SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

30 Mac 2015

SEMAKAN GAJI. CUEPACS MAHU JUMPA PM

Malaysiakini
24/3/2015


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan akan memberi jawapan terhadap gesaannya agar 252 skim gaji dan elaun dikaji semula dan ditambah baik sebelum sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei ini.

Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata pihaknya yakin elaun dan perubahan gaji skim itu tidak melibatkan pertambahan yang besar dalam peruntukan perbelanjaan mengurus kerajaan.

"Kami yakin dengan keupayaan yang kerajaan ada selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), tarikh penguatkuasaan untuk skim ini kita minta berkuat kuasa mulai Januari 2015 kepada semua," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Sepetang Bersama Presiden Cuepacs Malaysia di Ipoh semalam.

Azih berkata kerajaan sepatutnya melakukan semakan gaji yang tertanggguh sejak 15 tahun berikutan peningkatan kos sara hidup yang begitu tinggi ketika ini.

Katanya beliau berharap Cuepacs akan diberi laluan untuk bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat bagi menyampaikan keluh kesah dan luahan penjawat awam dari seluruh negara.

"Kami jumpa kali terakhir untuk semakan gaji SSM pada 2005 manakala pada 2007 tidak ada semakan gaji cuma kenaikan 25 peratus untuk kos sara hidup dan pada 2011 kerana berpindah skim,"

12 ulasan:

ihsan muhd s berkata...

Kaji pemberian Pakaian seragam / Kasut untuk PAP PRA seangkatan. Tidak relevan dengan kenaikan gaji dan gred sejak kebelakangan ini. Jika nak dikira +/- gaji lebih besar dari gred 17/22.

Contoh kiraan :

Gred 11 KGT RM80
Pakaian seragam RM450 3pasang Kasut RM300
Elaun motosikal RM120 sebulan

Jumlah semua dlm setahun RM750 + RM1440 (120x12) =RM2190 / RM182 +- sebulan + KGT RM80
= RM262.50+-sebulan.


vs


Gred 17/22

KGT RM95
Hanya RM95 sebulan.
semua beli sendiri

yan_74 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
zamri rahman berkata...

Perjumpaan sangat wajar dengan niat kerana Allah,mahu berjuang kerana Allah,mahukan keputusan kerana Allah,mahu membela penjawat awam terutama pelaksana 1 dan 2 kerana Allah..
InsyaAllah tuan persiden diberkati Allah.
Tetapi jika sebaliknya,nauzubillah.

Jika kenaikan gaji serta elaun rumah menjadi realiti sebelum Mei 2015 insyaALLAH,PENJAWAT AWAM akan doakan yang terbaik buat PRESIDEN CUEPACS.

FIKIR FIKIRKAN...dan selamat beramal

hotshake berkata...

Saya mohon pihak CUEPACS supaya isu kenaikan gaji dan elaun-elaun ini dapat dinaikkan pada tahun ini juga (2015). ini berikutan dari kos sara hidup yang terlalu tinggi di Kuala Lumpur. Gaji bagi Pembantu Tadbir (P/O) dan (KEW) masih berada di tahap yang sama sedangkan kerani-kerani inilah yang melakukan kerja-kerja pegawai.

Mohon juga untuk pihak CUEPACS membangkitkan supaya kadar kenaikan gaji / elaun bagi Pembantu Tadbir yang memiliki Diploma / Ijazah diberi sedikit kelebihan. ini kerana mereka telah bertungkus lumus untuk menambah ilmu, mengeluarkan kos pelajaran, meninggalkan masa bersama keluarga demi untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga dan perkhidmatan awam. Mohon kelebihan ini diberikan nilai yang setimpal dengan usaha yang dilakukan. Pinjaman pelajaran pun perlu dibayar sedangkan gaji ditakuk yang lama.

Mohon untuk pihak CUEPACS menggesa supaya pihak kerajaan (SPA) mengutamakan penjawat awam yang memiliki diploma / ijazah bagi tujuan temuduga dan kenaikan pangkat supaya tidak berlumba dengan fresh graduate. dahulukan pekerja yang berpengalaman yang tahu untuk membuat keputusan di dalam organisasi. Ramai pegawai-pegawai muda fresh graduate yang masih tidak tahu untuk membuat kerja.


sekian, terima kasih.

Khairul Haizal berkata...

letih dah tunggu kerajaan asyik nak timbang masalah gaji dan elaun yang tak tahu bila nak ada jawapannya... ceupacs pulak macam x ada fungsi ikut je apa kerajaan bagi alasan. Bagi kami PT 17 ni dah la nak naik pangkat pun susah harap kenaikan gaji dengan elaun je. Itupun nampaknya lagi susah la.. Keje semua nak yang terbaik tapi bila mintak kerajaan naik gaji dan elaun jawapan yang diberi kurang baik. Apa yang ceupacs buat?????

zamri rahman berkata...

Kewajarannya apabila bertukar gred maka turut berlaku anjakan gaji

Tapi malangnya golongan pelaksana 2 tiada anjakan gaji

yang telah berlaku :
gred N1 telah bertukar ke gred N11
maka sangat wajar skim gaji sepatutnya beranjak ke N11.

Tapi malang juga golongan ini tiada suara kuat untuk ketengahkan isu ini.

Hakikatnya boleh jika ada wakil yang berani dilantik menyuarakan perkara ini kepada pihak tertentu.

Tapi kecewa kerana wakil golongan ini hanya berani atas kertas sahaja.

Sekadar pandangan peribadi.

Tapi percayalah,pihak atasan tepuk tangan kerana isu ini senyap tanpa sebarang bantahan atau perbincangan wakil anda dengan mereka.

Mohd. Jasni Yakub berkata...

Sudah sampai masanya perjumpaan antara pihak CUEPACS dan YAB PM diadakan. Sebolehnya sesegera yang mungkin untuk mereka ungkayahkan banyak perkara khususnya berkaitan kebajikan penjawat awam. Moga urusan dipermudahkan. Amin...

hazman mohd julaihi berkata...

berikan juga kepada PT (P/O)n (KEW) ni yg mana dh lulus KPSL diberi peluang untuk mendapat kenaikan pangkat secara lantikan... nak dapat kanan pun susah... nak tggu exam...? kena tggu 10 tahun lg laa... mcm tu punya lama.. Oleh itu, bg pihak yg berkaitan seharusnya membuka lebih byk peluang untuk PT (P/O) n (KEW) ni untuk mendapat faedah yg sepatutnya mrk dapat..

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN MAHSURI berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
wak joko supaermontok berkata...

: bincangkan juga..kenapa kenaikan gaji tahunan pemandu daripada rm80 kepada rm78 setahun... mohon gaji pemandu dinaikkan sebab pemandu kenderaan seperti memandu bas merupakan risiko yang tinggi membawa nyawa manusia...

cap ayam berkata...

Bagi la naik ke jusa pon klu gaji x naik nak buat apa!! Baik bg gred 0 tp gaji naik.. puiii

Penyaram Bae berkata...

Pihak atasan sentiasa menyekat suara kktgn bwhn dan mereka hanya tahu memarahi kktgn bwhn yg btungkus lumus demi memuaskan khdk mereka.