SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

03 November 2011

PROTES SECARA SENYAP ISU KENAIKAN HARGA BARANG DIPERLUAS KE SABAH DAN SARAWAK

Bernama
3/11/2011




MELAKA, 3 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) komited memperluaskan tindakan protes secara senyap isu kenaikan harga barang di Sabah dan Sarawak.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata, penglibatan kongres juga akan menganjurkan penerangan khas berhubung isu tersebut menerusi sokongan badan bukan kerajaan (NGO).

"Justeru, saya minta semua penjawat awam di seluruh negara melakukan protes senyap ini secara berterusan dan kita mensasarkan untuk tempoh tiga bulan bermula bulan ini hingga Januari tahun depan sebagai permulaan.

"Tak perlulah kita berarak di jalan raya untuk menunjukkan protes, cukup dengan hanya melakukan secara senyap memboikot peniaga yang menaikkan harga barang," katanya selepas menghadiri Mesyuarat Khas CUEPACS Peringkat Kebangsaan di Seri Negeri di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh.

Sebelum ini katanya usaha kongres itu turut mendapat sokongan daripada Majlis Belia Malaysia (MBM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Jelas beliau, kongres di peringkat negeri telah diarah untuk menjalankan tindakan yang sama supaya para peniaga lebih prihatin dan memberikan kerjasama agar tidak menaikkan harga barangan terutamanya ketika musim cuti persekolahan dan sambutan perayaan Krismas tidak lama lagi.

"Sekurang-kurangnya kita berharap dapat memperoleh jumlah 40 peratus iaitu kira-kira 520,000 penjawat awam mempunyai kesedaran untuk memboikot kenaikan harga barang.

"Jika hendak mencapai 100 peratus sememangnya mustahil, tetapi jika semua melakukan tindakan ini, implikasinya akan dapat dilihat," kata Omar.

-- BERNAMA

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

di sarawak harga sayap ayam dah mencecah rm15/kg.. mana pergi pihak yg bertanggungjawab ni...???????

Tanpa Nama berkata...

tidur..........................

Tanpa Nama berkata...

Buat kilang makanan ayam banyak banyak hingga tak ada ayam yang nak makan tentu harga ayam murah.

Tanpa Nama berkata...

janganlah makan sayap ayam kalau mahal...makan lah bulu ayam...kan murah..apelah....baru namanya berjimat cermat...

kalau kat kenduri jgn bagi makan ayam......ubah le menu roti kosong...baru le namanya berjimat...