SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

17 Jun 2011

CUEPACS, MTUC SYOR KADAR GAJI MINIMUM PRAKTIKAL

Berita Harian
16/6/2011





KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta kerajaan menetapkan dasar kadar gaji minimum yang lebih praktikal, selaras dengan transformasi negara berpendapatan tinggi.

CUEPACS yang mewakili 1.2 juta penjawat awam memperjuangkan tuntutan gaji pokok minimum RM920 sejak empat tahun lalu, manakala MTUC yang menaungi 620,000 ahli diwakili 272 kesatuan menuntut kadar gaji pokok minimum RM900 sejak 11 tahun lalu. Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata jika tuntutan kongres dipertimbangkan, ia menggembirakan lebih 350,000 penjawat awam yang menikmati gaji pokok bawah RM900 sebulan, selain lantikan baru penjawat awam Gred 1 hingga 16 yang menikmati gaji pokok RM647 sebulan. Kadar itu, katanya, menyebabkan ramai penjawat awam berada di bawah garis kemiskinan.

“Kita berharap dengan adanya kajian semula Sistem Saraan Malaysia dan penambahbaikan skim perkhidmatan awam, semakan semula gaji pokok bagi lantikan baru mesti melepasi gaji minimum RM920.

“Tuntutan itu dianggap munasabah kerana ia dikemukakan sejak tiga, empat tahun lalu, sepatutnya kerajaan meluluskan kadar gaji minimum lebih tinggi berikutan peningkatan kos sara hidup hingga memaksa penjawat awam melakukan kerja sambilan,” katanya.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjangka dasar kadar gaji minimum bagi pekerja berpendapatan rendah di negara ini dapat dilaksanakan akhir tahun ini selepas penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara (MKGN).
Rang Undang-Undang MKGN 2011 akan dibentangkan Kementerian Sumber Manusia di Parlimen pada persidangan kali ini.

Sementara itu, Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan, berkata penetapan gaji minimum perlu memastikan pekerja tidak terus dibelenggu kemiskinan atau jumlah yang disifatkan hanya mampu hidup.

“Saya difahamkan kerajaan mungkin menetapkan gaji minimum pada kadar RM700 iaitu di bawah garis kemiskinan yang tidak sesuai dengan transformasi negara berpendapatan tinggi,” katanya.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sorry to say....aku tak percaya langsung akan naik2 gaji ni....PM temberang korang je..

Tanpa Nama berkata...

yg kua susah apesal..kenaikan ini melibatkan gred 1-16 saja yang lain dapat tempias

Tanpa Nama berkata...

TU HANYA SEMBANG POLITIK JE..TAKKAN JADI KENYATAAN PUNYA..HANYA MAGKUK JE YANG PERCAYA

Tanpa Nama berkata...

x hairanpun jika kenaikan hya gred 1-16..Tp yg sedih aku dgr sbb...buln 6 br cite2 je..Pelaksanaan dijgka hujg thn...lmbt lg tu..Jgn berharap sgt..jgka masa 6 bln mcm2 blh jd.

Khusairi bin Uthman berkata...

saya ,enolak gaji minimun, kami para majikan pembantu rumah akan bankrupt jika ianya dilaksanakan. kedai kecil prepaid saya juga akan ditutup kerana jenuh la nak bayar minimum RM900 x termasuk lebih masa.

makij susah adalah.

ekonomi akan jahanam sebab pelabur akan cabut lari, kos pengeluaran naik berganda, malaysia akan terjun ke kancah kemiskinan semula tanpa industri2 besar

Tanpa Nama berkata...

naikan gji pnjawat awam dh la,swasta masing2 ad bisnes,komisen,elaun,ot?pejawat awam ad?

Tanpa Nama berkata...

takkan gred 1-16 je yg ditengok @ dinaikkan????? Gred 17 ke atas camner??? Gaji kami pun tak cukup gak!!!! Adil la sikit

Tanpa Nama berkata...

cuepacs n mtuc kalau nak gaji minimum.. kami syorkan RM1200.. baru kena dgn kos sara hidup yg semakin tinggi skg nie.. malaysia kaya dan untung minyak atas-bawah.. ape da..

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...yg kua susah apesal..kenaikan ini melibatkan gred 1-16 saja yang lain dapat tempias Jumaat, Jun 17, 2011 9:56:00 AM
Jangan mimpilah beruk, dulu bolehle-sekarang group kou boleh kira dengan jari, semua dah swasta.
Naik semua sama termasuk JUSA. Klau tak suka pergi terjun.

Tanpa Nama berkata...

sedihnye aku.. aku ade 8 org anak (rendah,menengah dan universiti).. tgk anak-anak aku pendidikan tak berapa sempurna.. tak dpt hantar tuisyen, pakai buku rujukan lame, belanja sekolah 50 sen jea ke sekolah, pakaian sekolah dan kasut dah 3 tahun tak berganti, kadang-kadang tak ke sekolah tak de duit tambang bas, baju raye pakai 4 tahun lepas punya baju raye.. selamat hari bapa.. ucapan dari anak-anakku walaupun aku bapa yg tak dpt menunaikan tanggungjawab sbg bapa mithali.. amin..!!!

Tanpa Nama berkata...

kalau ada rezeki tuu..ada lahh. ada hikmah disebaliknya.zaman sekarang ni semuanya guna duit.no money no talk.sama2lah kita berdoa agar kita sentiasa dimurahkan rezeki.amin!