SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

20 Julai 2010

3,286 GURU TABIKA BAKAL DISERAP KE JAWATAN TETAP

Bernama
20/7/2010





KANGAR, 19 Julai (Bernama) -- Semua guru dan pembantu guru tabika Perpaduan di seluruh negara yang selama ini berkhidmat secara kontrak bakal diserap ke jawatan tetap.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T.Murugiah berkata cadangan menyerapkan 3,286 guru dan pembantu guru tabika itu telah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)."Sudah sampai masanya mereka diberi jawatan tetap yang menjanjikan masa depan yang lebih baik. Saya harap proses penyerapan dapat dilaksanakan secepat mungkin," katanya.Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam "Untaian Kasih" Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Perlis di sini Ahad malam, Murugiah berkata pada masa ini kesemua guru dan pembantu guru di 1,643 tabika Perpaduan berstatus kontrak dan ada yang telah berkhidmat selama 30 tahun.Majlis makan malam Untaian Kasih yang diadakan sempena klinik Dodgeball 1Malaysia peringkat negeri Perlis itu dikendalikan Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD) dan disertai kelab Rukun Negara, Jiran Muda dan Jiran Wanita.Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan negeri Perlis Abdul Jamil Saad dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Azizah Ariffin.

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hai CEUPACS,guru tadika bakal diserapkan ke jawatan Tetap,PA Kontrak lain bila lagi?????

Tanpa Nama berkata...

GURU TABIKA TU PUTERI UMNO KEBANYAKANNNYA.

smn berkata...

Patutlaa tu, kerja masa usia 20 tahun dah nak pencen masih lagi kontrak..!!tak usah dok dengki atau irihati laa.., mana ada putri lagi dan jadi nenek dan ibu tunggal!!
Kalu tak tahu cerita jangan komen ikut suka laa member!

Tanpa Nama berkata...

Tunggu bulan jatuh dari langit PA kontrak diserapkan ke jawatan tetap kalau mahu cepat undilah PR nanti pada PRU ke 13 kalau menang mereka boleh ubah jawatan anda ke jawatan tetap. hahahahahaha

ustaz Nizam berkata...

apa nasib GURU KEMAS? gueu KEMAS lagi la pulun perjuang UMNO/BN masa p/raya, dah menang tu, haram..... umur 50 tahun masih kontrak... bina nak, guna kami, bila dah habis, janji semua palsu.. UMNO penipu besar!!!!

Saad berkata...

Jengjengjeng... kehkehkeh... dan... hehehe...

pandangan... dan... pendapat...

kehkehkeh

honoku berkata...

apa piulak nasib kami guru kemas??kenapa hanya jabatan perpaduan shj sedangkan kerja sbg guru kemas macam hamba. nak berhenti, masih kontrak, nak cari kerja lain pun susah.. bile pilihanraya, kami kerja separuh mati.. terpaksa tinggal anak suami, sampai kami mati pun agaknye takde org nak peduli...!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Saya sgt. setuju dgn guru tadika diserap ke jawatan tetap tetapi kerajaan jangan lupa dgn jawata lain kalau negara mahu maju dan BN mahu kekal pegang kuasa. KSU SPA turun padanglah tengok2 lah keadaan. Jangan lupa org. bawahan
CUEPACS
Harga 5 jenis barang keperluan dah naik kenapa tidak tuntut naik gaji PJ awam????????????????
PJ awam yg gji rendah pun mahu duit utk mengalas perut sisi keluarga mereka betul tak.
Adakah wang kerajaan yg banyak digunakan oleh menteri2 kerajaan boros contonya pemberian subsidi minyak kepada nelayan yg. beribu-ribu ringgit mereka tidak gunakan dgn betul malah kebanyakan minyak bersubsidi itu dijual kepada pihak ke 3 bukan diguna oleh nelayan. Siapa untung di sini. Lebih baik wang subsidi itu digunakan untuk bayar bonus PJ awam betul tak???? CUEPACS Kenapa terlalu manjakan para nelayan tengolah harga ikan di pasaran semuanya mahal2 balaka. Tidak ada lagi yg. harganya RM3/ sekilo sekarang. Kenapa mahu bagi banyak subsidi kpd nelayan kalau macam itu saya fikir mungkin ada udang di sebalik batu menteri kementerian tersebut kenapa tak cakap.
Subsidi Diesel diberi kepada nelayan banyak aaaaa dapat bayar gaji lu org. PA kontrak kpd jawatan tetap. Ini tidak betullah lu org dipinggirkan.

Tanpa Nama berkata...

tak apa la...mula2 guru kemas naik pangkat/tetap..lepas itu guru sekolah rendah dan menengah pula..lepas itu askar...lepas itu polis..balik semula pada guru sekolah rendah dan menengah..lepas itu askar, lepas itu polis..lepas itu guru sekolah..kehkehkeh...

baguih la...sokong jugak...

kontrek punya pekerja..faham2 sudahlah...kilang banyak yg kosong..kehkehkehkeh...

Saad berkata...

Jengjengjeng... kehkehkeh... dan... hehehe...

pandangan... dan... pendapat...

kehkehkeh...

Tanpa Nama berkata...

ramai pegawai penerangan s41 dipelbagai agensi kerajaan negeri atau persekutuan masih berstatus kontrak. kerajaan dipohon beri perhatian terhadap masa depan mereka ini. mereka juga layak diserap ke jawatan tetap kerana telah menunjukkan prestasi yang sangat baik. kalau tidak baik, kontrak mereka sudah pasti tidak akn dilanjutkan.

Tanpa Nama berkata...

JABATAN PERPADUAN PALING DAIF DAN SENGKEK SEMUA PENTING DIRI SENDIRI
ADA TEMPAT KOMPUTER PUN TAKDA!!!!!
BOS-BOS BANYAK MUKA KETAT BILA MASUK KERJA!!! SOAL KLAIM JANGAN DITANYA SENSETIF!!!! TAPI BOSS KLAIM RIBU-RIBU SAIN JERRR TERUS SUMMIT!!!

Tanpa Nama berkata...

Kalau guru Perpaduan nak diserap..apa pula nasib guru-guru KEMAS...saya tengok kalau time pilihanraya..yang berhempas pulas adalah guru KEMAS..kekadang sampai anak murid pun terabai...bila lagi guru KEMAS nak di anak tirikan....

Bekas Guru KEMAS..

Tanpa Nama berkata...

tensen jadik pekerja kontrak neh!!bile nak wat loan, ada plak pegawai bank tanya, kalo kontrak kami xlayan...dah la kena halau, dihinanya depan org ramai...!!inilah layanan untuk pekerja kontrak macam kami...wahai cuepacs, bantulah kami..........=(

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..utk. Cuepacs dan mereka yang berkenan kami berharap tolong jengok-jengok kami yang berkerja dibelakang tabir ne,mungkin pihak Cuepacs atau pembaca pernah mendengar PDK atau pusat dalaman Komuniti ,kami dapat rasakan kerja2 kami ne lebih mencabar dari meraka yang mengajar di tabika ,pendidikan khas atau apa-apa lagi.kami berharap moga-moga PDK dapat diserapkan ke dalam Jabatan,bukan apa kami pun ingin merasa ganjaran yang kerajaan berikan seperti mana guru pendidikan khas tu.kalau hendak diceritakan tentang kerja kami ne mungkin ada yang x sanggup nak dgr. bukan x iklas berkerja tetapi nak bagi tau!!!!!.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum....saya guru kontrak siswazah, 2 tahun mengajar..setahun di pendalaman kelanatan...masih ada peluangkah untuk disambung atau diserap???

Tanpa Nama berkata...

3,286 GURU TABIKA BAKAL DISERAP KE JAWATAN TETAP
Bernama
20/7/2010. SEKARANG DAH NAK TAMAT 2012, SAMPAI SEKARANG MASIH DALAM STATUS KONTRAK. KATA JANJI DITEPATI, TAPI.... KASIHAN KAMI