SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

08 Mac 2015

CUEPACS GESA KERAJAAN KAJI BALIK KADAR 231 ELAUAN PENJAWAT AWAM


Bernama
7/3/2015
KEMAMAN, 7 Mac (Bernama) -- Kesatuan Kongres Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan mengkaji semula dan menambahbaik kadar 231 elaun yang diberikan kepada penjawat awam.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata penambahbaikan elaun berkenaan perlu kerana kadar sedia ada tidak lagi relevan berikutan kenaikan kos sara hidup, harga barangan serta ekonomi negara masa kini.

"Elaun yang dinikmati penjawat awam sudah lama tidak dikaji, dan sekarang kos sara hidup semakin meningkat dan sangat memerlukan kerajaan untuk kaji semula elaun ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan peralatan dapur kepada 300 penjawat awam yang terbabit banjir di daerah Kemaman di sini pada Sabtu.

Antara elaun berkenaan ialah elaun perumahan, elaun khidmat awam, elaun sara hidup (COLA), elaun perjalanan, elaun hotel, elaun wilayah untuk mereka yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak.

Azih berkata pihaknya difahamkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta pihak berkenaan mengkaji perkara itu namun belum ada kata putus mengenainya sehingga kini.

"Kalau kaji lama-lama pun tak guna sebabnya kos sara hidup kini semakin meningkat dan kerajaan perlulah membuat keputusan segera," katanya.

Azih berkata CUEPACS juga memohon kerajaan melaksanakan segera 252 skim baharu yang telah diumum Perdana Menteri pada Oktober tahun lepas.

"Pelaksanaan skim baharu ini tidak melibatkan kos yang tinggi sebab ia bukan divisyen gaji... jadi tak ada halangan untuk kerajaan melaksanakan skim ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pelaksanaan penstrukturan semula penjawatan baharu dan kenaikan pangkat penjawat awam setiap lima tahun sekali juga perlu dilakukan bagi memberi peluang kepada penjawat awam meningkatkan profesyen masing-masing.

Menurutnya pada masa ini, ramai penjawat awam khususnya kumpulan sokongan yang mempunyai ijazah sarjana muda dan mereka harus diberi kenaikan pangkat dan gaji setimpal dengan pendidikan mereka.

-- BERNAMA

7 ulasan:

FULL Movies/Drama Online - BudakGemok[dot]com berkata...

Kaji..Kaji..Kaji > Dipertimbangkan > Disemak > Kaji Balik. :D

Unknown berkata...

setuju dengan GESAAN dari pihak cuepacs kepada kerajaan agar memutuskan segera kadar elaun perumahan,elaun khidmat awam sesuai keadaan semasa.
Tambahan pula,sekarang ini majoriti penjawat awam mempertahankan kerajaan dalam pelbagai isu terkini yang dilemparkan oleh masyarakat luar.
Tak wajarlah untuk berkira dalam soal kenaikan elaun rumah,elaun khidmat awam WALAUPUN kita bukan wakil rakyat dalam dewan.
Kita juga mempertahankan kerajaan sekarang,namun kita juga inginkan kebajikan dijaga.

Sangat wajar jika diputuskan kadar kenaikan ini sebelum GST bermula 1 april 2015.

Terima kasih jika keputusan KENAIKAN kadar ELAUN RUMAH DAN ELAUN KHIDMAT AWAM dibuat sebelum GST dilaksanakan.

Unknown berkata...

setuju ....kaji jangan tak kaji

tukjanggut berkata...

BERI KENAIKAN SERENTAK DGN PELAKSANAAN GST PADA 1 APRIL 2015 INI APA SALAHNYA.

Unknown berkata...

Selaraskan kadar semua jenis elaun eg. Elaun perumahan, elaun kawasan, elaun hidup susah dan sebagainya kepada semua anggota perkhidmatan awam sabah, sarawak dan s.malaysia (elaun 1Malaysia).

Mahmood Adam berkata...

"Menurutnya pada masa ini, ramai penjawat awam khususnya kumpulan sokongan yang mempunyai ijazah sarjana muda dan mereka harus diberi kenaikan pangkat dan gaji setimpal dengan pendidikan mereka."

jadi apakah langkah yang dibuat oleh cuepacs? hanya sekadar memberi kenyataan kosong saja?

Unknown berkata...

kaji juga pakaian seragam(kain) dan kasut utk PaP PRA dan seangkatan...tidak relevan dengan kenaikan gaji dan gred sejak kebelakangan ini..kalau nk di tambah kira2 elaun lebih besar dari gred 17 berdasarkan kenaikan KGT.
(KGT gred17 RM95)setahun =vs= (KGT gred11 RM80+kasut(300)+pakaian(450)=RM830)setahun.