SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

06 Jun 2011

TIDAK PERNAH AMBIL CUTI SAKIT SELAMA 25 TAHUN

Utusan Malaysia
6/6/2011




KOTA BHARU 6 Jun - Pekerja yang berdedikasi mampu meningkatkan prestasi sesebuah syarikat atau agensi dan sudah tentu dianggap sebagai aset yang bernilai kepada majikan serta layak diberi penghargaan.

Itulah yang dilakukan oleh Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) apabila memberi penghargaan kepada seorang kakitangannya, Mohd. Fakri Mohamad Noor, 48, yang tidak pernah mengambil cuti sakit selama tempoh 25 tahun berkhidmat.

Penghargaan tersebut disampaikan oleh Ketua Pengarah LKTN, Ahmad Loman kepada Ketua Komunikasi Korporat LKTN itu pada majlis perhimpunan kakitangan lembaga itu di sini hari ini.

Mohd. Fakri yang pernah menjadi Pengarah LKTN Terengganu bersama 11 lagi kakitangan LKTN yang sudah berkhidmat selama 25 tahun turut menerima sijil penghargaan atas kesetiaan mereka kepada agensi itu.

Ketika ditemui katanya, sejak memulakan karier sebagai Juruteknik Pembangunan Kawasan dengan LKTN pada 1986, beliau tidak pernah mengambil cuti sakit kerana cuti rehat yang diberikan kepada setiap penjawat awam sudah mencukupi.

"Bagi saya, cuti sakit hanya betul-betul untuk orang yang sakit dan tidak mampu bekerja. Sebab itu setiap kali doktor tawarkan saya tidak menerimanya dan hanya memohon cuti rehat.

"Cuti rehat yang ada sudah mencukupi, malah kalau dikira saya masih ada baki cuti 80 hari yang masih belum digunakan," katanya.

Mohd. Fakri yang berasal dari Pasir Mas dan kini mempunyai lima orang anak berkata, beliau juga bernasib baik kerana selama tempoh perkhidmatannya tidak pernah mengalami masalah kesihatan yang teruk.

Katanya, selepas menerima anugerah itu, beliau berazam untuk mengekalkan prestasi itu sehingga pencen pada umur 58 tahun nanti.

"Biarlah ia menjadi sejarah saya yang tersendiri. Saya ada tempoh 10 tahun lagi sebelum pencen dan kalau boleh saya akan cuba tidak memohon cuti sakit.

"Mungkin saya boleh menjadi salah seorang penjawat awam di negara ini yang tidak pernah memohon cuti sakit sejak mula bekerja sehingga pencen," jelas beliau.

10 ulasan:

Mc Donat berkata...

Saya baru 4 bulan kerja kerajaan ni alhamdulillah belum amik apa-apa Cuti lagi ( sama ada Cuti Rehat / MC / EL ). Harap dapat kekal rekod ni sampai pencen (lagi 35 tahun haha...)

Hamba Allah berkata...

Bersyukurlah wahai Fakri kerana tak pernah SAKIT. Allah beri ujian sihat supaya bersyukur.

Tanpa Nama berkata...

orang kata kalau tak pernah sakit ni,sekali dia jatuh sakit ,terus padam...

Tanpa Nama berkata...

kalo aku keje LKTN pun aku x yah ambik cuti,,kul 8 punch in,,kul 10 dah ader kt umah,,kul 3 datang blk kul 4.30 punch out,,cube g kt bachok,,tgk die org koje,,kul 9 sarapan,,kul 11 x siap sarapan lg,,,uhuhhu,,ehh org LTKN pun isap rokok seludup ker....

Tanpa Nama berkata...

kalo aku keje LKTN pun aku x yah ambik cuti,,kul 8 punch in,,kul 10 dah ader kt umah,,kul 3 datang blk kul 4.30 punch out,,cube g kt bachok,,tgk die org koje,,kul 9 sarapan,,kul 11 x siap sarapan lg,,,uhuhhu,,ehh org LTKN pun isap rokok seludup ker....

Tanpa Nama berkata...

sila baca artikel itu dgn jelas...hahahaha...

Ada Nama berkata...

Tanpa Nama
kalau bercakap tu memang senang....kita cakap tu biar berlapik jangan cakap macam mulut orang ada insuran sejuta....ko tahu dengan cakap ko tu telah menjatuhkan maruah sebuah jabatan.bukan saja setakat jatuh maruah tapi ko comor tahi kat muka orang.Jaga jaga ko!

Tanpa Nama berkata...

kalo aku keje LKTN pun aku x yah ambik cuti,,kul 8 punch in,,kul 10 dah ader kt umah,,kul 3 datang blk kul 4.30 punch out,,cube g kt bachok,,tgk die org koje,,kul 9 sarapan,,kul 11 x siap sarapan lg,,,uhuhhu,,ehh org LTKN pun isap rokok seludup ker....

Nak tanya apa masaalah pengirim ini sebenarnya ... kalau takat nak kutuk dan nak menjatuhkan sesaorang dan jabatan ... amat busok hati lah...pengirim ini ... bertaubat lah... banyak insan tersentuh...

naz berkata...

hmmm mcm klaka lak citer nie.... ape pun tahniah n syabas la yer hanya allah yang tahu sejauh mana kerja kita....

Tanpa Nama berkata...

perkara gini dihebohkan, pegawai yang kerja siang malam, untuk menjayakan misi jabatan. Sekarang bukan jaga tembakau sahaja sekarang ada pegawai kerja hingga larut malam orang tidak tahu, tahu tengok kat meja pejabat sahaja dan dikedai kopi sahaja, sedangkan pelanggan terpaksa diuruskan tidak kira di pejabat dan kedai kopi dalam cerok tempat.Kadang-kadang tugas terpaksa dilakukan di padang dan tempat operasi jauh dari pejabat. Pengorbanan pegawai bawahan tidak dinilai, cuma nampak sikit sahaja kesalahan ..terus digembur-gemburkan . Kegagalan mencapai Sasaran ... lagi parah.