade duit nak beli baju sekolah anak pun tunggu bonus dr kerjaan..

Namewa berkata...

Ulasan Komen

Tanpa Nama
Selasa, Jun 21, 2011 12:04:00 PM


1. Memang tak salah minta itu ini tapi biar masuk akal dan tak perlu kait dengan pilihan raya.
2. CUEPACS patut minta kurangkan kadar faedah pinjaman perumahan dan kenderaan. (dapat bonus banyak bulan pun tak kekal, sekejap je abis).
3. Subsidi pengangkutan awam, bil-bil utiliti dan lain2.

So pada haji omar dan sekutu2 jangan pandang rezeki terpijak je..

Jadila Presiden yang bijak sikit..

Dato'2 ni org dia bijak2.. so bila pakai gelaran tu kena la selaras dengan perangai..

Tanpa Nama berkata...

Apa yg dituntut oleh cuepacs itu tidak sepatutnya digelar sebagai pengganas terhormat suatu bahasa yg tidak bertamadun bagi org masyarakat dunia masakini krana apa yg diperjuangkan cuepacs bukanlah suatu yg dianggap keterlaluan dibandingkan dgn negara-negara jiran kita bahkan suatu tuntutan yg dianggap rasional lagimunasabh untuk di ambil perhatian serta dianalisa bagi kepentingan umum serta khasnya di sektor awam.

Bukan ugutan atau pun paksaan oleh krana kebetulan pula hampir kepada pilihanraya umum akan datang, penjawat awam mereka yg berkorban untuk memberi khidmat yg terbaik untuk negra, kenaikan kos sara hidup serta beban tanggung jawab yg meningkat adalah diharap tuntutan itu disantuni.

Tanpa Nama berkata...

...apa yg diperjuangkan cuepacs bukanlah suatu yg dianggap keterlaluan...

Apa maksud tuan tidak keterlaluan sedangkan dengan CUEPACS tidak pernah henti-henti mendesak kerajaan.

Apa yang berlaku di negara-negara jiran adalah perbalahan politik dan bukannya tuntutan pekerja.

Sebagai seorang PA, saya rasa bersyukur kerana mempunyai majikan terbaik di dunia.

Banyak yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi kesejahteraan pekerjanya. Perkhidmatan Awam bukan tempat untuk mengumpul kekayaan. Jika kekayaan yang dicari lebih baik berkhidmat dengan swasta atau bekerja sendiri.

Dalam diri penjawat awam sepatutnya ada satu jiwa yang ikhlas berkhidmat untuk negara.

Sebagai majikan terbesar di Malaysia ini, pastinya kerajaan memikirkan perkara yang terbaik umtuk semua pekerjanya. Oleh yang demikian, sebarang permohonan atau permintaan hendaklah dilaksanakan dengan cara berhemah dan tertib melalui saluran-laluran yang telah disediakan.

Tindakan CUEPACS yang menggunakan media secara keterlaluan serta mengugut untuk berpiket atau memulaukan program dan dasar kerajaan itulah yang dilihat sebagai tindakan "PENGGANAS".

Kerajaan membuka seluas-luasnya pintu perbincangan dengan CUEPACS dan hal ini harus dihormati oleh Exco CUEPACS.

Berbincang bukan berbalah, Memohon bukan mendesak... itu yang sebaiknya!!

Tanpa Nama berkata...

bro.. kami sokong kenyataan di atas.. jgn gelar org pengganas tak baik tau.. kalau kami gelar kau mangkuk-hayun ape cite.. ha..!!ha..!!

Tanpa Nama berkata...

Buat apa tanda tangan kalau ada yang tidak setuju..Kalau ada beberapa tidak setuju, tak yah tandatangan terus.konfius pulak

Tanpa Nama berkata...

PTD n PTNlah punca kekalahan BN di 4 negeri.. selangor,penang,kedah n kelantan.. dia org sekat kenaikan pangkat n gaji bagi perkerja sokongan.. mana-mana PA ada ijazah dan master tak di panggil temuduga oleh SPA.. ada sampai 6-7tahun.. tiada panggilan..sape pejawat atasan kalau tak PTD n PTN..

PemudaUMNO M41 berkata...

PA sokongan, hina sekali kalian asyik meminta2 dan merayu sambil mengugut kerajaan agar bonus diberi. BN/UMNO selaku parti penyelamat ummah akhir zaman x perlukan org2 mcm ni utk jd ahli.

ayah KSN berkata...

sakit betul tn presiden ini,dapat makan semeja dgn jpa, terus sign. lepas tu meroyan dgn prasyarat pulak. Kalau masuk court, dah tentu kalah. Mereka2 yg tak puas hati PA mintak bonus ialah gred 48 ke atas kot, yg perut dah boncit. gaji bulanan tak usik, cukup dgn makan elaun jer. Orang yg duduk kat cameron highland mana nak merasa panasnya dunia kalau dok kat tapah.

Tanpa Nama berkata...

Mengelar tuntutan Cuepacs sebagai Tuntutan Penganas adalah tak wajar bagi sebagai rakyat m'sia yg cintakan keharmonian dan kesejahteraan hidup di bumi bertuah ini.

Kalau negara kita dipaparkan di media2 sebagai sebuah negara membangun dengan kadar2 yg lebih positif juga dipaparkan peningkatan pelaburan didalam dan di luar negara hingga menjadi contoh kepada negara luar juga tersenarai dalam kategori kesepuloh negara2 ekonomi maju, masakan sebagai penjawat awam dan rakyat negara ini kita tidak berpeluang untuk menikmati bersama atas kejayaan dan kemakmuran yg dikecapi itu? atau kekayaan atau kejayaan negara hanya dikecapi oleh segelintir pembesar2 negara atau koprat2 yg berjaya?.

Apa yg diharapkan dari penjawat awam bukanlah mendesak2 inginkan kekayaan tetapi sekadar dapat meringankan kos sara hidup mereka yg kini kian meningkat, agar anak2 mereka dapat belajar dalam situasi yg lebih baik dan terjamin, dapat mendapat menikmati makanan berhasiat bagi menjamin kesejahteraan dan kesihatan yg lebih baik, kerana mereka inilah sebagai modal insan yg akan terus memberi sumbangan kepada kejayaan dan peningkatan produktiviti negara.

Fikir2kan lah sebelum membuat telahan yg melulu terhadap cuepacs dan penjawat awam kerana institusi inilah merupakan badan yg telah diamanahkan sebagai penaung utama menjaga kebajikan hampir 1.2 juta penjawat awam.Sekali lagi dingatkan adalah tidak wajar meyatakan tuntutan cuepacs ini sebagai penganas.

Tanpa Nama berkata...

..Mengelar tuntutan Cuepacs sebagai Tuntutan Penganas adalah tak wajar bagi sebagai rakyat m'sia yg cintakan keharmonian dan kesejahteraan hidup di bumi bertuah ini..

Rabu, Jun 22, 2011 8:34:00 AM


Apa itu TUNTUTAN:

sesuatu yg dituntut, permintaan dgn mendesak (supaya dilakukan sesuatu dll), dakwaan, gugatan

Apa itu PERMOHONAN:

1 apa-apa yg diminta; permintaan: 2 perbuatan atau hal bermohon; permintaan.

Sumber DBP: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tuntutan

Dari sudut bahawa pun sudah menggambarkan sesuatu yang negatif apatah lagi dengan perbuatan.

Tidak salah memohon tetapi tidak boleh menuntut kerana perkara yang boleh dituntut adalah HAK

Penentuan Bonus dan Gaji adalah hak kerajaan. Hak pekerja adalah mendapatkan apa yang telah dijanjikan (bonus/gaji) oleh kerajaan.

Sekiranya kerajaan gagal membayar gaji maka CUEPACS berHAK menuntut.

Tetapi sekiranya kerajaan tidak menberikan bonus CUEPACS boleh memohon.

Cuba fikirkan PENGGANAS atau tidak?

Tanpa Nama berkata...

x ganas pon aku mendengar nya..

Tanpa Nama berkata...

Entah2 kau ni cuma ajk cawangan UM no agaknya kau macam lebih kuah dari sudulah, mungkin kau ni kenyanglah sikit dapat itu dan ini tetapi kita lebih mementingkan kesejahteraan rakyat umum khasnya penjawat awam.

Tanpa Nama berkata...

ada pulak minta bonus pun kata pengganas, sapa la yang tuan empunya diri yang komen mcm tu...ha..ha... pelik2...klu samp berlaku peperangan atau pembunuhan baru la boleh di panggil pengganas...

Tanpa Nama berkata...

PA sokongan, hina sekali kalian asyik meminta2 dan merayu sambil mengugut kerajaan agar bonus diberi. BN/UMNO selaku parti penyelamat ummah akhir zaman x perlukan org2 mcm ni utk jd ahli.

Selasa, Jun 21, 2011 10:51:00 PM

BODOH punyer komen, bukan PA sokongan yg miminta2 tapi CUEPACS yg bertanggungjawab meminta bagi phk kami yg di rasakan ada hak dan dari golongan yg layak di bantu... ni...

Coretan Kehidupan berkata...

BODOH punyer komen, bukan PA sokongan yg miminta2 tapi CUEPACS yg bertanggungjawab meminta bagi phk kami yg di rasakan ada hak dan dari golongan yg layak di bantu... ni...Rabu, Jun 22, 2011 2:13:00 PM


setuju....

Tanpa Nama berkata...

APAKAH pendekatan terbaik bagi menyelesaikan lima tuntutan baru CUEPACS sebagai prasyarat sebelum pelaksanaan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bagi penjawat awam, mulai 1 Julai ini?

a) JPA dan CUEPACS duduk berbincang b) Terus laksanakan tanpa perbincangan

c) Beri penerangan lebih mendalam
d) Wujudkan situasi ‘menang-menang’

keputusan undian menyokong jawapan A. tapi saya fikir tak habis2 lagi ke bincang, wujudkan situasi menag-menang la. sampai bila nak bincang sampai 2020 ke..

Tanpa Nama berkata...

Bila adanya istilah ganas mungkin ada juga kaitan istilah zalim atau menzalimi, macam2 lebel boleh ujud dalam situasi tuntutan yg dibuat ini, yang penting semua pihak perlu paham akan situasi sebenarnya akan kehidupan penjawat awam buat masa ini, lupakanlah sedikit rasa emo atau ego atau hearaki jawatan yg disandang, kerana terlebih aula adalah kebajikan dan keadilan untuk semua penjawat awam dalam mengharungi kehidupan sebagai penyumbang kpd pembangunan negara.

Mungkin ada ruang2 yg membolehkan membantu mereka buat masa ini yg berhadapan tekanan sara hidup yg terus meningkat, kenangkanlah jua sekiranya diumpamakan mereka2 ini sebagai anak kita yg perlu disantuni, semuga sifat Allah yg rahman dan rahim itu melimpahi kehati kita, semoga ianya akan dilimpahi rahmat dari Allah buat diri kita semuanya insallah.

Tanpa Nama berkata...

sokong pendapat di atas...

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

sokong pendapat di atas...

Rabu, Jun 22, 2011 2:40:00 PM


Budak tadika boleh kasi pendapat kalau setakat sokong2 je ni

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...
sokong pendapat di atas...
Rabu, Jun 22, 2011 2:40:00 PM
Budak tadika boleh kasi pendapat kalau setakat sokong2 je ni

Rabu, Jun 22, 2011 3:04:00 PM

yang kau sibuk pehal aku nak sokong ke nak ape ke ada kacau hidup hang ngan anak bini hang ka???? kat parlimen pun ada penyokong ada pembangkang.... apa ra...

Tanpa Nama berkata...

Suka hati hang la mat sokong oooiiii...

Tanpa Nama berkata...

memang aku suka hati pun....ha3...

Tanpa Nama berkata...

LINGKUP TAALA BERKATA...
MALAUN MANA PULA YANG KATA PA PENGGANAS?AI MINTA KERAJAAN MENJAGA KEBAJIKAN NI PUN KATA PENGGANAS KA?ATAU PAKAIAN PA MEMANG GANAS..ENGKAU NI MALAUN ,ADA KES PA LELAKI ATAU WANITA YANG TANGGALKAN BAJU PELANGGAN WAKTU BERURUSAN DI KAUNTER KERAJAAN HA?I RASA U NI MESTI JENIS AU AU...LEMBUT U..MUNGKIN ADA PA GANGGUANG DIA NI..YANG PASTI I TAHU BAHAWA PA MEMANG HEBAT BEKERJA SAMADA DI PEJABAT ATAU DIRANJANG PADA MLM HARI...HAA,INI KAN BARU GANAS..QHAPLA JEREMHIA HANG NI,,,

NIRAM PONNNANADEK ADEI REINADIKEM VANDEM,PA SATYA ARASANGAM...DATO OSMAN,KALLA POCHIK..URU SATTE ETNA VA?AYOOYO,SAVVE SAVE.

WOR SIWANG NIE,HAMEI YO YIECHEN,NITER SWOR HERN CINGCI,AI NI ,PUYAU LANGFEI...

OTHER MISSION ,OTHER SKILL,C U NEXT ELECTION..

KONG KONG KRAI TIMI HUANG,PEIYAYAM NEI NON CATPASUT HUANG SAMBRET..

Tanpa Nama berkata...

NIRAM PONNNANADEK ADEI REINADIKEM VANDEM,PA SATYA ARASANGAM...DATO OSMAN,KALLA POCHIK..URU SATTE ETNA VA?AYOOYO,SAVVE SAVE.

WOR SIWANG NIE,HAMEI YO YIECHEN,NITER SWOR HERN CINGCI,AI NI ,PUYAU LANGFEI...

OTHER MISSION ,OTHER SKILL,C U NEXT ELECTION..

KONG KONG KRAI TIMI HUANG,PEIYAYAM NEI NON CATPASUT HUANG SAMBRET..

Rabu, Jun 22, 2011 10:22:00 PM


Juru bahasa Mahkamah ke ni???

Dey Tambhi.. Kalau nak menyampuk baca dari atas la... Tak tau ujung pangkal nak emo.....

Tanpa Nama berkata...

Dah malas nak fikir lagu pasal bonus.Takde maknanya lagi dah. Cukuplah bantuan yang kerajaan bagi tu. Sekurang2nya, kerajaan ingat dgn usaha kita. Padahal, x semua org sedar bahawa, JUSA dah banyak dapat dibanding apa yang kakitangan gred 1 hingga 41 dapat. Kenapa mereka masih x puashati dgn apa yg mereka dah dapat. Padahal kita yang brgaji kecil ini, rasa kais pagi makan pagi, kais petang mkn petang. Balik keje dr pej, buat lg keje sambilan tuk cari pendapatan lebih tuk menyara keluarga. Cuba buat perbandingan apa yang kita dapat dgn apa yg JUSA dapat. sama sekali banyak yg ketidakadilannya. Tapi kami org bawahan, malas nak pertikaikan sbb nanti akan dilabelkan ingkar atau cuba nak melawan. Salahkah kami nak meluahkan kesengsaraan kami supaya mereka tahu..

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah batal PTK tak perlu la lagi PROSPEK untuk kumpulan sokongan. Kalau gred naik pangkat sokongan dalam satu bahagian hanya ade 1 atau dua je, tak perlu ade PROSPEK setakat kursus atau periksa macam dulu udah le. Tapi bagi kumpulan PTD dalam satu bahagian 41 ade 1 tapi gred naik pangkat ade 2 atau 3 molek gak ade PROSPEK. Manakala kumpulan sokongan boleh la nilai sekali gred PTD. aaa macam, ok tak.

Tanpa Nama berkata...

Apa makna Prospek ni ? adakah maknanya "Profesional Spekulatif" atau "Profesioanal Spektra" atau .....????
Apa2 pun yg diharapakan hampir 1.2 juta penjawat awam sesuatu yg lebih adil lagi berkebajikan buat semua penjawat awam.

Apa juga bagi yg difikirkan yg diharapkan oleh penjawat awam khasnya mereka yg berpendapatan rendah mudah2an ada ruang yg dapat meringankan beban kos sara hidup yg kian melambung tinggi, bagimana nak bagi anak2 mereka dengan makanan yg lebih baik yg menjamin kesihatan keluarga mereka, bagaimanapula dpt merigankan beban anak2 mereka di bangku sekolah atau di IPT, bagaimana nak meringankan dari kos harga minyak yg telah meningkat, kos harga bawang ikan dan lain2 keperluan dapur yg juga terus meningkat dan memeningkan kepala mereka.

Mudahan masih ada lagi ruang bagi mereka meneruskan kehidupan yg lebih baik hasil sumbangan kebijaksanaan Pegawai atasan lagi budiman serta bijaksana dalam mengatur pentadbiran dan perancangan yg lebih baik untuk semua warga kerja di sektor awam ini, insallah

Tanpa Nama berkata...

cuepacs...tk salah tk ugut...cuepacs hnya mmprjuangkan kakitangan awam...tk salah...cuepacs menyuarakan kepd kerajaan..sprti bonus kenaikan gaji dan elaun cola..itu memang betul..tk kesian kh gaji pnjawat rm 741.00,anak 6 orang...cuba tuan pikir..kita harus brterima kasih kpd datuk omar osman...n kita doakan semoga datuk selamat,sihat d samping keluarga yg tercinta..

Tanpa Nama berkata...

Mana ade pernah Presiden CUEPACS seperti Dato' Omar sekarang seorang President yg sebenarnya berjuang bermati matian untuk golongan PA. Tukang kutuk tu sebenarnya beruk2 perut buncit dan kaki genstar yg masuk di dalam laman ini hanya untuk menghuru harakan PA sekelian. Kalau mereka jadi Presidet jangan kan kantong persatuan dia sapu licin dgn PA habis dikencingnya manakala setiauasaha Agong pun habis dikerjakannya.

Tanpa Nama berkata...

kami sokong kenyataan di atas 100%.. jom kite ganyah dia org cukup-cukup.. slanga punya org..

Tanpa Nama berkata...

kemarahan rakyat n PA semakin memuncak..

Tanpa Nama berkata...

slpas bljwan buln 10 ni,smoga ada khbr brita baik utk kakitgn awam..psl knikn gji,elaun rumh n lain2..klu knaikn gji tu,biarla smua.dpt..ni ada yg sbilangan yg dpt,tk adil..ibratkan bert sbelh.pdahal sma2 juga keja..wlupun kmi kontrk ,apa yg jwtan tetap dapt kmi pun dapt juga..tima kci juga kpda krjaan..klu bole biarlah thun ni ada brita gbira....

dista berkata...

Bodoh la Cuepacs ni..keputusan PTK aku aras III langsung tak diguna pakai lagi mula dari 1 Jan 2011. Ingat senang ker PTK untuk orang-orang teknikal cam aku ni..dah la kena berulang balik dari Putrajaya ke Intan Kiara. Ingat dekat ke? Nak kira tol lagi, minyak lagi, masa terbuang lagi. Stupid Cuepacs! Pasni korang tengok la, PROSPEK bakal berkubur dan digantikan semula dengan PTK. Sebabnya? Aku dah nampak PROSPEK akan melibatkan banyak kaki kipas dan menjaga hati. Sebagai contoh, Gred 41 kena jaga hati bos dia gred 44/48 ke atas dan masa yang sama kena jaga hati gred 29/17 ke bawah. Dah tu semua dalam jabatan akan jadi macam bapok. Cakap lembut2, konon nak jaga hati sebabnya orang bawahan pun akan menilai dan bagi markah. Apa punya dasar la ni..siapala yang bengong bagi stupid idea cam ni.