SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

27 Mac 2015

KAJIAN IMPAK CBP TERHADAP PENJAWAT AWAM BERMULA JULAI - KSN





Bernama
26/3/2015




PUTRAJAYA, 26 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan mengkaji impak Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) terhadap penjawat awam termasuk dari segi gaji dan elaun bermula Julai ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau berkata kerajaan perlu melihat terlebih dahulu pelaksanaan CBP bermula 1 April ini untuk mengetahui impaknya sebelum membuat sebarang keputusan.

"Kerajaan tidak pernah ketepikan kepentingan penjawat awam, jadi jika ada hasil yang bertambah penjawat awam juga akan dapat menikmatinya.

"Antaranya dari segi kenaikan gaji atau elaun, tetapi sekarang bukan masa yang sesuai untuk bincangkannya," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan ke-33 Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita), di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) supaya kerajaan menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 30 peratus bagi menghadapi CBP.

Sementara itu, Ali berkata Puspanita boleh memainkan peranan membantu kerajaan menjayakan dasar-dasar seperti CBP dan menangani kos sara hidup dengan mengamalkan perbelanjaan berhemah.

"Selain itu, ahli-ahli Puspanita juga boleh menjadi ejen kerajaan dengan melaporkan kepada pihak berwajib perbuatan peniaga yang mengenakan harga yang tinggi dan tidak munasabah ke atas barangan jualan mereka," katanya.

Beliau juga menghargai usaha Puspanita menjalankan beberapa program meningkatkan kesedaran pengguna, khususnya melalui taklimat CBP di seluruh negara melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

-- BERNAMA

2 ulasan:

ila asan berkata...

Tuan KSN ..mohon pencerahan
Kajian Impak CBP PA akan buat mula Julai?? Kalau bermula Julai bila Penghabisannya.. bukankah PA ada KPI... kena melaksanakan tugas dalam satuX2 masa yang tertentu.. Kalau mula Julai bila habisnya yerk...

Anak Dayak berkata...

KSN, berapa kali mau kaji daa? Kau cakap senang la brader, gaji kau besar...cuba kau duduk dlm situasi kami yg bergaji kecik ni, camane kau rasa yer??? Silap2 kau terkencing dlm seluar! Such a low-class statement from a high-level mngmt person. U're not fit to be a KSN, shame on you!!