SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

22 Mac 2015

CUEPACS MINTA KERAJAAN PERCEPATKAN KAJI KENAIKAN GAJU PENJAWAT AWAM

Bernama
21/3/2015


 TEMERLOH, 21 Mac (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan segera mengkaji semula 252 skim gaji dan elaun penjawat awam bagi mengurangkan bebanan mereka dalam keadaan ekonomi tidak menentu kini.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata, isu kenaikan elaun dan gaji kakitangan awam telah tertangguh sejak 15 tahun lepas walaupun kenaikan sepatutnya berlaku lima tahun sekali.

"Cuepacs meminta agar gaji serta elaun sedia ada dinaikkan sehingga 35 peratus dan berdasarkan perbincangan awal sebelum ini kerajaan bersetuju mengkaji skim gaji kakitangan awam dalam tempoh lima tahun sekali.

"Langkah itu bertujuan untuk mengelakkan kakitangan berpendapatan rendah berada di bawah paras kemiskinan," katanya selepas majlis penyampaian bantuan kepada 430 mangsa banjir di sini Sabtu.

Turut hadir Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fatah Abdullah.

Azih berkata bebanan kerja ditanggung kakitangan awam juga semakin meningkat setiap hari dan penangguhan kajian skim gaji akan mendatangkan kesan negatif terhadap kualiti dan produktiviti kerja mereka.

Katanya antara elaun yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan termasuk Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang diberikan serendah RM180 kerana kadar itu tidak munasabah bagi mereka yang bekerja di bandar.

Beliau berharap kerajaan dapat menyelesaikan isu itu dengan kadar segera bagi membantu meningkatkan taraf hidup kakitangan sektor awam terutama yang berpendapatan rendah.

Sementara itu, Abdul Fatah berkata bagi membantu kakitangan awam memiliki rumah di kawasan bandar, Angkasa dan Cuepacs akan bekerjasama membina 600 unit rumah pelbagai jenis dilengkapi perabot dan kemudahan insurans di Putrajaya.

Beliau berkata, satu mesyuarat khas dengan pemaju akan diadakan April ini bagi membincangkan pelaksanaan projek yang dijangka memberi manfaat kepada semua lapisan penjawat awam.

"Rumah yang akan dibina itu akan dijual kepada penjawat awam dengan harga yang berpatutan bagi membolehkan golongan berkenaan memiliki rumah sendiri," katanya.

-- BERNAMA

4 ulasan:

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

mintak le lebih sikit..

Unknown berkata...

saya sayang pm..gaji & elaun kasile naik boss..

ntahapahapantah berkata...

Siapa yang kemaskini blog CUEPACS? Pohon individu yg terbabit semak semula apa yang hendak di pos. Terlalu banyak salah ejaan. Perkara ini mmg nmpak remeh, tp perlu perbaiki dari segi kesalahan ejaan. Anda sekolah bukan?