SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

08 Mac 2015

CUEPACS MINTA NIAK GAJI TIDAK TANGGUH LAGI

Sinar Harian
7/3/2015

  • Cuepacs minta naik gaji tidak tangguh lagi
    Azih (tiga, kanan) beramah mesra dengan Pegawai Daerah Rembau, Zaidi Johari sempena lawatan kerja beliau ke Pejabat Daerah dan Tanah Rembau, semalam.

REMBAU – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan supaya tidak menangguhkan semakan kenaikan gaji 252 skim perkhidmatan awam seperti yang dibentangkan sebelum ini.
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, kerajaan tidak boleh menggunakan isu kejatuhan harga minyak dunia dan nilai ringgit untuk menangguhkan perlaksanaan skim gaji berkenaan memandangkan nilai rizab kerajaan masih mampu menampung perbelanjaan sedia ada.

"Sekiranya ia ditangguhkan, Cuepacs akan membuat bantahan kerana 1.5 juta penjawat awam sudah lama bersabar sedangkan kos sara hidup semakin tinggi.

“Penjawat awam ialah ‘enjin’ dan denyut nadi kerajaan. Tangga gaji penjawat awam Kumpulan Pelaksana 1 dan 11 masing-masing RM805 dan RM820 dan jumlah ini di bawah garis kemiskinan," katanya.

Justeru katanya, Cuepacs meminta kerajaan menyegerakan semakan gaji dan elaun lama yang tidak selaras dengan negara maju.
Azih berkata, Cuepacs juga meminta kerajaan mempertimbangkan kembali nasib 60,000 pekerja kontrak sektor awam yang bakal ditamatkan perkhidmatan pada 31 Disember ini.

Menurut Azih, Cuepacs menerima aduan daripada pekerja kontrak yang risau sekiranya perkhidmatan mereka tidak dilanjutkan atau diserap ke jawatan tetap walaupun sudah berkhidmat hampir lima tahun.

"Kebanyakan mereka mempunyai tanggungan dan kita membawa harapan mereka ini untuk diserapkan dalam perkhidmatan awam. Kita faham jika jawatan kontrak perkhidmatan projek tidak diteruskan, tetapi bagi jawatan frontliner, kerajaan perlu meneliti semula hasrat untuk menamatkan perkhidmatan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika lawatan kerja ke pejabat sementara, Pejabat Daerah dan Tanah Rembau, dekat sini, semalam.

Azih berkata, sekiranya kerajaan melaksanakan langkah penamatan pekerja kontrak, ia seolah-olah tidak memberi peluang kepada orang muda berkhidmat dalam kerajaan.

“Sebagai contohnya, terdapat kira-kira 1,200 kakitangan KPDNKK berstatuskan pekerja kontrak walaupun mereka memiliki ijazah.

“Bila tamatkan kontrak, ia umpama tutup pintu untuk orang muda bekerja dengan kerajaan dan tidak bersimpati dengan lepasan universiti," katanya

4 ulasan:

Unknown berkata...

kita sangat mengalukan permintaan cuepacs yang memberi tumpuan isu kenaikan gaji terutama golongan pelaksana 1 dan 2 kerana keadaan semasa.
keberanian presiden cuepacs mampu meningkatkan produktiviti penjawat awam JIKA kenaikan gaji menjadi realiti sebelum GST dilaksana.
Isu seperti ini menjadi penyuntik semangat terutama pelaksana 1 dan 2 kerana dapat berjuang mempertahankan kerajaan sedia ada menjelaskan isu2 terkini kepada masyarakat luar JIKA kenaikan gaji membanggakan menjadi realiti.

Harus diingat,pelaksana 1 dan 2 juga tulang belakang atau jantung kerajaan.

Jika jantung kerajaan terhenti,maka fikir fikirkanlah.Fikirlah juga kebajikan pelaksana 1 dan 2 serta penjawat awam keseluruhannya.

Sudah sudahlah tangguh,sudah pasti produktiviti penjawat awam serta merta meningkat.

Invince_Z berkata...

Saya setuju kalau naik gaji dan berhentikan pegawai yang bermasalah (ponteng/mengular/cuti sesuka hati/dll)

Unknown berkata...

Lamo doh duk kaji nye....cakap seringgit kerja seposen....apa barang....kita sekarang nak cakap seposen kerja seringgit...

anewar ali berkata...

sy sokong sebarang usaha kenaikan gaji dan sebarang komitmen untuk menyerap ke skim jawatan tetap semua kakitangan berstatus kontrak,apa masalahnya.. tp, untuk melanjutkan tempoh usia sehingga ke 62 tahun, sy rasa perkara ini tak sepatutnya ditimbulkan,maaf sajalah..Keadaan,status,jantina, kesihatan dan juga pangkat tidak sama di setiap Penjawat Sektor Awam.Bagi mereka yang berjawatan tinggi dan hanya bekerja di ruangan yg selesa,mungkin tiadalah masalah sgt sbb beban kerja kurang,tp bagaimana pula halnya penjawat awam yang berada di paras gred rendah,sdh tentu berbeza sekali.. Begitulah juga faktor jantina.. lelaki biasanya lebih berkemampuan berbanding wanita..wanita yang berumur di lingkungan ini agak bermasalah dan terpaksa dipimpin apatah lg jika melibatkan aktiviti tahan lasak.. Dari segi keadaan pula, keadaan dan suasana pekerjaan di sesuatu tempat berbeza-beza.. ada yang mencabar dan ada pula yang agak selesa. Mereka yang ditugaskan jauh ke pedalaman atau perairan sangatlah dirisaukan apatah lg kalau tugas itu melibatkan rescue..bgtulah jg yang lain-lain. Adalah tidak relevan jika sekiranya seseorang penjawat awam itu merasa risau tentang periuk nasi dihentikan di usia sebegini, sbb gaji pencen kan ada.. berilah peluang kepada generasi seterusnya pula dan berilah kepercayaan.. Terimalah je lah hakikat ini.. berehatlah, biar generasi muda yg buat kerja, orang-orang lama dipersilakan memberi tunjuk ajar dan pengalaman, kerana jasa kalian dikenang untuk selama-lamanya..