SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

15 Mac 2015

CUEPACS PERLU BERI CADANGAN RASIONAL

Sinar Harian
14 Mac 2015

KUALA TERENGGANU – Kongres Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dinasihatkan supaya memberi cadangan yang lebih membina dan wajar dalam usaha memastikan kakitangan kerajaan lebih proaktif dalam membantu sektor awam berhadapan cabaran menuju negara maju.
Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus, Amirudin Abd Rashid ketika mengulas cadangan Cuepacs berhubung umur persaraan penjawat awam dilanjutkan kepada 62 tahun menyifatkan perkara itu tidak wajar, sambil menyokong keputusan kerajaan tidak mengekalkan umur persaraan sedia ada.

Beliau berkata, sebarang cadangan perlulah lebih rasional dan menyifatkan cadangan terbaharu Cuepacs itu secara tidak langsung menidakkan kekosongan jawatan dan mengekang peluang orang lain untuk mendapat kenaikan pangkat.

“Ini akan membantutkan peluang orang muda untuk bekerja dengan kerajaan.

“Tempoh yang semakin panjang untuk bersara ini juga akan menyebabkan pemikiran mereka lebih lemah. Lagipun orang kita ini ramai yang mengidap darah tinggi, kencing manis dan sebagainya apabila meningkat usia yang boleh menyebabkan tugas juga tidak begitu produktif,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, kerajaan tidak mempunyai rancangan dalam masa terdekat untuk menyambung umur persaraan kakitangan awam daripada 60 kepada 62 tahun memandangkan usia persaraan masa kini sudah memadai.

Ia sebagai menjawab cadangan Cuepacs supaya kerajaan mempertimbangkan umur persaraan kakitangan awam daripada 60 kepada 62 tahun memandangkan Malaysia sedang menuju ke arah negara maju.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, ia berikutan negara maju seperti Singapura, negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat melanjutkan umur persaraan kakitangan awam kepada 65 tahun.

Sementara itu, Amirudin turut mencadangkan kerajaan mengkaji satu sistem yang membolehkan kakitangan kerajaan bersara lebih awal dengan memberi imbuhan yang lebih baik.

“Kalau diberi imbuhan sepatutnya, mungkin perkara ini juga akan disambut baik oleh kakitangan kerajaan yang ingin berhenti awal termasuk mereka yang sakit dan ini akan memberi peluang kepada orang lain untuk mengisi kekosongan yang ada,” katanya

3 ulasan:

ahli cuepacs berkata...

Assalamualaikum.

Saya nak bagi tau kat AJK UMNO Bahagian Kuala Nerus. Ybgh Datuk Azih dah minta mengenai kenaikan gaji, elaun dan lain-lain yang sehingga kini JPA dan Kerajaaan tak peka. Bila sebut umur persaraan 60 ke 62 pakat-pakat melenting, relex la terima secara positif.

zamri rahman berkata...

setuju jika elaun elaun terutama elaun rumah,khidmat awam pelaksana 1 dan 2 diberi kenaikan sesuai keadaan semasa

pasti ia akan menambahkan lagi produktiviti penjawat awam pelaksana sendiri kerana kerajaan perihatin terhadap kebajikan golongan pelaksana ini.

kita mempertahankan kerajaan oleh isu isu terkini,takkanlah hal kenaikan gaji..elaun rumah...elaun khidmat awam nak berkira dengan pelaksana 1 dan 2.

diharap kerajaan putuskan kenaikan sebelum GST terlaksana.

kerajaan mahukan yang terbaik,begitu juga penjawat awam pelaksana 1 dan 2 juga mahukan kenaikan sebelum GST.

terima kasih banyak banyak jika kenaikan direalisasikan sebelum GST.

Dr-Vroom berkata...

Umur persaraan 62 tahun pun bagus juga, dan idea berkenaan dgn remaja kan sektor awam pun okay juga... Cuma saya nak tanya, remaja itu boleh buat kerja atau tidak? Maklumlah golongan muda sekarang majority 'spoon-fed' masa di IPTA/S. Jangan anda tidak fikir hal ini pula !