SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

09 Mac 2015

JPA KAJI CADANGAN UMUR BERSARA 62 TAHUN


Bernama
8/3/2015



NIBONG TEBAL, 8 Mac (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengkaji cadangan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya umur persaraan wajib penjawat awam dilanjutkan kepada 62 tahun daripada 60 tahun.

Namun Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata sebarang keputusan untuk melanjutkan umur persaraan penjawat awam bukan hanya merupakan keputusan JPA tetapi turut melibatkan keputusan kerajaan.

"Saya kena lihat secara keseluruhan dan mengkaji terlebih dahulu. Ini bukan keputusan JPA sahaja dan ia juga merupakan keputusan kerajaan atau dasar yang kita kena bawa balik kepada kerajaan.

"Buat masa ini, saya ingat tidak perlu komen panjang mengenai hal berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau merasmikan Pusat Latihan Kemahiran Peringkat Tertinggi CoAS, Institut Kemahiran Tinggi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, di sini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus dan Pengurus Besar Perda, Saringat Hassan.

Semalam CUEPACS meminta kerajaan supaya membuat pertimbangan bagi melanjutkan umur persaraan penjawat awam atas alasan negara sedang menuju status negara maju.

Sementara itu Mohamad Zabidi berkata kerajaan akan memperluas pengambilan pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) ke dalam perkhidmatan awam.

Beliau berkata kini 17 skim perkhidmatan berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah diperuntukkan kemasukan di peringkat SKM yang akan diperluas kepada lebih banyak skim perkhidmatan lain.

"Penjawat awam dengan kelayakan SPM dan memiliki sijil kemahiran akan memperoleh gaji permulaan lebih tinggi dan ini merupakan nilai tambah kepada mereka yang memiliki SKM," katanya.

-- BERNAMA

8 ulasan:

Kagumas berkata...

Tak payah letak nama JPA la. KSN dh bg statement kerajaan x minat nak sambung umur bersara kepada 62 tahun! Idea bangang dan untuk kepentingan diri! Banyak lagi isu tak selesai memandai2 buat isu baru. Isu skim jawatan, kenaikkan elaun, selaras gaji semua tertangguh! Mohon Presiden letak jawatan kalau nak perjuang hal peribadi! Idea2 bangang tak perlu nak hebahkan. Buat malu kat orang! Selesai dulu masalah yg ada... bulan depan dah ada GST. Gaji/elaun bila nak naik???

Unknown berkata...

Selasaikan dahulu isu lama supaya tidak bersersbut...

Mahmood Adam berkata...

come on azih muda. jangan nampak macam bayang-bayang omar, suka mengarut & suka melalut.

1. mana pegi kajian semula skim2 yang masih belum dikaji?

2. mana pegi tuntutan supaya kumpulan pelaksana yang mempunyai kelulusan lebih tinggi dari gred lantikan sedia ada (memperolehi kelulusan lebih tinggi hasil dari PJJ/PLK ketika sedang berkhidmat) supaya dipermudahkan laluannya (laluan khas/pantas) ke peringkat lebih tinggi.

3. mana pegi kajian semula penilaian tahap kecekapan supaya seseorang yang berada dalam gred lantikan boleh ke gred kanan (lihat sahaja apa yang berlaku pada PT N17 yang sampai ke sudah masih belum dapat kenaikan pangkat, kalau ada pun KUP)

bijaklah sikit wahai presiden cuepacs. dah dapat gelaran datuk dah, maka berfikir dan beraksilah dengan penuh bijak. bukannya buat cadangan mengarut supaya dinaikkan had persaraan ke 62, mahupun cadangan potong gaji untuk derma kepada mangsa banjir tempohari. ini cadangan kurang cerdik!

Unknown berkata...

kaji benda lain lah...nampak sangat tak ada kerja lain dah...kaji yg patut2 sudah lah...kaji mcmane org2 lama boleh kenaikan pangkat secara lantikan ke betul jugak....bagi peluang org muda sertai kerajaan la....

Unknown berkata...

kaji benda lain lah...nampak sangat tak ada kerja lain dah...kaji yg patut2 sudah lah...kaji mcmane org2 lama boleh kenaikan pangkat secara lantikan ke betul jugak....bagi peluang org muda sertai kerajaan la....

Tanpa Nama berkata...

Untuk kebaikan penjawat awam masa panjang memang baik. Kalau negara asian yang lain boleh sampai 65 tahun baru pencen, mengapa Malaysia tak boleh. Apa yang penting harus diperhaluskan. Diharap cadangan ini diteruskan dan diluluskan demi untuk semua penjawat awam.

Dr-Vroom berkata...

Umur persaraan 62 tahun pun bagus juga, dan idea berkenaan dgn remaja kan sektor awam pun okay juga... Cuma saya nak tanya, remaja itu boleh buat kerja atau tidak? Maklumlah golongan muda sekarang majority 'spoon-fed' masa di IPTA/S. Jangan anda tidak fikir hal ini pula !

azmi suhaili berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.