SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

09 November 2011

ADAKAH DAP MAHU BIAR RAKYAT MENGANGGUR?

Utusan Malaysia
9/11/2011




KUALA LUMPUR 8 Nov. - Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, hasrat DAP yang mahu mengurangkan penjawat awam sebagai langkah mahu 'menjimatkan' wang kerajaan bukanlah satu tindakan bijak, malah ia tidak realistik.

Menurut Omar, apa yang mereka mahu lakukan itu membuktikan pemikiran barisan pemimpin DAP bersifat jumud dan jauh ke belakang.

"Saya tidak faham mengapa DAP cenderung mempolitikkan semua perkara termasuklah isu tersebut walaupun hakikatnya, sektor awam adalah nadi penggerak negara," katanya pada sidang akhbar di Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia (UPM) dekat sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua dalam sebuah akhbar berbahasa Cina tentang cadangan kerajaan DAP mahu mengurangkan penjawat awam dan menamatkan perkhidmatan kakitangan yang tidak efisien seperti yang dilakukan kerajaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan.

Menurut Omar, jika DAP benar-benar parti yang jitu untuk membangunkan dan mentadbir negara, mereka perlu mengutamakan hal ehwal kebajikan penjawat awam, bukannya membuat rakyat derita dengan 'menghadiahkan' status penganggur kepada mereka.

"Ini membuktikan DAP sebuah parti yang cakap tak serupa bikin. Bersifat menakutkan rakyat, bukannya mahu mendekati mereka.

"Bagaimana parti itu mahu mentadbir kerajaan kelak, sedangkan rakyat takut dengan tindak-tanduk mereka yang tidak masuk akal," tambah beliau.

Dalam pada itu, Omar turut menuntut agar DAP menjelaskan apa pula tindakan mereka bagi membantu penjawat awam yang ditamatkan perkidmatan.

"Adakah mereka dibiarkan menganggur begitu sahaja tanpa dibimbing untuk mencari kerja lain sedangkan pada masa yang sama, mahukan Malaysia menjadi salah sebuah negara yang berpendapatan tinggi?" soalnya.

Sementara itu, Omar memberitahu, CUEPACS akan menjelajah ke seluruh negara untuk menerangkan mengenai skim baru perkhidmatan awam yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika Bajet 2012 baru-baru ini.

Omar berharap, langkah CUEPACS itu mampu meningkatkan kesedaran sekali gus meningkatkan produktiviti penjawat awam dari semasa ke semasa.

"Sektor awam di negara ini diakui berada di tahap terbaik antara negara-negara Asia serta dunia dan ranking itu tidak wajar dimusnahkan angkara ideologi politik DAP yang mundur," tegas beliau.

12 ulasan:

Mak kau berkata...

PA yang tidak produktif masih perlu dikekalkan demi kebajikan?

Tanpa Nama berkata...

andai kata DAP nak kurangkan pekerja dalam setengah dari jumlah sebenar ( 680 000 orang ) maka nya, seramai 680 000 orang yang terasa akan dibuang akan mengundi BN...lagi separuh masih tidak diketahui ..mgkin ada BN atau PR...

Kenyataan DAP mngenai isu pengurangan pekerja adalah satu racun jika PA mngundi PR kelak nanti...

bertimbang rasa lah wahai DAP...
kerajaan yg skg pon dah bgus...walau brg makin naik tp masih mmpu hidop...

Kite tgok pada negara Somalia....dulu xde kes...tp bile dah tukar pemimpin / kerajaan, rakyat jadi pelarian...Janji sekadar janji....aku takot andai tertukar kerajaan, rakyat malaysia akan jadi negara tu...ermm.........

masih tidak ada kesedaran ker wahai PA-PA sekalian....kenapa mohon keje gov yg kite sume taw gaji mmg rendah...asal x apply je kt swasta....

memamng ptot lah andai kite xundi si DAP...kite nk tukar kerajaan sdia ada kepada yang baru...tapi janji kerajaan baru plak nak kurangkn PA.. umpama madu dibalas hempedu... "Hidop berakal , Mati berhantu".....renung2 kan lah...

Tanpa Nama berkata...

PA yang tidak produktif masih perlu dikekalkan demi kebajikan?

.........................................

Ya betul tu !

Tanpa Nama berkata...

tu dia putar alam sedang memutarkan kata2 pa yg bijak pun turut sama berputar ha...... apa sudah jadi.....

lokman berkata...

xpayah tunggu DAP, mana2 PA yg kerja pemalas dan suka ponteng/cutri tulang eloklah dipecat sahaja. apa masalah gomen nk buang2 kudis2 mcm ni? sebab nakkan undike? ramai PA yg rajin dan produktif merasa sakit hati kerana byk jabatan masih menjaga mereka yg membazirkan wang negara ni

Tanpa Nama berkata...

PA yang malas sedar2 lah diri. Tahun depan tahun mencabar untuk semua. Silap perhitungan tahun 2013 kerja tempat lain. Ramai akan menganggur sebab tak usaha lebih. Negara maju takde yang malas2. Malas2, lawan bos kena buang kerja. Stress tu biasa2 kan diri lah. Tak pandai urus stress kerja tempat lain lah.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
andai kata DAP nak kurangkan pekerja dalam setengah dari jumlah sebenar ( 680 000 orang ) maka nya, seramai 680 000 orang yang terasa akan dibuang akan mengundi BN...lagi separuh masih tidak diketahui ..mgkin ada BN atau PR...

- BN kan memang nak laksanakan sama seperti DAP ini cuma melalui SBPA. Jadi mana ada separuh ke sana separuh ke sini. Rakyat tak tau mana satu ni nak pilih sebab kedua2 pihak buat perkara yang sama.

Tanpa Nama berkata...

baik pakatan lucutkan je je tony pua ni...takde isu nak pertikai

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
andai kata DAP nak kurangkan pekerja dalam setengah dari jumlah sebenar ( 680 000 orang ) maka nya, seramai 680 000 orang yang terasa akan dibuang akan mengundi BN...lagi separuh masih tidak diketahui ..mgkin ada BN atau PR...

- BN kan memang nak laksanakan sama seperti DAP ini cuma melalui SBPA. Jadi mana ada separuh ke sana separuh ke sini. Rakyat tak tau mana satu ni nak pilih sebab kedua2 pihak buat perkara yang sama.

Mr. Gov lak respon...

mmg betul BN wat SBPA tapi kira die beri peluang lagi dan inisiatif yg die berikan pada kite berbaloi jgk...law DAP silap2 xde mase nk taubat dah kite kna buang keje...adessss

penjawat awam 27 Sarawak berkata...

bagus jugak DAP timbulkan perkara ni supaya kerajaan sedia ada, tak kurangkan jumlah PA... ingat kami ni BUTA ke apa yg kerajaan sekarang nak buat... pembekuan penjawatan baru atas alasan perlaksanaan SBPA... tahun depan berapa banyak jawatan sedia ada akan di"JUMUT"kan??? berapa banyak jabatan yg akan di"HENTI"kan perkhidmatan??? ni maklumat yg saya dapat dari rakan di JPA gak... banyak pejabat cawangan terutamanya di Sabah dan Sarawak akan di TUTUP untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan (untuk makluman BHG PENCEN JPA SARAWAK akan ditutup bermula 31 Disember atas alasan semua urusan boleh ONLINE)... ingat SARAWAK ni semua tempat ada coverage jalur lebar ke????? jawatan yg tidak diisi sehingga 31 Disember 2011 akan di "JUMUT" kan... DAP saja je timbulkan isu ni sbb nak kerajaan BN tarik balik cadangan yang mereka dah RANCANG tahun ni.... BANYAK ANTARA KITA YG BUTA SAMPAI TAK NAMPAK TUJUAN PEMBANGKANG TIMBULKAN SESUATU ISU.... ni CUPAK tak kaji ke???? Lawak betullah mengaku 80% permintaan dia org di"LULUS"kan kerajaan... yg aku nampak, CUPAK kena tipu....

Tanpa Nama berkata...

PANGLIMA BERKATA:

BAGI SAYA DAP ADALAH PARTI YANG INGIN MENGIKUTI CORAK PEMERINTAHAN KOMUNIS KERANA INGIN MENGIKUT DASAR CHINA MENGURANGKAN PENJAWAT AWAM. NEGARA CHINA, SEPERTI YANG KITA SEDIA MAKLUM DIPERINTAH OLEH KOMUNIS. JANGAN HERANLAH KALAU DAH KOMUNIS TU, MEMANG KEJAM LAH DASAR PEMERINTAHANNYA....TIADA PERI KEMANUSIAAN. KENAPALAH MALAYSIA NI ADA MAKHLUK YANG KEJAM BEGINI...ORANG BUMIPUTRA KENA SEDAR, KITA TIDAK BOLEH DUDUK DIAM. TAPI PERLU BANGKIT MENJADI BANGSA YANG BERMARUAH, JANGAN SAMPAI KITA YANG ASALNYA MEMILIKI TANAH AIR KITA NI DIUSIR KELUAR SUATU HARI NANTI....

Tanpa Nama berkata...

yang makan rasuah pun dikekalkan bukan apa demi kebajikan...hahahaha. nie yang takut kena buang ini