SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

21 November 2011

CUEPACS SASAR TIADA PENJAWAT AWAM KENA TINDAKAN TATATERTIB MULAI 2012

Bernama
21 November, 2011 15:47 PM


SUNGAI PETANI, 21 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyasarkan tiada lagi penjawat awam yang terlibat dengan tindakan tatatertib mulai 2012, kata presidennya Datuk Omar Osman.

"Kita tidak mahu pada 2012 seorang pun penjawat awam kena tindakan tatatertib," katanya kepada pemberita selepas Program Taklimat Isu Semasa dan Taklimat Insurans 1Kasih, Perkembangan Skim Gaji Baru (SBPA), Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) dan Permohonan Umur Persaraan 60 tahun di Dewan Mini, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok dekat sini pada Isnin.

Beliau menyarankan penjawat awam supaya bersiap sedia melakukan transformasi sikap ke arah yang lebih positif selaras dengan insentif yang diberi oleh kerajaan kepada mereka menjelang 2012.

Omar berkata penjawat awam wajar membuat perubahan daripada segi pemikiran dan sahsiah diri agar dapat mengelakkan sikap pentingkan diri sekaligus mampu memberi sumbangan kepada negara.

"Kita harus fikirkan apa sumbangan kita kepada majikan dan negara sebab penjawat awam banyak dapat manfaat daripada kerajaan," katanya.

Omar berkata penjawat awam perlu memainkan peranan yang besar dalam melaksanakan tugas supaya objektif untuk mencapai kecemerlangan tercapai.

"Semua jabatan ada objektif tidak kira pada peringkat negeri mahupun persekutuan semuanya ada misi untuk cemerlang, jadi sebagai staf kita perlu mainkan peranan," katanya.

Berkenaan dengan PROSPEK, Omar berkata ia dapat membuka peluang yang cerah kepada penjawat awam mendapat kenaikan pangkat berdasarkan kepada kriteria senioriti.

Katanya menerusi PROSPEK, penjawat awam yang mendapat prestasi kerja cemerlang, berpengalaman dan memiliki potensi diri yang istimewa akan diutamakan dalam pemilihan kenaikan pangkat.

"Sebelum ini hanya berdasarkan kepada peperiksaan PTK semata-mata iaitu siapa lulus aras empat akan dapat naik pangkat tetapi tidak pasti lagi dengan keupayaan bekerja. Jadi dengan PROSPEK ini kenaikan pangkat akan diambil kira dari segi senioriti, pengalaman dan sumbangan kepada majikan," katanya.

-- BERNAMA

_____________________________________________________________



39 ulasan:

Penyokong UMNO berkata...

saya setuju dengan unjuran Ceupacs agar tiada PA kena tatatertib pada 2102.Gaji dah naik,tak kan nak buat hal lagi..Cuma kalau boleh selain dari memperjuagkan tentang imbuhan kewangan dan kenaikan pangkat,harap pihak Ceupacs dapat memperjuangkan juga faedah lain seperti masa kerja PA.

Memandangkan cuti PA lantikan baru telah dikurangkan kepada 20 hari bagi sokongan dan 25 hari bagi profesional,Saya cadangkan agar dapat dipertimbangkan agar pihak Ceupacs dapat memperjuangkan kerja separuh hari pada hari Jumaat.

Sila pertimbangkan.

Tanpa Nama berkata...

PROSPEK utk kroni kroni aje naik pangkat ! Bodek boss naik pangkatlah ! Habis lah camni! PROSPEK patut dimansuhkan dan dikekalkan dgn PTK aje !

Kalo camni PR lah !

Tanpa Nama berkata...

SKIM JURUTEKNIK BILA NAK UPGRED?

2bz4money berkata...

Rekod kesalahan kewangan tersimpan selama 7 tahun. Jika Audit pick up, SPRM pulak dah standby. So, sempena Maal Hijrah yg akan tiba, bertekadlah utk berubah. Semoga termasuk dalam golongan yg selamat di dunia dan akhirat.

Tanpa Nama berkata...

salam & sejahtera semua. seronoknye penjawat awam di Semenanjung Malaysia.....dpt informasi dan pengetahuan yg jelas dan telus mengenai SBPA, PROSPEKS dan UMOR 60 TAHUN. Sedihnya di Sabah dan Sarawak....sentiasa ke belakang bila ada sahaja perkara diumum. Kami yg jauh sering dipinggirkan bila bab2 taklimat dan penjelasan mengenai sistem baru ini. Dah semua orang di Semenanjung Malaysia tahu baru lah kami tahu tp itupun memakan masa yg lama. Kenapa tidak seragam dgn perkara sebegini. Taklimat spt ini perlu disampaikan atau diperluaskan SERENTAK dgn penjawat2 awam di Sbh Dan Srwk.....kami seolah2 tidak pernah ada taklimat dgn perkara sebegini...bantulah kami yang ingin tahu. dan biarkan kami mendapat tahu cerita2 angin sahaja.

Tanpa Nama berkata...

aku tak setuju jika senioriti jadi kriteria utama. perlu tengok pencapaian dan sumbangan calun tu bila ade calun yang mempunyai pencapaian yang hampir sama baru tengok senioriti. kalau senioriti jadi utama. tak payah keje rajin-rajin.. aku senior aku naik dulu.. kau rajin camne hebat pun duka bawah aku.. hampeh... geng yang sokong senioriti ni geng gentu tua yang tak dapat naik pangkat sebab bermasalah dan sakit hati orang muda naik pangkat dulu

zai zai zai zai berkata...

lkshmapa ke hei nya dengan skim juruteknik tu?
dekat pasar malam pun topik ini ada dibincangkan...
dah riuh dah...
cer citeeeee...

By the way......kome setuju sangat dengan penyokong UMNO agar kerajaan mempertimbangkan kerja separuh hari pada hari jumaat.Senang nak pegi sembahyang.
tak payah gopoh dan terkejor sana sini.

Tanpa Nama berkata...

orang yang sokong majikan kompom sangat berjaya dalam PROSPEK. ORANG YANG KEJA BETUL2 TAK NAMPAK... ORANG YANG LEBIH BERCAKAP DARI BEKERJA SHJ YANG AKAN DPAT HABUAN!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Harap cuepacs dapat buat kajian mengenai bebanan tugas di Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang carca merba, macam-macam keje yang kene buat terutamanya Bahagian Kejuruteraan di PBT2 yang kecil lagi teruk beban tugasnya..dengan projek, penyelenggaraan, kawalan bangunan dll..

Tanpa Nama berkata...

ksu yang ditangkap khalwat kat penang tu agak2 dikenakan tindakan tatatertib tak?

lalalalalla

Genius Xtra Mind&Soul berkata...

baru-baru ini bukan ker ..cuepacs adakan taklimat kat Kuching sarawak...kenapa rasa dipinggirkan..kita semua penjawat awam sama ja..

Tanpa Nama berkata...

saya setuju dengan unjuran Ceupacs agar tiada PA kena tatatertib pada 2102.Gaji dah naik,tak kan nak buat hal lagi..Cuma kalau boleh selain dari memperjuagkan tentang imbuhan kewangan dan kenaikan pangkat,harap pihak Ceupacs dapat memperjuangkan juga faedah lain seperti masa kerja PA.

Memandangkan cuti PA lantikan baru telah dikurangkan kepada 20 hari bagi sokongan dan 25 hari bagi profesional,Saya cadangkan agar dapat dipertimbangkan agar pihak Ceupacs dapat memperjuangkan kerja separuh hari pada hari Jumaat.

Sila pertimbangkan.

Selasa, November 22, 2011 8:10:00 AM

Buat apa kerja separuh hari pada hari jumaat, lebih baik cuti terus hari jumaat tu. Kan senang, dapat cuti tiga hari seminggu. Diberi satu hari hendak dua hari, diberi cuti dua hari hendak tiga hari, diberi cuti tiga hari hendak empat hari, lama-lama tak payah kerja lah

Tanpa Nama berkata...

sasaran sana sini 1 sasaran pun belum mengena apa la ini cupak...... lawat sana sini menghabiskan duit saja la....

Tanpa Nama berkata...

Ingat apa yg Omar kata .. 'senioriti, pengalaman dan sumbangan kpd majikan'.

Yg last tu maknanya BODEK.

APA PUNYA PRESDEN .. masih tak nampak .. tunggu 2-6 bulan selepas dilaksanakan... ISU BODEK akan jadi TOPIK utama yg akan dibincangkan oleh semua PA.
(balik ke asal .. SSB)

Tanpa Nama berkata...

Ingat apa yg Omar kata .. 'senioriti, pengalaman dan sumbangan kpd majikan'.

Yg last tu maknanya BODEK.

APA PUNYA PRESDEN .. masih tak nampak .. tunggu 2-6 bulan selepas dilaksanakan... ISU BODEK akan jadi TOPIK utama yg akan dibincangkan oleh semua PA.
(balik ke asal .. SSB)
..........................................

Sgt setuju kenyataan saudara ! PROSPEK = BODEK

habis lah kami yang muda ni walaupun kerja bersungguh sungguh yang bodek boss jugak naik pangkat ! Macam ni tak adil ! Tak payah sistem macam ni ! Kita kekalkan SSB aje ! More transparent !

Jentera kerajaan akan hancusss kalau macam ni !

Amin berkata...

Perjuangan utk semua LULUSAN SIJIL POLITEKNIK dlm semua bidang patut di naik tarafkan ke gred 27 seperti yg telah JPA buat utk NT27 (sijil poli juga)

Tanpa Nama berkata...

ciitt..!! pooorraahh..!!

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya tindakan hendaklah diambil ke atas JPA kerana lewat mengeluarkan pekeliling SBPA walhal telah diumukan dan diluluskan oleh PM sendiri. Contohnya kenapa RM100.00 boleh dibayar dengan segera tak tunggu budget dilulus parlimen. Itulah namanya ade orang kerja cekap dan sepatutnya JPA kena jadi contoh yg baik.

Tanpa Nama berkata...

Parlimen dah lulus Bajet malam tadi, Bila JPA nak keluarkan pekeliling???

Siti Zainab berkata...

minta sangat2 agar hanya kami ahli Umno sahaja dipertimbangkan naik gred dan gaji. Rugi jika beri pada org pembangkang kerana kebanyakannya tidak taat kepada negara dan parti . Lagipun, BN yg bayar gaji mereka.

Tanpa Nama berkata...

sekarang ni ramai yang kakitangan awam orang kuat UMNO tak datang kerja dan tak buat kerja siapa pun tak berani ambil tindakan, nak buat laporan pula takut akan kena tindakan tatatertib atau dipindahkan

Tanpa Nama berkata...

jamji orang kuat BN/UMNBO, nak makan rasuah pun boleh

Tanpa Nama berkata...

Org PR pula bukan setakat rasuah tp songlap duit.

PAS Kelantan dah diberi budget RM600juta untuk perbaiki masalah air kelantan. Tp Sampai skrg rakyat kelantan minum air keruh.

Tanpa Nama berkata...

yang minta jumaat separuh hari tu..ape tujuannya???? cuti sabtu ahad tak cukup ke...tak masuk cuti2 hari kelepasan am....

dulu kerja sabtu setengah hari..lepas tu sabtu jadi cuti penuh ...

kalau dibagi lagi jumaat separuh hari....esok..esok ada yang minta jumaat cuti terus..lepas tu nanti minta lagi khamis separuh hari...

baik berhenti kerja..cuti sepuasnya.....pagilah ambi exit policy

Tanpa Nama berkata...

harap PA tiada tindakan tatatertib 2012 satu cadangan yg baik...kita juga harap tiada salah guna kuasa,rasuah,pembaziran,bukan hanya PA tapi semua....

Tanpa Nama berkata...

UNTUK MAKLUMAN TUAN PUAN.PEKELILING SBPA AKAN DIUPLOAD DI SEMUA LAMAN WEB PADA 1 DISEMBER 2011 KHAMIS.MINGGU DEPAN.HARAP BERSABAR.

ZDN KUALA TERENGGANU

Tanpa Nama berkata...

untuk makluman tuan/puan.apa yang dibincangkan dalam internet berkaitan sbpa......sebenarnya kurang tepat.hanyanya 20% sahaja yg tepat.80% lagi.mohon jasa baik tuan/puan...tunggu pekeliling sebenar

Tukang Ampu berkata...

PROSPEK = PROSBODEK

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

ksu yang ditangkap khalwat kat penang tu agak2 dikenakan tindakan tatatertib tak?

lalalalalla

Selasa, November 22, 2011 2:40:00 PM

Dah terpampang di akhbar, takkan jerung ni lepas

Tanpa Nama berkata...

PROPEK jangan diluluskan ! Nanti bodek aje lebih ! Kekalkan PTK !

Tanpa Nama berkata...

salam...skrg ni mcm2 cite psl skim baru..boleh kena buang la..jd kontrak la..gaji tinggi..gaji rahsia..KJ blh decide gaji dan mcm2..apa2 pon perlu tggu pekeliling baru kua..nak kua bila tak taw...kalu kua bulan 12..mean..kita ada 1 bln je..kalau kita xsign...atau tak sempat...apa maksudnya..adakah kita akan kekal dlm skim sediaada..atau automatik masuk skim baru..sbb 1 bulan tak cukup..koman2..2 bulan..penerangan blm diberi...

Tanpa Nama berkata...

Bajet dah lulus 2 hari, Hari tu JPA cakap akan siar sebaik Bajet lulus, sampai hari ni tak de. Lembab sungguh JPA ni, patutlah banyak kes pertikaian kaji !, Kaji ! kaji ! hasilnya takdak

Tanpa Nama berkata...

PTK lebih adil dan ada kenaikan gaji tapi PROSPEK takde kenaikan gaji ! Senior aje naik nanti yang junior tiada motivasi utk kerja bersungguh sungguh !

Nanti confirm PROSPEK akan hadapi masalah very soon ! Baik takyah PROSPEK ni ! YB PM tolonglah faham kami PA tidak perlukan PROSPEK aka BODEK BOSS ! Please kekalkan PTK ! lEBIH TELUS DAN ADIL !

Perjuangan masih belum selesai berkata...

Puan,

Dengan hormatnya merujuk kepada emel yang diterima pada 15 November 2011 dan perkara yang dibangkitkan melalui laman web 1Malaysia.com.my adalah berkaitan.

Jabatan ini mengambil maklum dan mengucapkan terima kasih di atas pandangan puan.

Walau bagaimanapun, sebagaimana diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa MAPPA ke-12 pada 22 Mac 2011, kerajaan sedang mengkaji penambahbaikan kepada Sistem Saraan Malaysia. Kajian semula sistem saraan sedia ada dilakukan secara menyeluruh supaya skim perkhidmatan sentiasa relevan dengan keperluan semasa dan masa hadapan. Oleh kerana kajian tersebut turut melibatkan penelitian semula kepada 23 skim perkhidmatan yang memperuntuk sijil Politeknik, maka ia memerlukan kajian teliti yang melibatkan relaviti dan pariti serta prinsip-prinsip saraan yang lain, sebelum kajian dimuktamadkan.

Sehubungan itu, puan boleh menyemak penambahbaikan skim perkhidmatan melalui Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan mula dihebahkan di Portal JPA setelah Rang Undang-Undang Perbekalan Bagi Bajet 2012 diluluskan oleh Parlimen.

Sekian, terima kasih.

_______________________________________________________________________________
SUZIYANA SUKRI
Pegawai Perhubungan Awam, Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Perkhidmatan Awam
03-88853088 0129236726 suziyana.sukri@jpa.gov.my

Tanpa Nama berkata...

PTK lebih adil dan ada kenaikan gaji tapi PROSPEK takde kenaikan gaji ! Senior aje naik nanti yang junior tiada motivasi utk kerja bersungguh sungguh !

Nanti confirm PROSPEK akan hadapi masalah very soon ! Baik takyah PROSPEK ni ! YB PM tolonglah faham kami PA tidak perlukan PROSPEK aka BODEK BOSS ! Please kekalkan PTK ! lEBIH TELUS DAN ADIL !

Jumaat, November 25, 2011 2:12:00 PM

Sejak 2003 - 2010 PTK diperkenalkan, aku sempat turun ke P2 sebanyak 2 kali. Nak harapkan SSB, sampai pencen tak dapat- tak reti nak bodek bos.

PTK saluran terbaik untuk meningkatkan gaji dengan syarat rajin membaca, ditambah dengan rezeki dan nasib.

PROSPEK?

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya mereka yg dah lulus PTK pada aras III dah layak untuk mendapat kenaikan gaji ke aras yang seterusnya..

Tanpa Nama berkata...

projek lubang mampuss..!! ha..!!ha..!!

Tanpa Nama berkata...

tentang isu tatatertib ini, tanpa kita sedar ada sesetengah kakitangan awam yang dikenakan tindakan tatatertib atas sebab tidak munasabah. Tambah malang ada kes, kakitangan sokongan ini terpaksa dijadikan kambing hitam dalam kes, yangmana pegawai yang menjadi ketuanya bebas dari tindakan.
Harap CUEPECS dapat berbuat sesuatu tentang ini....jika boleh biarlah kakitangan sokongan ini diadili dengan seadil-adilnya.
Dan kepada pegawai atasan, sebagai pegawai atasan dan ketua, anda sepatutnya harus memainkan peranan sebagai penyelia dan lebih bertanggungjawab tugasan ayng diamanahkan kepada unit/jabatan anda. Sekiranya terdapat kepincangan dalam tugasan tersebut, anda juga patut dipersalahkan dan tidak hanya mencari jalan melepaskan diri dan membirakan kakitangan bawahan anda terkapai dan menanggung hukuman aatas kesilapan anda yang tidak berjaya menjadi ketua yang baik...

Tanpa Nama berkata...

yang dah kena tindakan tu macam mane? tolonglah singkatkan tempoh hukuman..ada yang sampai 48 bulan..bukan apa, risau mereka berpaling tadah..muak kerana hukuman yang tidak adil ini..nurse berkhalwat dengan KP nya kena 12 bulan je..