SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

10 Jun 2011

KOS DITANGGUNG KERAJAAN MUNGKIN DINYATAKAN PADA BARANG BERSUBSIDI

Bernama
9/6/2011




SHAH ALAM, 9 Jun (Bernama) -- Barangan bersubsidi mungkin mempunyai pelekat dan cetakan yang menyatakan nilai subsidi yang ditanggung oleh kerajaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata langkah itu perlu kerana majoriti rakyat masih tidak tahu jenis dan nilai barangan subsidi yang ditanggung kerajaan.

"Rakyat bukan tidak mahu berterima kasih tetapi mereka tidak tahu nilai subsidi yang diberikan oleh kerajaan, jadi kita perlu mengambil langkah untuk memaklumkan kepada mereka," katanya sambil menjelaskan bahawa kerajaan Selangor memaklumkan subsidi air yang diberikan melalui bil bulanan pengguna.

Antara barangan yang boleh diletakkan pelekat dan cetakan serta nilai subsidi itu ialah tepung (45 sen sekilogram), gas (RM21.42 setong), petrol RON95 (90 sen seliter), beras ST15 (RM4 sekampit), gula (20 sen sekilogram), minyak masak (RM1 sekilogram) dan diesel (90 sen seliter), katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Transformasi Penjawat Awam 1Malaysia di sini hari ini.

Ahmad berkata beliau akan mengemukakan cadangan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kementerian berkenaan.

Katanya jumlah susbidi yang ditanggung kerajaan sangat besar sehingga mencecah RM10.3 bilion pada tahun lepas dan dijangka bertambah sehingga RM20.6 bilion pada tahun ini.

"Walaupun subsidi bukan hak mutlak rakyat tetapi ia tetap terus disalurkan bagi memastikan beban diringankan dan ia merupakan kebijaksanaan kerajaan Barisan Nasional (BN). Bukan semua negara yang berikan subsidi," katanya.

-- BERNAMA

43 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pendapatan dari petronas dan cukai dari rakyat tak cerita pun. Kalau semua benda subsidi bagi balik kat rakyat naikkan gaji sekali ganda.

Tanpa Nama berkata...

sungguh tak bertamadun tindakan begini jika dilaksanakan. hak rakyat utk merasa keselesaan hidup dinafikan. dikatakan subsidi

ahli2 korporat dan keparat yg dah untukng juta2 dan bilion2, diberi mcm2 kemudahan. dikatakan 'insentif'

sungguh tidak mengikut syariat dlm Islam.

dr anti-kapitalis

rakyatmalaysia berkata...

keluarkan la dulu penyata subsidi pada IPP bebas dan konsesi TOl tu dulu, lepas tu baru rakyat boleh nilai nak ucap terima kasih ke @ sebaliknya. Win-win situation le katakan...kalo ada bran la kan

BN berkata...

sekiarnya kami menang kami janji naikan lagi harga barangan dan perkhidmatan... jadi undi lah kami

PANDORA CUEPACS SEC. GEN berkata...

nanede wagji tabuura kapilatu.
Tsahilu.

Rosmah Mansor berkata...

u all sokongla kerajaan... kerajaan dah byk tanggung subsidi...

Kroni BN berkata...

HAI RAKYAT2 JELATA SOKONGLAH KAMI PRU13 INI, KERANA KAMI BELUM HABIS KELILING DUNIA.

Tanpa Nama berkata...

kepala hotak kebijaksanaan BN!!! ni kalau proceed dengan idea banggang ni pun pakai duit!! bodoh!!!

aku arah (undi) korang (BN)supaya uruskan negara malaysia ni dengan makmur dan sejahtera!! bukan nyusahkan rakyat!! kalau asyik nyusahkan rakyat baik bagi orang lain yang tadbir!! xpayah la tunggu PRU13..

Tanpa Nama berkata...

tanggung subsidi??..itu hak kite..hak rakyat..knp nak mengeluh

Tanpa Nama berkata...

@Tanpa Nama berkata...

kepala hotak kebijaksanaan BN!!! ni kalau proceed dengan idea banggang ni pun pakai duit!! bodoh!!!

aku arah (undi) korang (BN)supaya uruskan negara malaysia ni dengan makmur dan sejahtera!! bukan nyusahkan rakyat!! kalau asyik nyusahkan rakyat baik bagi orang lain yang tadbir!! xpayah la tunggu PRU13..


cuba nnt ko tadbir plak... senang ker susah... ko sembang bleh la... tp habuk pun tarak...

markiman berkata...

sesiapa yg tidak menyokong aspirasi BN sila letak jawatan

Tanpa Nama berkata...

@Tanpa Nama berkata...

kepala hotak kebijaksanaan BN!!! ni kalau proceed dengan idea banggang ni pun pakai duit!! bodoh!!!

aku arah (undi) korang (BN)supaya uruskan negara malaysia ni dengan makmur dan sejahtera!! bukan nyusahkan rakyat!! kalau asyik nyusahkan rakyat baik bagi orang lain yang tadbir!! xpayah la tunggu PRU13..

cuba nnt ko tadbir plak... senang ker susah... ko sembang bleh la... tp habuk pun tarak...

Jumaat, Jun 10, 2011 3:48:00 PM

boleh xde masalah..tapi geng BN ni boleh nak bagi kuasa? nampak macam kuasa turun temurun je..hang p la cakap dengan orang atas tu..cakap kat dia..rakyat dah menyampah sebab barang selalu naik..so, bebawak la berundur..bagi orang lain? boleh?

Tanpa Nama berkata...

to tanpa nama Jumaat, Jun 10, 2011 3:48:00 PM

sokong biar betempat..dah tau kerajaan xde duit nak uat lagi program yang membazir buat pe?

Tanpa Nama berkata...

@Tanpa Nama berkata...

boleh xde masalah..tapi geng BN ni boleh nak bagi kuasa? nampak macam kuasa turun temurun je..hang p la cakap dengan orang atas tu..cakap kat dia..rakyat dah menyampah sebab barang selalu naik..so, bebawak la berundur..bagi orang lain? boleh?


tak perlu cakap... PRU akan datang nnt tu la cara menentukannya... itu pun tak leh fikir ker... apa la sengal ko ni...

Tanpa Nama berkata...

Dengan meletak maklumat sedemikian pada barang yang disubsidikan oleh kerajaan, bukankah itu menambah kos sedia ada? Itu bukan kos penghasilan ke? Aduh.... Janganlah buat sesuatu yang merugikan dan menambah lagi beban sedia ada...

Tanpa Nama berkata...

kalau nak tayang yang ni subsidi kerajaan yang ni tak,nak buat apa kata ikhlas nak tolong rakyat tapi nak tunjuk konon nya beban kerajaan lah,lepas ni rakyat tunjuk juga kat jalanraya bikin demonstrasi betapa beban nya rakyat time ni dengan harga barang dan tak lama lagi MINYAK

Tanpa Nama berkata...

Jgn lupa nyatakan juga cukai kenderaan bermotor seperti kereta dan motorsikal. Sbg contoh motorsikal kawasaki GTR 1400. Di Malaysia RM111,000.00 di Amerika USD 15,950.00 = RM 47,124.57 (nilai terkini). Berapa banyak kos ditanggung oleh rakyat. Boleh rujuk web site kawasaki..

Tanpa Nama berkata...

emm...nape mesti guna perkataan "terpaksa menanggung subsidi,terpaksa menambah peruntukkan"?takkan nak subsidi pada rakyat miskin dan kroni jer?abis yg rakyat sederhana nie bukan warganegara ker?x mengundi ker?subsidi milik rakyat sbb rakyat yg pilih kerajaan..memang confirm la subsidi akan bertambah setiap tahun kerana rakyat pon bertambah setiap hari..pendapatan negara pon mesti bertambah jugak..cuma tu la byk dibazirkan pada benda yg bukan2..byk berlaku rasuah dan mengkayakan para keluarga,anak bini dan kronidermen..suruh rakyat manage perbelanjaan dgn bijak la..buat budget la..aku nie dah sehabis budget dah..tak cukup2 gak..nak wat mcmna..dah mmg x ckp..abis yg kerajaan tu..manage hasil negara dgn bijak ker?kalo bijak takder nyer rakyat susah..nie sibuk dgn projek mega..sibuk keluar negara..sibuk menabur duit/projek beli undi..sibuk tolong kroni,bini,adik,abg,..bijak ker mcmnie?cuba la pak2 menteri tu potong sket gaji diorang ke..elaun diorang ke..potong dlm 10% ke..lepas tu GLC nyer CEO..BOARD OF DIRECTOR kasi kurang la gaji dan bonus diorang..nie CEO TNB gaji tahun 2007 sebulan kalo tak salah aku RM 600 000, ELAUN RUMAH RM 40 000,kalo rakyat bising cakap CEO syrkt luar negara lagi besar gajinya..pandai plak compare..apsal tak compare gaji kerani, technician kat m,sia nie dgn negara luar??TNB kerajaan punyer bukan CEO tu yg bangunkan..hmm,..kerajaan pandai cakap je..pandai memanipulasi media..orang2 kg leh le ko tipu..tapi skrg org kg pon dah pandai..tak mcm markiman tu..taat setia membabi buta..konon nak jadi Hang Tuah le..biar ikut Jebat,berani menentang kezaliman dan ketidaktelusan pemerintah..Negara Berpendapatan Tinggi konon..baik tukar Negara Berkos Tinggi..

Tanpa Nama berkata...

sengal tak sengal la..ni luahan bukan dari aku sorang..ramai lagi yang tak puas hati..PRU13 memang aku tunggu..sementara tunggu ni la yang buat kita sengsara..takpyah nak cakap orang sengal ke tak..

Tanpa Nama berkata...

to tanpa nama Jumaat, Jun 10, 2011 3:48:00 PM

ko ni sekejap maacam orang BN, la ni ubah statement suh tunggu PRU plak..hahah..
xpayah la kata orang sengal ke apa ke..mamat tu perli..paham2 je la..

Tanpa Nama berkata...

Admin,

lain kali takpayah la nak post macam ni kat wall cuepacs..buat sakit hati je..

Tanpa Nama berkata...

Duit subsisdi tu guna duit bapak dia orang ke??? Semua duit kerajaan tu hasil duit rakyat juga...korang tu cuma tadbir urus duit tu jer...tapi tulaaa...stail tadbir urus kewangan kerajaan sekarang boleh di kategorikan kepada tahap bangang!!!!

Tanpa Nama berkata...

x kira la nak tayang subsidi kat pembungkus ke, kat mana2 ke.... yang penting kami sebagai kakitangan awam terlalu mendesak. jadi jangan la sampai tunggu pru 13 baru nak bagi gula-gula. itu namanya menempah maut. lagi lama penangguhan lebih ramai yang akan beralih arah.... zaman sekarang ni rakyat dah x kira sape yang nak memerintah...bn ke pas ke...janji orang melayu.....

Dr. Alban berkata...

Tu la miker, baca pekeliling tak habis... kehkehkeh...

Salah satunya manifesto untuk rakyat yang dikatakan 1Malaysia, ramai yang tak jelas sebenarnya

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Sebenarnya ayat manifesto tu, ayat tergantung...

Rakyat DiDahulukan dengan cukai, dan apa saja yang boleh dikutip...
Pencapaian Diutamakan untuk kroni-kroni dan saudara mara yang berdekatan...

So, kuasa vote ditangan anda

Kicap berkata...

Aku amat setuju 100% dengan saranan Datuk Maslan tu supaya Rakyat Malaysia tak jadi Rakyat bersubsidi...asyik nak subsidi..asyik...asyik nak subsisdi

Dan ada lagi satu satu barang yg Maslan jangan lupa print subsidi kerajaan.

Jangan Lupa cetak pada Bil Elektrik kami bulan bulan ini..'SUBSIDI KERJAAN PADA PENGELUAR TENAGA BEBAS(IPP) RM19 BILLION SETAHUN'

Tanpa Nama berkata...

Dtk Ahmad Maslan ni masih bermimpi kot..ni..nk bagitau..PRU13 ni BN akan berkubur la..kerajaan pimpinan BN terlalu menyiksa rakyat....

Che Gayah binti Senapi berkata...

kamu semua ni memang bebal, dari dulu cakap besar nak tumbangkan BN, malangnya semakin lama BN semakin di hati rakyat,

akak bukannya apa, cuma nak ingatkan adik2 semua, kita ni wajib undi BN dan UMNO untuk kekalkan kuasa utama di tangan Melayu. Kamu mahu ke Menteri2 penting seperti kewangan, pendidikan dan pertahanan dibolot Cina?

Tanpa Nama berkata...

kak gayah oiii......aku dah tak kisah dah kak...kalo menteri melayu pon menyusahkan masyarakat melayu,mengkayakan bangsa lain...baik try bangsa lain plaks..mana tau menyenangkan semua bangsa...menteri melayu tp x islamic pon wat per?cuba rujuk model ekonomi negara Islam..tiada pemerintah,kadi,mufti boleh berniaga jika dah sanggup terima jawatan tu...menteri m,sia?siap jadi ahli lembaga pengarah lg..di zaman kegemilangan Islam, khalifah Islam sanggup bersusah utk menyenangkan rakyat..menteri m,sia?sudah la kak gayah dan seangkatan dgn nya..kita wajib undi orang Islam..takder pon dlm Islam kata undi orang UMNO wajib..cuba la sesekali ubah kerajaan..negara jepun dah..USA dah..Britain dah..M,sia je yg tak cuba lagi..mana tau kehidupan rakyat makin baik di bawah pemerintahan baru?..kalo tak elok..tukar balik le..agama dan bangsa..mana kak gayah dahulukan?kalo dah sampai tak mampu tanggung kehidupan walaupon negara kita nie byk hasil dan sumber..bijak ke cara pemerintah kiter?

Tanpa Nama berkata...

tak bagi subsidi pun ok. cumanya pendapatan perkapita setiap rakyat kenalah imbang. tak logik di akal harga barang skrg dgn pendapatan bulanan.

sbg contoh kawan saya yang duduk di euro... bekerja di sana dengan gaji 2000 pound sebulan. Dan pula harga keter seperti proton bernilai 10000 pound sahaja... keter bmw 5 series 25000 ke 30000 pound.

kita di sini gaji 2000, harga keter 40000 ke 90000 (bagi proton)

nampak tak jurang ekonomi... mmg bernanah la rakyat ni... itu bagi keter... kalau harga makanan, perubatan, sekolah, universiti...

Tanpa Nama berkata...

Dah jemu dnegan pemerintahan zalim yg ada skang ni.apa kata kita buat duit sendiri g je kat web site ni http://www.kelabjutawan.org/index.php?ref=esterman jangan lg dok mengharap sesuatu yg x pasti.kita UBAH!!!

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan BN(Barang Naik) dulu kini dan selamanya akan mencari jalan medera rakyat, kerja mereka dok pikir macamamana nak naik cukai, kurangkan subsidi, kemudian kata dah lama buat negara kebajikan. Rakyat biasa subsidi, Kroni (IPP) panggil insentif. Yang kaya bertambah kaya, miskin terus papa. Kerajaan wujud kerana rakyat untuk rakyat, mengapa perlu BN merungut pasal subsidi, seharusnya mereka pikir bagaimana nak bantu rakyat. Rasuah berleluasa, bebannya disalurkan kepada rakyat mealalui cukai.

Tanpa Nama berkata...

kos ditanggung rakyat kena juga dinyatakan, tambah lagi...pak pak wakil rakyat yg pergi mana tempat atas urusan rasmki mesti kena report kat rakyat byk mana dia dah belanja..untuk apa? biaq rakyat tengok releven ka tak releven...

Tanpa Nama berkata...

Korang nie banyak pulak cerita. Tahu tak sekarang eknomi dunia lembab? US pun downsizing. Cakap macamtahu semia hal. Tax yang korang bayar tue kecil sahaja tapi bercakap macam bayar tax berjuta2. Corporate tax yang menyumbvang pada pendapatan negara.

Fixed expenses terbanyak datangnyer dari korang semua nie la (Salary,hospital, utlity).

Cube la bersykur akak abang oiiii...Kalau x suka letak jawatan laaa...kerja sendiri baru tahu susah senang. Ramai lagi nak post awak tuee!!!

Tanpa Nama berkata...

Pak Menteri kalau dah tak tau nak mentadbir berhentilah, bagi peluang kat orang lain. Biarlah hidup ada harga diri

Tanpa Nama berkata...

kononnya nak tunjuk la kat rakyat berapa byk brgan subsidi yang kerajaan tanggung....tu bukan ke hasil cukai pendapatan rakyat yg diguna semula kerajaan

nak buat label nak print label..kos ni percuma ke????

Tanpa Nama berkata...

Pak menteri patutnya yang bersyukur sebab rakyat pilih mereka dan mereka menikmati berbagai keistimewaan. Sepatutnya kesyukuran itu dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk subsidi dan sebagainya. Ini tidak asyik kutuk rakyat bermental subsidi lupa yang rakyatlah yang menempatkan mereka disitu.

Tanpa Nama berkata...

Saya cadangkan subsidi perlu ditambah pada minyak petrol dan gas. Kedua-dua bahan adalah penting bagi rakyat malaysia dan kurangkan subsidi bagi barangan yang lain. Ini adalah kerana semiskin mana pun rakyat jika kedua-dua bahan tersebut murah senang diperolehi mereka mampu mendapatkan makanan walaupun bahan makanan itu mahal. kerana mereka mudah bergerak mencari kerja untuk mendapatkan wang. Semua kenaikan barang berpunca daripada kenaikan minyak petrol, disel dan gas. Oleh itu saya syorkan subsidi bahan berkenaan di tambah lagi.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
Betul tu, kalau tak nak kasi gaji naik berilah subsidi tu. Jangan tarik subsidi nanti semua rakyat akan menderita. Jangan lawat kawasan je, lawatlah rumah PA satu2.

Ghadaffi berkata...

tutup jer blog ni...soal nak bagi subsidi ka, tak nak bagi ka...biar kerajan pikio sendiri...

dulu pak omar hari2 dok menjerit...minta naik gaji...minta naik gaji...penjawat awam pula dok tunggu kot ada berita baik selepas 1 Mei...apa yang ada?? habuk ada la...pak omar bagi jawapan sempoi ja..."akur dengan kekangan kewangan kerajaan"...la ni cuepacs dah tak ada modal...dah tau nak minta apa dekat kerajaan...penjawat awam pula potong gaji bayar yuran cuepacs tiap2 bulan...berapa banyak income yang cuepacs dapat...tapi hasil untuk penjawat awam tak seberapa mana...kerajaan suap RM3 juta dengan Cuepacs...terus slow...ibarat lembu kena tarik hidung...

Tanpa Nama berkata...

Nak tarik subsidi senang je naikkan gaji 100%. Begitu begini subsidi 18b setahun boleh diagihkan kepada golongan yang memerlukan. Lagipun lebihan dagangan yang kini mencapai suku trilion atau sehingga 7 ke 9 bulan import tertangguhtu boleh dimanfaatkan.

Tanpa Nama berkata...

Ala... semua ni wayang aja.Nak bagitau yang depa ni pulun menjaga kebajikan rakyat.Dalam Akhbar dan berita kemain habaq negara untung,projek masuk,pelaburan meningkat... alih-alih,rakyat kena jerat...

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan perlu tarik semua subsidi, dalam pada itu gaji kakitangan awam patut dinaikan 30% dan manakala semua rakyat yang berpendapatan dibawah RM1500 ke bawah harus diberi elaun sara hidup RM250/bulan. dari pemerhatian saya di sempadan Malaysia/Thailand, penyeludupan minyak, gula dan minyak masak berleluasa tanpa sekatan, setiap saat saja barangan ini diseludup ke luar negara. Saya telah buat laporan tetapi tiada tindakan dari pihak berkuasa. Kenderaan di Thailand diubahsuai menggunakan zink alluminium sebagai tangki bergerak setiap saat di Thailand menggangkut minyak di sempadan Thailand, keadaan ini berlaku menyebabkan banyak subsidi yang diberi kerajaan kepada rakyat Malaysia sebenarnya banyak bocor ke luar negara. manakala di sempadan malaysia pula banyak juga kenderaan diubahsuai menggangkut minyak ke sempadan terutamanya di kawasan Pengkalan kubur sehinggakan rakyat tempatan tidak boleh mengisi minyak di sini kerana disekat oleh kenderaan penyeludup ini yang beratur panjang untuk menyeludup minyak.

Tanpa Nama berkata...

memang patut pun bagi subsidi..