SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

15 November 2011

KAJI SEMULA GURU BEKERJA 9 JAM -NGO

Utusan Malaysia
15/11/2011



KUALA LUMPUR 14 Nov. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyokong gesaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) agar projek rintis sistem waktu kerja sembilan jam bagi guru di empat negeri mulai Januari ini dikaji semula.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Mohd. Ali Hassan berkata, kajian itu perlu mengambil kira beban yang ditampung dan elaun tambahan kepada guru sekiranya mahu melaksanakan projek rintis itu.

"Seharusnya kerajaan mencari jalan untuk mengurangkan beban guru. Contohnya, mewujudkan kakitangan sokongan iaitu pembantu pentadbiran agar dapat membuat kerja-kerja tersebut.

"Sebelum ini pun ada kajian mengenai beban guru oleh kementerian beberapa tahun lalu, namun hasil belum dihebahkan lagi. Saya minta agar kajian tersebut didedahkan segera," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia kelmarin bahawa kira-kira 5,000 guru di 104 sekolah akan menjadi perintis sistem waktu kerja sembilan jam mulai Januari ini.

Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata, pihaknya difahamkan sistem waktu kerja baru itu akan dilaksanakan di Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak dengan tempoh percubaan selama enam bulan.

Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KKGLMSM), Mohamed Che Noh pula menolak tanggapan sesetengah pihak kononnya masa kerja guru terlalu pendek iaitu setengah hari berbanding penjawat awam lain.

"Dalam konteks perguruan banyak aspek lain yang orang ramai perlu faham. Contohnya, guru mesti menyediakan rancangan pembelajaran harian dan mingguan, menanda kertas peperiksaan dan menyelia aktiviti di luar kelas.

"Jika dilaksanakan bererti masa sebenar guru akan menjadi sehingga 12 jam, bukannya sembilan, apabila dicampur dengan aktiviti sekolah yang lain. Masakan aktiviti kokurikulum diadakan pada hujung minggu. Kalau begitu maknanya guru tiada cuti," jelasnya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan), Syed Anuar Syed Mohamad meminta semua pihak memahami tugas seorang guru yang berbeza dengan pekerja pejabat.

"Sekiranya kementerian tetap melaksanakan projek rintis itu, sewajarnya guru terlibat diberi elaun khusus sesuai dengan tambahan beban yang dipikul," ujarnya.

Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom pula berkata, cadangan waktu tugas guru mengikut pejabat telah timbul sejak beberapa tahun lalu.

"Mungkin kementerian telah membuat kajian mengenai sistem ini dan seterusnya melaksanakan projek rintis agar mendapat maklum balas daripada guru dan mengkaji lebih mendalam tahap keberkesanan serta mengetahui kesesuaiannya," jelas bekas Ketua Pengarah Pelajaran itu.

137 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Guru bnyk insentif .. suara di dengar secara langsung oleh Menteri. Kita PA lain nih semacam anak tiri jer ...
Bermacam2 insentf, elaun telah diluluskan dgn sekelip mata .. tak perlu kajian mendalam dpd pihak JPA?

Penjawat Awam Vateran berkata...

Tugas Guru jangan disamakan dengan tugas Penjawat Awam yang lain. Walau saya bukan Guru , saya memahami beban kerjaya sebagi seorang Guru. Kepada yang bekerja Waktu Pejabat itu janganlah berhasad dengki dengan Guru. Scop seorang Guru adalah meluas. " Siapalah Kita kini......jika tiada guru "

Cikgu Sejati berkata...

Cadangan bagi mereka yg hanya melihat dr luar ni supaya masuklah ke dalam komuniti guru jika ingin mengetahui beban tugas seorang guru,jgn hanya jd peninjau luar tingkap lantas membuat komen dan cadangan yg melulu...

Tanpa Nama berkata...

anak aku dan menantu aku guru..ok ja pun no hal n tadak komen2 psl keja 9 yam tau 25 jam..haha

Tanpa Nama berkata...

saya mohon cdgn utk tukar profesyen dpd PA bukan guru kpd guru.
mohon cdgn diterima. jika ada tukar sama suka pun boleh.
(saya di bhgn kewangan, pengurusan, pentadbiran) jadi guru BM atau BI atau sejarah, geografi, matematik, sains, lukisan, agama pun boleh.
saya juga minat ko-k sukan, persatuan, badan uniform. Dah ada lesen dlm MS ISO 9001:2008 , 5S.

Tanpa Nama berkata...

Bagus jugak .. guru boleh tau keja PA dan PA boleh merasa tugas guru.

Fenomena ini akan mempertingkatkan lagi murtabat PA (guru/bukan guru) di M'sia.
Presden Omar, kamu tak terfikit ke idea ini? bagilah pluang org muda jadik presden. kamu udah cukup ler !!!.

Tanpa Nama berkata...

Saya bersetuju sepenuhnya Guru bekerja selama 9jam..
Ia dpt mengatasi permaslahan terkini..iaitu anak2 dirumah tanpa pengawasan yang menjurus kepada salah laku sosial...
Cuma saya mengharapkan agar sesi akademik terhenti setakat 2.00pm..manakala waktu selebihnya digunakan untuk menerapkan nilai2 sosial dan aktivit outdoor kepada pelajar..
saya juga mencadangkan agar Ibu Baapa diberi pilihan sama ada anak mereka balik pada pukul 2.00pm/5.00pm...ini bergantung kepada keadaan keluarga itu..kerana ada ibu-ibu yang tidak bekerja...
kalau pelajar dikumpulkan disekolah dan dipantau dapat mencegah byk perkara negatif

oleh:-
Pembayar Cukai yg Tinggi..

Rakyat Bebas berkata...

Johor bagaimana? Sekolah agama rakyat tu nak dirobohkan ke? Ustaz dan ustazah tu nak diserapkan ke sekolah rendah atau diberhentikan ke? Tolong jelaskan.

Guru dah banyak kerja ditambah lagi kerja gara2 naik gaji punya pasal. Tak patut. Itu lah kalau main asal ikut perintah. Takda otak untuk berfikir. Yang ada NUTP.

Tak payah nak ulas jasa guru. Memang banyak. Kerja pun banyak.

Orang kat Sarawak tu rumah sampai 5km jalan kaki. Nampaknya sampai rumah malam agaknya. Kasihan. Apa mereka peduli?

Satu nak ingatkan. Pemimpin (wakil rakyat) dilantik oleh rakyat. Kalau dah rakyat tak suka, janganlah buat. Tak suka pilih wakil yang menyusahkan rakyat balik.

Rata2 70peratus guru panik. Mana taknya. Jaga anak orang lain sampai ke petang. Anak sendiri siapa jaga? Guru2 terpaksa belanja lebih bayar pusat asuhan tadika sebab bayar masa lebih jaga anak. Apa kata Menteri Keluarga? YB Shahrizat?

Masa rehat kena ada duit belanja makan budak. Tengahari depa nak belanja makan lagi. Sebelum balik nak minum air lagi. Ingat nak minum air sink tu baik untuk kesihatan?

Sudahlah sekolah tamat semasa orang ofis balik. Orang ofis nak pergi ke sekolah ambil anak jauh satu hal. Trafik jem jalan raya penuh pelajar, bas sekolah, kereta guru belum diambil kira lagi. Paling kesian cikgu2 yang nak ambil anak mereka sendiri. Nauzubillah sampai rumah mesti dalam jam 6 - 7 petang. Yang naik bas lagi lah lambat sampai rumah sebab jem. Ada fikir tak hal ini.

Balik rumah pelajar penat gila tidur terus. Silap2 mandi pun tak. Kasihan pelajar2 tu belum kerja lagi dah kena 'kerja' macam office hour. Kasihan lah pada budak2. Mana keluarga nak bahagia kalau balik semua penat terus tidur.

Ada sebabnya sekolah tu tengahari je. Ada sebab guru boleh pulang awal walhal kerja berlambak terpaksa bawak balik. Mereka balik awal tu pun cuma nak jimatkan belanja bayar tadika yang teramat mahal untuk anak-anak mereka. Anak-anak mereka pun perlu kasih sayang.

Berbaloikah semua ini? Berbaloikah semua ini? Adakah anda tanya hanya pada cikgu2 bujang sahaja? Macamana dengan guru yang ramai anak? Siapa nak ajar mereka di rumah mengaji, membaca, mandikan bayi dan sebagainya.

Wahai kerajaan yang tidak berperikemanusiaan. NGO dah bantah. NUTP dah bantah. Masih nak buat eksperimen lagi? Adakah rakyat Malaysia ini tidak cerdik? Adakah pihak kerajaan terlampau cerdik sampai kajian dibuat pada manusia yang hidup? Kami bukan bahan kajian! Buat dulu kajian tanpa libatkan rakyat yang tidak berdosa.

Tanpa Nama berkata...

dah kalau x buat rancangan mengajar, mcm mana nak ajar murid2...cuba bukak skit otak tu...jgn duduk perap jer....tugas cikgu mengajar jer kerjanya?dah PA lain, tugas pemandu...ko ingat memandu jer kerjanya?..bukakla skop kerja masing2....bukak fail meja...x tahula kalau cikgu2 x ada fail meja....

Rakyat Bebas berkata...

Kau pernah ke bukak fail meja guru? Cakap jer lebih.

Guru Transformasi berkata...

Rakan-rakan guru yang kuat dgn BN dah mula goyah dan mula meninjau-ninjau blog-blog pembangkang dengan kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran ini.
Aku pun begitu. Nampaknya dalam harakah sudah ada pembelaan daripada pembangkang terhadap kumpulan guru atas kenyataan timbalan menteri ini.
Apa lagi aku terbaca juga dalam buku jingga (Aku baru tahu ada buku jingga) janji Pakatan Rakyat bahawa guru akan dapat rm500 sebulan jika PKR menguasai Putrajaya.

Tanpa Nama berkata...

Cikgu Tranformasi, macam mana web buku jingga tu? Saya pun nak baca. Saya juga guru dan tidak selesa dengan kenyataan Tim Menteri tu.

Tanpa Nama berkata...

Cikgu..cikgu baru nak buat eksperimen kerja 9 jam dah melenting bukan main dan ada juga yang panik. Nampak sangat nak kerja senang sebab dah terbiasa duduk dalam keadaan senang. Cuba tengok PA lain mereka dah lama berkerja 9 jam. Nak kata letih, kalu mcm tu mereka tu dah lama letih.Tp nampak ok je takde pun yg mengadu kerja 9 jam sebab dah biasa. Mereka pun mempunyai ramai anak htr nurseri, rumah pengasuh/taska kena byr lebih lg. Sedangkan ramai juga PA lain yg gajinya kurang daripada cikgu.Warga cikgu sepatutnya cuba merasai dulu bagaimana bekerja 9 jam mcm PA lain. Jangan dok complain penat je sbb PA lain penat juga. Lepas tu jgn dok kaitkan politik nak pilh pembangkang kononnya janji pembangkang yg membela nasib cikgu

oarng baru berkata...

Berikutan pengurangan cuti tahun kakitangan awam bagi lantikan selepas 2009, saya cadangkan agar kerajaan ....
kurangkan waktu kerja PA dengan cara kerja separuh hari pada hari JUMAAT.Tak perlu masuk semula selepas 2 45 petang.
Kakitangan awam terkejar kejar untuk pergi sembahyang dan terkejar kejar pula untuk pulang ke tempat kerja selepas solat.
Lagipun kalau habis kerja pukul 5 pada hari jumaat, agak lewat untuk memulakan perjalanan jika hendak ke mana mana pada hari Sabtu.

Berkenaan waktu kerja guru,memang waktu kerja guru ada kalanya melebihi waktu kerja PA yang lain,jadi...tak salah jika dijadikan official waktu kerja berkenaan spt waktu kerja PA yang lain...tapi macam mana kalau guru kerja pada sabtu? Adakah dikira OT.Tak adil pula bila cuti guru banyak dari PA yang lain.
Kesimpulannya.....Kerja separuh hari sahaja untuk semua PA,agar dapat PA pergi sembahyan jumaat.Lagipun hari Jumaat itu hari kebesaran umat Islam,dan Malaysia tidak syak lagi sebuah negara Islam.Rindukan dapat sembahyang jumaat tanpa perlu tergopoh gapah...dapat pergi bersama anak anak.

HASRY berkata...

YA...HARI JUMAAT KERJA SEPARUH HARI DI NEGERI PANTAI BARAT.
KENAPA IDEA NI KITA TAK TERFIKIR DARI DULU.YANG NAMPAKNYA CUMA KURANGKAN CUTI TAHUN PA DAN PA PULA HUJUNG TAHUN MINTA BONUS.
BONUS TIDAK SEMESTINYA DALAM BENTUK WANG.KALAU KERAJAAN DAPAT MENJADIKAN IDEA INI SATU REALITI,INI JUGA SATU BONUS.
MESTI PENJAWAT AWAM AKAN MEMBERIKAN TAAT SETIA KEPADA KERAJAAN.

rahimie- guru berkata...

tak payah kaji...saya setuju dengan cadangan 9 jam kerja bagi guru... semua kerja2 boleh di lakukan di tempat kerja sahaja tak perlu bawak balik umah dah... duk umah boleh rehat2kan otak... cuti pun mcm penjawat awam lain 30 hari... tak perlu ada cuti sekolah pun tak per( budak cuti cikgu duk sekolah pun tak der hal(mcm tak biasa)..... masa rehat 1 setegh jam macam penjawat awam lain pun kena adakan jugak... pendek kata ... samakan macam penjawat awam yg duk dalam econ hari2 tu....

Tanpa Nama berkata...

9 jam...fuuh mana boleh samakan kerja mendidik dengan kerpa pejabat... kerja pejabat tak yah cakap banyak buat kerja ,ikut arahan,buka fail..itu ini..selesai..

kerja cekgu ni ..penat dan beban ...bukan setakat berfikir tapi bercakap...lepastu melayan gaya murid..fffuhh macam2...kesian cekgu...harap2 janganlah politikkan mereka...

Ezzu Raza berkata...

http://ezzuraza.blogspot.com/2011/11/perlaksanaan-waktu-kerja-9-jam-bagi.html

Tanpa Nama berkata...

cikgu takyahlah kerja 9 jam,,setengah hari cukuplah...kurangkan beban dorang....

kalau takde cikgu takde lah pm..takdelah ketua pembangkang..semua takde..heheheh...

"hargai ibu-bapa dan guru anda"
ingatlah tanpa mereka...korang semua takde duduk meja tu...kemana pun anda berada cuba kenang2kanlah mereka...nak menangis rasenya..ememe ememe emmm..sedih rasanya

Tanpa Nama berkata...

guru kena kempen waris tolakj BN PRU13, baru gaji naik RM500, kalau Pakatan Rakyat tak beri, PRU14 sokong BN pula

Tanpa Nama berkata...

guru sekarang UMNO tak pandang sebelah mata pun, nak jadi JKKK pun susah, jauh lagi nak jawatan dalam UMNO, bukan boleh labur wang macam koperat

Tanpa Nama berkata...

Saya syorkan guru turut melaksanakan tugas pengajaran 9 jam dan proses pembelajaran juga disyorkan 9 jam. Pada masa inilah guru mengolah satu anjakan yang baru ke arah profesion perguruan yang setara dengan perkembangan semasa khususnya ke arah memantapkan dan meninggikan mutu sistem pendidikan dalam satu bentuk penambahbaikan yang jitu dan maju.

guru lama berkata...

Saya setuju guru bertugas sampai 4.30, tapi pastikan tiada lagi tugas-tugas lain selepas jam 4.30 seperti kelas tambahan yang biasa dibuat pada waktu malam, tak perlu lagi hantar pelajar ke perkhemahan atau aktiviti lain hingga terpaksa bertugas pada hari jumaat dan sabtu, tiada lagi tugas ko-kurikulum hingga jam 6.30 petang, tak perlu bawa bebanan kerja pulang ke rumah dan pelbagai lagi kerja lain. Kalau ada kerja-kerja selepas jam 4.30, mesti ada ot. Baru sama dengan PA yang lain.

Perisik guru berkata...

Guru ada lebih 400,000 ribu apa. Kita jangan bising..Biarlah apa orang nak kata,nak tambah waktu kerja 9jam,10jam ke biarkan..Kajian beban tugas dah berlambak..dari satu menteri ke satu menteri.tapi tak pernah diumumkan..Kita protes senyap..bila tiba masanya ..kita guna hak kita...Baru tahu langit itu tinggi ke rendah.Kita lihat siapa yang terkena..

Untuk PM, selamilah hati guru..nampaknya macam ada pihak nak sabotaj PM dan gov. dengan isu ini.Harap PM dapat memahami tindakan yang diusahakan oleh dalang-dalang untuk memusnahkan kepimpinan kini.Saya yakin PM akan buat keputusan yang bijak.

2bz4money berkata...

rumah belum siap, pahat dah berbunyi..tunggulah hasil kajian dahulu.

Tanpa Nama berkata...

bukan susah sangat, guru ada cuti sekolah setahun 2 bulan, anggap 2 bulan gaji bercuti tu macam duit ot kerja lebih masa sudah!!! PA lain tak merasa cuti panjang macam kome!!

exit polisia berkata...

Harap pertimbangan kaji semula waktu kerja PA yang lain supaya dikurangkan sedikit memandangkan cuti tahunan pun dah dikurangkan kepada 25 hari.

Tanpa Nama berkata...

ALA.... SETAKAT 9 JAM, DAH JADI KEBIASAAN BAGI PEJAWAT AWAM YANG LAIN.. KALAU TAK NAK KERJA 9 JAM TAK PAYAHLAH NAK JADI CIKGU, BAGI PELUANG ORANG LAIN YANG BETUL-BETUL NAK MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG GURU. NAK HARAP GAJI BESAR TAPI KERJA 9 JAM MERUNGGUT... NO KOMEN.... LU PIKIRLAH SINDIRI!

Tanpa Nama berkata...

Malang...kenyataan ini dikeluarkan oleh seorang Timbalan Menteri Pelajaran, dari kalangan parti BN, di saat-saat PRU13 sudah hampir benar TIBA!

Jika dipandang dari sudut siasahnya aje...BIJAK kah tindakan beliau itu?

Tak habis2, menjadi duri dalam daging...hehee!

Tanpa Nama berkata...

cuti memang tetapi kena juga ke sekolah untuk urusan mcm2.contohnya pendaftaran pelajar baru,kursus lagi,jaga spm lagi..tanda kertas lagi..mana ada pernah rasa cuti penuh 2 bulan...gimik saja tu.. tu tak kira kelas malam,kelas tambahan sabtu ahad,pi khemah(claim tk blh)..PA kena keja ka sampai malam?

saya tgk PA lain rehat ja lebih...pagi dtg punch kad,keluar sarapan...10 pagi keluar makan pagi...tengahari kluar makan...pukul 3 minum petang...pkl 4.30 dah kemas beg nak balik...

Bukan Guru berkata...

Saya sebagai Penjawat Awam biasa, berpendapat tidak patut Kerajaan melaksanakan kerja 9 jam kepada guru ini. Skop tugas sebagi Guru jauh berbeza dengan yang bekerja di Pejabat. Tak perlulah saya ulas panjang-panjang. Memang Tidak Patut Kerajaan ini.

BERPENDAPAT berkata...

SAYA BERSETUJU SANGATLAH KALAU GURU-GURU NI BEKERJA 9 JAM.. MANA ADA KERJA DI DUNIA INI SENANG. BERBALOILAH DENGAN GAJI MEREKA KAN. MACAM BAJET 2012 NI TADI LEBIH KEPADA GAJI CIKGU. KALAU TAK NAK BANYAK KERJA JANGAN JADI CIKGU. CARI KERJA LAIN.. KALAU DAH TANGGUNGJAWAB TU, JALANKAN LAH DENGAN JUJUR DAN IKHLAS..

Tanpa Nama berkata...

Aku paling bosan dgr keluhan cikgu yg kena buat kerja perkeranian,tekanan ibu bapa la, hantar pelajar perkhemahan la, sukan la, hantar pelajar ke klinik la. Aku nak tanya sikit, dlm satu sekolah kalo ada 2 org murid sakit, adakah semua cikgu akan menghantar murid itu ke klinik. Pastu, setiap hari ke ada program perkhemahan dan sukan di semua sekolah seluruh negara. Pastu, boleh beri definisi kerja perkeranian dan pentadbiran x. Pastu, setiap hari ada ratusan ibubapa ke dtg ke sesebuah sekolah utk memberi tekanan dan amaran kepada cikgu. Pastu, semua cikgu kat malysia ni stat mengajar dr 7.30 pg smpai tghari tu waktu mengajarnya penuh sehingga kering air liur. Pastu, waktu cuti, semua ckgu di panggil bekerja? Nmpaknya, korang x faham n x mau faham tugas dan beban PA lain. Sbb apa ? Sbb jumud dan duduk dlm zon paling selesa di dunia dan takut perubahan. Korang ada pikir x, trend ibubapa dah mula nak antar ke sekolah jenis n sekolah swasta. Sbb sibuk dgn tugas yg dinyatkan diatas ke sibuk buat MLM dan insuran. Tugas hakiki MENDIDIK anak bangsa dibaikan. Sbb apa? Gaji x cukup? Korang kasi tau, berapa ribu gaji baru cukup. 10 ribu, 20 ribu....cukup? Betul ke cukup. Ingat.....keinginan manusia tiada batasan dan x pernah cukup. Nampaknya korang x nak, x mau dan x akan paham tugas dan beban PA lain. Buka mata skit la....

zamani zakaria berkata...

betul tu, kerja sebagai PAP adalah jauh lebih sukar dan mencabar minda berbanding gug. maka sebab itulah kami menuntut agar gred kami diselaraskan dengan guru untuk menikmar=ti semangat transformasi ekonomi dan membangkaitkan semangat kekitaan sesama ahli parti.

Tanpa Nama berkata...

Memang keluhan yg membosankan n menjengkelkan......geli aku dgr

Tanpa Nama berkata...

sy bukan lah guru, tp sy dpt rasakan beban yg guru alami, sebelum guru2 mengajar, mrk perlu mengulangkaji apa yg ingin disampaikan kepada murid/pelajar , krn jika tersalah mengajar beri kesan kpd pelajar. jadi cuba kite fikirkan jika setiap guru mengajar/menyemak buku2 lebih dari satu matapelajaran dan lebih dari satu kelas,

orang lama berkata...

Tulah namanya cikgu/guru.. kalau bukan mendidik anak bangsa bukan namanya cikgu/guru.. saya puji cikgu-cikgu zaman dulu.takda pun merungut mcm ni. ok je... cikgu sekarang ni yang lebih-lebih.. tak boleh susah sikit. terlampau di manja sangat tulah. emh...!

Tanpa Nama berkata...

Rupanya inilah realiti sebenar mentaliti kebanyakan PA di Malaysia. Hasad dengki yang tinggi terhadap guru-guru, entah sampai bila akan berubah atau tidak akan pernah berubah kerana sifat dengki dah sebati dgn diri.

Tanpa Nama berkata...

..dilema guru..gaji mau lebih..kerja mau krg... buka minda anda wahai guru.. lihatlah dunia seluas-luasnya..ikut macam burung..lagi tinggi terbang..lagi luas pandangan...jgn jadi katak bawah tempurung...

Hambo Loni berkata...

Kawe Cikgu Liey

jangan gaduh2... kalau saudaraku yang xberpuas hati dengan guru terutamanya grednya bawah DG 41 dipersilakan blajar rajin2 supaya dapat ambil bidang pendidikan dan menjadi guru yaa..kalau tahap akademik tu rendah jangan nak durhaka pada pegawai-pegawai seperti kami.. buatlah kerja kamu dan hormatilah guru-guru yang mengajarmu dahulu. kalau setakat bercakap tak berpuas hati dipersilakan memesuki alam perguruan & sebelum tue belajarlah rajin2 ambil degree dahulu
jauhi hasat dengki tingkatkan nilai murni dalam diri mu... selamat beramal....!!!

Tanpa Nama berkata...

Tak sangka ramai rakyat mlysia ni xtahu bsyukur dan mengenang budi. Kalau x krn guru, ntah2 korang x kenal huruf. Guru ibarat mlepas anjing tsepit kerana mdidik golongan ini.

2bz4money berkata...

Kat sini pun dah boleh tahu dah ada pelbagai pendapat pro dan kontra dari guru2 sendiri. So, perlu ada kesimpulannya yang datangnya dari kajian itu nanti.

PA anak tiri kerajaan berkata...

tak payah nak heboh2 hal ni. memang wajib PA termasuk guru ke siapa ke kerja jam 8 pagi sampai jam 5 petang. kalau tak buat apa mahadir dulu buat punch card. kan baik kalau semua waktu kerja PA selaras. tak payah bingong2. untuk kurangkan bajet mana2 guru yang kerja setengah hari tu bagilah gaki setengah hari, yang nak kerja 9 jam bagi gaji penuh. lagi jimat duit kerajaan. guru kan 400 ribu orang. yang ni kalau gaji diaorang dibajet betul2 tak perlu kita fikir nak buat exit policy nak jimat duit. kalau cikgu kerja 9 jam pun bagus. siapa2 pa yang ada anak tak payah bingung nak tinggalkan anak kat mana2.tinggalkan saja kat sekolah. balik keje jam 5 ambik anak.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
9 jam...fuuh mana boleh samakan kerja mendidik dengan kerpa pejabat... kerja pejabat tak yah cakap banyak buat kerja ,ikut arahan,buka fail..itu ini..selesai..

kerja cekgu ni ..penat dan beban ...bukan setakat berfikir tapi bercakap...lepastu melayan gaya murid..fffuhh macam2...kesian cekgu...harap2 janganlah politikkan mereka...

...................................

encik, jangan ingat semua PA kerja hanya dalam pejabat. ada yang kerja berhujan, berpanas, bersabung nyawa pun masih juga kerja 9 jam. lagi kesian. jangan ingat kerja guru je yang susah. ada PA yang kerja lebih susah tapi pihak kerajaan langsung tak pandang, berbanding GURU2 ni.

Cendol Pulut berkata...

Kena kerja 9 jam pun dah bising, orang lain kerja 12 jam tak kecoh pun...

Tanpa Nama berkata...

pa anaktiri kerajaan

lu kecoh la bro. sy bkn guru, tp xsokong guru keja 9 jam sbb guru da keja pun hmpir 12 jam. guru trn kja bkn kul 8. tp kul 6.30 ada ant mrk da kena brda d sek. klu lu rasa d anaktirikan, brenti je. mbzir duit gov je lu ni.

Politikus berkata...

Rasa org yg berpelajaran dan berpandangan jauh xakan mengeluarkan idea macam ini. Kenapa nk keluarkan idea yg boleh mencetuskan isu. Kesannya sangat buruk tambah2 hampir Pilihanraya ini. Guru merupakan pegawai kerajaan yg paling ramai di Malaysia. Kita kena jg kebajikan mereka bukan membebankan mereka. Sy tahu setiap kali pemimpin yg memegang kementerian pasti akan buat perubahan. Tapi sy mmg xsangka ada juga idea ini yg menjadi pilihan mereka. Sy tahu ibu bapa inginkan sekolah menjadi pusat asuhan kanak2..Wajarkah begini? Kebelakangan ini sy dapati banyak perubahan yg kurang releven turut diterima pakai. Mangsanya ialah guru dan pelajar. PPSMI apa dah jadi? Pembantu guru mana? Hapus PMR? tgoklaa apa akan jadi.. nii tambah masa kerja pula..yakinlah selepas pilihanraya ini akan bertukar pula pemimpin lain yg akan memerintah KPM. Lain pula perubahannya. Bekerja di pejabat yg ada aircorn dan hanya buat kerja di meja serta berurusan dgn org dewasa lebih selesa berbanding guru yg perlu sabar dgn kerenah anak2 dan pentadbir sekolah serta bebanan kerja perkeranian. Yakinlah selepas ini anak2 akan semakin memberontak kerana tpaksa berada selama 9 jam di sekolah. Sy berharap pihak kerajaan perlu menjaga kebajikan guru jgn beri mereka memberontak. Kesannya sangat besar.

Tanpa Nama berkata...

Banyak la pulak komen cikgu, kalau tahu kerje cikgu senang apasal dulu tak jadi cikgu, pasal tak layak ker, atau terlebih pandai.... kalau nak tahu senang ke tidak jadi cikgu cuba abmbik cuti seminggu, duduk rumah dengan anak2 yang beberapa orang tu. Ajar depa apa2 subjek yang korang tahu .... se try test...

Tanpa Nama berkata...

kepada rakyat bebas...

Rata2 70peratus guru panik. Mana taknya. Jaga anak orang lain sampai ke petang. Anak sendiri siapa jaga? Guru2 terpaksa belanja lebih bayar pusat asuhan tadika sebab bayar masa lebih jaga anak. Apa kata Menteri Keluarga? YB Shahrizat?

-anak sendiri guru lainlah yang jaga. macammana jugak dengan orang lain yang hantar anak ke tempat asuhan tak pernah komplen sebab sudah terbiasa. mungkin guru je yang tak biasa.

Masa rehat kena ada duit belanja makan budak. Tengahari depa nak belanja makan lagi. Sebelum balik nak minum air lagi. Ingat nak minum air sink tu baik untuk kesihatan?

- selama ni anak aku sekolah aku sendiri bagi bekal.cikgu belanja anak aku pun kalau ada sekali dua setahun. tu pun kalau dapat no1. kalau tak cikgu langsung tak pandang. cikgu mintak gula2 dari anak aku adalah...

Sudahlah sekolah tamat semasa orang ofis balik. Orang ofis nak pergi ke sekolah ambil anak jauh satu hal. Trafik jem jalan raya penuh pelajar, bas sekolah, kereta guru belum diambil kira lagi. Paling kesian cikgu2 yang nak ambil anak mereka sendiri. Nauzubillah sampai rumah mesti dalam jam 6 - 7 petang. Yang naik bas lagi lah lambat sampai rumah sebab jem. Ada fikir tak hal ini.

- PA2 lain setiap hari macam ni walaupun ada/takda anak, bujang/ berkahwin. tak pernah komplen dan tak kisah kerana sudah biasa.

Balik rumah pelajar penat gila tidur terus. Silap2 mandi pun tak. Kasihan pelajar2 tu belum kerja lagi dah kena 'kerja' macam office hour. Kasihan lah pada budak2. Mana keluarga nak bahagia kalau balik semua penat terus tidur.

-itu bagus, kalau boleh belajar kejap jam 9 malam terus tidur. kurang sikit masalah sosial remaja lepak2 sampai tengah malam buat kerja tak senonoh. sebab kegiatan tak baik ni diaorang suka buat waktu sunyi dan gelap terutamanya malam.mat rempit pun tido.

Ada sebabnya sekolah tu tengahari je. Ada sebab guru boleh pulang awal walhal kerja berlambak terpaksa bawak balik. Mereka balik awal tu pun cuma nak jimatkan belanja bayar tadika yang teramat mahal untuk anak-anak mereka. Anak-anak mereka pun perlu kasih sayang.

-jadi cadangkanlah PA lain pun kerja setengah hari juga,sebab PA lain pun ada yang bawak kerja balik rumah, ada yang tak dapat balik rumah sebab kerja tak dapat dibawa balik rumah.PA lain pun ada anak yang pegi tadika MAHAL dan anak2 juga perlukan kasih sayang ibu bapa mereka. Bukn cikgu je manusia PA lain pun manusia jugak.

Tak payah nak ulas jasa guru. Memang banyak. Kerja pun banyak.

-PA lain pun banyak jasa contohnya doktor banyak selamatkan nyawa pesakit. tak pernah diulas pun?adakah ini penting?

Orang kat Sarawak tu rumah sampai 5km jalan kaki. Nampaknya sampai rumah malam agaknya.Kasihan. Apa mereka peduli?

-ni yang heran ni. jalan kaki pg mana? kerajaan bagi kuatres kat sekolah tak nak tinggal.nak salahkan siapa?

Satu nak ingatkan. Pemimpin (wakil rakyat) dilantik oleh rakyat. Kalau dah rakyat tak suka, janganlah buat. Tak suka pilih wakil yang menyusahkan rakyat balik.

-buat je undi rosak lagi senang. kalau tak tak payah mengundi.

Wahai kerajaan yang tidak berperikemanusiaan. NGO dah bantah. NUTP dah bantah. Masih nak buat eksperimen lagi? Adakah rakyat Malaysia ini tidak cerdik? Adakah pihak kerajaan terlampau cerdik sampai kajian dibuat pada manusia yang hidup? Kami bukan bahan kajian! Buat dulu kajian tanpa libatkan rakyat yang tidak berdosa.

-nilah sebab dimanjakan sangat.lepas tu nak salahkan semua orang. lepas tu tanya lagi rakyat ni cerdik ke tak...SIAPA PULAK YANG MENGAJAR MEREKA MASA SEKOLAH?

Please don't complain too much ok.

kawan cikgu berkata...

kawan akusama menyewa cikgu kerja pagi balik tengahhari kemudian tido jam empat bangun main bola, kalau tak jalan2. malam tengok tv dah hampir tengah malam semak buku budak2. memanglah kerja sampai tengah malam pun tak habis. kalau buat ujian dia cakap buat yang senang2 jadi budak sekolah jawab pun senang markah dapat tinggi. mak bapak pun senang. kalau budak2 gagal susah nak jawab dengan guru bsar. ajar budak2 teknologi dah canggih. print nota ringkas photostate dan bagi budak2 suruh baca. jadi tolong jangan samakan kerja guru ni dengan orang lain ok.kerja cikgu ni lah yang paling susah didunia.

cikgu bebas berkata...

pa anaktiri kerajaan

lu kecoh la bro. sy bkn guru, tp xsokong guru keja 9 jam sbb guru da keja pun hmpir 12 jam. guru trn kja bkn kul 8. tp kul 6.30 ada ant mrk da kena brda d sek. klu lu rasa d anaktirikan, brenti je. mbzir duit gov je lu ni.
----------------------
kau ni lagi kecoh, apasal pulak kau tak sokong cikgu kerja 9 jam? kau mau kami cikgu ni mampus keja 12 jam lagi tambah 3 jam. baik ko pegi balik sekolah belajar kira2 balik. ko mau aku ajar ko matematik ke?

cikgu cemerlang ;-P berkata...

siapa2 guru2 yang tak sanggup kerja 9 jam boleh letak jawatan. Banyak lagi orang lain yang betul2 nak mendidik anak2 bangsa tak kira masa jadi cikgu. bukan makan gaji buta kat rumah.kalau tak nak letak jawatan, diam!!jangan banyak komplen.

Tanpa Nama berkata...

tak payah la menambah beban guru yang telah sememangnya terbeban dangan kerja PA dan kerja2 kerani...

kerani dan PA pernah buat kerja mengajar ke? takder kan?.. kenapa bebankan guru dengan kerja PA dan kerani?

hayata saariman berkata...

Apa apa cadangan yang akan meyentuh zon keselesaan mana mana PA sekalipun seperti tambah masa kerja,potong elaun,tambah tugas,pada awalnya memang sukar diterima.

Saya sokong guru kerja 9 jam agar masa kerja yang dikatakan "kerja guru lebih dari PA yang lain" tu boleh di standardize dgn masa kerja PA yang lain.

Lagi satu...kelas tuisyeen juga boleh diadakan pada siang hari dan tak payah murid murid tuisyen pada waktu malam seperti sekarang.

Apa yang menyebabkan kerja guru nampak lebih selama ini adalah kerana tiadanya masa kerja yang standard.

Guru buat tuisyen malam,orang kata guru kerja sampai malam.
Padahal...masa PA lain kerja antara 2-5 ptg ,mungkin cikgu dah balik rumah.
Jadi cadangan saya,untuk guru ni kita buat waktu kerja ikut minggu.
tetapkan berapa jam dalam seminggu cikgu kena kerja seperti PA yang lain supaya melayakkan mereka mendapat cuti Sabtu dan Ahad.

Jika guru nak buat koko atau tuisyen pada hari sabtu,(Ahad tidak dibenarkan untuk beri pelajar dan guru rehat)mereka boleh kurangkan masa kerja pada hari biasa.Yang pentingnya masa kerja seminggu mereka cukup.
Cara ini juga nampak memberi fleksibiliti kepada pelajar dan guru untuk mengatur aktiviti mengikut kesesuaian.

KESIMPULANNYA...JUMLAH JAM KERJA GURU LEBIH SESUAI DITETAPKAN SEBAGAI JAM PER MINGGU ,BUKAN JAM PER HARI UNTUK MEMBERI FLEKSIBILITI AGAR MURID TIDAK TURUT SAMA MENGALAMI AKTIVITI YANG PADAT MENGIKUT WAKTU KERJA GURU.

ITULAH CADANGAN SAYA....YANG PENTING KITA STANDARDKAN JUMLAH JAM KERJA GURU DGN PA YANG LAIN DGN CARA MENYAMAKAN JAM KERJA PER MINGGU.ITU BELUM LAGI AMBIL KIRA CUTI SEKOLAH TU....TAK KAN ITUPUN GURU GURU TAK SETUJU.LAMA CUTI TU.....

sokong hayata berkata...

Kenapa bila menyentuh hal guru ramai NGO yang bersuara.

Elok diselaraskan jumlah jam kerja guru sama seperti PA yang lain supaya tidak timbul lagi selepas ini,PA lain kata kerja guru senang sebab kerja separuh hari,Guru pula kata PA lain tak memahami tugas mereka yang buat macam macam kerja.

Soalnya sekarang bukan masalah faham atau tidak,bukan juga soal kerja siapa lebih mencabar atau lebih banyak.

Soalnya sekarang,jumlah jam bekerja untuk melayakkkan cuti sabtu ahad dan jam kerja yang setimpal dgn gaji.

Bagaimana caranya....boleh dibincangkan dan beri pendapat.

Tanpa Nama berkata...

cikgu.. cikgu.. npe nk dpertikaikn lagi.. cukup2 la 2.. dah byk kelebihn yg kerajaan bgi pada guru berbanding ngan pa len.. lau nk ikutkn asenye kje guru ngan kje tentra asenye kje tentera g trk.. bekerja 24 jam shri tnpa dpt duit ot.. berkhidmat untk negara dlm menjaga keamanan negara.. tapi ape yg kte tgk lbh byk faedah d berikn kpd guru berbanding tentra.. gji guru pon g byk dri askar.. niat iklas untuk mendidik ank bangsa dah x iklas bila gaji menjdi taruhan.. askar kje lgi trk dri gru tau.. jdi guru sila la trima kenyataan.. n jgn cpt melenting.. anda d beri byk sgt keistimewaan berbanding dgn pa len..

Tanpa Nama berkata...

saya bersetuju sungguh dengan cadangan TPM ni guru kerja 9 jam ni. bukan nak dengki dengan guru tapi banyak faedahnya kepada masyarakat. Saya harap cadangan ini di laksanakan secepat mungkin.

Cikgu 2011 berkata...

Saya tak setuju kerja 9 jam..saya mahu guru bertugas 15 jam....tapi bagi la OT RM50 sejam....

Tanpa Nama berkata...

Rm50 sejam. boleh kot. yang penting kalo guru mengajar sampai 9 jam. anak-anak setiasa sepanjang masa di sekolah dan kurang aktiviti yang tidak sihat , ibubapa boleh berjimat kos tuisyen class, kos minyak kereta ambil pulang balik kalo tengah hari anak2 habis sekolah, ibubapa boleh kerja dengan tenang petang baru ambil anak sekali sama2 pulang, masa pun jimat. banyak lagi faedah2 lain jika kerajaan laksanakan masa bertugas guru ke 9 jam ini. saya sokong sangat2..

CIKGU SEJATI berkata...

SAYA SEBAGAI SEORANG CIKGU BERSETUJU SANGATLAH KALAU KERJA 9 JAM. KENAPA TAK 24 JAM... HAHAHA...
SENANG JE JADI CIKGU NI. DAHLAH GAJI BESAR. TAK NAK MENGAJAR BALIK RUMAH.HEHEHE....

Tanpa Nama berkata...

kpd ckgu bebas

lu ni buta uruf la bro. cuba baca balik komen atas tu. dia tulis xsokong la. buta kayu

Tanpa Nama berkata...

sokong pengomen ckgu bebas..
cikgu bebas ni mmg komen main hentam dan xsuka baca betul2..
bgs ckgu bebas ni brenti je jd ckgu nanti ansk murid jd tolol sbb ckgu buta kayu..

Tanpa Nama berkata...

saya berpendapat elok juga kalau semua tuga PA diselaraskan, gaji dan kenaian pangkat juga diselaraskan sama rata. pasal beban kerja lebih dan kurang, lebih insentif atau kurang kalau diselaraskan takkan ada masalah macam ni. kalau guru tak nak kerja 9 jam, PA lain pun taknak kerja 9 jam, masalahnya sekarang ni PA lain kerja 9 jam dan guru2 kerja mungkin kurang atau lebih dari 9 jam.tidak mahu bekerja 9 jam macam PA lain. JPA tolong selaraskan jadi takkan ada isu macam ni.

Tanpa Nama berkata...

guru kja 9 jam. tp murid kena balik juga dlm pkul 1230 krn kbykn sek ada 2 sesi. pagi dan ptg. tmpt sy mngajar guru tpksa bkongsi meja dan krusi. kpm, atsi la mslh ni dulu. wujudkan sek 1 sesi shj.

Tanpa Nama berkata...

saya xstuju guru kerja 9 jam apalagi utk kepentingan masyarakat konon anak akan terjaga..hello.....ingat sekolah tu tadika ke babysister ke kami semua ni...bagi ka alsan lebih logik....ni semua semua kakitgn kerajaan yg keje 9 jam yg dengki konon kami ni keje senang.hjg bulan dpt gaji...apa ni...kalau semua guru kat malaysia boikot xmau mgjara apa korang nak buat....tolong fikir kepentingan bersama...mcm i pun...abis sekolah petang kena turun untuk train atlet...malam buat rph n semak kertas...mjur xkwin lg..kalau dah kwin xtau apa jd...yg kerani n17 ni ada ke korang mcm tu....kami xda tea break or lunch break macam u all...mcm dikatakan oleh cuepacs..klau nk dilaksanakn sistem ni elaun kami perlu ditambah...tp saya yakin kalau ditambah 1k pun kami ttp xmau sistem ni...keje cikgu ni num 9 paling membunuh di dunia....tolong jgn gunakan kami sbagai tempat korang malas nak jaga anak atau xpyh byr pengasuh kononya....

Tanpa Nama berkata...

kalau guru selama ni bekerja hampir 12 jam sehari, maka kajian semula untuk hanya bekerja 9 jam adalah patut. guru boleh turun kerja sebelum jam 8 pg macam PA lain, dan balik bekerja jam 5 macam PA lain.Guru-guru harus menyokong kajian semula untuk kemudahan mereka.Tapi saya rasa kebanyakan guru membantah kajian semula kerana mungkin selama ini mereka bekerja kurang dari 9 jam. mungkin mereka bekerja 6 hingga 7 jam sehari sahaja.

Tanpa Nama berkata...

LAGU TEMA HARI GURU 2011

Guru penjana transformasi pendidikan negara
bersatu kita menuju paradigma yang baharu
satu tekad dan harapan menyahut cabaran dunia
pendidik berkualiti demi mencapai visi
dengan azam yang murni membentuk akhlak terpuji

Guru mendidik insan dengan setulus hati
membimbing generasi masa depan
guru penjana transformasi pendidikan negara
menjayakan hasrat yang murni satu malaysia

Pendidik berinovasi menghasilkan kreativiti
bersedia hadapi cabaran
arus tanpa sempadan

Pendidik yang berkualiti
membentuk akhlak terpuji
mengimbangkan rohani
jati diri dan jasmani

Guru mendidik insan dengan setulus hati
membimbing generasi masa depan
guru penjana transformasi pendidikan negara
menjayakan hasrat yang murni satu malaysia
satu malaysia… satu malaysia

-----------------------------
dengar tu guru2 semua. Saya seorang guru.saya ikhlas mengajar anak - anak didik saya dan saya tidak kisah kalau ada penetapan masa bekerja wajib 9 jam. saya ikhlas. dengan gaji saya dg 44 kalau saya tak mengajar setimpal dengan gaji saya, saya rasakan gaji saya tak berkat dunia akhirat.

Tanpa Nama berkata...

SAYA CADANGKAN MASA CUTI SEKOLAH SEMUA PA2 SELAIN GURU JUGA CUTI SEKOLAH. SAYA NAK BAWAK ANAK PERGI BERCUTI TIAP2 KALI CUTI SEKOLAH, MACAM KEBANYAKAN GURU YANG BAWAK ANAK2 MEREKA BERCUTI TIME CUTI SEKOLAH.


-PA YANG TAK PERNAH DAPAT BAWA ANAK2 BERCUTI-

Tanpa Nama berkata...

hati sy panas bkn sbb komen2 d atas. Tp panas dgn pnyokong indon masa lgu negaraku bkumandang sblm game bolasepak sukan sea. sgt tdk btamadun. ayuh pa smua, kta bganding bahu mlenyapkan pati indon dr bumi mlaysia. sori sbb kluar dr topik, tp saya anak mlaysia. malaysia tanah tumpah darahku.. dr tentera emo..

Tanpa Nama berkata...

kpd pa yg takpnh bawa anak bcuti

bykla cantik cdgn ko. linkup la gov klu gitu. apsal dlu xnak mta jd ckgu? nak bw anak bcuti ko kena la manage btul2 masa tu.

Tanpa Nama berkata...

Memang sah guru2 yang bantah kajian semula ni tak ikhlas nak mengajar. ingat nak harap kan naik gaji tambah elaun jer. lepas tu membebel... lepas tu ugut pulak taknak mengajar.. boleh jugak ni. cubalah tutup sekolah sebulan..lepas tu kami di hospital tutup hospital sebulan..kita tengok apa jadi

-PA HOSPITAL YANG BEKERJA 9 JAM-

Tanpa Nama berkata...

KALAU KERAJAAN LINGKUP PA CUTI TIME SEKOLAH, SAYA CADANGKAN SEMUA PA BEKERJA SEPERTI BIASA, MANAKALA GURU2 JUGAK MESTI DUDUK DALAM PEJABAT MASUK JAM 8 BALIK JAM 5. INI BARU ADIL SEMUA TAK DAPAT BERCUTI. JADI KITA SAMA2 MANAGELAH MASA KITA CUTI BETUL BETUL UNTUK BAWAK ANAK BERCUTI.

-PA YANG TAK PERNAH DAPAT BAWA ANAK2 BERCUTI-

Tanpa Nama berkata...

kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kahah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah...kah..

Tanpa Nama berkata...

jika mau guru kerja 9 jam sehari ada syaratnya....

1) pastikan hari sabtu dan ahad tiada langsung aktiviti sukan, mesyuarat, aktiviti kokurikulum, kelas tambahan dan apa-apa aktiviti yang menyebabkan guru terpaksa bekerja

2)pastikan kerja 9 jam hanya 9 jam. tidak perlulah kerja lebih masa seperti klas tambahan malam atau kokurikulum yang selalu dibuat pada waktu petang.dan kalau guru x sempat membuat kerja2 mengisi data dan membuat rancangan mengajar mahupun apa-apa kerja lain tak perlulah dibawa balik ke rumah kerja-kerja tersebut.

3)mungkin lebih selesa bila setiap kelas diletakkan aircond. kerja 9 jam dengan memakai baju kemeja mungkin tidak selesa dengan hanya kipas sahaja.

4)guru boleh mengajar duduk di kerusi dan pastikan kerusi untuk guru didalam kelas adalah sama seperti di dalam pejabat.(bukannya kerusi plastik seperti yang ada disekolahku)

rasanya kalo ada sapa2 nak buat penambahan bolehlah senaraikan..

PAP Kulim berkata...

kerja cikgu bukannya berat pun. berbanding dengan PAP yang bersengkang mata memastikan sesuatu jabatan mencapai NKRA dan KPI, serta memajukan negara. berat sekali tugas PAP, yg sepatutnya dah naik ke N41 agar setaraf guru kerana beban tugas yang hampir sama.

Tanpa Nama berkata...

booooooooiioooooooooooooooooooooiiiiiiikkkkkkkiiiiiioooooooooiiioooooooooiiioooooooooooooiiioioiioioooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo

Tanpa Nama berkata...

Klau pikir gaji, cuti n mase bertugas mmg le org nmpak cikgu ni byk keselesaan. Tapi diorang xtau mcm mana tugas guru sbnrnye. PA lain mmg le bt kerje 9 jam tapi kerjanye stkat 9 jam shj. Kerja lebih mintak OT. Klau x taknak kerja. Jgn nk kelentong.

Disini saya cerita sikit kerja PA di sstgh jabtn. Pagi dtg punch kad pastu hantar ank ke taska. Blik dr taska masuk opis kejap kemudian turun kantin lepak 1 jam. Pkl 10 naik kerja 30 minit pastu turun lagi sbb nk ambik ank kat taska. Blik drpd taska dh 12.30. Terus hilang. 2.30 baru muncul. Pastu baru sebok nk pegi smbhyang zuhur. Blik drpd smbhyg buat kerja 30 minit. Turun kantin lg. Lepak smpai pkl 4. Naik smbhyg asar buat kerja 30 minit. Pkl 4.55 dh duduk dpn punch kad.

Berapa jam je kerja? Lg mau bising pasal kerja guru. Dh 3 jbtn aku kerja ke tiga2 jabtn stafnye mcm tu. Blom lg yg lepak mkn kacang kat meja kawan, sebok mnjahit, bergosip n tengok tv cerita telenovela.


Guru mmg byk cuti tapi cuti bkn milik peribadi. Sabtu ahad kene jaga bdk camping. Klau ade pertandingan kene buat latihan smpai ke mlm. Cuti sekolah kene jaga spm n stpm. Abis spm kene dtg sekolah buat urusan pendaftaran murid. Key in data, meeting kokurikulum n gotong royong. Tapi x pernah nk sebok mintak ot.

Agak2 klau PA lain yg kerja 9 jam tu bleh buat mcm tu x? Ank sendiri pun x bleh nk jage. Bile ank gagal perikse n ade mslh displin mulelah hentam guru.

Tak pyhlah sebok2 dgn kerja guru. Anda sendiri pun blom tau lg btol2 kerja 9 jam.

Kakitangan awam cabok.

Tanpa Nama berkata...

ala aku tau macam mana kerja guru ni, dulu aku sekolah 11 tahun kat sekolah tengok perangai guru ni.takde pernah pun aku sekolah kat jabatan perhutanan ke, polis ke tentera ke jabatan kesihatan ke... sebenarnya guru yang tak tahu kerja PA2 lain. tapi buat buat macam lebih tahu.

Tanpa Nama berkata...

betul tu tanpa nama diatas. contohnya guru ni ingat kerani ni duduk je dalam pejabat..kerja jam 8 balik jam 5. diaorang tak tau pun kerani ni ada macam2 kerani kat malaysia ni. kerani kerja tukang masak ada, kerani kerja makmal pun ada. macam2 lagilah jenis kerani ni. cuba pk common sense sikit.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa Mesti Tolak 100% Guru Bekerja 9 Jam.
--------------------------------------------------------

1-Tiada jaminan tidak diganggu waktu selain waktu pejabat kerana “nature” kerja guru yang tidak terhad kepada masa waktu pejabat. Contoh Aktiviti seperti Kokurikulum, latihan sukan, kelas tambahan malam, mesyuarat PIBG, gotong royong, Latihan dalam perkhidmatan ( LADAP) dan banyak lagi yang tidak dapat dinyatakan di sini tidak sesuai dilaksanakan waktu pejabat.

2.Permintaan untuk dinaikkan gaji dan over time adalah permintaan tidak munasabah sebagai timbal balik bekerja 9 jam seperti pegawai kerajaan lain kerana bilangan guru yang ramai 400 000 orang. Ini akan mengakibatkan beban kewangan yang tinggi pada pihak kerajaan dan sudah pasti pihak kerajaan tidak mampu menanggungnya. Akhirnya bekerja 9 jam dan mungkin lebih. Tetapi kalau diberikan peluang untuk claim OT belum tentu akan dapat ! dan barangkali kalau dapat claim OT entah-entah 1 jam bersamaan RM1!!.

3. Dalam konteks sekarang, kenaikan gred gaji guru adalah paling SIPUT ! Dalam sektor lain, sekiranya bermula dengan gred 41 dan dalam masa 8 ke 10 tahun sudah berpeluang mendapat gred gaji 48 dan ke atas. Manakala kaum guru dalam masa 16 tahun baru sahaja berpeluang mendapat gred 48, itu pun selepas Bajet 2012. Sebelum ini memakan masa 20 tahun dari gred 41 ke 48 !!!!!! . Jadi jika pihak guru mendesak mendapat kenaikan gred gaji seperti sector lain, sudah pasti satu tuntutan MUSTAHIL kerana bilangan guru yang ramai 400 000 orang seperti diterangkan dalam perkara 3.

4.Paling mudah adalah tidak berkompromi dengan bekerja 9 jam kerana janji-janji istimewa sekiranya bekerja 9 jam tidak realible. Pekeliling untuk guru datang sekolah 2 kali sabtu pun tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana kekangan-kekangan yang tidak dapat dielakkan kerana perkara 1 yang telah diterangkan.

+++Mohd Hafez Hilmi bin Harun+++
( Anti Guru Bekerja 9 jam)

Tanpa Nama berkata...

aeaduhai.... mohd hafez hilmi bin harun, kalau tak nak jadi cikgu letak jawatan. banyak lagi orng lain yang berminat jadi cikgu. banyak komplain!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Muhyiddin umum pemansuhan projek rintis pengajaran 9 jam

2011/11/19
LABUAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemansuhan projek rintis pengajaran sembilan jam yang sepatutnya bermula di empat negeri, tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ketetapan itu dibuat bagi mengelak kekeliruan di kalangan guru, selain tidak mahu menambah beban sedia ada.
Katanya, ketetapan itu sudah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (Datuk Seri Abu Bakar Abdullah).
Beliau berkata demikian pada sidang media di Lapangan Terbang Labuan di sini, sebentar tadi.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Muhyiddinumumpemansuhanprojekrintispengajaran9jam/Article


Terima Kasih Tan Sri Muhyiddin atas keperihatinan !
++ Mohd Hafez Hilmi bin Harun

Rakyat Bebas berkata...

Alhamdulillah. Saya ucapkan tahniah kepada TPM kerana berani mem'veto keputusan yang diumumkan oleh timbalannya. Sudah terang lagi bersuluh memang 9 jam tidak patut diadakan mahupun dicadangkan sekalipun.

Kepada PA yang hebat2, anda memang hebat. Namun anda masih tidak dapat menandingi kehebatan seorang guru kerana jika seorang jurutera membina jambatan dari bumi ke planet marikh sekalipun, dia di ajar oleh seorang guru. Guru membina manusia berjaya dunia akhirat.

Sekali lagi diucapkan terima kasih kepada YAB Tan Sri Muhyiddin bin Yasin kerana membuat keputusan ini.

Tanpa Nama berkata...

Ramai yg dengki dgn cikgu.... nasib la cikgu2

Tanpa Nama berkata...

Disebalik keprihatinan TPM keatas guru ni. tujuan sebaliknya mungkin untuk meraih sokongan guru 4ratus ribu pada PRU13 nanti.tapi wahai pihak kerajaan, tolong jangan lupakan 1 juta PA2 yang lain. jangan kerana setitik nila rosak susu sebelanga..

PA2 lain.. berkata...

betul2.asyik2 guru, sini hal guru sana hal guru. fed up aku cubalah bagi isu lain, isu pemandu kenderaan bermotor kah, attendan kah, bomba kah.banyak lagi isu lain lah. apa diaorang ingat cikgu saja kah yang mengundi? PA lain tak mengundi?

Tanpa Nama berkata...

salam

kenapa ramai sgt yg tk puashati dgn guru ni....

apa pun sy ucapkan jutaan terima yg tk ternilai...sbb apa

dr sy tk pandai skrg dah pandai dan ada kerjaya sendiri...

semua itu bermula dari guru...
jadi kelebihan yang ada@diberi kepada seorang guru tk patut kita semua dengki dan tk puas hati...

rasanya wpun cikgu mengajar setengah hari... tp waktu kerjanya lebih daripada tu....

berbalik pada kita masa kita belajar dulu macam mana....dengan kerenah kita yg entah apa2... tu semua bagi masalah pada guru...
tanggung kerenah pelajar boleh sakit jiwa guru2... tp tu semua kita tk fikir

tk kira ada bergaji besar melangit pun semua tu bermula dari guru...
ingat la wahai teman2ku....
cuba kita fikir sejenak....

jadi tk perlu nk dengki dengan tugas guru...

terima kasih cikgu

askar berkata...

kalaulah Bumi Malaysia tercinta ni suatu hari nanti diserang oleh kuasa2 besar kat barat tu, pihak berkuasa tolong panggil cikgu bawak senjata pegi perang ok. tentera tak penting... tak penting..

Tanpa Nama berkata...

askar

hg dah jadi askar, askar la kena jaga negara. tanpa guru hg tk mungkin akan jadi askar. tak gitu askar

skarang isu tentang guru bukan tentang askar ke PA ke apa...
adoiiiii

Hamba Allah berkata...

setiap benda yang berlaku pasti ada pro dan kontranya, setiap manusia di muka bumi ini ada habuan dan imbalan masing2 yang telah dikurniakan kepadanya dan hasad dengki bukanlah amalan yang menguntungkan. bersyukurlah dengan apa yang ada. jangan dengki dengan rezeki yang diterima oleh guru2 sbb kita juga punya rezeki yang tidak pernah kita bayangkan.

Bekas Guru berkata...

Saya pernah menjedi seorang guru di sebuah kawasan pedalaman Sabah sebelum saya bertugas sebagai pa di bandar. Realitinya mmg perit dan sukar dengan mengambilkira tempat tinggal tidak ketentuan, bekalan air yang hanya bergantung pada air hujan, ketiadaan bekalan elektrik dan terpaksa berjalan kaki lebih dari 5 jam merentasi kawasan hutan simpan untuk keluar. Jika elaun dan gaji guru jadi persoalan, Saya rasa tidak berbaloi semua semua itu. Saya menyanjung pengorbanan guru2 yang ada khususnya guru2 di pedalaman.

Tanpa Nama berkata...

mentaliti manusia - kalau dapat jadi doktor, dulu cikgu yang ajar baru dapat jadi doktor. kalau jadi penjenayah mak bapak salah tak pandai didik anak.macam askar diatas kerana cikgu beliau dapat menjadi askar..kalau jadi penjenayah mestilah mak bapak yang salah didik... yang baik2 semuanya datang dari cikgu, yang tak baik semuanya datang dari mak bapak sendiri...

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

mentaliti manusia - kalau dapat jadi doktor, dulu cikgu yang ajar baru dapat jadi doktor. kalau jadi penjenayah mak bapak salah tak pandai didik anak.macam askar diatas kerana cikgu beliau dapat menjadi askar..kalau jadi penjenayah mestilah mak bapak yang salah didik... yang baik2 semuanya datang dari cikgu, yang tak baik semuanya datang dari mak bapak sendiri...
--------------------------------
yang baik semuanya datang dari tuhan, yang tak baik juga datang dari tuhan dan atas kelemahan manusia itu sendiri. guru hanya penyampai ilmu, ilmu itu datang dari tuhan. bijak pandai seseorang kerana tuhan bukannya guru.janganlah kita salah faham. peace

Tanpa Nama berkata...

PA2 lain pun ada bekerja jauh di pedalaman. tetapi pengorbanan mereka kepada negara tidak dipedulikan... manakala pengorbanan guru dimana2 sentiasa disanjung.

Tanpa Nama berkata...

memang sahlah Guru2 ni anak emas kerajaan...Anak tiri!!! pegi cuci baju anak emas.Anak emas pegi tdo, jangan susah2.. huah huah huah..

Tanpa Nama berkata...

guru ini org penting.

jadi tk payah nk dengki mendengki sesama kita,

rezeki tuhan dah tentukan....

kalau duk dengki tak ke mana jugak...

de

Tanpa Nama berkata...

Guru selalu menghina pa dlm ruangan forum spt ini. Kata pa x belajar rajin masa sekolah la. Sbb tu kerja kerani je. Tp depa x sedaq, skim guru adalah pilihan terakhir bg golongan PnP. Maknanya, bila dah x dpt keje lain. Kata lain, paling bawah skali laa. Golongan professional x pandang pun geng2 cikgu yg kuat berangan ni. Tu laa, buli lg pa lain. Kat sini blh la tunjuk hero..

Tanpa Nama berkata...

Paling kurang, guru tidak ada ajar ajaran sesat seperti ini kepada anak2 di sekolah:

"....skim guru adalah pilihan terakhir bg golongan PnP. Maknanya, bila dah x dpt keje lain. Kata lain, paling bawah skali laa..."

Zaman sudah berubah beb. Ketinggalan zaman ke apa? Saje nak provoke.

Tanpa Nama berkata...

Kami guru tidak memprovoke mana2 PA dan tidak menghina mana2 PA. Mungkin anda telah salah faham.

Tanpa Nama berkata...

Baru dengar kena kerja 9 jam dah melompat.. Memang sepatutnya guru perlu mencuba kerja 9 jam ni supaya dapat rasa macam mana PA yang lain dah bertahun-tahun kerja 9 jam.. Guru oh guru... Lupakah hampa sekarang ni cuti semester dah bermula.. Lebih dari sebulan cuti dapat gaji free saja.. Ada penah dengar PA kesah.. Baru panggil utk kursus sekerat hari utk hari ni dah seribu alasan bagi sebab sedang bercuti.. Itu belum kira cuti semester yg lain lagi.. Dah la hari2 balik awai.. Kami PA dok perhati kot tingkap saja tengok guru2 dah balik.. Dah la macam insentif depa dapat.. Time-based 8 tahun saja kami 15 tahun baru nak dapat.. Cikgu DG41 kat sekolah rendah buat keja yg sama serupa sebijik dgn DGA29.. Kalau PA gred 41 kena kerja ikut cara 41 la mana bleh buat kerja gred 29.. Sambung belajaq free.. Ditaja sepenuhnya.. Kesimpulannya guru anak emas permata berlian yg sentiasa dibela oleh kerajaan adalah golongan PALINGGGGG banyak menyokong pembangkang... Sekian, terima kasih...

Tanpa Nama berkata...

Tak yala dengki2 gan cikgu, da nasib badan, terima jelah. da rezeki, nak buat apa kecoh2. esok lusa, anak jadi cikgu baru nak puji n sanjung kerjaya cikgu. kalu tak de kepentingan, ha..tulah nak mengutuk sbb dengki bukannya apa.. mmg dasar pendengki tak kena tempat, mmglah byk alasan n isu yang hendak diperkatakan tp kesimpulannya tepuk dada tanya selera, lu pikirla sendiri..nak jadi manusia yang mcm mana.

aku hensem walau kerja 9 jam berkata...

Hah..dasar flip flop..sorang kata buat sorang lagi kata jangan belum laksana dh mengalah..nak jaga undi dgn kantung sepenggal lagi...jasa guru mendidik anak bangsa pasti dpt pahala berganda dari pencipta... Memang tidak dinafi tanpa guru tiadalah ketua pembangkang dan tiadalah pm...mcm semuanya akan jadi dungu belaka... Duhai pendidik dh dapat betis nk peha... Apa nk takut sgt kalau kerja 9 jam..risau anak siapa nk jaga..risau ayam lembu siapa nk bg makan...almaklumlah banyak masa sampai menjadi penernak berjaya sedangkan berkarier sbg pendidik...kerja separuh hari...PA lain kerja siang malam utk kemajuan negara...ayuh pendidik apa takut sangat..kalu berani dan demi anak bangsa kenapa bantah kerja 9 jam?

Tanpa Nama berkata...

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Aku seorang pensyarah. Memulakan kerjaya sebagai guru DG 29(SK), DG41 (SMK) dan skrg DG44 di Kolej Matrikulasi. Sejak aku bergelar guru punch DG29 dan DG41 punch in sblm jam 7.30 dan punch out 2.30 ptg. Tapi kenderaan aku meninggalkan kawasan sekolah jam mutakhir ialah 7.00 mlm. Aku tak la tidur kat sekolah semata-mata nak balik jam 7.00 mlm. Kini aku mengajar di kolej matrikulasi. Punch in sblm jam 8.00 pagi dan punch out jam 5.00 ptg. Malamnya selepas maghrib aku diarah datang untuk kelas tambahan hingga jam 10.00 mlm. Cuti semesterku tak selari dengan cuti sekolah. Jadi la aku insan yang hilang masa emas bersama keluarga. Apakan daya aku hanya ada CRK 7 hari setahun. Cuti semester ku habiskan dengan menghantar anak-anak ku kesekolah. tatkala anak-anak dan isteri ku bercuti mereka ku hantar ke kampung halaman bercuti tanpa ku menemami kerana aku terpaksa bertugas. Justeru itu aku sangat bersetuju guru bekerja 9 jam sehari supaya keistimewaan PA lain dapat ku dan rakan-rakan nikmati.Jng risau pasal bayaran pengasuh kerana cuti seekolah pun bayaran pengasuh dibayar seperti biasa. Kpd semua guru marilah kita terima cabaran kerja 9 jam sehari kerana kita sebenarnya tidak rugi apa-apa malah inilah salah satu caranya nak memperkasakan profesion perguruan. NGO yang sokong NUTP itu bukannnya ikhlas mana pun . Mungkin isteri mereka guru dan mudah nak bawa balik kampung makan kenduri ja. Pengalaman lepas berapa sangat gaji kita nak bawa keluarga bercuti hingga 6 minggu. Paling lama 4 hari 3 malam kerana selepas itu kita akan lepak dirumah mengira bajet buka sekolah ja. Lagi puun bukan semua guru paangannya juga guru. kepada pasangan bukan guru sama ja duduk rumah kerana pasangannya tidak bercuti.. Ayuh para guru terima cabaran ini menyahut Transformasi pendidikan Negara. Seelapas ini kita pun akan turuti langkah PA lain kalau diarah datanganbertugas diluar jam bekerja minta surat tuntut OT. Klu dipanggil bertugas hujung minggu melebihi 2 kali kita tunjukkan pekeliling. Mari lah kita bersatu menegakkan hak kita.

Tanpa Nama berkata...

anak emas tak boleh kerja 9 jam sehari... letih.. anak tiri mesti kerja 9 jam..tak boleh letih-letih... huah huah huah...

Tanpa Nama berkata...

Guru bekerja lebih 12 jam sehari? hmm...Jiran aku cikgu hari2 balik keje jam 1 ptg. dalam pukul 3 mcm tu sampai lewat petang, dia start kokurikulum dengan anak2 dia sendiri depan rumah,main badminton, jogging, kalau tak pegi jalan2, shopping, malam jam 7 sampai 9 setengah, mengajar di pusat tution berbayar, anak aku pun masuk kelas 180 sebulan sorang. kalau kira betul betul 730 am sampai 930 pm 'waktu bekerja' memanglah lebih 12 jam. isteri aku selalu mengeluh, kenapalah engkau tak mintak keje guru dulu, kan senang...macam jiran kita tu. nasib baikla blog ni tak boleh upload video.. kalau boleh upload aku nak bagi bukti video guru bekerja lebih 12 jam ni...kah.kah.kah

Tanpa Nama berkata...

Ayuhhh para cikgu...sahut cabaran keje 9 jam. Ingat...tugas utama mendidik, bukan jd penternak berjaya atau jaguh MLM. Betul, itu rezeki dan usaha masing2. Tp kalo tugas utama diabai (bukan semua ek), apa cite. Ayuhhh,,, bangun,,, lihat dunia skit. Jgn duk terperap jeeee. Hehehehe jgn maree.

Tanpa Nama berkata...

Aku pun berjiran ngan pasangan cikgu lebih 10 tahun. Mmg tiap hari blk kul 1. Esok bermula sesi bertugas mega 12 jam sehari. Dah plan nak blk kg, pegi langkawi la, pulau pinang la. Aku x penah nampak pulak diorg berkejar ke skolah utk buat kerja di musim cuti ni. Ada la jarang2 sgt. Maybe diorg je yg relax kot,, drp hampir 400 ribu guru kat mlaysia ni.

Wak berkata...

TPM tu Menteri Pelajaran. Hang tu dari Kementerian Pertahanan dok wat pa kacau Kementerian Pelajaran punya hal? Siapa suruh pilih? Salahkan guru lagi. Semua nak salahkan guru. Sibuk jaga tepi kain orang.

Massa berkata...

Guru bawa kerja ke rumah. Jaga anak tunggu sampai anak tidur baru boleh buat kerja. Kamu yang bukan guru ada bawa kerja ke rumah? Guru BM nak tanda kertas exam paling kurang seminggu tau tak? Belum lagi buat soalan, staple, buat analisis soalan, buat ulangkaji dengan pelajar, key in markah dalam saps, key in markah dalam data sekolah, buat laporan peperiksaan, kena analisis pelajar seorang demi seorang, beri slip peperiksaan kepada ibu bapa, bimbing setiap orang pelajar - kelemahan dan cara atasinya. Itu semua baru satu mata pelajaran pada satu peperiksaan biasa. Korang ingat senang ke? Ingat kalau tidak bawa ke rumah boleh selesai ikut tarikh akhir ke?

Suka sangat menyusahkan guru. Sudahlah anak korang menyusahkan guru dengan masalah disiplin, ini ditambah lagi dengan ibubapa yang dengki nak buat guru sengsara. Tak habis2.

Tanpa Nama berkata...

Itulah masalah guru. kerja sekolah buatlah di sekolah. kerja rumah buatlah di rumah. habis mengajar jam 1 buatlah kerja kat sekolah habis habis. ada 3 jam lagi dari pukul 2 sampai pukul 5..takkan lah langsung takda masa nak buat. Guru 2 sesi pun bukannya mengajar straight dari pukul 7pg sampai 630 ptg. tak logiklah. mesti ada paling kurang 1-2 jam free, nak bawak balik rumah pukul 1 buat apa. sebab tulah kami PA2 lain tak bawak kerja kat ofis balik rumah..kami pandai bagi masa. lepas tu salahkan anak2 sendiri lagi kacau. kat ofis mana ada anak kacau.. cakap anak kite pulak bermasalah disiplin. memanglah dah tanggungjawab cikgu jaga disiplin budak sekolah.. kalau tak buat apa namanya cikgu. macam kerani gaji. pekerja bermasalah ke tak ke dia buat jugak gaji. takde pun dia komplen pekerja tu menyusahkan dia jak buat gaji pekerja tu. Tanggungjawab, pembahagian masa, semua tu kena ambik kire.

Tanpa Nama berkata...

Itulah masalah guru. kerja sekolah buatlah di sekolah. kerja rumah buatlah di rumah. habis mengajar jam 1 buatlah kerja kat sekolah habis habis. ada 3 jam lagi dari pukul 2 sampai pukul 5..takkan lah langsung takda masa nak buat. Guru 2 sesi pun bukannya mengajar straight dari pukul 7pg sampai 630 ptg. tak logiklah. mesti ada paling kurang 1-2 jam free, nak bawak balik rumah pukul 1 buat apa. sebab tulah kami PA2 lain tak bawak kerja kat ofis balik rumah..kami pandai bagi masa. lepas tu salahkan anak2 sendiri lagi kacau. kat ofis mana ada anak kacau.. cakap anak kite pulak bermasalah disiplin. memanglah dah tanggungjawab cikgu jaga disiplin budak sekolah.. kalau tak buat apa namanya cikgu. macam kerani gaji. pekerja bermasalah ke tak ke dia buat jugak gaji. takde pun dia komplen pekerja tu menyusahkan dia jak buat gaji pekerja tu. Tanggungjawab, pembahagian masa, semua tu kena ambik kire.
----------------------------------
aku sokong. mungkin itulah sebab diaorang nak cadang kerja 9 jam tu. tak semestinya mengajar straight dari jam 8 sampai pukul 5. mungkin masa mengajar macam biasa. cuma guru perlu buat apa yang perlu apabila habis mengajar dari tengahari sampai jam 5.. takkanlah tengok jam 1 punggung dah gatal nak balik rumah. jangan marah...

Tanpa Nama berkata...

betul, tengok tajuk dah tau..bukannya KAJI SEMULA GURU MENGAJAR 9 JAM.TAPI KAJI MASA GURU BEKERJA 9 JAM..cikgu je yang tak paham.hm

kerani pejabat berkata...

cikgu sentiasa bawak kerja balik rumah.kerani pun nak bawak balik kerja balik rumah. boleh cadangkan kat parlimen?.. kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia. setuju dengan semua komen diatas kerja sehari 9 jam bukan ngajar 9 jam. Aku pon besa buat juga. Kul 3-4.30 ptg dok dalam bilik guru semak buku dan buat persiapan ngajar esok. Kul 5.30 - 7.00 kat padang trainning team sekolah. Ikhlas aku akui yang dok latih sukan sepanjang tahunpi mai pi mai org yang sama ja. Pasai kokurikulum jng dok kelentong org luar klu dah gred DG memang kena buat koko seminggu 2 jam. sudah cikgu cikgi zaman skrg jng dok terikut ngan tradisi lapok. Masukjam 7.30 kul 1.00 sama berlumba ngan murid balik. Alasan ambil anak. Bagi ja anak tu naik kenderaan bas atau van sekolah. Boleh juga org lain tumpang cari rezeki. ni klu mesyuarat lambat habis sikit muncung merungut ja dalam mesyuarat. AKU GURU AKU SOKONG MASA KERJA 9 JAM. TPM JNG DOK LAYAN SANGAT RAKAN-RAKAN AKU YANG JUGA CIKGU BANYAK SONGEH NI.

Tanpa Nama berkata...

Setuju ngan pendapat tanpa nama di atas. Klu semua guru membuat dimensi baru dan anjakan paradigma cara bekerja sesungguhnya pengurusan masa seorang guru akan lebih efisyen. Masa mengajar tamat jam 1 atau 2 petang. Slps itu terus berada di sekolah hingga jam 5 ptg selesaikan semua tugasan kononnya beban kerja perkeranian. semak buku latihan dan nota pelajar. Tak perlu la lagi bawa kerja pulang kerumah kerana dirumah banyak ganguan anak dan anak mertua. Setidak-tidaknya ada juga buat ruang pelajar berjumpa bincang masalah pembelajaran selepas tamat waktu persekolahan. bab aktiviti kokurikulum mungkin KPM boleh wujudkan tugas khas guru kokurikulum di sekolah seperti mana di IPG atau Matrikulasi. Biarkan guru khas kokurikulum yang uruskan pasal kokurikulum manakala guru akademik tumpukan bab akademik. insyaallah tiada masalah rungutan kerja dan beban tugas yang tak pernah selesai. Pada pandangan aku saranan guru bekerja 9 jam sangat tepat dan betul cadangannnya.Ingat kerja 9 jam sehari bukan ngajar 9 jam sehari. Usahlah tegakkan benang yang basah. Insyaallah selepas ini CRK 7 hari boleh jadi Cuti tahunan yang lebih menguntungkan .

Tanpa Nama berkata...

Walau apa pun dasar yg cuba dilaksana oleh kerajaan pasti ditentang majoriti guru terutama dasar utk mengubah cara dan amalan bekerja mereka. Dasar tu belum pun dilaksana, tp sudah ditentang. Inilah corak pemikiran golongan guru yg sedang mengajar anak2 kita. Org lain semua salah, dia je yg betul. Cadangan waktu kerja 9 jam ditolak mentah2 oleh majoriti guru tanpa smpat dilaksanakan dan dinilai. Mereka tidak akan menerima waktu kerja 9 jam wpun dlm mimpi atau pd kelahiran semula. Kerana apa? Kerana mengurangkan waktu rehat mereka yg sedia banyak itu. Sekian.

Tanpa Nama berkata...

cikgu kerja 9 jam dibatalkan sebab "cikgu tak paham rasional kerja 9 jam" oleh itu tak payah buat lah, membazir je... senang betul alasan menteri dan hebatnya cikgu kita ni menteri pun tak jadi buat....

Tanpa Nama berkata...

cikgu satu hari bukan dari pagi sampai kul 2 mengajar. satu hari berapa waktu je... ada hari 1 waktu je mengajar. selebihnya lepak kantin, lepak perpustakaan, tak pun duduk kat bilik guru layan facebook. pastu sibuk kerja nak bawak balik rumah.....kononnya kat sekolah takde waktu sangat nak menanda buku murid.....

Tanpa Nama berkata...

Muhyiddin umum pemansuhan projek rintis pengajaran 9 jam

2011/11/19
LABUAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemansuhan projek rintis pengajaran sembilan jam yang sepatutnya bermula di empat negeri, tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ketetapan itu dibuat bagi mengelak kekeliruan di kalangan guru, selain tidak mahu menambah beban sedia ada.
Katanya, ketetapan itu sudah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (Datuk Seri Abu Bakar Abdullah).
Beliau berkata demikian pada sidang media di Lapangan Terbang Labuan di sini, sebentar tadi.
--------------------
cikgu keliru je tak payah buat lah... senang je gitu.... patutnya kalau cikgu keliru kena bagi penerangan supaya paham....bukannya cepat mengalah...
cuba dulu kerja 9 jam....bukannya mengajar 9 jam... kerja tak payah bawa balik rumah lagi....ada masa buat kat sekolah sampai siap....

Tanpa Nama berkata...

manalah cikgu2 mau buat kerja kat sekolah... mestilah diaorang suka buat kerja di rumah.. boleh tak pakai baju,boleh hisap rokok..nak meniarap ke, telentang ke, mencangkung ke, pake spender/seluar dalam pun boleh.. kalau tak nak buat kerja boleh terus pakai baju tidor dan terus tido sampai esok... kat ofis mana boleh buat macam tu..kerja facebook je yang boleh buat kah kah kah...

Tanpa Nama berkata...

dari petikan...
"Sebelum ini pun ada kajian mengenai beban guru oleh kementerian beberapa tahun lalu, namun hasil belum dihebahkan lagi. Saya minta agar kajian tersebut didedahkan segera," katanya di sini hari ini.
----------------------------
kementerian lain tiap tahun hantar workload.. kementerian pelajaran dah beberapa tahun pun takda hasil. ada ke tak workload kkm ni? pelik bin ajaib..

Tanpa Nama berkata...

saya sokong kata2 Rakyat bebas. hujah anda betul.sokong sangat2

Tanpa Nama berkata...

Ingat senang jadi cikgu, cakap bolehla. PA lain duk dalam aircond dari pagi sampai petang. Kami duk dalam kelas dengan anak2 pelajar dalam panas. harap kipas ja. Kalu kelas kul 12 sampai kul 2 berasap pala hotak. Macammana nak buat keja waktu petang dalam bilik guru, air cond pun tak dak, baik bawak balik kerja buat kat rumah, boleh mandi dulu.

Satu lagi, ingat kerja cikgu takat mengajar, periksa buku & perancangan ja, kami juga tukang kebun/technician yang buat line padang, repair kerusi meja, repair komputer dsgnya.

no jeles2 k.... berkata...

lalalala..bestnte jadi cikgu..dh dlu bodoh menyundalje kt skolh..tu jd kerani jer..jd pembantu tadbir je..sibukpulak hal org..mcmkeje tu btol sgt 9jam..mcmorg ni x pernh berurusan ngan p.a lak..busut ar..

Tanpa Nama berkata...

Aku paling bosan dgr keluhan cikgu yg kena buat kerja perkeranian,tekanan ibu bapa la, hantar pelajar perkhemahan la, sukan la, hantar pelajar ke klinik la. Aku nak tanya sikit, dlm satu sekolah kalo ada 2 org murid sakit, adakah semua cikgu akan menghantar murid itu ke klinik. Pastu, setiap hari ke ada program perkhemahan dan sukan di semua sekolah seluruh negara. Pastu, boleh beri definisi kerja perkeranian dan pentadbiran x. Pastu, setiap hari ada ratusan ibubapa ke dtg ke sesebuah sekolah utk memberi tekanan dan amaran kepada cikgu. Pastu, semua cikgu kat malysia ni stat mengajar dr 7.30 pg smpai tghari tu waktu mengajarnya penuh sehingga kering air liur. Pastu, waktu cuti, semua ckgu di panggil bekerja? Nmpaknya, korang x faham n x mau faham tugas dan beban PA lain. Sbb apa ? Sbb jumud dan duduk dlm zon paling selesa di dunia dan takut perubahan. Korang ada pikir x, trend ibubapa dah mula nak antar ke sekolah jenis n sekolah swasta. Sbb sibuk dgn tugas yg dinyatkan diatas ke sibuk buat MLM dan insuran. Tugas hakiki MENDIDIK anak bangsa dibaikan. Sbb apa? Gaji x cukup? Korang kasi tau, berapa ribu gaji baru cukup. 10 ribu, 20 ribu....cukup? Betul ke cukup. Ingat.....keinginan manusia tiada batasan dan x pernah cukup. Nampaknya korang x nak, x mau dan x akan paham tugas dan beban PA lain. Buka mata skit la....

Rabu, November 16, 2011 12:55:00 PM

----------------
inilah paling tepat menggambarkan tugas guru. cuti sekolah tahun ni 78 hari tp berapa hari je bekerja kat sekolah waktu cuti....ada cikgu rancangan mengajar takmo hantar...konon tak sempat buat.. tapi lepak kat kantin berbual lama-lama sempat pulak....

Tanpa Nama berkata...

Malang...kenyataan ini dikeluarkan oleh seorang Timbalan Menteri Pelajaran, dari kalangan parti BN, di saat-saat PRU13 sudah hampir benar TIBA!

Jika dipandang dari sudut siasahnya aje...BIJAK kah tindakan beliau itu?

Tak habis2, menjadi duri dalam daging...hehee!

--------------
inilah inilah tindakan bijak dari menteri supaya cikgu kerja 9 jam sebab rakyat ramai takpuashati cukai mereka dapat ke cikgu makan gaji buta time cuti sekolah pastu kerja sekerat hari je....

Tanpa Nama berkata...

Tak sangka ramai rakyat mlysia ni xtahu bsyukur dan mengenang budi. Kalau x krn guru, ntah2 korang x kenal huruf. Guru ibarat mlepas anjing tsepit kerana mdidik golongan ini.

Rabu, November 16, 2011 6:51:00 PM

----------------
karut... kalau jadi orang je itu sebab jasa guru....kalau tak, itu salah budak tu sendiri atau mak bapak budak tu....kalau cikgu tak mau masuk kelas hujung-hujung tu salah sapa tu...

Tanpa Nama berkata...

Saya memang seorang guru dan sentiasa akur dgn pentadbiran negara.Guru kerja 9 jam memang ada rasionalnya tapi saya memohon agar cdgan ini diteliti sehalus-halusnya memandangkan negara kita ini masih banyak sekolah dua sesi yg saya rasa mslh besar andainya cdgn ini dilaksanakan.Cth yg jelas di negeri Sabah tmpt saya berkhidmat.Sekolah saya sendiri dua sesi dgn jumlah pelajar seramai 2235 orang. satu sesi 1000 lebih dan jumlah kelas hanya cukup satu sesi. Dlm erti kata lain,pelaksanaan 9 jam kerja ini perlu selaras dgn peningkatan keperluan fizikal sekolah. Jgn pula kita sibuk mengejar sistem pendidikan di negara maju kita leka bahawa kita masih belum mampu dan ada aspek lain yang lebih penting diukur dan diteliti.Sekolah ialah gedung ilmu dan pelanggan tetapnya adalah anak-anak yg sepatutnya mendapat faedah daripada cdgn tsbt.Tapi apakah ana-anak-anak murid yang berada di sekolah dua sesi mendapat manfaat sekiranya cdgn ini diteruskan? Kita fikirkan bersama terutama guru yg mengajar di sek.dua sesi dan ibu bapa pelajar di sekolah berkenaan.

Tanpa Nama berkata...

Saya memang seorang guru dan sentiasa akur dgn pentadbiran negara.Guru kerja 9 jam memang ada rasionalnya tapi saya memohon agar cdgan ini diteliti sehalus-halusnya memandangkan negara kita ini masih banyak sekolah dua sesi yg saya rasa mslh besar andainya cdgn ini dilaksanakan.Cth yg jelas di negeri Sabah tmpt saya berkhidmat.Sekolah saya sendiri dua sesi dgn jumlah pelajar seramai 2235 orang. satu sesi 1000 lebih dan jumlah kelas hanya cukup satu sesi. Dlm erti kata lain,pelaksanaan 9 jam kerja ini perlu selaras dgn peningkatan keperluan fizikal sekolah. Jgn pula kita sibuk mengejar sistem pendidikan di negara maju kita leka bahawa kita masih belum mampu dan ada aspek lain yang lebih penting diukur dan diteliti.Sekolah ialah gedung ilmu dan pelanggan tetapnya adalah anak-anak yg sepatutnya mendapat faedah daripada cdgn tsbt.Tapi apakah ana-anak-anak murid yang berada di sekolah dua sesi mendapat manfaat sekiranya cdgn ini diteruskan? Kita fikirkan bersama terutama guru yg mengajar di sek.dua sesi dan ibu bapa pelajar di sekolah berkenaan.

Rabu, November 30, 2011 3:32:00 PM

---------------
anda ini tidak paham. yang kerja 9 jam itu gurunya. murid-murid balik macam biasa la..bukan nak suruh murid-murid belajar 9 jam.... guru tinggal disekolah siapkan semua tugasan hari tersebut....

Tanpa Nama berkata...

Hello..bukan saya yang tidak faham,anda yang tidak faham senario sekolah dua sesi. Sekolah dua sesi maknanya bukan kelas ja berkongsi, kerusi meja gurupun dikongsi,Jadi fikirlah..kalau kena berkongsi kerusi dan meja untuk buat kerja baik bawa kerja tu balik rumah untuk disiapkan, lebih efesien dan terjamin kualiti. Lain kali kalau tak tau, tak payah cakap banyak mcm saya yg tak komenpun PA sektor lain.

Tanpa Nama berkata...

Saya tidak nampak rasional guru berada di sekolah 9 jam sehari. Kalau guru bekerja 9 jam sehari saya rasa tidak perlulah dicadangkan lagi sebab selama inipun jumlah jam guru bekerja terlalu subjektif. Apa yang msyrkt luar nampak selama ini cuma masa guru berada di sekolah untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Selebihnya, hanya warga pendidik saja yang tau(sudahpun disenaraikan dan dikaji).Oleh itu,saya mohon kepada kerajaan, atasi dulu permasalahan asas seperti menambah jumlah sekolah di kawasan yang berpenduduk ramai atau sekurang-kurangnya meluluskan setip projek tambahan bangunan di sekolah-sekolah yang memerlukan. Mungkin dengan cara ini sekolah dua sesi yang masih terlalu banyak dpt disifarkan.Selepas itu barulah laksanakan pelbagai inovasi kerajaan yang releven dengan keperluan semasa.Selama 25 tahun berkhidmat dlm institusi pendidikan,sya nampak masih terlalu banyak kerapuhan tapi siapalah saya untuk bersuara, kerjaan jugalah yang menentukan hala tuju pendidikan negara kita.

Tanpa Nama berkata...

Saya hairan kenapa byk pihak yg nk menyalahkan guru. Jangan hanya memandang luaran tp kita perlu juga ambil faktor dalaman. Memang x rasional bagi guru utk bekerja 9 jam. Walaupun saya bukan seorang guru tp saya tau betapa besarnya pengorbanan seorang guru. Kita manusia tidak sempurna begitu juga dengan guru. Kalau kita sempurna, maka kita sama seperti "TUHAN". Saya tidak menyokong mana2 pihak tetapi saya lihat masyarakat sering menyalahkan pihak bernama "GURU". Apa salah mereka? Biarlah waktu bekerja mereka seperti biasa. Saya juga mempunyai ramai rakan bernama guru dan saya amat memahami tugas mereka. Kalau bukan kerana guru, saya pasti tidak berjaya seperti sekarang. Cubalah buka mata seluas-luasnya, lihat di sekeliling kita....masalah negatif berlaku kerana apa? kerana masyarakat sendiri. Melepaskan tangan...sering menjadikan guru sbg alasan perkara tersebut terjadi. Bukankah anak anugerah yg tidak ternilai dan itu sepatutnya tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Bukan tanggungjawab guru untuk memantau semuanya. Anak yang dilahir ibarat kain putih, kita ibu bapa yg mencoraknya. Anak dihantar ke sekolah apabila berusia 5-6 tahun. Mana hasilnya sebelum ini? Di sekolah, guru mengajar kita, mendidik kita, memberi ajaran yg betul dan memastikan disiplin terjaga. Tapi, sekarang ini...ibubapa akan mengamuk kalau guru marah dan mendenda anak. Kalau dulu, perkara seperti itu tidak terjadi. Dan lihat hasilnya, generasi dahulu lebih berjaya daripada generasi sekarang. Jangan la nk kutuk2 lagi. Tepuk dada, tanya selera.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

Hello..bukan saya yang tidak faham,anda yang tidak faham senario sekolah dua sesi. Sekolah dua sesi maknanya bukan kelas ja berkongsi, kerusi meja gurupun dikongsi,Jadi fikirlah..kalau kena berkongsi kerusi dan meja untuk buat kerja baik bawa kerja tu balik rumah untuk disiapkan, lebih efesien dan terjamin kualiti. Lain kali kalau tak tau, tak payah cakap banyak mcm saya yg tak komenpun PA sektor lain.
-----------------------
hello... saya guru besar sekolah dua sesi juga .jangan bagi malulah sekolah dua sesi 1 meja dikongsi oleh dua guru. mungkin sekolah awak je yang macam tu sebab guru besar awak malas nak mintak satu kerusi dan satu meja untuk satu guru. tak cukup ruang mintaklah penambahan bangunan ke untuk menampung bilangan guru dua sesi. peruntukan sentiasa ada. pandai guna ke tak lain cerita.hidup tiada peningkatan macam sekolah awak umpama katak bawah tempurung yang amat merugikan diri awak, dan anak2 sekolah yang awak didik. bukankah ada cikgu yang komen jadi tukang kebunlah, jadi tukang kayulah macam2 yang tak relevan. kalau macam tu buatlah meja kerusi sendiri. jangan malukan profesion perguruan cakap tak serupa bikin..

baj-antubuyu berkata...

Saya tak baca habis komen-2 di atas, tapi yang saya fokus ialah kebanyakan orang anggap guru kerja sekerat hari. Iaitu separuh jumlah jam PA yang lain. Nampaknya mereka bukan tak faham tapi disebabkan irihati apabila sesetengah guru tidak lagi ada kerja di petang harinya. Mereka lupa, kebanyakan sekolah buka pukul 6.30 pagi (maksudnya pukul 6.30 pagi kena "punchcard". Habis sesi kelas pukul 1.30 petang. Jumlahnya dah 7 jam. Adakah itu bermaksud separuh jam bekerja waktu pejabat. Pukul 2.30 atau 3.00 petang balik semula ke sekolah untuk aktiviti kokurikulum yang rata-rata tamat pukul 5.00 petang. Jumlahnya lebih kurang 2 jam. Balik rumah malam kena semak buku latihan murid 1 kelas lebih kurang 30 murid. agak-agak selesai semak untuk 4 kelas? kadang-kadang dari pukul 8 sampai pukul 11 malam. Jumlah lebih kurang 3 jam. Belum kira membuat persediaan mengajar untuk esoknya.

KESIMPULAN BAGI ORANG RAMAI LEBIH-LEBIH PA DAN PEKERJA SWASTA LAIN YANG TIDAK FAHAM BEBAN TUGAS GURU:
JUMLAH JAM BEKERJA GURU = 7 JAM waktu kelas + 2 JAM kokurikulum + 3 JAM SEMAK KERJA MURID = 4 JAM WAKTU PEJABAT.

BAGI GURU DAN ORANG YANG MEMAHAMI MEREKA:
JUMLAH JAM BEKERJA GURU = 7 JAM waktu kelas + 2 JAM KOKURIKULUM + 3 JAM SEMAK KERJA MURID = 12 JAM.

Tidak dinafikan kadang-kadang dalam lima hari bekerja seminggu tersebut ada orang awam terserempak dengan guru di pusat membeli-belah, di pejabat kerajaan lain atau di mana sahaja pada waktu petang. Ini mungkin apabila guru tersebut tidak ada aktiviti kokurikulum di waktu petang. walaupun begitu ia mungkin berlaku 1 atau 2 kali seminggu pada seseorang guru. Tapi di waktu malamnya mereka tetap terpaksa membuat kerja sekolah seperti menyemak latihan murid, membuat analisis ujian atau menyediakan agenda mesyuarat. Msyt memang setiap bulan, itupun kadang-kadang diaadakan pada waktu malam. Guru di sekolah yang ada asrama lagi banyak beban kerjanya kerana perlu menjaga murid 24 jam. Seorang guru waden dari pukul 5.30 pagi perlu berada di sekolah sehingga jam 12.00 tengah malam. kalau ada murid sakit perlu hantar tengah malam juga.

PA lain, bagaimana dengan anda... ADA bawak balik kerja pejabat ke rumah? Kadang-2 pengalaman saya pergi ke kaunter 15 minit selepas pukul 8.00 belum beroperasi lagi sebab computer / Internet belum dapat, 30 minit sebelum pukul 5.00 pm dah "tutup kedai" tak terima pelanggan yang baru sebab masih ramai pelanggan masih beratur. Rehat pukul 10.00 pagi...balik semula pukul 11. Terpaksalah tunggu kat kaunter 1 jam. Mungkin tidak berlaku di semua kaunter..tapi beberapa kali melalui pengelaman macam ni. kalau nasib tak baik beratur dari pukul 9.40 pagi sampai pukul 12.00 belum tiba giliran lagi. terpaksa tunggu pukul 2.15 petang. sebab 15 minit tunggu kompuer hidup.
JADI KEPADA ORANG RAMAI YANG TAK FAHAM BEBAN TUGAS GURU.... Fikirlah logik...jangan terus mengata kerja guru ni separuh hari.

Unknown berkata...

benar ka cikgu d tadika pahang masih bkerja?sbb ada yg katakan walaw budak cuti tp cikgu masih bkerja..sy was²..sy prlukan kpastian..hrp dpt mjwb soalan ni ya..

H Hamidi berkata...

Betol ke?

H Hamidi berkata...

Ingat tugas guru jaga anak kau ke? Guru pun bayar cukai tertinggi...