SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

22 November 2011

PESARA KAKITANGAN SOKONGAN AWAM PERAK 2012 BAKAL NIKMATI PEMBERIAN KHAS

Bernama
22/11/2011



IPOH, 21 Nov (Bernama) -- Kakitangan kumpulan sokongan kerajaan negeri Perak yang akan bersara mulai 2012 akan menikmati pemberian khas berupa Sijil Amanah Saham Wawasan bernilai RM3,000 sebagai menghargai sumbangan mereka, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Ketika membentangkan Belanjawan 2012, beliau berkata pemberian itu akan melibatkan anggota-anggota di bawah pentadbiran kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun di mana sejumlah RM2 juta diperuntukkan.

"Untuk meningkatkan lagi kecemerlangan perkhidmatan awam di negeri ini, semua penjawat awam perlu memperlengkapkan diri bagi menghadapi sebarang cabaran.

"Ke arah itu sebuah institut latihan yang baru serba lengkap dengan kemudahan yang dibina bagi menggantikan Institut Latihan Pegawai Awam yang ada pada masa ini di Jalan Raja Dihilir," katanya.

Institut baru ini juga akan digunakan untuk latihan kepimpinan, kenegaraan dan juga kursus pengupayaan golongan yang memerlukan di mana sebagai permulaan sebanyak RM100,000 disediakan pada 2012 untuk kerja-kerja awal, katanya.

Beliau berkata mengenai pengumuman Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) mulai tahun 2012 yang diumumkan Perdana Menteri semasa membentangkan Belanjawan Persekutuan, kerajaan negeri memperuntukkan RM18 juta bagi melaksanakan pelarasan tersebut.

Pelaksaan sistem saraan baru ini akan melibatkan pelarasan gaji dengan kenaikan antara tujuh dan 13 peratus serta kenaikan gaji antara RM80 dan RM320 mengikut gred.

Zambry berkata Majlis Transformasi Agensi Perak (Mantap) merupakan satu lagi inisiatif baru yang dibawa kerajaan negeri dengan peruntukan disediakan sebanyak RM500,000 dalam usaha memantapkan lagi jentera kerajaan dengan penggunaan teknik dan pendekatan Strategi Lautan Biru.

Beliau juga merakamkan tahniah kepada beberapa jabatan yang berjaya dalam usaha meningkatkan produktiviti dan menerima pengiktirafan iaitu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Majlis Perbandaran Manjung yang mendapat penarafan empat bintang.

"Pejabat Kewangan Negeri dan Majlis Perbandaran Manjung yang mendapat persijilan MS-ISO9001:2008 serta Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat Tanah dan Galian Negeri, Jabatan Pengairan dan Saliran, beberapa buah Pejabat Daerah dan Tanah serta Pihak Berkuasa Tempatan yang berjaya mendapat Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S," katanya.

Penarafan Empat Bintang Indeks Akauntabiliti yang diraih Pejabat Kewangan Negeri bagi tiga tahun berturut-turut daripada Ketua Audit Negara diharap menjadi semangat kepada jabatan lain pada masa hadapan, katanya.

"Kejayaan seperti ini memberi gambaran bahawa perkhidmatan awam di negeri Perak berada di landasan yang betul serta kukuh dalam menuju kecemerlangan untuk kebaikan kita bersama," katanya.

-- BERNAMA

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

trima kasih. jasa PA dikenang.

Tanpa Nama berkata...

Saya ingin mengulas lanjut tentang skim sbpa yang telah pun di keluarkan... sedih dan terkilan sedikit... sebab setiap kali pembentangan bujet dilakukan... kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia sering di lupakan... padahal semua org tahu Kastam Diraja Malaysia adalah pemungut cukai tertinggi di Malaysia selepas LHDN... Apabila pembentangan bujet dilakukan Pihak PDRM, Pendidikan, Perubatan dan Askar yg banyak mendapat faedah... Apa yg Kakitangan Jab Kastam yg dapat? Mereka hanya mendapat cercaan dan hinaan apabila kes rasuah mendapat liputan...