SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

30 Mac 2015

PERHIMPUNAN PENJAWAT AWAM 2015 - ANJURAN CUEPACS

Media CUEPACS
29/3/2015





Suatu Perhimpunan Penjawat Awam akan diadakan pada 15 Apri 2015 di Dewan Konvensyen CIDB Cheras, Kuala Lumpur. Perimpunan ini akan bermula Jam 9.00pagi. Semua Penjawat Awam dijemput hadir. Bagi penjawat awam yang berstatus kontrak juga dialu-alukan kehadirannya.

47 ulasan:

Abu Bakar berkata...

Isu penambahbaikan skim perlu disegerakan. Walaupun isu gaji gaji telah selesai, tetapi isu skim, isu elaun perumahan di kawasan bandar atau isu kuarters di kawasan bandar, perlu diselesaikan kerana telah dinyatakan akan diselesaikan semasa ucapan Najib dalam bajet 2015 pada tahun lalu.

Sekiranya isu skim dan isu perumahan di kawasan bandar tidak selesai, semua penjawat awam perlu MEMBOIKOT Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan, Negeri, Daerah pada tahun ini, jika dipaksa hadir, maka pakai pakaian hitam dan lilitan hitam di kepala sebagai tanda bantahan terhadap penipuan, penindasan dan tidak prihatin kerajaan terhadap kakitangan awam.

Meskipun begitu kerja kita teruskan macam biasa, kita tidak khianati kerja kita, cuma pihak yang bertanggungjawab itu sahajalah yang mengkhianati penjawat awam dengan penipuan, dan penindasan yang berterusan yang mereka lakukan selama ini.

Oleh itu berdasarkan kenyataan saya ini, tidak boleh dikategorikan menghasut kerana kerja tetap jalan macam biasa, cuma sokongan kepada kerajaan sahaja yang ditarik balik, ini bukan hasutan. Oleh itu, kepada pengampu dan pembodek, jangan melatah tak tentu pasal ye.

Unknown berkata...

Skim CC, Skim EO, skim Juruteknik Komputer, Skim kewangan, skim kerani dan banyak lagi skim yang dianaktirikan sebelum ini perlu diselesaikan.

Unknown berkata...

Kembalikan skim N hingga ke peringakat N54 yang banyak dimansuhkan jawatannya kerana mahu dibolot oleh skim M yang dikuasai oleh PTD yang bermahajalela di JPA selama ini.

Mahmood Adam berkata...

kalau dikembalikan semula skim N41 ke atas, alamat takleh bermaharajalela la ptd a.k.a. M

itulah tujuan mereka

nasib baik di negeri tak bersekutu mereka tak dapat menjajah, sebab ada pegawai tadbir negeri, kalau tak habis semua jawatan peringkat negeri nak disapunya.

ptd = a little napoleon

Unknown berkata...

Kaji pemberian Pakaian seragam / Kasut untuk PAP PRA seangkatan. Tidak relevan dengan kenaikan gaji dan gred sejak kebelakangan ini. Jika nak dikira +/- gaji lebih besar dari gred 17/22.

Contoh kiraan :

Gred 11

KGT RM80
Pakaian seragam RM450 3pasang
Kasut RM300
Elaun motosikal RM120 sebulan

Jumlah semua dlm setahun
RM750 + RM1440 (120x12)
=RM2190 / RM182 +- sebulan
+ KGT RM80 = RM262.50+-sebulan.

vs

Gred 17/22

KGT RM95
Hanya RM95 sebulan.

Unknown berkata...

Perhimpunan sekiranya ada berita kenaikan gaji dan elaun elaun terutama elaun rumah sebelum Mei 2015 mampu menyuntik semangat kalangan penjawat awam,
Namun apa yang berlaku tahun tahun lepas tiada sebarang kenaikan,malah hanya memberi pertimbangan.

Kita perlukan jawapan bukan mempertimbangkan lagi sebab dah lama asyik perkataan yang sama(mempertimbang).

Penjawat awam semua lapisan juga mempertahankan kerajaan BN dalam pelbagai isu terkini.

Putuskan untuk kenaikan gaji dan elaun rumah kepada penjawat awam sebelum Mei 2015.

Unknown berkata...

PERLU PERCEPATKAN SEMAKAN GAJI DAN ELAUN, JANGAN HANYA SEKADAR JANJI TAHUNAN, JANGAN BIARKAN KAKITANGAN AWAM YANG MENYOKONG KERAJAAN MEMBOIKOT KERAJAAN

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Saya menyokong penuh Ihsan Muhd S mengenai isu pakaian seragam malah ada jabatan tertentu yang diperintah oleh PTD mendera kakitangan agar membawa kasut untuk dipersembahkan kpd pengarah (ptd) bagi tujuan bayaran / tuntutan. Bayangkan sekiranya kakitangan tersebut berada di daerah yang jarak melebihi 100km terpaksa ke Pejabat Negeri semata-mata untuk persembahkan kasut yang dibeli sedangkan di pejabat daerah berkenaan ada Pegawai Penyelia yang bukan PTD...

Unknown berkata...

Salam..

ihsan muhd..

11 VS 17/22

11- kerja luar - panas
- hujan
- guna kudrat
- kerja pagike petang

17/22 - kerja dalam air-cond
- dok depan komputer
- banyak waktu sanggang
-sambil2 on fb, gossip dll

Saya bukan gred 11 saya gred 27. sebelum saya nak keji gred tu saya tengok dulu bebanan kerja mereka. mengenai subsidi pakaian, saya tak rasa mereka dapat pakaian jumlah itu. kadang2 dapat pakaiaan yang tidak menepati kerja yang mereka lakukan. tak perlulah kite sesama sokongan ni kata orang tu tak buat keje orang tu dapat lbh. padahal kite sendiri maklum siapa yang dapat lebih. kesian la pada golongan tu. gaji tidak setimpal dengan bebanan kerja hanya sebab kelayakan mereka PMR dan sijil kelayakan sahaja.

Unknown berkata...

Rujuk kpd Mohamad Encik, menjadi realiti hari ini Skim N dan lain jawatan tertutup (close servic) / teknikal semakin tertekan, dengan beberapa skim dijumud malah adakalanya menjadi mangsa penghapusan/tradeoff jawatan dalam penyusunan semula jabatan (reorg) demi utk menaiktaraf gred tertentu. Mungkin inilah transformasi yang sedang dirancang/dilaksana oleh pihak yang memonopoli JPA. Oleh yang demikian adalah amat wajar Skim tertutup/teknikal perlu bersatu mepertahan/meperjuangkan maruah skim berkenaan dan CUPACS perlu peka.

Unknown berkata...

Kalau jawapan setakat dipertimbangkan dan akan disemak semula... baik tak payah buat perhimpunan... Bazir duit Kerajaan jer.

aidono berkata...

Cuepacs, Jika mohon semakan gaji/elaun tolong jgn guna formula peratus (%). Gunakan nilai RM. Kerana kalau guna formula %, org gred atasanlah yg kenyang. Kita yg dibawah ni melopong tengok gred atasan naik bedesup. Kalau guna formula RM, contohnya kenaikan RM2OO utk semua gred. Semua dapat sama rata sama rasa. Gred bawah dapat RM200 ataspun dapat RM200.

Unknown berkata...

betul tu aidono...jika dilihat pada pekeliling 2/2015, kesian bagi gred 11 kebawah..KGT mereka dikurangkan dari tahun sebelum..yang gred atas naik makin naik..walau rm1 bernilai bagi kite..kalau bagi sama rata kan lebih elok.semua berpuas hati..

KA Mohamad berkata...

Dalam kecibukan kerajaan mentransfomasikan perkhidmatan awam ke arah organisasi yang dinamik, tangkas, kejat, terbuka dan berkeupayaan tinggi melalui pengstrukturan semula organisasi, dapat dilihat ada kelompongan dan kecacatan yang berlaku dan akhirnya akan memakan diri sendiri terutama penjawat awam.

Kerajaan dalam usaha mengecilkan organisasi sedia ada dilihat gagal mengerti dan mengambilkira kepentingan penjawat awam. Memang benar kepelbagaian tugas atau 'multi-tasking' punyai kelebihan, namun demikian pelaksanaannya harus mengambilkira keberhasilan dan kesannya kepada penjawat awam itu sendiri disamping kesan kepada penyampaian perkhidmatan awam.

Apakah keberhasilan, peyampaian atau pencapaian 100% yang diberikan kepada 'stake holder'itu mencermin kejayaan usaha pengecilan organisasi melalui konsep 'multi-tasking'? Perlu difikir-fikir dan diambil perhatian, betapa penjawat awam dengan kapasiti yang dikecilkan berusaha keras ke arah itu, terpaksa bermati-matian melangkau perit getir dan halangan. Apakah tidak pernah difikirkan akan kebajikan penjawat awam dari segi emosi, mental dan fizikal bekerja siang dan malam, menyalur segala kudrat demi penyampaian 100%.

Apa guna penyampaian dan kejayaan 100% sekiranya penjawat awam terbeban dan sengsara. Stake Holder mungkin boleh tersenyum lebar apabila matlamat dan janji tertunai, tapi bagaimana dengan orang bawahan? Apa kebanggaannya? Mana nilai kamu "Stake-Holder'?

Mahukah kita menyaksikan keadaan dimana penjawat awam memenuhi katil-katil Psikiatri dan memenuhi ruangan kauseling dan lebih berat lagi terlibat dengan aktiviti tidak bermorol seperti penagihan dadah semata-mata untuk mencari ketenangan akibat gangguan emosi dan tertekan.

Mohon pihak CUEPAC mengambil perhatian akan perkara ini sebagai sesuatu yang serius dan perlu dibawa kepada pihak berwajib demi menjaga kebajikan emosi, mental dan fizikal penjawat awam. Jangan wujudkan lebih banyak pesakit mental dan jiwa dalam perkhidmatan awam demi mencapai keberhasilan di hadapan tetapi melupakan kemaslihatan dibelakang.

Made in Pahang berkata...

Cuepacs, Jika mohon semakan gaji/elaun tolong jgn guna formula peratus (%). Gunakan nilai RM. Kerana kalau guna formula %, org gred atasanlah yg kenyang. Kita yg dibawah ni melopong tengok gred atasan naik bedesup. Kalau guna formula RM, contohnya kenaikan RM2OO utk semua gred. Semua dapat sama rata sama rasa. Gred bawah dapat RM200 ataspun dapat RM200.

Rabu, April 01, 2015 11:06:00 PG

Made in Pahang berkata...

Cuepacs, Jika mohon semakan gaji/elaun tolong jgn guna formula peratus (%). Gunakan nilai RM. Kerana kalau guna formula %, org gred atasanlah yg kenyang. Kita yg dibawah ni melopong tengok gred atasan naik bedesup. Kalau guna formula RM, contohnya kenaikan RM2OO utk semua gred. Semua dapat sama rata sama rasa. Gred bawah dapat RM200 ataspun dapat RM200.

Rabu, April 01, 2015 11:06:00 PG

Made in Pahang berkata...

Cuepacs, Jika mohon semakan gaji/elaun tolong jgn guna formula peratus (%). Gunakan nilai RM. Kerana kalau guna formula %, org gred atasanlah yg kenyang. Kita yg dibawah ni melopong tengok gred atasan naik bedesup. Kalau guna formula RM, contohnya kenaikan RM2OO utk semua gred. Semua dapat sama rata sama rasa. Gred bawah dapat RM200 ataspun dapat RM200.

Rabu, April 01, 2015 11:06:00 PG

Unknown berkata...

saya setuju made in pahang,idea idea begini sangat wajar dilontarkan pada pihak pihak tertentu walaupun mereka tak nak terima idea kita.

yang penting kita telah menggunakan saluran harmoni dan menjalankan tugas seperti biasa.

namun pihak atasan tetap menggunakan perkataan yang sama saban tahun

apakah reaksi pihak atasan pulak JIKA penjawat awam melakukan tugas dengan mengekalkan corak kerja yang sama tanpa meningkatkan produtiviti.

Contohnya telah diberikan pihak atasan,guna perkataan mempertimbangkan saban tahun tanpa ada jawapan.

Untuk makluman pihak atasan,penjawat awam terutama pelaksana 1 dan 2 takkan jadi kaya sekalipun dinaikkan gaji serta
elaun elaun.

Kita mengharapkan kenaikan gaji dan elaun direalisasikan agar kita sebagai penjawat awam terasa dihargai atas usaha membantu kerajaan menjelaskan pada masyarakat dalam isu isu terkini.

Memang pihak tertentu tak nampak,tapi inilah luahan penjawat awam.Ini juga menguntungkan kerajaan dan pemerintah.

fikirkanlah..putuskan kenaikan GAJI dan ELAUN RUMAH serta elaun
KHIDMAT AWAM

abdul berkata...

Mohon kepada kerajaan supaya menaikkan pengiraan pencen dan graduati/ganjaran pesara perkhidmatan awam sebab ramai bilangan bakal pesara akan menjadi kategori miskin tegar selepas bersara jika formula pengiraan pencen dan graduati/ganjaran tidak ditambahbaik oleh kerajaan(formula pengiraan pencen sudah tidak relevan lagi).

Unknown berkata...

CUEPACS PERLU BERTEGAS DENGAN KERAJAAN PASAL SEMAKAN GAJI & ELAUN NI. TUNJUKKAN KETEGASAN CUEPACS SAMA DENGAN MACAM ZAMAN SIVA DULU

Kagumas berkata...

KAMI NAK ADAKAN PIKET SEKIRANYA GAJI TIDAK DINAIKKAN SELEPAS 1 MEI 2015... JOM MOGOK! DAH TERLALU LAMA BERSABAR...

Unknown berkata...

Kenyataan KSN tempoh hari "akan melihat impak terhadap penjawat awam terlebih dulu" adalah tidak logik.
Kesan impak terhadap penjawat awam telah lama dirasai sebenarnya,malangnya KSN tak rasa SEBAB GAJI BESAR.
Jika dikedudukan penjawat awam terutama pelaksana 1 dan 2 PASTI terasa impaknya.
Tambahan pulak,terkesan dengan GST sekarang.
Penjawat awam pelaksana 1 dan 2sakit,penjawat awam atasan takkan terasa kesakitan yang ditanggung pelaksana 1 dan 2 dengan kenaikan harga barang dan segala macam lagi.

Jadi kenaikan gaji dan elaun rumah amat amat diperlukan oleh penjawat awam pelaksana 1 dan 2 kerana dapat menyuntik semangat meningkatkan produktiviti serta terus mempertahankan kerajaan dalam memberi penjelasan kepada masyarakat.

Ini saluran cuepacs,ini jugalah saluran harmoni suara penjawat awam.

Jika presiden cuepacs berjaya dalam isu kenaikan gaji dan elaun rumah serta elaun khidmat awam maka 1.5 juta penjawat awam akan mendoakan yang terbaik buat presiden cuepacs.

Renung renungkanlah,selamat beramal.

Kagumas berkata...

Kaji... kaji... kaji.... sampai naik KEJI! Impak tak payah tunggu GST la mamu... kami dh lama seksa dgn kenaikkan harga barang2 berbanding kenaikkan gaji. Tambang pengangkutan awam pun dh naik berkali2...

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Bagi saya tak perlu naikkan gaji atau elaun. Memadai turunkan kos sara hidup. Penjawat awam perlukan tingkatkan produktiviti dam kecekapan. Kalau naik gaji bertambahlah korupsi dan mereka akan jadi malas. Lihat Jepun dan Korea sebagai contoh... Kita minta naik gaji dan elaun tapi kerajaan jadi mangsa kena tambah beban kewangan mereka sahaja. Bagi saya kalau ada duit lebih tu dari GST eloklah kita bayar hutang negara supaya kita tidak terikat dengan hutang luar. Jangan naikkan BRIM atau gaji penjawat awam atau elaun. Nanti barang akan naik dan kos sara hidup meningkat... itu baru benar dan betul.

Unknown berkata...

Persoalannya...Adakah pihak kerajaan bertegas dalam menurunkan kos sara hidup
Soal produktiviti dan kecekapan sememangnya ditunjukkan oleh majoriti penjawat awam

Melihat negara lain dari sudut negatif..cuba lihat dari sudut positif.Banyak sudut positif tidak diketengahkan.
Kenapa tidak nyatakan ke mana aliran wang negara dilaburkan.

Kebiasaannya yang bercakap seperti AMT adalah kenyataan luar,rata rata jika kenyataan dalaman adalah menyokong kenaikan.

Jika benar kenyataan dalaman AMT,maka apabila menjadi realiti kenaikan sangat wajar AMT wajib menolak.

Unknown berkata...

Kalau tak mampu naikkan elaun perumahan. Buat la kuarters kerajaan banyak dan mampu menampung bilangan penjawatan awam. Kat Bintulu sewa rumah dah mencecah rm1000-rm1500 sebulan. Gaji baru rm1600 sebulan. Kerajaan ada otak ke? Mcm mana nak hidup.

Kagumas berkata...

Kos sara hidup nak turun? Mmg TAK lojik. Tak pernah dalam sejarah harga barang2 makin murah. Sememangnya keadaan ini akan terus berlaku kpd negara yg sedang membangun! Untuk stabilkan harga brg2 bukan perkara senang. Namun bila kenaikkan harga barang harus diiringi dengan pendapatan yg setanding. Sebab itu perlu ada cukai yg betul2 efisyen untuk kutip hasil drp kenaikkan harga brg2. Kalau harga brg saja naik namun cukai yg dipungut kjaan statik maka mcm mana nk dpt kan hasil untuk dijana semula? Negara byk mengimport brg2 terutamanya makanan. Kalau kita tak bergantung dgn import mungkin boleh kawal harga brg2.

Suraya Baharun berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Bebanan Bayaran Tempat Meletak Kenderaan Penjawat Awam di Kompleks E

http://www.ipetitions.com/petition/bebanan-bayaran-tempat-meletak-kenderaan-penjawat/#

Unknown berkata...

apa beza graduate dgn tk graduate kalau kenaikan sama..buat penat je belajar tinggi

Unknown berkata...

apa beza graduate dgn tk graduate kalau kenaikan sama..buat penat je belajar tinggi

Unknown berkata...

blh ikut % tp kena adil.. mcm yg peringkat bwh tu lebihkan dari yg atasan ni... yee..? mohon jawapan bukan pertimbangan..

hazman

PakNgah Lan berkata...

Pohon dikaji golongan berpendapatan sederhana a.k.a Golongan Pertengahan ataupun jika nak diberikan contoh yang paling mudah adalah pekerja-pekerja di dalam kelompok "KUMPULAN B" DALAM SEKTOR AWAM. (Golongan yang nak disebut sebagai Bos Pun Bukan, Orang Bawah Pun Bukan!). Inilah contoh yang amat tepat untuk menggambarkan siapa Golongan Pertengahan.
Kumpulan / Golongan Pertengahan yang disebutkan ini adalah meliputi semua sektor di Malaysia, sama ada di sektor Awam, Swasta mahupun golongan yang bekerja sendiri. Kerajaan tentu sedia maklum definisi Golongan Pertengahan yang dimaksudkan.
Golongan pertengahan inilah yang TIDAK LAYAK MENERIMA BRIM. Golongan ini terkebil-kebil bijik mata melihat "Golongan Bawahan" (Yang Layak terima BRIM) berpusu2 memenuhi dewan orang ramai untuk sain baucher BRIM saban tahun.
Golongan pertengahan inilah yang TIDAK MAMPU MEMBELI RUMAH MEWAH RATUSAN RIBU & TAK LAYAK UNTUK MEMBELI RUMAH KOS RENDAH. Dan tidak keterlaluan jika disebut sebagai Golongan Pertengahan inilah yang banyak menyewa rumah kerana tidak layak memiliki rumah yang berharga murah (yang boleh dinikmati oleh "Golongan Bawahan") ...
Sungguh sedih mendengar rintihan beberapa orang rakan yang tersepit berada di dalam kelompok Golongan Pertengahan ini ... Mereka ini tak dapat BRIM, tapi gaji mereka tidaklah sebesar mana berbanding gaji Kumpulan Pengurusan / Profesional ... Dah tu pulak, mereka inilah golongan yang terpaksa membayar cukai pendapatan setiap tahun , berbanding Golongan Bawahan yang dapat macam2 nikmat itu dan ini termasuk pemberian BRIM padahal Golongan Bawahan itu otak tak perlu pening nak kena pikiaq bayar cukai pun!
Golongan Pertengahan ini perlu juga diberi sedikit sebanyak keistimewaan ... Kalau golongan bawah diberikan nikmat BRIM saban tahun, pikir-pikirkanlah juga untuk Golongan Pertengahan.
Di sektor awam (Golongan Pertengahan = Kumpulan B) nak sambung study Degree (Ijazah Pertama) dan Master (Sarjana) TAK DAPAT KEISTIMEWAAN : CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH, Sedangkan Golongan Pengurusan / Profesional ada keistimewaan tersebut.
JANGAN LUPA PADA GOLONGAN PERTENGAHAN

Unknown berkata...

ASSALAMMUALAIKUM BANYAK PENDAPAT OLEH RAKAN-RAKAN PEJAWAT AWAN YG BELEGAR KE ATAS KADAR UPAH DAN ELAU-ELAUN APA YG SAYA NAK KATAKAN KALAU BUAT KAJIAN SKIM PUN JIKA GAJI TIDAK BERUBAH TAK ADA APA FAEDAHNYA UNTUK PENAMBAHAN PENDAPATAN. CONTOHNYA N1 SKIM LAMA, SKIM BARU N11, TIADA PERUBAHAN KENAIKAN GAJI TAHUNAN RM80.00 SAHAJA, DAN DI IKUTI DENGAN MATA GAJI N1 JUGA CUMA GAJI MAX ADA BEZA SIKIT JIKA BARU BERKHIDMAT, TETAPI JIKA UMUR DAH 56 TAHUN TIADA APA-APA HASIL YG BOLEH DI BANGGAKAN. SAYA MENYERU DAN MENYOKONG KAEDAH TUNTUTAN KENAIKAN GAJI DI KIRA NILAI JIKA RM300.00 MAKA KESEMUANYA RM300.00 TIDAK MENGGUNAKAN KAEDAH % YG TELALU JAUH BOLEH MEMBEZA % GAJI YG DAH TINNGI DENGAN YG RENDAH. SOAL GST ATAU SST TIADA MASALAH SEKIRA GAJI SEPADAM DENGAN PEMBELANJAAN HARIAN YG TIDAK TERBEBAN,GAJI DAN UPAH MESTI STABIL DENGAN PERBELANJAAN ISI RUMAH HARI INI.SETIAP SETAHU N SEKALI MESTI ADA KAJIAN TERPERINCI MENGENAI PERKHIDMATAN AWAN, JANGAN TUNGGU 3-5 TAHUN BARU NAK BUAT KAJIAN, 3-5 TAHUN BARU NAK LAKSANAKAN.... JADI PELAKSANAAN JIKA DI CAPUR 10 TAHUN MASA BARU DAPAT HASILNYA.

rmj berkata...

Penat dengar isu nak naik elaun dan gaji ni...mereka ni tipu aja

rmj berkata...

Penat dengar isu nak naik elaun dan gaji ni...mereka ni tipu aja

danyy mat berkata...

banyak idea yg bagus kt atas ni, cuepacs telah perjuangkan hak2 penjawat awam... tidak mengira ahli atau tidak. hampir 1.5 juta. jika anda bukan ahli mana2 kesatuan sekerja di bawah cuepacs, maka anda akan ditanya di akhirat kelak kerana anda telah menikam belakang saudara anda hampir 1.5 juta kakitangan awam.

rebeccca berkata...

mohon ceupacs mengesa bank negara memanjangkan tempoh pinjaman kepada penjawat awam....dengan gaji sedia ada...tempoh pinjaman yang di pendekkan kepada 10 tahun amat membebankan penjawat awam....

ombakjahat berkata...

banyak luahan penjawat awam diatas... harap cuepacs dapt dapat mengambil tindakan dengan segera... jangan panas2 tahit ayam dapat pangkat gelaran terus diam...

Unknown berkata...

Memang kena da beza..sbb tu kamu diberikan kelebihan dari segi kenaikan pangkat dimana gred 41 keatas kebanyakan naik pangkat dalam tempoh 8 tahun, cuti belajar gaji penuh, masuk hospital wad dan rawatan kelas 1, pergi berlancong dalam negeri dapat duduk rumah persekutuan(kalau gred bawahan tidak layak cthnya sperti cameron & langkawi)..
Tak guna penat belajar kalau buat kerja tahap budak kemas...
kalau kamu semua hebat
kenapa kedudukan pencapaian di sek, uni kita ditangga tercorot asia
kenapa rakyat lebih yakin untuk mendapatkan rawatan di hosp swasta bukan hosp kerajaan..
kenapa ranking rasuah kita anatara tertinggi di dunia...
bukan saya nak kutuk semua tapi kesemua masalah diatas adalah kerana orang seperti kamu yang mengkastakan PA
belajar respect orang yg kerja dibawah kamu..fahami dan bimbing mereka dengan betul.. pastikan urusan kewangan berintergeriti..
pasti semua PA senang dan seronok kerja..pasal gaji memang kena beze graduate dgn tk graduate tapi bukan level langit ke bumi...
sampai gred n11 kenaikan rm 50 gred n41 kenaikan rm 225... buat perkiraan bagi sepuluh atau dua puluh tahun..macam mana perbezaan pendapatan nanti.. ini akan membawa kepada masalah negara tau...

penjawat awam tersepit berkata...

APA CERITA PERHIMPUNAN TADI???

Unknown berkata...

Hmm..kenaikkan barang saja yg lebih
kenaikkan gaji xda pun..tambah pula dngn wujudnya gst..pihak perkenaan mohon peetimbangkan nasib org di bawah asyik di tindih org di atas..

::MERAH ARHUNA

Unknown berkata...

(zafran) mohon kerajaan atau pihak yang bertanggungjawab supaya menyemak atau menyiasat terlebih dahulu permohonan e-kuaters melalui laman webnya.Permohonan terus tidak dapat dipertimbangkan dalam masa yang singkat sahaja.Kenapa tidak menyelidik terlebih dahulu permohonan tersebut secara manual atau 'face to face'.Dengan gred 11 ni bukan mudah untuk membayar sewa rumah yang semakin mahal pada masa ini apatah lagi utk membeli rumah.

Dengan situasi ekonomi sekarang,pihak kerajaan harus menitikberat keperluan penjawat awam yg bergred bawahan spt gred 11.

zafran

Unknown berkata...

Konsep semangat 1Malaysia
Perlu dieruskan atau diberhentikan.. sudah lama diwar-warkan elaun-elaun semenanjung dan sabah,sarawak perlu diselaraskan..dimanakah sudah tindakannya
Perjumpaan demi perjumpaan, konvensyen, mesyuarat, hebahan akhbar dan banyak lagi usaha tiada keputusan dan tinggal perhiasan tiada kesudahan..
Macam mana nak buat lagi..asyik-asyik cerita Sarawak dan Sabah fixed deposit.. kami dah mulai bosan menunggu berita baik ini..