SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

07 Jun 2011

MB PERLIS MAHU PENJAWAT AWAM NEGERI ITU LUNASKAN TUGAS HARIAN SEBELUM PULANG

Bernama
6/6/2011




KANGAR, 6 Jun (Bernama) -- Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu hari ini meminta penjawat awam di negeri itu berusaha melunaskan tugas harian mereka sebelum pulang ke rumah masing-masing pada sebelah petang.

Katanya menerusi cara itu, mereka dapat mengelakkan tunggakan tugas yang selama ini menghalang kelicinan sistem penyampaian kerajaan.

"Perlis telah menjana wawasan Perlis Maju 2015 dan untuk mencapai wawasan itu, penjawat awam perlu menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap tugas mereka," katanya berucap pada perhimpunan bulanan penjawat awam Perlis, di sini.

Beliau juga meminta warga perkhidmatan awam di negeri itu menguruskan kewangan peribadi mereka secara bijak, agar tidak terbeban dengan masalah hutang sehingga menjejaskan prestasi kerja.

Ini kerana katanya, ada penjawat awam yang terpaksa membelanjakan sehingga 40 peratus daripada gaji mereka untuk membayar hutang.

-- BERNAMA

30 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

setiap masa selesai bila nak naik gaji

Tanpa Nama berkata...

kakitangan kerajaan bukannya robot, mereka juga mempunyai tanggungjawab pada keluarga, hendak hantar anak belajar perlu berhutang, hendak beli rumah perlu berhutang, hendak beli kenderaan untuk kemudahan pergi kerja perlu berhutang walaupun sekurang-kurangnya beli motorsikal, bila beli kenderaan perlu bubuh minyak pula bukan macam MB Perlis semuanya free hidup atas harta rakyat

Tanpa Nama berkata...

YB2 kalau cakap semua pandai, janji2 masa pilihanraya dulu dah habis tunaikan ka, kalau belum tak payah nak tunjuk pandai...

NAJIB PM DIBENCI berkata...

kakitangan kerajaan bukannya robot, mereka juga mempunyai tanggungjawab pada keluarga, hendak hantar anak belajar perlu berhutang, hendak beli rumah perlu berhutang, hendak beli kenderaan untuk kemudahan pergi kerja perlu berhutang walaupun sekurang-kurangnya beli motorsikal, bila beli kenderaan perlu bubuh minyak pula bukan macam MB Perlis semuanya free hidup atas harta rakyat

Aku sokong !!!

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan PAS Kelantan dah tunai janji ke belum kpd rakyat? kalau belum ... lu pikir sndiri ler.

PTD Cerdik berkata...

kakitangan kerajaan bukannya robot, tapi yg kuat berhutang kenapa? nak beli klenderaan baru, pakai je la nissan sunny atau saga lama baru beberapa ribu. ini nak bermewah tak ukur baju di badan sendiri. di tempat kerja berlagak dengan sport rim baru la, perabot baru la, mcm ni la kakitangan sokongan. ujung bulan menyalak nak naik gaji

Tanpa Nama berkata...

Beli kereta buruk kalau rosak lagi banyak duit nak belanja...Nak balik kampung jauh, kalau pakai kereta murah selalu rosak kerana aku dah 2 kali beli kereta 2nd hand selalu jer rosak...Beli rumah kena hutang...korang pikir aku gaji RM1500 dah 6 tahun kereja kerajaan...Anak 3 orang...Korang ingat cukup ker...Aku ada diploma tapi gaji skim SPM. YB MB takpe diaorang kerja gaji ribu2...dan kebanyakkan tugas diaorang pun bukan diaorang yang buat semua orang bawahan...Harga barang semakin melambung...kena buat loan bila hujung tahun bila anak nak sekolah sebab duit tak boleh simpan sebab sememangnya tak cukup....Jadi gaji kasi naik ler oiiiiPM. Grrrrrrrrrrrrrr.

Tanpa Nama berkata...

YB Dr Md Isa Sabu dah tunai janji pilihanraya dgn rakyat ke?..Cakap pandai..modal air liur aje tapi habuk pun tarak...

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong sangat apa yang diperkatakan oleh PTD Cerdik tu, sebab apa, sebab PTD Cerdik tu bukannya Pegawai Tadbir Diplomatik tapi Pegawai Ternak Dugong, kenderaan lama memang dibuang ke laut untuk jadi tukon tempat dugong dating

Tanpa Nama berkata...

Jangan dok bergaduh.. buat kerja yang mana mampu cukup ikut gaji di bayar. ikut Y.B. Jadi bodoh semua sama kira perut sendirije....... pandai-pandailah buat pilihan........

Tanpa Nama berkata...

PTD Cerdik berkata...
....ini nak bermewah tak ukur baju di badan sendiri. di tempat kerja berlagak dengan sport rim baru la, perabot baru la, mcm ni la kakitangan sokongan. ujung bulan menyalak nak naik gaji
Selasa, Jun 07, 2011 2:22:00 PM

Ini PTD bahlollodi, kalau 3 kali PA sebut gerenti masuk Tg Rambutan. Bos aku PTD 54 suka berhutang kerana akan gali lubang sana tutup sini, tulah kerja kerana dia kata gaji dia kecik anak ramai dan bini tiga. Bos aku ni tak mengutuk kumpulan sokongan dan beliau sangat dihormati & disayangi oleh orang2 bawahan dan semua PA Kementerian. Ada PT tempat aku pergi kerja naik BMW 7 Series Sedan (2009)kerana bapa bini dia mati tinggalkan harta banyak. Ada le PTD 44 baru naik, bodoh sombong. Bila dia dicalun oleh Kementerian untuk jawatan Setiausaha Kelab seorang je yg sokong dia, ia itu tukang pencalun.

Tanpa Nama berkata...

PTD Cerdik Selasa, Jun 07, 2011 2:22:00 PM ni x lama lagi dibaham bujang senang, kubor pun x ade.

Tanpa Nama berkata...

Jadi MB pun ikut pintu b******g, nak bagi idea konon

Tanpa Nama berkata...

Gaji ciput kerja mau selesai sampai petang. Korang gaji manyak x cukup pekena rakyat pula. Pegi kazarstan tengok menantu habaq tugas rasmi. Mampuihhh ahhh.

kebenaran berkata...

kakitangan kerajaan bukannya robot, tapi yg kuat berhutang kenapa? nak beli klenderaan baru, pakai je la nissan sunny atau saga lama baru beberapa ribu. ini nak bermewah tak ukur baju di badan sendiri. di tempat kerja berlagak dengan sport rim baru la, perabot baru la, mcm ni la kakitangan sokongan. ujung bulan menyalak nak naik gaji

hoi ptd cerdik... tapi tak cerdik.

kalu tak ada kumpulan sokongan lu tarak boleh keja le. lu sanggup cuci tandas? kemas meja? buat gaji? ot? dokumen2 lain? lu pandai arah aje, keja suruh orang buat. ingat semua memerlukan antara satu sama lain. yang nak sport rim tu kena le cari duit lebih. sapa tak nak kereta cantik beee. kalu lu org ptd pakai kereta besar kami sokongan teringin juga tapi kena usaha lebih sikit beee. so jangan caci kump. sokongan atau bawahan beee

Tanpa Nama berkata...

ramai engineer kerja luar sebab apa?
sebab peluang untuk jadi kaya dalam negara sendiri tiada.construction???sapa yang jadi bos-bos kontraktor?engineer ka????ada yang tak ada sijil langsung pun ada.guna nama orang lain...asalkan boleh berbakti pada parti-parti politik....orang-orang politik...tak kira la parti apa.sama saja...itulah duit rakyat yang sepatutnya boleh buat 2 projek yang sama tapi dapat satu projek saja...yang betul-betul professional telah keluar negara...yang tinggal kebanyakannya pengampu kepada parti politik dan ahli politik. kalau tidak dibuat begitu, mana dapat duit buat kempen pilihanraya???
ramai doktor kat luar negara kenapa?
belajar macam nak mampus, untuk apa??memang untuk ilmu, tapi survival hidup untuk mendapat keselesaan dan kemewahan setelah penat belajar juga penting. bayangkan kerja turun pukul 6 pagi, balik pukul 9 malam. pukul 11 dah disuruh standby,....robot pun tak tahan kerja macam tu.kalau gaji rm20k-rm30k sebulan ok la jugak...sebab tu la ramai doktor keluar negara...
itu adalah contoh-contoh yang menyebabkan PROFESSIONAL kita di luar negara...
saya bukan ahli ekonomi.tapi saya rasa ekonomi negara telah dimonopolikan oleh sesetengah orang. kenapa saya kata begitu?
1. orang yang tak mampu untuk menanggung pembelajaran anak-anak terpaksa memohon untuk PINJAMAN pelajaran.nak bayar bulan-bulan lepas habis belajar macam bayar kereta..RM 300 - RM 400 sebulan.kalau gaji RM 1800 sebulan, nak bayar rumah, kereta, nak bagi mak ayah, jadi apa yang tinggal untuk makan dan minum...bukan untuk menempelak orang-orang kaya, tapi kalau dah duit berjuta, walaupun anak 9A+, boleh ke dibagi biasiswa? cuba renungkan, yang tak mampu itulah yang patut dibantu.nanti jarak antara orang miskin dan kaya makin jauh walaupun dari segi keupayaan dan professionalism adalah sama......
2. gaji setiap tahun naik.bagus...memang bagus.tetapi kita tak sedar yang dalam ekonomi, bukannya pendapatan yang diambil kira. tetapi pendapatan dan perbelanjaan. maksudnya "Buying Power". tahun ini dengan RM 3 dapat nasi lemak dan ayam goreng. tahun depan gaji naik. minyak naik.bil api naik. barang-barang naik. apa guna gaji naik kalau tahun depan RM 3 cuma dapat nasi lemak dengan telur mata saja. apa yang dimahukan adalah dengan gaji naik, RM 3 pun boleh dapat nasi lemak dengan ayam goreng...
kesimpulannya:
1. jangan salahkan rakyat yang tak nak balik malaysia dan kerja kat luar negara.
2. ekonomi tidak di agihkan dengan sebetulnya.
3. yang kaya, makin kaya. yang miskin akan terus susah.

Tanpa Nama berkata...

gaji tak cukup...petang nak sambung kerja sambilan lagi..,kerajaan tak pandang kesusahan PA yang berpendapatan rendah...kerja kat pejabat kalau tak selesai bole sambung esok..bos saya pun faham dng keadaan kewangan PA yang berpendapatan rendah,dia galakkan lagi buat kerja sambilan..tak paya nak risau dng kerja d pjbt...kerajaan tak prihatin dng PA

Tanpa Nama berkata...

Mb x pe la,,semua free,,nath2 spender pun sponser,,,

kassim baharum berkata...

kesal dengan kenyataan biadap mereka diatas yg cuba mencaci Umno dan BN, seolah2 gaji mereka dibayar oleh parti pembangkang.

Kita harus tabah menghadapi ekonomi x menentu, bersama BN kita akan lebih bersyukur dengan apa g ada, dan redha dengan gaji yg kita terima. Perjuangan pimpinan BN membela golongan pekerja tetap dimuliakan dan dipuji.

Tanpa Nama berkata...

kesal dengan kenyataan biadap mereka diatas yg cuba mencaci Umno dan BN, seolah2 gaji mereka dibayar oleh parti pembangkang.

Kita harus tabah menghadapi ekonomi x menentu, bersama BN kita akan lebih bersyukur dengan apa g ada, dan redha dengan gaji yg kita terima. Perjuangan pimpinan BN membela golongan pekerja tetap dimuliakan dan dipuji.


kassim baharum ...
gaji kami bukan BN/UMNO yg bayo,,gaji kami dr cukai rakyat,,kami bekerja dgn yang dipertuan Agong,,bkn dgn BN or UMNO,,kalo PR memerintah ape kami yg keje gomen ni x dpt gaji ke,,???

Tanpa Nama berkata...

woi kasim selamat, ko nie buta mata atau buta hati atau buta kedua-duanya

Tanpa Nama berkata...

tahniah YB..sebenarnya semua warga PA samada negeri @ persekutuan merupakan jentera kepada kerajaan @ pemerintah... namun nak tanya tahap dan setakat mana kami dihargai dlm usaha merialisasikan impian dan harapan kerajaan dlm menjayakan sesuatu idea dan hala tuju?
- Gaji masih kenaikan yang tak seberapa
- elaun masih tak berubah
- bayaran lebih masa kerajaan masih diam
- kebajikan PA tahap mana dibantu
- kemana keluh kesah PA nak mengadu tentang majikan? Adakah ruang?
- berikan kenaikan pangkat tanpa menunggu kekosongan... masakan berlalu begitu saja.
- tiada kenaikan tahunan kpdsemua PA bawah 100.

Tanpa Nama berkata...

tekejut dengar kenaikan gaji tahunan cikgu gred 41 naik 90.00++ je setahun..rm 90 nk bli ape? skali isi minyk full thank jerk,,tu cikgu gred 41,,kalo gred17 kebwh tu lagi kurang rasenyer,,nasib baik aku x koje ngn kerajaan,,kenaikan tahunan aku ikut prestasi tp konnfom 150++ la,,,

Tanpa Nama berkata...

17 ke bawah ada la naik dalam RM50 cenggitu... itupun brp tahun jer... kalau skim gaji dah langgar dinding, maka setakat tu jer la sampai pencen. nak naik pangkat ke kanan, kena tunggu senior pencen dulu... sbb tak der kosong. gitulah hakikatnya.

last-last bagi yg punyai tanggungan ramai, anak nak bersekolah, masuk u dan lain lain... Bank Rakyat la jadi pilihan...

"Saya Musti Pilih"

maka, hutang isi rumah tak akan habis... jadi cara mcmn lagi nak selesaikan masalah ini...

AKPK tak akan bagi duit tiap-tiap bulan...

Wahai MB,@ Wakil Rakyat... bagaimanakah nak selesai masalah hutang yang makin terbeban dengan riba...

PEKIDA Setia berkata...

apa yg korang nak? gaji mahal walau kantung negara kering?

Tanpa Nama berkata...

kau bolehlah buat cam tu...gaji ko besar...sponser pun banyak...keluarga dah senang....bini mewah...anak mewah..duk la ko kat opis 24 jam kat opis..kalau tak ada tanggungjawab lain...
bos-bos nak siap keja cepat jgn bagi last minute ok..

Tanpa Nama berkata...

cubalah CUEPACS dan Kerajaan pikir nasib PA yg naik pangkat, terutama yg kenaikan melalui KPSL....
Patut ke hanya perbezaan tak sampai pun 100 dari gaji jawatan asal, bahkan dari pembantu ke penolong...lingkungan tak sampai 100 yang ditawarkan oleh JPA.
Itukah tahap dan pegangan JPA keatas PA yg lulus KPSL, PTK dan AKC hanya tawaran kenaikan gaji bawah 100..
bukan masuk yang banyak...tapi keluar lagi banyak..
CUEPACS kena semak balik masalah ini...buatlah apa pun kaedahnya penilaian ke atas PA kalu mcm ni lah akhirnya... kong kali kong tang tu je lah nasib PA...moga ada transformasi terhadap kebajikan PA semua...

Tanpa Nama berkata...

KITA DOK BISING2 KAT SINI! NAJIB DAN OMAR BACA KA???? JAWAB JANGAN TAK JAWAB!

Tanpa Nama berkata...

kesal dengan kenyataan biadap mereka diatas yg cuba mencaci Umno dan BN, seolah2 gaji mereka dibayar oleh parti pembangkang.

Kita harus tabah menghadapi ekonomi x menentu, bersama BN kita akan lebih bersyukur dengan apa g ada, dan redha dengan gaji yg kita terima. Perjuangan pimpinan BN membela golongan pekerja tetap dimuliakan dan dipuji.

ala kassim..
ala kassim..
kenapa la ko jadi macam ni..
otak besar tp pikir sempit..
sama la kepala otak ko dgn Pegawai Ternak Dugong bebal tu,
kat sni bukan CUEPAC (UMNO/BN)tapi luahan dari penjawat awam..sengal!

Tanpa Nama berkata...

PTD cerdik n kassim baharum.. kami ada master ekonomi.. ape yg di minta PA memang berpatutan.. malaysia kaya minyak atas dan bawah.. itu juga hak mereka iaitu rakyat n PA.. kau org tak tau ape-ape mangkuk-hayun dan buta kayu.. aku rase PTD cerdik nie menyamar.. secara tak langsung mencemar nama baik PTD lainnya..