SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

25 Mac 2015

CUEPACS HARAP KERAJAAN UMUM PELAKSANAAN 252 SKIM PERKHIDMATAN SEBELUM 1 MEI

Bernama
24/5/2015


IPOH, 24 Mac (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan akan memberi jawapan terhadap gesaannya agar 252 skim gaji dan elaun dikaji semula dan ditambah baik sebelum sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei ini.
Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata pihaknya yakin elaun dan perubahan gaji skim itu tidak melibatkan pertambahan yang besar dalam peruntukan perbelanjaan mengurus kerajaan.

"Kami yakin dengan keupayaan yang kerajaan ada selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP), tarikh penguatkuasaan untuk skim ini kita minta berkuat kuasa mulai Januari 2015 kepada semua," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Sepetang Bersama Presiden Cuepacs Malaysia di sini hari ini.

Azih berkata kerajaan sepatutnya melakukan semakan gaji yang tertanggguh sejak 15 tahun berikutan peningkatan kos sara hidup yang begitu tinggi ketika ini.

Katanya beliau berharap Cuepacs akan diberi laluan untuk bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat bagi menyampaikan keluh kesah dan luahan penjawat awam dari seluruh negara.

"Kami jumpa kali terakhir untuk semakan gaji SSM pada 2005 manakala pada 2007 tidak ada semakan gaji cuma kenaikan 25 peratus untuk kos sara hidup dan pada 2011 kerana berpindah skim," katanya.

-- BERNAMA

30 ulasan:

Abu Bakar berkata...

Jika kepimpinan CEUPACS gagal untuk mendesak sehingga kerajaan melakukan penambahbaikan terhadap 252 skim dan isu elaun perumahan terutama di kawasan bandar, maka kepimpinan CEUPACS perlu meletak jawatan sebagai tanda mengambil tanggungjawab terhadapa kegagalan mereka.

Jika Najib masih berdolak dalih lagi, maka semua penjawat awam mesti memboikot sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh kerajaan sebagai tanda soladiriti penjawat awam menentang kezaliman dan penindasan oleh pihak kerajaan terhadap penjawat awam terutama gred rendah.

Kerajaan terutama Najib jangan menyalahkan kakitangan awam jika tindakan memboikot sambutan Hari Pekerja anjuran pihak kerajaan pada tahun ini kerana ini semua berpunca daripada tindakan kerajaan yang suka berdalih, suka mempermainkan penjawat awam.

Meskipun begitu, kepada penjawat awam semua, kita jalankan tugas harian kita dengan sebaiknya, kita tidak boikot pada tugas, tetapi boikot sokongan kepada pihak kerajaan kerana kita ditindas dan diainaya oleh orang-orang yang suka mempermainkan penjawat awam.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh, bersatulah penjawat awam, BOIKOT Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan anjuran kerajaan pada tahun ini jika pihak kerajaan masih gagal untuk menyelesaikan kedua-dua isu ini kerana ini telah menjadi masalah besar kepada penjawat awam di mana ada skim yang tunggang langgang dan caca marba akibat dasar kerajaan yang sebelum ini, kemudian para penjawat awam di bandar tertekan akibat kos sara hidup yang makin meningkat, sewa rumah yang sangat tinggi, patutnya naikkan elaun perumahan atau buat kuarters untuk penjawat awam terutama yang baru bekerja.

zamri rahman berkata...

sebelum 1 mei,macam tahun tahun lepas juga tiada apa apa kenaikan mahupun keputusan.
Apa yang penjawat awam mahukan terutama pelaksana 1 dan 2 adalah kenaikan gaji dan elaun elaun,jika ini menjadi realiti sebelum GST maka secara automatik produktiviti meningkat.
Ini kerana,penjawat awam juga mempertahankan kerajaan dalam pelbagai isu terkini kepada masyarakat luar.
1.5 juta penjawat awam mempertahankan kerajaan dalam memberi penjelasan kepada masyarakat luar.
Bukankah ini telah menguntungkan kerajaan,jadi penjawat awam terutama pelaksana 1 dan 2 mengharapkan kenaikan gaji dan elaun elaun sebagai penyuntik semangat untuk lebih memberi keyakinan kepada masyarakat luar.

fikir fikirkanlah....terima kasih

Cg Man berkata...

Nak Mamapuih bagi kenaikan....malas aku nak percaya...

Cg Man berkata...

Nak Mamapuih bagi kenaikan....malas aku nak percaya...

Made in Pahang berkata...

Naikkan elaun rmh yg 180 tu dulu
dah lama sgat benda ni...tambah lgi 120 cukupkan 300 utk semua gred dari 1 hinga 44...gula gula mcm ni pon dah sangat bermakna bagi kami

sakura luncai berkata...

President cuepacs nie , indah khabar dari rupa . bila bercakap , mulut berbaur ............... ?

telinga yang dengar pon boleh bernanah ..

Abu Bakar berkata...

Penjawat awam jika dipaksa menghadiri Perhimpunan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan tahun ini, maka perlu pakai pakaian hitam dan lilitan hitam di kepala menandakan protes dan penentangan kepada kekejaman pegawai atasan dan kepimpinan negara yang tidak prihatin dengan masalah penjawat awam.

Seeloknya kita boikot, jika dipaksa, tak apalah kita hadir, kita pakai pakaian hitam dan lilitan hitam dikepala, kemudian kita bersorak dan boo Najib berucap, kita tak alu-alukan ucapan Najib, masa Najib masuk ke dewan, jangan berdiri, jangan dipedulikan.

Soladiriti Penjawat Awam, Kita Tentang Kezaliman dan Penindasan Terhadap Penjawat Awam Dengan Sepenuh Hati.

Mungkin lepas ni ada yang ugut nak tangkap saya kononnya menghasut, tetapi yang menindas dan mengainaya itu patut ditangkap dan dihumban ke penjara kerana dialah punca segala ini.

zamri rahman berkata...

jika dilihat berita semasa dalam BH pada 26 mac 2015 2:20pm,KSN mengatakan akan melihat dulu impak terhadap penjawat awam selepas GST.

Sedangkan,isu ini telah lama dan masih tiada keputusan.Tahun demi tahun dipertimbangkan tetapi masih tiada jawapan mahupun keputusan kenaikan.

Penjawat awam bersungguh sungguh mempertahankan kerajaan sedia ada dalam pelbagai isu,namun wajar pihak kerajaan memberi berita gembira tentang kenaikan gaji dan elaun rumah terutamanya.

Menguntungkan kerajaan kerana 1.5 juta suara penjawat awam dalam memenangi hati mesyarakat luar untuk terus menyokong segala daya usaha kerajaan barisan nasional.

Tidak wajar berkira dalam soal kenaikan gaji dan elaun elaun kerana peranan penjawat awam terutama pelaksana 1 dan 2 juga sama seperti wakil rakyat.

Lihatlah dari sudut positif dan kebajikan untuk semua lapisan penjawat awam

Mohd Asmaddie berkata...

Kena hidupkan semangat kamikazi.Tak nak cakap lebih..dunia hari ini...kena lebihkan perbuatan kurangkan cakap...Jadi mogok dulu baru cakap...kita tak nak cakap dengan nilai seringgit namun upahnya 20 sen...kita nak ubah dari buat apa yg patut dulu sepuas hati baru upahnya tinggi...

Mohd Asmaddie berkata...

Kena hidupkan semangat kamikazi.Tak nak cakap lebih..dunia hari ini...kena lebihkan perbuatan kurangkan cakap...Jadi mogok dulu baru cakap...kita tak nak cakap dengan nilai seringgit namun upahnya 20 sen...kita nak ubah dari buat apa yg patut dulu sepuas hati baru upahnya tinggi...

Made in Pahang berkata...

Kenaikan Elaun perumahan akan di pertimbangkan...........
penimbang ROSAK...KAH KAH KAH

Nur Sufiah Jamaludin berkata...

Bila nak jalankan perlaksanaan 252 skim perkhimatan nih.. kata Bajet 2015 tapi Habuk pun tak nampak.. jangan pandai berjanji jika tak bleh nak tepati.. GST dan mula nampak membebankan rakyat.. cara menyampaikan info berkenaan GST pun saya rasa pihak berwajib masih gagal.. yang teraniaya orang kampung jugak..

az berkata...

Pekeliling terbaru Bil. 2 Tahun 2015 berkuatkuasa 1 Januari 2015
Untungnya pegawai yang gajinya dah maksimun atau hamper maksimun tapi kurang satu KGT.
Contoh: Gred W48, KGT biasa RM270 jika dah maksimum akan diberi kadar tetap 3% : RM318.30 manakala Gred W27 KGT biasa RM145 diberi RM152.94.
Namun apa daya pegawai Gred N11 yang KGT biasanya RM80 hanya diberi RM79.89 sahaja, namapk tak beza Gred 48 dengan Gred 11, begitulah nasib pegawai bawahan… hu… hu… hu…

Mahmood Adam berkata...

sepatutnya "bijak pandai" yang diambil/dilantik menjawat jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam yang memegang tampuk tertinggi menggunakan kebijaksanaan mereka untuk benar-benar menjaga kebajikan semua penjawat awam dalam masa yang sama tidak meletakkan kepentingan diri sendiri paling atas.

tapi nak buat macam mana, definisi "bijak pandai" tersebut hanya terhad kepada subjek/kursus apa yang diambil ketika belajar di universiti dahulu. walhal akhlak, keimanan dan keikhlasan langsung tak dinilai. inilah dia konsep "meritokrasi" yang diperkenalkan oleh yahudi yang diterapkan oleh kerajaan malaysia dalam membuat pengambilan penjawat awam, terutamanya dalam kumpulan P&P. hasilnya kita mengambil mereka yang "nampak pandai" di atas kertas dengan CGPA yang maha hebat seperti 3.2, 3.5, 3.7, 3.9. malangnya, mereka ini hanya robot yang pandai menghafal, tetapi akhlak ZERO. apabila golongan ini meningkat usia dan menjawat jawatan lebih tinggi sehingga tahap menjadi pembuat dasar/keputusan, hasilnya seperti keadaan yang sekarang ini.

konsep meritokrasi dan birokrasi yang diperkenalkan oleh yahudi untuk diguna dan diterapkan dalam segala pentadbiran yang ada di dunia ini adalah supaya sesuatu golongan itu mengamalkan konsep kerja berpindah-pindah dan dirumitkan, dalam masa yang sama mengamalkan konsep piramid kebodohan, iaitu orang di atas takkan ambil atau takkan mempunyai orang bawahan yang lebih pandai darinya. apabila orang di bawah naik, dia yang sedia ada bodoh (pandai dari segi CGPA, tetapi bodoh) akan mengambil yang lebih bodoh darinya untuk dduduk di bawahnya. ianya berterusan sehinggalah yang benar-benar bodoh sudah berada di atas. ketika itu sesuatu organisasi tersebut sudah tidak boleh diselamatkan lagi dan sudah rosak sepenuhnya. inilah yang dikatakan oleh Rasulullah S.A.W. tentang luka' bin luka'

dalam analogi barat, golongan ini dipanggil sebagai "useful idiots".

Adam berkata...

Kesihan PA, elaun rumah rm180 nak sewa rumah, hi...hi...hi...., guru-guru juga dijanjikan Guru Pendita, Guru Mithali, Guru Wibawa, Guru Cemerlang, guru Biasa dan yang lebih dahysat lagi janji terkini TAHUN LALU guru-guru DIJANJIKAN SEBUAH KOMPUTER setiap seorang. Mana yee komputer itu...? Sedang dibungkus agaknya di pejabat Menteri Pendidikan. PA baik ikut macam saya sebagai kerja sendiri preman jalanan, BEBAS parti BEBAS UNDI SIAPA....!!!

Higashi Hokori 東 誇り berkata...

Harap Pihak CUEPACS dapat membantu kami² pekerja di sektor kerajaan yg berstatus Skim Perkhidmatan Singkat / Contract For Service, agar diserap sebagai Penjawat Awam.

Halim Mustaffa berkata...

cuepacs..lu sembang je..

ALIFCHEAZMI berkata...

Saya sokong hujah tuan

eM Jay berkata...

Cuepacs,

Jika mohon semakan gaji/elaun tolong jgn guna formula peratus (%). Gunakan nilai RM. Kerana kalau guna formula %, org gred atasanlah yg kenyang. Kita yg dibawah ni melopong tengok gred atasan naik bedesup.

Kalau guna formula RM, contohnya kenaikan RM2OO utk semua gred. Semua dapat sama rata sama rasa. Gred bawah dapat RM200 ataspun dapat RM200.

Made in Pahang berkata...

Btul tu en. Emjay...selaraskan ikut rm..
adil dan saksama...Tapi Tapi.....betul ke kerajaan nk tunaikan harapan penjawat awam...semua

ihsan muhd s berkata...

kaji juga pakaian seragam(kain) dan kasut utk PaP PRA dan seangkatan...tidak relevan dengan kenaikan gaji dan gred sejak kebelakangan ini..kalau nk di tambah kira2 elaun lebih besar dari gred 17 berdasarkan kenaikan KGT.
(KGT gred17 RM95)setahun =vs= (KGT gred11 RM80+kasut(300)+pakaian(450)=RM750)setahun.

jj1759 berkata...

just tunggu Dan lihat..kalau 2015 25 April slip gaji tiada kenaikan lansung...tunggu pru14...pandai pandai rakan rakan pejawat awam....kita masih setia kpd kerajaan kini...tapi ubah tak ubah di tangan mereka...

jj1759 berkata...

just tunggu Dan lihat..kalau 2015 25 April slip gaji tiada kenaikan lansung...tunggu pru14...pandai pandai rakan rakan pejawat awam....kita masih setia kpd kerajaan kini...tapi ubah tak ubah di tangan mereka...

ila asan berkata...

Kaji jangan tak kaji....tapi ambilla masa kamu... nak 10 tahun pun leh... yg kerja skrng biar mati gaji min / gred biasa pun takper...
Tak tahu lah sapa bodohkan sapa... kamu cuepacs ka / JPA ka / Kerajaan ka...
Hoi tempat saya budak baru masuk kerja fresh 6 tahun dah dpt gred 44... yg gred 44 pulak baru 5 tahun dah dpt surat 48..
tapi kami yg gaji kecik ni dah lebih 12 thn masih takder berita pun... dah la kenaikan tahunan siput..ingat kami tak makan minum ker/ takder keluarga.. Atau pikir kami tiada keperluan dlm kerajaan... klu cam tu takpayah la nak ambik jawatan gred bawah 41.. biar semua gred 41 keatas buat.. kan senang..yg kamu belajar tinggi /otak hebat / gaji tinggi /elaun tinggi / semua kemudahan kelas 1 / dapat driver / mesyuarat hotel 5 bintang.. pikirlah skit kami kat bawah ni.. sekurangX2nya biar kami hidup cukup makan dari kebulur..anak kami pun nak hidup seperti anak orang lain...pastikanlah jurang pendapatan tu tak tinggi sangat.. sebelum kaji skim kaji dulu impak ekonomi bila semakin ramai berpendapatan rendah.. jurang kekayaan yg amat berbeza... negara tu akan susah membangun.. secara keseluruhan semua akan susah... cth pi tengok India / Bangladesh / Pakistan / Myanmar / Burma.. Tengok pula beza dengan tak jauh Singapura.. Jurang Pendapatn bagi yg berkerja tak jauh.. lagiX2 yg berkerja Kerajaan.. Mutu perkhidmatan mereka sangat tinggi.. berbeza dengan kita...bagi yg baca sila renungkan...

Mino berkata...

Nampak dan setuju sangat...

Mino berkata...

Doa yang terbaik je...

Mino berkata...

Kalaulah saya diberi peluang berbicara dgn President Ceupacs, solan pertama saya pastinya, "Tuan tahu tak kat sekolah menengah ada Pembantu Makmal?... bukan Cikgu dan PT je..."

Saya agak, pasti dia tak pasti. Kesiannye...

Ahmad Firdaus berkata...

CUEPACS, MANA SKIM U GRED 17 PEMBANTU KESIHATAN AWAM, MASUK GUNA 2 SIJIL, SPM DENGAN PEMBANTU KESIHATAN AWAM, MASIH DI TAKUK LAMA SETARAF N17, . TIBA2 JE N17 NAK DI NAIKKAN N19/29, PADAHAL MASUK PAKAI SPM JE, U17 YANG BERHUTANG BERPULUH RIBU, BELAJAR 2 TAHUN DEKAT KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU, TAK NAIK PULA 19, PKA DENGAN JM SETARAF U19, KENAPA PTN17 MASUK DALAM SENARAI KENAIKAN GAJI DAN GRED

ANDY PB berkata...

Saya dalam gred 41 sudah 10 tahun. Dan gred 29 hampir 20 tahun sebelum naik gred 41. Tetapi masih tiada kenaikan ke 44 . Tinggalc3 tahun lagi utk pencen wajib

ANDY PB berkata...

Saya dalam gred 41 sudah 10 tahun. Dan gred 29 hampir 20 tahun sebelum naik gred 41. Tetapi masih tiada kenaikan ke 44 . Tinggalc3 tahun lagi utk pencen wajib