SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

13 Mac 2015

1.6 JUTA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM SEHINGGA DISEMBER 2014 - SHAHIDAN

Bernama
13/3/2015



KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Kira-kira 1.6 juta pegawai sedang berkhidmat dalam sektor awam termasuk di kementerian, negeri dan agensi di bawahnya setakat Disember 2014.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata jumlah itu merangkumi Melayu sebanyak 78.8 peratus, Bumiputera Sabah (6.1 peratus), Bumiputera Sarawak (4.8 peratus), Cina (5.2 peratus), India (4.1 peratus), Bumiputera lain (0.3 peratus) dan lain-lain bangsa (0.7 peratus).

"Jumlah pegawai bukan Bumiputera termasuk kaum Cina adalah rendah disebabkan permohonan mereka untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam adalah sedikit," katanya dalam jawapan bertulis yang diedarkan di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Beliau menjawab soalan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta Perdana Menteri menyatakan nisbah kaum dalam kalangan penjawat awam di setiap kementerian dan agensi kerajaan dari 2010 hingga 2014.

Bagaimanapun, Shahidan berkata jika tidak mengambil kira pengisian dalam Angkatan Tentera Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia, pecahan pengisian mengikut kaum menunjukkan Melayu sebanyak 77.7 peratus, Cina (6.2 peratus), Bumiputera Sabah (6.4 peratus), Bumiputera Sarawak (4.5 peratus), India (4.4 peratus) dan lain-lain bangsa (0.6 peratus).

Berdasarkan data permohonan memasuki perkhidmatan awam tahun lepas, permohonan dari kaum Melayu adalah seramai 1.23 juta (78.9 peratus) manakala Cina 31,719 (2 peratus).

-- BERNAMA

Tiada ulasan: