SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

17 Jun 2011

SKIM GAJI LEBIH MUNASABAH KE ARAH NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI

Utusan Malaysia
16/6/2011



PENGUMUMAN Perdana Menteri mengenai pelaksanaan gaji minimum untuk pekerja berpendapatan rendah sebelum akhir tahun ini, umpama bulan jatuh ke riba bagi golongan itu.

Bukan rahsia lagi yang isu gaji minimum ini telah diperjuangkan oleh kesatuan sekerja awam dan swasta di negara ini sejak sekian lama umpama pungguk merindukan bulan.

Beberapa siri rundingan, dialog dan pertemuan telah diatur di antara pihak kesatuan, wakil kerajaan dan majikan termasuk swasta untuk mencari titik persefahaman namun kerap kali tidak mencapai kata putus.

Antara alasan yang pernah diberikan majikan khususnya pihak industri yang banyak menggaji pekerja asing untuk menolaknya; sebaik sahaja dilaksanakan, tidak akan ada pengecualian maksudnya ia meliputi semua termasuk warga asing.

Tetapi wajarkah alasan itu menjadi kekangan untuk melaksanakan skim gaji 'yang munasabah dan berpatutan' untuk pekerja di negara ini?

Perlukah kita mengorbankan kebajikan pekerja tempatan semata-mata kerana enggan membayar jumlah gaji yang sepadan kepada pekerja asing?

Difahamkan ada kalangan pekerja yang pendapatan asasnya RM600 sebulan. Malah ada pengawal keselamatan yang dibayar serendah RM500 sebulan.

Bayangkan apa yang dapat dibeli dengan wang sebanyak itu, lagi-lagi jika tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur?

Dengan gaji sekecil itu, golongan pekerja ini terpaksa berkira-kira untuk membayar sewa rumah, duit minyak baik kereta atau motor, tol dan belanja dapur yang tentu sahaja besar bagi yang berkeluarga.

Itu belum dikira belanja sekolah anak, yuran termasuk duit beli ubat apabila sakit pening.

Justeru pengumuman Perdana Menteri semasa menghadiri majlis makan malam Hari Pekerja 2011 kelmarin, sememangnya berita yang cukup menggembirakan!

Cadangan gaji minimum sekitar RM900 sebulan yang diperjuangkan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), rasanya cukup munasabah dan tidak membebankan kerajaan.

Walaupun kadarnya hanya akan diputuskan selepas Majlis Konsultasi Gaji Negara ditubuhkan, kita menaruh kepercayaan ia suatu jumlah yang melegakan.

Perkembangan terbaru ini mengesahkan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak benar-benar mendengar keluhan rakyat bahkan membuktikan gagasan 'Rakyat Didahulukan' bukan sekadar slogan.

Ribuan maklum balas berhubung syor gaji minimum yang diterima Perdana Menteri dalam blog beliau www.1malaysia.com juga jelas tidak dibakulsampahkan.

Dalam perjalanan Malaysia menuju status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, nasib golongan pekerja ini nampaknya tidak diabaikan sebaliknya mereka dibawa sama untuk mencapai matlamat tersebut.

Kita percaya dengan pelaksanaan gaji minimum itu kelak, golongan pekerja yang mendapat manfaat daripadanya akan membalas budi dengan meningkatkan produktiviti masing-masing.

Kita mengandaikan dengan peningkatan pendapatan itu, mereka tidak perlu lagi bersusah payah membuat kerja sambilan sehingga menjejaskan tumpuan terhadap pekerjaan hakiki.

Dengan itu, barulah gagasan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' menjadi slogan yang lengkap!

84 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sorry to say....aku tak percaya langsung akan naik2 gaji ni....PM temberang korang je..

Tanpa Nama berkata...

jangan begitu betul bah pm mana ada
temberang kita tunggu penghujung
tahun ini tetap durian runtuh.
nanti tebeliak mata kamu.

Tanpa Nama berkata...

betul 2..dah bnyk kali dah cerita mcm ni keluar...sampai skrg tak ada kenaikan...harga barang naik lah.. tak bole pakai langsung

Tanpa Nama berkata...

politik......politik.....politik......politik..kebajikan rakyat pun di politikkan..cukup-cukup lah 2 wahai PM..kalau betul laksanakannya dng ikhlas, bukan kerana terpaksa atau pun memancing undi..

Tanpa Nama berkata...

betul ke tak betul kita terima saje..yang dapat faedah besar gred 1-16 yang lain tempias saja.

Tanpa Nama berkata...

harap2 kenyataan PM jangan hanya HANGAT-HANGAT TAIK AYAM je !!
semua penjawat awam sama2 kita tengok dah lihat saja...kalau masih sama,jawapannya di PRU 13 nanti ye

Tanpa Nama berkata...

SENARIO KEHIDUPAN DI KL
Rumah - RM 750.00 (sewa)
Kereta - RM 515.00
Tol - RM 108.00 (RM 5.4 X 20)
Minyak kenderaan - RM 300.00
Pinjaman B/Rakyat - RM 255.00
Bil Elektrik - RM 75.00
Bil Air - RM 55.00
Internet - RM 87.00 ( termasuk bil tel)
Saraan keluarga RM 300.00
Biaya persekolahan anak RM 300(duit belanja anak dan pengangkutan)
Riadah bersama keluarga RM 100 ( sekali sebulan)
T. Jawab sosial (ibu)RM200
Jumlah RM 3045.00
Pendapatan RM 2600.00
Defisit RM445.00
Persoalannya dari mana pembiayaan untuk menampung defisit.
Jawabnya dari pinjaman peribadi B. Rakyat.
Terima kasih Bank Rakyat berkhidmat untuk Rakyat

Tanpa Nama berkata...

rezeki..moga negara kita malaysia mendpat berkat dari Allah..jgn lupa Tuhan..solat jumaat wei

Tanpa Nama berkata...

AKU TAK PERCAYA

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...betul ke tak betul kita terima saje..yang dapat faedah besar gred 1-16 yang lain tempias saja.Jumaat, Jun 17, 2011 9:51:00 AM

Dulu lain sekarang lain. Nanti tengoklah lah sape lebih , jangan komplen lak

adik berkata...

cakap tak serupa bikin

Tanpa Nama berkata...

kamu kerja sahaja rajin-rajin
kalau kerja hari ini kasih habis
ini hari kalau habis kerja tanya
bos adalagi kerja kah bos kalau
ada saya mahu kasih habis. kalau
ada kerja bos tolong bos itu buat
kerja.

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak dapat naik gaji jom klik aku...http://ik.my/wowrm100

mastura, E17, PJ berkata...

sapa x percaya PM sila letak jawatan. kita sekaku penyokong Umno dan BN perlu tabah meneruskan hidup berpaksikan pemimpin Umno, bukannya percaya dakyah palsu pembangkang.

Pemimpin bijak lagi dirahmati, itulah dia pemimpin BN. Wajib kita menghambakan diri padanya.

ekonimi semakin kukuh, mungkin dalam setahun dua ni gaji PA akan disemak semula, pegawai kami pun memberitahu demikian. BN x pernah mengabaikan kehendak rakyat. Alhamdulillah

Tanpa Nama berkata...

nak gembira apa ntah??kannya dia kata bakal dilaksanakan tp dia kata bharap dapat dilaksanakan n base on najib nyer credentials selaku bapa flip flop Malaysia saya cadangkn rakan2 yg lain tak payah la mengharapkan sgt....

Tanpa Nama berkata...

bole jalan la .....semuanya penipu..bagus semua PA lepas punch kad p potong getah ada hasil lagi..nak harap gaji mana cukup oh...tak pun jual buger ka..

Tanpa Nama berkata...

Mcmana nak percaya kalau

1. Dulu org australia komplen pasal internet malaysia lembap, bising kejap pasal internet. siap lancarkan idiom "inisiatif jalur lebar negara". nak KAJI turunkan harga langganan broadband tp apa yg kita dapat ialah UNIFI..mmg laju tp harganya mak aii. mana janji nak turunkan harga broadband ??

2. Dulu janji nak naik gaji guard tp belum laksana sepenuhnya

3. dulu janji nak naik gaji polis, dah siap umum tp hakikatnya belum jgk naik-naik.

4. Dulu janji nak kaji yuran astro tp apa yg dapat kenaikkan yuran astro

Skrg janji lagi ?? dengar boleh percaya jgn

Tanpa Nama berkata...

taik kucing engko mastura.mana ada duit 3 hari lepas TPM minta dlm parlimen nak tambahan bajet berbilion-bilion.nak tampung perbelanjaan mengurus.Semakin meningkat defisit negara.sudah-sudah la tu.temberang saja lebih.

Tanpa Nama berkata...

skang ni yg sokong BN pon dah semakin terhakis keyakinan terhadap najib dan MADAM rosmah..ye la dengan keadaan ekonomi skang ni rakyat hnya mampu mengeluh dan mengeluh.cadang,bincang sampai bila..tpi raya ni kompom dapat rm 500 jer..

Tanpa Nama berkata...

JANGAN CAYA GAJI NAIK...... BANYAK KALI DAH KENA TIPU SO JANGAN CAYA GIMIK PILIHANRAYA JE TU..... CAM WAKIL RAKYAT SKG NI DOK MULA SEBOK TAYANG MUKA KAT DALAM SURATKABAR PANCING UNDI

Tanpa Nama berkata...

lidah 10/11... cakap 10 tapi 11 jangan percaya...

Tanpa Nama berkata...

@mastura, E17, PJ berkata...
sapa x percaya PM sila letak jawatan. kita sekaku penyokong Umno dan BN perlu tabah meneruskan hidup berpaksikan pemimpin Umno, bukannya percaya dakyah palsu pembangkang.

Pemimpin bijak lagi dirahmati, itulah dia pemimpin BN. Wajib kita menghambakan diri padanya.

ekonimi semakin kukuh, mungkin dalam setahun dua ni gaji PA akan disemak semula, pegawai kami pun memberitahu demikian. BN x pernah mengabaikan kehendak rakyat. Alhamdulillah


cik/puan mastura, bahaya tulis tak fikir dulu... saudari tulis "Wajib kita menghambakan diri padanya" tu merujuk kepada apa sebenarnya?

pada Allah sahaja kita WAJIB MENGHAMBAKAN DIRI. Bukan pada makhluk...

Tanpa Nama berkata...

Itu la cik mastura ni....x penah fikir sebelum bercakap.dah terpesong akidah gamaknya cik mastura ni.Ada ke pulak nak kena hambakan diri pada BN.Kat mana la dia belajar agama agaknya,..

Tanpa Nama berkata...

Cik mastura...kalau nak sokong BN sekalipun,tp masa nak komen kat sini fikir lah dulu sebelum nak tulis apa2 pun...

Tanpa Nama berkata...

aik,kat sini pakat dok hentam mastura..Tu la kau matura,cakap main sedap ja.Elok2 PA dok hentam najib sekarang ni PA dok hentam kau plak..Ha tengok,aku pon hentam kau jgk sekarang..kuikui...

Tanpa Nama berkata...

naikkan gji untk kakitangan awam sudah!swasta dh tntu ad mcm2 komisyen,ot,elaun..penjawat awam aku tngok sengkek memanjang..harpkn gji...

Tanpa Nama berkata...

mudah-mudahan semua ni jd KENYATAAN....Jgn asyik nak mnabur janji jerrrr...lama2 muak gak

Tanpa Nama berkata...

kau ni aper2 tah la mastura, x phm aku...g la angkat kain kat jemuran tu, jgn sibuk2 kat sini mastura oiii....

Tanpa Nama berkata...

cik mastura.. sekarang kita bekerja di KERAJAAN.. gaji kita gaji rakyat bayar.. KERAJAAN sekarang di amanahkan untuk pengurusan negara.. ANDAIKATA pembangkang ambik alih.. kita still sebagai pekerja kerajaan.. sesedap hati nak suruh letak jawatan.. kalau kerajaan tukar pembangkang, awak nak berhenti kerja ke?

Tanpa Nama berkata...

gaji minimum jer..gaji maksimum bla lak...

Tanpa Nama berkata...

kite masih kakitangan kerajaan tidak kira PR atau BN memerintah.. cik mastura jea buta-kayu.. negara maju tukang sapu sampah gaji RM1000.. cth di singapura..negara tak da minyak atas-bawah.. skim gaji negara kite yang ketinggalan zaman..

Tanpa Nama berkata...

SENARIO KEHIDUPAN DI KL
Rumah - RM 750.00 (sewa)
Kereta - RM 515.00
Tol - RM 108.00 (RM 5.4 X 20)
Minyak kenderaan - RM 300.00
Pinjaman B/Rakyat - RM 255.00
Bil Elektrik - RM 75.00
Bil Air - RM 55.00
Internet - RM 87.00 ( termasuk bil tel)
Saraan keluarga RM 300.00
Biaya persekolahan anak RM 300(duit belanja anak dan pengangkutan)
Riadah bersama keluarga RM 100 ( sekali sebulan)
T. Jawab sosial (ibu)RM200
Jumlah RM 3045.00
Pendapatan RM 2600.00
Defisit RM445.00
Persoalannya dari mana pembiayaan untuk menampung defisit.
Jawabnya dari pinjaman peribadi B. Rakyat.
Terima kasih Bank Rakyat berkhidmat untuk Rakyat

Jumaat, Jun 17, 2011 10:31:00 AM

saya sokong kenyataan ni...bagi yang berfikiran positif tentu faham dengan keadaan pa bawahan ni..bagi yang x faham jika golongan ni dapat kenaikan golongan lain akan iri hati walaupun gajinya berganda2 dari pa bawahan...sama2 kita berjuang tidak kira swasta mahupun kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

harap jika ada perubahan gaji biarlah menyeluruh bukan hanya untuk golongan tertentu saja (gred 1-16),kumpulan lain pun kerja juga

Tanpa Nama berkata...

Klau gaji tak naik kita pakat ramai ramai berhenti kerja.Tempat kita tu banyak lagi org lain boleh ganti.Kita pakat cari kerja lain banyak lagi peluang kerja kat malaysia ni.Berpusu-pusu mat mat indon dok masuk mai.

Tanpa Nama berkata...

mastura E17, kalau nak jack skalipun, jangan sampai langgar tiang elektrik...
tahulah kamu tu puteri pinky... alahai sadis nya...

E ni skim apa yerk...

Tanpa Nama berkata...

gaji aku ok jer lg. cukup makan minum, hujung minggu jalan2 makan pizza hut dgn anak. tak desperate sgt. lg pun aku faham skrg kerajaan berat hati nak naik gaji sbb ekonomi dunia masih belum ok. belanja kerajaan pulak meningkat dan income pulak tak lebat mcm dulu. aku rasa kerajaan dah buat yg terbaik. doa je la kalau menjadi kenyataan naik gaji. apa pun kalau janji ini tak ditepati, aku rasa akan ada backlash dr pekerja. sapa tak marah kalau asyik kena tipu

Tanpa Nama berkata...

kerajaan tak naikkan gaji seperti yang di janjikan ada chance gulingkan kerajaan

Siti Zainab berkata...

saya mengecam tindakan pihak dalam ni yang cuba mendesak kerajaan naik gaji. BN dan PM mmg akan bagi bonus x lama lagi, dalam RM250 pun kita kena bersyukur. kalo x puas hati pi minta kat bonus anwar yang berzakar besar tu ye

-Bersama kita menolak BERSIH2.0 dan menyokong penuh BN, Umno dan Perkasa

Tanpa Nama berkata...

relax le sis.. kalau setakat RM250 tue..atuk aku boleh bagi hasil toreh getah kat kg.. atuk kau ada kebun getah tak..kalau tak da..patut pun ct zainab nie kaki sapu..RM250 pun sapu juga..memang dah dasarnye.. he..!!he..!!

Tanpa Nama berkata...

zainab ni kalau buat part time kerja GRO pun leh dapat semalam RM250 taw..

Tanpa Nama berkata...

Fuh..dasyat ko zainab..penah jgk ye ko tgk zakar anuar tu..memang dasar GRO la ko ni....

Tanpa Nama berkata...

ni apa ni...masuk bab2 zakar ni...org cita pasai naik gaji..yg ko cita pasai zakar ni apa hal ?memang melalut btui la ko ni zainab...

Tanpa Nama berkata...

Orang perempuan yang bernama mastura dan Zainab ni memang x penah berfikir bila nak komen ssuatu kat sini...laen kali fikir la dulu kalau nak taip apa2 kat sini..

Tanpa Nama berkata...

zainab n mastura memang kaki bodek.....

Tanpa Nama berkata...

Si ct zainab dan mastura tu tak apa. gi kelab malam dapat ribu-ribu satu mlm....mana tak puji PM hensem batang besar....heee

Tanpa Nama berkata...

janji PM kaki temberang Hari Guru semua Guru kena tipu. Cakap bukan main lagi nak buat kejutan.....dasar penipu macam anwar ibrahim dan Lim kit siang.

Botol Kicap, Senawang berkata...

Alamak...aku terbaca sajak Sasterawan Negara Dr Usman Awang; beliau menulis: "SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI, BERCAKAP BOHONG, LAMA-LAMA JADI MENTERI"
Dan aku teringat pengumuman semasa sambutan Hari guru 2011 (Khabar gembira buat semua guru - Utusan Malaysia).
Hakikatnya.......

Tanpa Nama berkata...

mengucap ooii.. apa pasal pulak cite zakar nie..dlm blog nie..

Tanpa Nama berkata...

bab kate dato' presiden cuepacs..rmi dah PA yang buat kerja lain utk tampung hidup..da bwk teksi..da kje tesco..

#n tmbhn dr sy lak..nsb baik x jd gro utk tampung hdp..tp..mne la tu wjd gk..

Tanpa Nama berkata...

alhamdullillah..syukur, andai itulah berita gembiranya. Cuma harap kerajaan tak nampak isu gaji je tentang PA ni...jengok2 lah jugak tantang elaun2 yg dah lama tak berganjak dan berubah.
Isu2 tentang bayaran tunai terhadap tuntutan kerja lebih masa PA.
kesianlah pada kami PA yg terpaksa berusaha mencari lebihan rezeki utk tampung kos sara hidup yg kekadang tak mampu dikejar...jgn sampai esok org makan telur sebiji kita makan telur separuh je..

sidi aik berkata...

takbir...

Tanpa Nama berkata...

kalau desperate, punch kad pagi kat opis tu... then kuar p part time lain... bos bos nak marah tak... isu ni, dah lama...

dunia hanya sementara berkata...

sepanjang pm yg baru perintah nie aku xdapat apa pun lagi..yg dok ada slogan itu,ini ja..bagi yg mengampun korang mmg anjing makan bangkai! agak2 laa nak mengampu pun!realiti semua org tau!

Tanpa Nama berkata...

sedihnye aku.. aku ade 8 org anak (rendah,menengah dan universiti).. tgk anak-anak aku pendidikan tak berapa sempurna.. tak dpt hantar tuisyen, pakai buku rujukan lame, belanja sekolah 50 sen jea ke sekolah, pakaian sekolah dan kasut dah 3 tahun tak berganti, kadang-kadang tak ke sekolah tak de duit tambang bas, baju raye pakai 4 tahun lepas punya baju raye.. selamat hari bapa.. ucapan dari anak-anakku walaupun aku bapa yg tak dpt menunaikan tanggungjawab sbg bapa mithali.. amin..!!!

Tanpa Nama berkata...

ko ni pun...dah tahu hidup susah naper sampai 8 anak...kan ke kos sara hidup tinggi sekarang...lain kali berjinak2 la dgn kondom,IUD ....kalau tak mampu apa kata ko inzal kat luar je...

Che Gayah binti Senapi berkata...

akak hairan kenapa kamu semua ni dok mengata saudari zainab dan mastura tu? mereka mengatakan yang hak, patutnya ikuti mereka. dasar pembangkang mcm ni lah agaknya. anwar dan sah berlakon video tu, mmg jelas kemaluannya tu, kenapa nak nafikan lagi? minta cuepacs keluar kenyataan kutuk anwar si penipu tu. anak-anak muda sekarang ni ramai tak tonton berita asyik mahukan hiburan sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Selamat hari Bapa kpd Bapa 8 Anak. Berdoalah. Jumlah anak 8 orang tu adalah rezeki Allah swt.
Saya pernah lalui detik yang tuan lalui. Bezanya saya anak 6.
Gaji PA hanyalah punca utama. Berusahalah untuk menambah pendapatan ....

Tanpa Nama berkata...

@Che Gayah binti Senapi berkata...

akak hairan kenapa kamu semua ni dok mengata saudari zainab dan mastura tu? mereka mengatakan yang hak, patutnya ikuti mereka. dasar pembangkang mcm ni lah agaknya. anwar dan sah berlakon video tu, mmg jelas kemaluannya tu, kenapa nak nafikan lagi? minta cuepacs keluar kenyataan kutuk anwar si penipu tu. anak-anak muda sekarang ni ramai tak tonton berita asyik mahukan hiburan sahaja.


ni lagi sorang... langgar tiang elektrik...
3 makhluk yg bernama mastura, zainab & gayah... aku rasa org yg sama... guna ID berbeza...

Tanpa Nama berkata...

PA tak bleh campur urusan politik yeop... hal hal tak berkaitan dah masuk dalam ini isu...

Tanpa Nama berkata...

yalo...susah nak percaya sebab dah byk lain kita terpedaya asyik dengar khabar angin aje.
Kalau PM betul2 nak laksanakan kenaikan ni....laksanakan sekarang tak perlu sebarkan khabar angin aje atau siarkan berita tapi akhirnya kita semua hampa.

Tanpa Nama berkata...

Che gayah ni lg sorg...x penah berfikir sebelum nak komen kat sini...main sedap tulis ja kat sini...

Tanpa Nama berkata...

ye la...aku pon rasa mastura, zainab n che gayah ni org yg sama..x pon satu family kot..satu family kaki bodek...

Che Gayah binti Senapi berkata...

apa nak tuduh akak pulak adik beradik atau orang yang sama dengan mastura dan zainab. masalahnya kami ni sedar diri dengan keadaan sekarang, seperti yang diterangkan PM. kamu yang dangkal selalu nak menentang kerajaan dan terpedaya fitnah pembangkang kononnya duit gaji x cukup dan sebagainya. akak suami isteri pun n17 juga dan akak x rasa beban sangat pun? kita kena la bersyukur, jiran akak kat bukit sentosa ni yang kerja kilang lagi la teruk, gaji basic kecil elaun x ada bonus pun x dapat, kerja harap overtime samapi terabai anak isteri. kita kena ingat kita ni beruntung

Tanpa Nama berkata...

betul ke ni?? atau pun gula-gula khayalan semata-mata.. atau setakat kata-kata memunjuk.. kelirunyeeee..

Tanpa Nama berkata...

"kerja harap overtime samapi terabai anak isteri".
che gayah ooiii..nampak benar kau nie penipu.. org terabai anak-suami sebab kau komen..kau isteri.. mangkuk-hayun n buta-kau lah nie.. nak menipu tgk tempat da.. cakap siang lihat-lihat.. cakap malam dengar-dengar.. sengal..!!

Tanpa Nama berkata...

aku rasa mak gayah sengal tu maksudkan jiran dia dowh. Org UMNO mcm ni la mentalitinya.

Skim gaji elok diperhalusi, elok semua skim naik 10-20% mesti xkan siapa komplen punya

Tanpa Nama berkata...

masa Pak lah dulu ada gak naik gaji..walau pun Pak Lah suka tidor...tapi masa Najib nak minta bonus pun payah...ini lak nak naik gaji...baik dia bawa kak Rosmah gi shopping kat Paris...kak Rosmah jeling ajer....dari nak naik gaji terus turun gaji....parlimen tengah dok bersidang...tp tak lak dengar tentang perbentangan gaji....semua tu retorik ejer..

Tanpa Nama berkata...

sorry to say....aku tak percaya langsung akan naik2 gaji ni....PM temberang korang je..

Jumaat, Jun 17, 2011 8:44:00 AM


nak percaya atau tidak tu terpulang kepada individu. dah pm yang buat pengumuman knp x nak percaya. sekarang ni nak wat apa pun buatlah. nak kondem kerajaan ke, nak maki kerajaan ke, nak marah pegawai ke, nak mengamuk ke, yang penting gaji naik sebelum hujung tahun. aku percaya gaji naik hujung tahun ni. yang x nak percaya abaikan jer....

Tanpa Nama berkata...

gaji x naek koz bjet x ckup kata PM...abis yg kluar bjet g tlng negra laen 2 ada lah kerjaan....tlng org laen ada duit lpas 2 rkyat sndri diabaikan mcm 2 ke nak nak cpai traf ngra mju....bckp mmng bleh lah nak gji naek tp smua 2 cma umpan utk pncng undi je...

Tanpa Nama berkata...

heran kakitangan awampun taktahu gaji yg kita dapat adalah duit rakyat.tulah dulu suruh belajar tinggi,supaya gajipun tinggi,tapi masuk universiti dok tidor,keluar u taktahu apa,maklumlah universiti sama banyak dengan pusat serenti.habis hasilnya lahirlah modal insan yg tak ketahuan

Tanpa Nama berkata...

patutlah dalam neraka banyak orang perempuan,pasal apabila bercakap ikut sedap mulutje,tak kira langgar tiang letrikke,tiang telefonke,tiang jambanke.fikirlah dulu sebelum bercakap kerana kita hiduppun bukan lama sangat,entah2 esok kita mati.

Tanpa Nama berkata...

ada beberapa kategori tahu.. 1. tahu memang tau.. 2.tahu tapi tak tahu..3. tahu buat-buat tak tahu.. 4. tahu bagi gelaran spt zul tahu.. 5.tahu tapi buta-kayu.. ha..!!ha..!!

The Don berkata...

cuepecs ini, tak habis2 nak mintak gaji naik. dia tak paham ke. kalau gaji naik, harga barang akan naik. cupecs tak kesian ke kat nelayan yang makan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. kalau barang naik, kesian la kat golongna nelayan. nak makan lagik, nak sekolah kan anak lagik. lain la rakyat malaysia boleh terima hakikat, gaji naik. harga barang naik. cuba lah cuepecs minta benda yang bagus macam rawatan dan kmos perubatan FREE untuk semua pesara kerajaan dan penjawat awam. ini dah pencen pon kena bayar sendiri kos sakit jantung dan macam2 lagi. aku harap cupecs buka mati untuk fight benda2 macam ni dari fight pasal gaji.

Tanpa Nama berkata...

The don.. ape kau merapu nie mangkuk.. PA nak naik gaji kau sibuk ape hal.. aku rase kau nie serkap jarang jea ..tau ape-ape.. nelayan tue gomen dah wujudkan berbagai program n bantuan.. nampak benar kau nie duduk bandar n cetek ilmu pengetahuan.. buta-kayu lah kau..he..!!he..!!

Pak Kambeng berkata...

yang aku percaya gaji aku bulan julai ni akan naik lagi rm300. ini aku pasti tapi gaji aku je lah korang mungkin naik 40, atau 50 atau 60 saja ni bagi sesaper yg gaji tahunan dia naik bulan julai lah!

Tanpa Nama berkata...

rasanya kalau gaji naik pun...pasti ada faedah lain yang ditolak untuk tampung kenaikan gaji tu

Tanpa Nama berkata...

takpe la..anak tu rezeki juga..
org lain gaji besar...ank tak ada..
mungkin susah sekarang..siapa tahu akan dtg senang..
sebagai ibu bapa kena berusaha juga untuk amanah ini.

Tanpa Nama berkata...

klo x naik gaji lagi la org pertikai wt function besar2 g over sea tgk ank dpt konvo,g tgk bakal menantu x pe plak??kapal terbang tu minyak dia pkai duit gov tu..klo duit njib rsanya x da kot..jadi utk mengelakkan pa bising statement ini akn keluar..EKONOMI NEGARA BELUM STABIL ATAU PASARAN DUNIA BELUM SEIMBANG LA BLA..BLA..

Tanpa Nama berkata...

@mastura, E17, PJ berkata...
sapa x percaya PM sila letak jawatan. kita sekaku penyokong Umno dan BN perlu tabah meneruskan hidup berpaksikan pemimpin Umno, bukannya percaya dakyah palsu pembangkang.

Pemimpin bijak lagi dirahmati, itulah dia pemimpin BN. Wajib kita menghambakan diri padanya.

ekonimi semakin kukuh, mungkin dalam setahun dua ni gaji PA akan disemak semula, pegawai kami pun memberitahu demikian. BN x pernah mengabaikan kehendak rakyat. Alhamdulillah..

GERVANTERS_Land Below The Wind..

Salam Mastura..

"Interactivity has the virtue of democracy, conferring upon everyone with access to a computer the right and opportunity to be heard, but it's also saddled with democracy's vice -- a tendency to assume that everyone who has a right to be heard has something to say that's worth hearing"

1)cuba-cuba la ko renung2 ayat di atas tu..
2)saya juga penjawat awam..tapi if kalau berkaitan dgn politik cuba2 lah ko tanya yang senior dulu b4 ko ckp UMNO ( Untuk Masyarakat Negeri Orang ) BN ( Barang Naik ) berpaksikan apa pula ko ni? Masih mentah
3) pasal2 hamba2 ni bkn ka ko tu bodoh menghambakan diri ko pada pada orang?..pikir2 la mastura b4 type2 ayat ni..ko ni mcm lebih kurang GRO? heheheheh...
4) BN tdk mengabaikan Rakyat? eh..eh silap lagi..."Datu' Ajkan yang mengaku sultan sulu di sabah korang tau ka..adminstration Najib mcm2 ignore je masalah ni..pengundi hantu d sabah ko tau ka? lain kali ingat2 la ayat ko tu k

Tanpa Nama berkata...

kazakhtan didahulukan..duit minyak kapal terbang diutamakan...idup malaysia...

Tanpa Nama berkata...

sorry to say mastura.. aku rase kau nie menyamar perempuan.. kau nie sebenarnya jantan.. mangkuk-hayun punya org.. ha..!!ha..!!

Berok Mat Yeh berkata...

Tanpa Nama berkata...
sorry to say mastura.. aku rase kau nie menyamar perempuan.. kau nie sebenarnya jantan.. mangkuk-hayun punya org.. ha..!!ha..!!

MASTURA ANAK MASHOR AL BUAYA

HantuKopek berkata...

aku nak sentuh pemikiran orang seperti The Don dan yang sekutu dengannya yang mengait dan mengikat naik turun gaji penjawat awam kepada nasib nelayan, penoreh getah dan peneroka FELDA serta harga barang.

Ini satu bandingan yang berat sebelah dan tak berkaitan.

1)contoh bila harga getah dunia naik dan penoreh dapat pendapatan sebulan jauh melebihi gaji PA tidak pula kita kata "jangan naik nanti harga barang pun naik" atau "jangan naik sebab kamu penoreh saja, mana boleh tinggi dari gaji kami".

2)menuduh harga barang naik kerana gaji PA juga naik seolah-olah lari dari masalah utama iaitu sifat tamak peniaga. Kenapa pula PA harus menanggung akibat ketamakan peniaga kapitalis? Peniaga tamak tangkaplah peniaga, dendalah peniaga, yang nak hold gaji PA apa pasai? otak ada sila guna.

3)kenapa nak banding kami dengan golongan pekerjaan yang kais pagi makan pagi ini? kami kerja dalam air-cond, guna komputer dan kerja perah otak. buat akaun, buat terjemahan dan buat laporan guna Word & Excel bukannya kerja buruh macam toreh getah dalam semak dan tangkap ikan di laut. Bandingkan lah kami dengan yang setaraf sikit barulah adil.

Tanpa Nama berkata...

memang betul...mastura and zainab tu UMNO berkarat. diberi kayu pun dikatakan emas..he..hee. sampai lari akidah .. menghambakan diri hanya pada pm eh..eh.bawa mengucap...