SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

13 Julai 2010

PERANGAI KAKITANGAN AWAM CURI TULANG

TERINGIN sangat hati penulis hendak bersarapan nasi kerabu. Pilihan terbaik ialah kedai Kak Mah Nasi Dagang, Sungai Merab di pintu belakang Putrajaya yang terletak berhampiran dengan rumah di Bangi. Seperti biasa pengunjungnya ramai, setiap meja dipenuhi pelanggan termasuk pegawai dan kakitangan kerajaan berdasarkan jaket 'korporat' yang dipakai dan tag nama yang jelas terpapar nama-nama agensi atau kementerian masing-masing.

Jam hampir menginjak ke pukul 10 pagi, mereka masih lagi rancak berborak, sambil menghirup teh tarik yang sudah sejuk dan sesekali menyedut asap rokok. Sesuatu yang pasti mereka ini sudah berada di kedai ini seawal pukul 9 pagi.

Apabila penulis bergerak untuk membayar kira-kira pukul 9.50 pagi, langsung tidak kelihatan mereka akan bangun dan kembali ke pejabat masing-masing.

Soalannya, tidak bekerjakah mereka atau sudah siap semua kerja yang diamanahkan? Berapa jam sebenarnya mereka ini bekerja dalam sehari, jika ditolak masa terbuang semasa bersarapan dan makan tengah hari.

Adilkah perbuatan ini? Mereka mendapat gaji yang sudah semestinya daripada duit rakyat, berbanding dengan kakitangan lain yang tekun bekerja seperti guru yang memulakan tugas seawal 7.30 pagi dan akan habis pada sebelah petang jika tidak ditambah dengan aktiviti kokurikulum atau kerja-kerja perkeranian.

Selain itu, saban tahun, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan berjuang untuk meminta bonus dan kenaikan gaji. Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga berkali-kali mendambakan perkhidmatan terbaik kelas pertama daripada penjawat awam.

Tetapi pada masa sama masih terdapat segelintir yang seolah-olah sekadar menumpang dan mengambil kesempatan daripada nikmat yang dilimpahkan kerajaan. Oleh itu, jangan hanya kerana segelintir atau kerana nila setitik akan menyebabkan seluruh sektor awam dipandang serong.

Beberapa tahun lepas, masih segar diingatan penulis teguran Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan terhadap segelintir penjawat awam yang sanggup memandu hingga ke Nilai atau Port Dickson dari Seremban hanya semata-mata untuk bersarapan atas alasan makanan di tempat berkenaan lebih lazat.

Apa salahnya sesekali pihak-pihak berkuasa dalam sektor awam ini turun padang dan membuat kunjungan 'hormat' ke restoran-restoran yang mempunyai rating tinggi bagi melihat sendiri perangai anak-anak buah mereka.

Kerja iaitu mencari rezeki halal adalah ibadah yang akan diperhitungkan soal dosa pahala di akhirat. Dalam mengerjakan ibadah tiada istilah jalan pintas semuanya wajib dilakukan mengikut turutan atau rukun.

Berkatkah rezeki yang diperoleh jika jalan pintas diamalkan? Bagaimana hukumnya pendapatan yang dituai pada hujung bulan itu diberi makan kepada anak-anak dan untuk saraan keluarga?

Malah pada padang mahsyar nanti, segala perbuatan kita akan dihisab dan dipertontonkan kepada umum, mulut akan terkatup rapat, anggota badan pula yang akan mengambil peranan menjelaskan setiap apa yang dilakukan oleh tuan punya badan, walaupun sekecil zarah sekalipun.

Timbang-timbangkanlah hidup di dunia hanya sementara sebelum meneruskan perjalanan abadi ke akhirat

59 ulasan:

miey berkata...

Nasib baiklah bukan keseluruhan penjawat awam macam itu. Saya tahu lokasi yang saudara sebutkan itu dimana. Memang ramai dengan pengunjung lebih2 lagi penjawat awam.

Saya sendiri pun tidak tahu apakah jawatan mereka itu di dalam perkhidmatan awam. Mempunyai masa terluang yang banyak.

Harap-harap artikel ini tidak memberi imej buruk penjawat awam keseluruhannya.

Tanpa Nama berkata...

Mungkinkah mereka ini pegawai atasan.!? kalau kuli bawahan mereka tak berani..biasanya.

Tanpa Nama berkata...

Mmg benar kata penulis....tak percaya? silakan buat pemantauan...

Saya andaikan ianya turut berlaku dimana2 saja. Tidak semestinya di tempat yg dimaksudkan tu. Sedarlah penjawat awam! Jangan curi masa. Haram hukumnya. Kalau nk keluar sarapan sekalipun tengok2 la jam tu, terlebih ke?? tidak ke??

Maaf cakap, gaji nak lebih, kerja biar kurang. Harap2 tidak semua kakitangan awam melakukan perkara sedemikian...

-pemerhati bebas merangkap student-

Tanpa Nama berkata...

itulah yang meninggalkan kesan negatif kepada PA.. bila nak minta naik gaji ker naik bonus ker itulah yg diorg nampak.. PA kurang bt kerja lepak jer byk..

yg PA yg sebetul2 berkeja terkena tempias nyer..

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan luahan & pandangan penulis. Para pembesar diminta turun padang sekali sekala lihat gelagat anak-anak buah. Tp diharapkan tulisan ini tidak menggambarkan sikap dan amalan keseluruhan kakitangan awam. Kerja bukan hanya untuk kehidupan dunia tapi juga untuk bekalan di akhirat jua yang kekal abadi.

Tanpa Nama berkata...

Esok aku nk g amik gambar...nak pos kat ceupacs untuk di upload....jaga2...

Tanpa Nama berkata...

bukan setakat kat kedai kopi saja. balik rumah tidur pun ada. terutama yang tinggal dikuarters putrajaya. tak percaya pihak atasan boleh check. tapi orang bawahan ni kuat melawan sekarang ni (bukan semua. selepas sebulan masuk kerja dah buat perangai. buang saja kakitangan macam ni. ramai lagi yang mengharapkan untuk berkhidmat dengan sektor kerajaan

Tanpa Nama berkata...

Anyway....nasi kerabu dia mmg sedap pun...hehehe..

Tanpa Nama berkata...

Time mintak bonus/naik gaji mereka dakwa itu duit rakyat, itu hak mereka. Tapi tang kerja mereka lupa duit gaji depa sapa bayaq....padan pun PM tak mau byq bonus...

Tanpa Nama berkata...

ni ada satu lagi jenis curi tulang diharap ketua jabatan ambil perhatian, cuba perhatikan bila ada kawan-kawan buat OT sampai pukul 10.00 malam atau lebih, besoknya dia masuk kerja pukul berapa, bila tanya alasanya balik lewat kerja sampai tengah malam yg tak sedapnya OT dia sapu, datang lambat alasan balik lambat ala-ala pampasan la tu mana punya pekeliling yg dia guna aku pun tak tau

Tanpa Nama berkata...

ye lah yg buruk tu suma kakitangan awam, bagus la koje ngan swasta bole dpt bama baik je w/pun keje sama je kualitinya ngan org yg gomen,

Tanpa Nama berkata...

perkara ini berlaku berpunca kerana kurang iman, tidak peka tentang kebersihan dan kesucian pendapatan yang mahu disuapkan ke mulut ahli keluarga,terlupa tempat akhir kehidupan kita dan tiada intergriti

Tanpa Nama berkata...

salam..jangan pandang masa mereka rehat..tapi tanya apa skop kerja mereka...mcm saya juruelektrik di jabatan kerja raya..kerja sampai malam ada orang nampak..orang sedap tidur kami berjaga malam jaga janakuasa elektrik...saya jawab di pihak yang benar....

Tanpa Nama berkata...

Mmg betul kerja smpi mlm org tak tau, tapi itu bukan alasan untuk curi tulang waktu kerja....entah2 kerja lewat mlm claim OT ape?..Kerja hakiki saja ditangguh2, ble buat OT hehehe...

Tanpa Nama berkata...

entah2 bukan penjawat awam...pandai reka cerita..

macam shafie afdal kata:

anwar agen cia - amerika nafi
anwar bayar cnn - cnn nafi

kehkehkeh..

Tanpa Nama berkata...

Saya kurang setuju dengan sikap penulis.... Pernahkah penulis terfikir? Maybe yang tengah makan kat situ tue Pengawal Keselamatan atau perjawatan yang kerjanya ikut shift, atau pemandu-pemandu yang tengah tunggu bos diaorang habis meeting...(di mana lagi diaorang nak tunggu bos yang tengah meeting kalau jadual mereka sendiri yang tidak dapat ditetapkan oleh bos?) Bukan ke itu yang patut ditanyakan terlebih dahulu sebelum kita berprasangka buruk????? Luahan tanpa pertanyaan macam inilah yang meburukkan nama kakitangan awam itu sendiri. Penulis kena ingat, dalam Islam kita tidak harus berprasangka buruk sebelum kita benar-benar tahu apa yang berlaku.....

Tanpa Nama berkata...

Kalo dh pakai jaket hitam 'Cap 2 Harimau' & ada name card lg siap tulis Kementerian dotdotdot apa kejadah pulak pakcik sapu sampah yg pakai. Susah sgt ko pegi je sendiri kat kedai Kak Mah tu, tanya sekor2.... Mcm org politik la ngko ni....suka putar belit...supaya menimbulkan keraguan org..

kadang2 ada yg dtg dgn keta waja kementerian lg, bukak pintu keta smpi kembang2 lubang hidung..hehe..

Tanpa Nama berkata...

Kalo dtg sorg ye la kot driver....kalo dah penuh keta kerajaan apa citer, minyak claim tuh....

Tanpa Nama berkata...

boleh selasai asalkan bagi dua bulan bonus

Tanpa Nama berkata...

bagi bonus bukan penyelesaian.... org kalo nak curi tulang, bagi 10 bulan bonus pun dia wat gak...

kena cari cara penyelesaian yg jitu utuk selesaikan masalah...

maybe kena cari 1 kaedah utk kawal pergerakan kakitangan dalam waktu bekerja..

tapi takot ada bos² plak yg tak setuju... pasai yg buat keje ni bukan golongan "kuli" jer.....

tapi walau apa pun, artikel ini tidak menggambarkan keseluruhan kakitangan perkhidmatan awam yang sedang berkhidmat skrg...

wallahualam.....

Tanpa Nama berkata...

Yang melepak tu sebab protes tak dapat bonus tahun sudah... Tahun ni kena berilah 3 bulan gaji sebagai bonus..

Tanpa Nama berkata...

ye la tu driver tu..mana ada pegawai pegang stering kereta...mangkuk punye penulis...lambang persekutuan tu sapa2 blh pki..apara..ntah2 penulis tu kaki lepak xde kerja..mintak2 gomen x dpat2..pastu nak tutup periuk nasi orang...hampeh punye kaki.

Tanpa Nama berkata...

Dah x ada kerja sbb 2 la diaorg kluar melepak,almaklumla kerja gomen kan relax....bila ada isu diaorg relax x ada kerja maka timbulla plak fakta2 untuk menjaga periuk nasi masing2,"kau ingt kerja gomen nie senang,tenson tau x", kdg2 ada alasn yang x masuk akal....itu baru melepak kat kedai mamak,ada jugak yang melepak kat shoping Kompleks,window shoping agaknya "waktu ofis kan"....x dinafikan juga, ada sesetengah jabatan x ada kantin,so sbb 2 la diaorang kluar makan sambil "melepak" kat luar tapi pikir2la jugak "Anda Sedang Dalam Waktu BEKERJA"....apapon masing2 pikirla sendiri tentang "Rezeki Yang Tuhan Bagi".....renung2kanla....

Tanpa Nama berkata...

Baca la title tu dah tulis besar2. Ia bukan dituju pada pegawai sahaja. Ia dituju pada semua penjawat awam yg terlibat. Sapa mkn cili, dia rasa pedas...

Tanpa Nama berkata...

Penulis baik sangat ke? Tak pernah curi tulang ke? Kenape dok bersarapan kat sana? Itu pun kira curi tulang apa!

Tanpa Nama berkata...

kenapa la asyik dok hentam kakitangan awam ja??? korang dah tak dak keja lain ka??? atau korang jaki ngan kakitangan awam??? ni mesti kes penulis penah mintak keja kerajaan tapi tak dapat, dah tu frust menonggeng... biasala.. manusia zaman skang ni... penuh dengan hati busuk macam bangkai....

Tanpa Nama berkata...

Bukan hentam, tapi tegur. Kalo buat salah berubahlah. Kalo tak buat, apa yg nak ditakutkan....jgn melatah mcm org salah. Bukan nak bela penulis, tapi org bukan kerajaan (org putih ckp swasta hehehe..) juga pembayar cukai bang.....jd mereka juga berhak utk memberi pendapat (rasanya teguran penulis tu beradab)....kita ni (sokongan yg gaji kecik) tak bayar cukai (cukai pendapatan)....

Tanpa Nama berkata...

Bukan hentam, tapi tegur. Kalo buat salah berubahlah. Kalo tak buat, apa yg nak ditakutkan....jgn melatah mcm org salah. Bukan nak bela penulis, tapi org bukan kerajaan (org putih ckp swasta hehehe..) juga pembayar cukai bang.....jd mereka juga berhak utk memberi pendapat (rasanya teguran penulis tu beradab)....kita ni (sokongan yg gaji kecik) tak bayar cukai (cukai pendapatan)....

elmyolen berkata...

Penulis tu bukan hentam PA tapi tegur..Terima laa teguran tu dengan hati yang terbuka. Saya tak nafikan memang ada segelintir PA BUKAN SEMUA YE yang suka2 hati keluar pegi sarapan dan duduk kat warung berjam2 pada waktu kerja..Time tengahari plak kluar awal lagi kul 12-12.30 t/hari untuk pegi beli makan t/hari..
Pendek kata, asik makan jek..bila masanya keja nak jalan??
So, kalau kena tegur tu memang patut pun..Fikir2kanlah rezeki yang anda terima setiap bulan dan anda suapkan pula ke mulut ahli keluarga anda..
Kalau saya boleh terima teguran itu, kenapa tidak anda??

Upin berkata...

Kalau kamu semua nak bertekak kat sini pun tak guna, gaji korang semua tak kira swasta atau kerajaan tetap macam tu juga...sama je..

Kecoh pasal makan duit rakyat le, duit rakyat le utk byr gaji le apa le...tilik diri sdri dlu..manusia tak pernah sempurna pun...

Tegur le konon..kutuk le konon...piiraahhh...

Diri sdri cakap pun tak serupa bikin...hebat sgtlah intergriti korang tue..kerajaan ke..swasta sama saja...

Jaga periuk nasi sdri sudah..tak payah sibuk sgt pasal periuk nasi org lain...kat akhirat esok pandai2 lah mereka tu nanti jawap..itupn korang nak susah..

Korang pikir psl diri korang sdri sudah...

Tanpa Nama berkata...

Janji kerja aku siap kat ofis sebelum masanya!!! Belum tentu orang yang 24 jam kat ofis siap kerjanya kalau asyik meng"face"bookan diri??? Betul???

Orang yg berjalan kat luar tue tentu kejanya pantas dibuat... Siap segala... Hahahaha

Tanpa Nama berkata...

Tegur menegur amalan mulia....hehehe

Tanpa Nama berkata...

Sikap jaga periuk nasi sendiri tak elok di amal. Manusia tak ble hidup sendiri. Nasihat utk kebaikkan perlu..ingat, apa yg penting.....kerjasama..

Tanpa Nama berkata...

takpe kita simpan periuk kita, kita guna periuk orang

Tanpa Nama berkata...

Ehh... dah main periuk plakkk... teringat pula lagu tudung periuk... macam mana hari ini ramai tak org gomen bersarapan kat Kak Mah tu?

Tanpa Nama berkata...

Aku g smlm 'terang' la skit pengunjungnya....hihihi....minggu dpn penuh balik la tu..

Tanpa Nama berkata...

lepas ni mungkin ramai yg curi tulang pasal nak buat part time...maklumlah najib dah umum kenaikan harga barang tadi...

naya..naya...

Tanpa Nama berkata...

Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.

Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pengumuman malam ini.

Berikut adalah harga baru:

Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.
Diesel - RM1.75 seliter.
Gula - RM1.70 sekilogram
Gas LPG - RM1.85 sekilogram
Berikut adalah harga baru gas:
Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Tanpa Nama berkata...

Penulis dan pembaca sama saja..sama macam bapak presiden dungu tu...biasalah PA..kalau yang keje ofos tu memang macam tu...itu kat Putrajaya...kat tempat lain pun sama..kalau dah namanya kaki tangan kerajaan.....sama lah macam kerajaan yang memerintah...daripada bos sampai ke kuli drebar sama jer...

Tanpa Nama berkata...

"paku dulang paku serepeh, kata orang dia yang lebih"

Tanpa Nama berkata...

hari ni nilai duit RM100.00 seperti nilai duit RM30.00 zaman 70-an..

bawa RM100.00 ke pasar malam tak berapa cukup.

belum masuk ke kedai runcit lagi.

jadi, faham2lah PM najib..bagilah naik gaji..

kata nak buat negara berpendapatan tinggi..

jangan jadi negara berharga barang2 tinggi dah la...kehkehkeh..

Tanpa Nama berkata...

Bagus curi tulang itu jangan aja curi org. curi org. masuk lokap. Curi tulang ataupun tidak curi tulang gaji pun sama kalau makan gaji bulan. mana ada tuhan tahu kamu orang. Kerja kuat-kuat pun mana ada org. tahu. Kerajaan banyak duit yg. kamu dapat itu tidak dia bagi kamu banyak duit, naikn kamu pangkat pun tdk. kalau kamu kerja kuat sehingga mati kerajaan hanya mampu bagi duit RM 1,500 saja guna utk kamu mati. Penulis tu hanya pandai cari kesalahan org. aja tengok2 lah muka sendiri jangan asyik cari salah org. aja. Kalau cari kesalahan org. pun salah juga pun tidak dapat masuk syurga. gurau aja jangan marah ok.

Tanpa Nama berkata...

Saya penjawat awam jugak...takdela terhegeh2 sangat mintak bonus/naik gaji...Tapi, kalo kitorang buat bisnes luar jangan kaco sudah...Nak harap makn gaji jer, sampai mati pun takkan cukup....

Tanpa Nama berkata...

Lupa pulak nak promote kat orang2 kita nih, "9/10 daripada sumber rezeki datangnya daripada Perniagaan". Tengok ranking Orang terkaya Malaysia mahupun Dunia, ade ke tersenarai Penjawat Awam? Jadi, start dari sekarang kumpul2 la modal untuk mulakan perniagaan yer, sikit2 lama2 jadi bukit...Jangan gopoh, nanti tersungkur pulak...

Tanpa Nama berkata...

nak meniaga apa? meniaga buluh kasap ke?

masuk angin keluar asap...kehkehkeh...

Saad berkata...

jengjengjeng... kehkehkeh... dan.... hehehe....

untuk... pandangan... dan... pendapat....

kehkehkeh

Tanpa Nama berkata...

mostly yang minum pagi pkul 10 tu yg dh lama servis.. nak2 10-20 thn servis sb dorg suma dh besa wat cmni ms dorg mula2 masuk keja dulu.. yang junior2 ni tak reti nak curi2 tulang.. curi tulang pon wat milo kat pantri je...

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Saya sangat bersetuju dengan topik ini..Perangai Kakitangan Awam Curi Tulang. Paling ketara di depan mata saya adalah kakitangan JKR Sri Aman Sarawak, terutama yang kerja kat luar. Bukan Jabatan Kerja Raya tapi title yang layak adalah "JANGAN KERJA RAJIN". Kerja sekejap je, tunjuk muka kejap je awal pagi kat pejabat. Keluar je, buat keje sekejap je asalkan keje kononnya. Pastu tu, lepak d kedai kopi sampai ke petang. Kalau tak pun ambil kesempatan bawa penumpang, cari duit luar. Adilkah macam tu, time keje buat kerja lain? Sia-sia je kerajaan bagi gaji penuh tiap bulan. Kalau macam ni lah berangan nak sambung pencen 60 tahun, baik tak payah, buang duit kerajaan je, sebelum staf sign opsyen 60 tahun, lebih baik ketua jabatan siasat & tanya terlebih dahulu adakah layak nak sambung ospyen atau pencen setakat opsyen yang ada je. Lebih teruk lagi ada yang mengambil kesempatan bawa penumpang perempuan time kerja untuk cuci mata & buat gangguan seksual, Dahlah curi tulang & bawa penumpang tanpa permit. Better kerajaan siasat lah perkara ni. Memburukkan imej kerajaan.

INSAN TERKILAN

adnan rempit J17 berkata...

ni semua nak fitnah je ni, mesti orang PAS PKR DAP yang dengki kami gaji lebih rm1000 dan keje rilek2.. padan muka la woi... hidup UMNO!!!

nak keje susah jgn masuk gomen, gomen hnya utk ahli umno sahaja.

Tanpa Nama berkata...

org2 gomen, sila ingat yg org swasta bile diorg berenti keje, diorg x dapat duit bulan2 dari gomen sampai diorg mati. bila diorg sakit, diorg kene kuar duit sendiri atau simpanan dlm epf.
syukur dgn rezeki masing2 udah.

Tanpa Nama berkata...

Adnan rempit!! Ko ingat org dengki gaji ko 1000 lebih ? aku ingat ko ni baru pegang duit la...

-mana ada gaji kurang 1000 dah skang ni. Maknanya gaji ko tu antara yg terendah/termurah kat negara kita tau...

Tanpa Nama berkata...

kita xblh terus menyalahkan PA..mana tau org yg minum kedai kopi tu nak pegi tgk site ke...ada tapak projek yg perlu di pantau...

jaja berkata...

tak semua penjawat mcm tu, yg ko tgk mungkin segelintir je, aku ni kat pejabat x boleh kuar sewenang-wenangnya...klu nak kuar kene sign buku...opis gomen aku mmg tegas, rata2 semua berdisplin...

Tanpa Nama berkata...

macam mana kakitangan tak curi tulang.Pewujudan jawatan tidak ada perancangan.jawatan banyak ,kerja kurang, tinggal dalam pejabat tidak adapa kerja nak ddibuat,kalau berborak nanti pelanggan luar kata tidak ada kerja, hakikatnya memang tidak aa kerja.
Cuba tuan-tuan bayangkan,satu jabatan,yang mempunyai anggota 800 orang,PT Gred 22 ada 8 orang,PT Gred 17 ada 19 orang,apa lagi kerja nak di buat.Ada dalam pejabat macam market ikan,lebih baik keluar lepoak di luar,org pun tk nampak.Bos pula satu hal,tidak pernah ada di pejabat, dalam satu minggu dalam 2 hari aje yang tinggal ddi pejabat dari pukul 8pg hingga 5ptg.Kalau kerja luar mesti ada surat,anak buah dapat kesan,inikan anak buah yg urus surat menyurat pun tak tahu, macam mana?
Saya baru masuk di sini pun dah naik pening,tak tau apa kerja nak dibuat,minta kerja kawan-kawan nak tolong, dia orang pun tak tahu nak bagi kerja apa.
Daripada bosan tidak ada kerja,lebih baik lagi kerja melambak yang tak sempat nak buat.
Datang kerja, masuk bilik,reply forum.Satu minggu datang sini ,saya sudah isi borang tukar.Kerja saya, urus Aset dan pembangunan.Mudah..! kalau ada yang berminat nak bertukar dengan saya, sila.. lah

Tanpa Nama berkata...

DATANG KERJA PUNCH PUKUL 7.40 PAGI MASUK PEJABAT TUNJUK MUKA TERUS BELAKANG CHIT CHAT.KEMUDIAN PI PASAR TANI CARI IKAN HARUWAN TAK TAHU UNTUK APA.11.00PAGI MASUK PEJABAT BACA PAPER ATAUPUN BISIK-BISIK TENTANG POLITIK. TIBA-TIBA SUDAH TIDUR DIKERUSI, KALAU TANYA CAKAP ADA DUA BULAN SJA UNTUK PENCEN.KALAU BAGI SAMBUNG KERJA 60 TAHUN BRLIAU AKAN TERUSKAN KERJA HARIAN MACAM INI SAHAJA.LEBIH BAIK KERAJAAN JANGAN SAMBUNG SAMPAI 60 TAHUN.

Tanpa Nama berkata...

Di negeri kami..
ada driver yang pakai jaket berlogo cap harimau dan ada nama kementerian...
seingat saya...mereka2 ini sedang menunggu bos atau kakitangan untuk dibawa bertugas..

Tanpa Nama berkata...

kahkahkah...
Apa??!!
guru-guru tidak curi tulang..??!!
saya rasalah orang yang tulis artikel nie belum buat rondaan di seluruh malaysia...
Mungkin kamu belum nampak guru2 yng memancing,memburu, dating atau pulang tidur dikuarters guru pada masa sepatutnya beliau mengajar..
Saya ada ramai kwn yg jadi guru.. sy tau lah..

Jawapan Standard..Kes Terpencil..

tu belum masuk guru tipu duit, guru skandal dgn anak murid dikereta, panggung..
menampar.., dan mcm2 lagi
kehkehkeh..

biasalah...Kes Terpencil..

Tanpa Nama berkata...

buka mata luas2 ...ooii..
kerana terlalu menDEWAkan guru lah... keburukan guru kita bela..

memanglah tanpa guru siapa kita... tapi kena ingat...itu bagi guru2 yg amanah...
bagi yang mengkhianati amanah..
cheh..

Tanpa Nama berkata...

Guru tu manusia juga.

Manusia ada baik macam tuhan dan ada yg jahat macam saytan.

Yg. baik masuk syurga dan yg jahat masuk neraka.

Kalau semua baik2 nanti tiada siapa yg masuk neraka, tak ada polis utk berjaga nanti mereka tidak ada kerja

Oleh itu gaji, elaun dan pangkat polis dan guru cepat naik

sebab manusia sekarang ramai yg jahat2 minta ditangkap polis