Berita Harian
2010/07/07
KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak mempertikaikan cadangan pemberian status penduduk tetap (PR) kepada pelajar asing cemerlang yang mendapat biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kerana menganggap ia anugerah yang terlalu tinggi untuk bukan warga negara. Sebaliknya, mereka mencadangkan kerajaan menimbang insentif lain bagi menarik minat rakyat asing yang mempunyai kepakaran dan kemahiran untuk bekerja di negara ini, sekali gus memberikan sumbangan kepada pembangunan Malaysia.
Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata pihaknya kurang senang dengan tawaran status PR kerana ia membabitkan isu kerakyatan dan tahap kesetiaan warga asing terhadap raja dan negara yang boleh dipersoalkan.
2010/07/07
KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak mempertikaikan cadangan pemberian status penduduk tetap (PR) kepada pelajar asing cemerlang yang mendapat biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kerana menganggap ia anugerah yang terlalu tinggi untuk bukan warga negara. Sebaliknya, mereka mencadangkan kerajaan menimbang insentif lain bagi menarik minat rakyat asing yang mempunyai kepakaran dan kemahiran untuk bekerja di negara ini, sekali gus memberikan sumbangan kepada pembangunan Malaysia.
Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata pihaknya kurang senang dengan tawaran status PR kerana ia membabitkan isu kerakyatan dan tahap kesetiaan warga asing terhadap raja dan negara yang boleh dipersoalkan.
Ia adalah penghargaan terlampau tinggi dan tidak sepatutnya status PR sewenang-wenangnya diberikan kepada rakyat asing, Ia adalah suasana tidak sihat, katanya. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kelmarin berkata, langkah itu antara usaha menarik bakat dan tenaga kerja berkemahiran tinggi dari luar negara menyumbang kepada pembangunan Malaysia. Insentif termasuk PR itu dijangka diberi kepada pelajar tajaan kementerian dan sedang melanjutkan pengajian dalam peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD). Sementara itu, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mempertikaikan tawaran status PR walaupun menyambut baik usaha kerajaan memberikan insentif kepada pelajar asing yang cemerlang. Presidennya, Mohd Hamzah Zainul Abidin, berkata kerajaan boleh melanjutkan visa pelajar asing cemerlang selain insentif lain yang tidak berkaitan dengan isu kerakyatan. Bagusnya cadangan ini ialah apabila negara mempunyai tenaga pakar berkemahiran untuk program pembangunan dan secara tidak langsung pelajar tempatan berusaha meningkatkan daya saing dengan pelajar asing. Pelajar tempatan juga tidak seharusnya terlalu jumud untuk menganggap peluang mereka dalam pasaran pekerjaan terjejas dengan kehadiran pelajar asing, katanya. Presiden MPP Universiti Malaya (UM), Khairul Anuar Abu Kasim, berkata status PR tidak harus dijadikan sandaran untuk menarik minat tenaga kerja asing ke negara ini sedangkan pada masa sama, ramai sudah memohon sejak berpuluh tahun lalu tetapi permohonan mereka tidak dilayan. Beliau berkata, kerajaan mungkin boleh memikirkan imbuhan setanding dengan yang ditawarkan negara lain bagi menarik pelajar asing datang ke negara ini. Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud, turut meminta kajian lebih teliti bagi memastikan cadangan itu tidak menjadi kes rujukan yang memberi kesan negatif pada jangka panjang
13 ulasan:
apa nak jadi dengan kejaan kita pun tak taulah...huru hara...
isu lebih penting tak mau pikir..tup tup nak bagi PR pada warga asing yg belajar di malaysia.
tak pasal2..bebudak asing tu dapat habuan..
patutnya, kejaan pikir soal lain yg menyangkuti rakyat malaysia dulu. soal harga barang, soal minya naik, perkhidmatan naik, soal pendidikan yg kos semakin naik dan sebagainya..bukan pegi pikr hal2 yg 'luar biasa' gitu..
atau kalau nak mewarga sangat rakyat asing..apa salahnya kejaan bagi kemudahan atau mengPRkan isteri2 rakyat malaysia yg warga asalnya adalah warga asing..ya ngak? hehee..
contoh..suami malaysia, isteri indonesia/arab/filipina/vietnam dan sebagainya..begitu juga isteri malaysia, suami indonesia/arab/england dan sebagainya. kan lebih baik..
heee...cadangan dan pendapat...heeeee...
nak bagi duit x de duit
yg senang ialah bagi kerakyatan la
patutnya bagi kat wanita yg cantik sahaja
barulah baka malaysia nnt ramai cun
Bantah sekeras2nya. S'pore pun x bg PR kat org luar yg keje kat negara mereka. Memadai dgn gaji menarik dan setara dgn kepakaran mereka. Budak2 U pun pandai pikir cadangan tu mmg tak bagus...kesannya (mungkin negatif) pada negara utk j/masa panjang..
Aku pun tak tau apa yang ada dalam kotak pemikiran menteri/pemimpin Malaysia.Kita nak jadi hero dunia tapi berapa ramai lg rakyat kita sendiri yang hidup di bawah garis kemiskinan...daif. Kita sibuk nak bantu negara orang sana sini...nak glamour.Kita terlalu baik dgn warga asing yang sering membuat onar... nak bagi pulak PR. Lama2 kita jadi hamba di negara sendiri. Kita jadi kuli kepada orang asing...orang asing akan pijak kepala kita. Aku benci Bangla, Indon, Myanmar, Vietnam, Philipine,Awang gelap dan orang asing. Aku nak bebas dari bayangan warga asing... ini bukak mata je nampak Indon...nampak Bangla... eisssssssssssss...bosan...menyampah.
BAGI SAYA LA,PR TEK PERLU DIBERI KEPADA PELAJAR MAU PUN PEKERJA.... KAMI DI SABAH DAH KENYANG MELIHAT PENDATANG NI, SAMA ADA DENGAN IZIN/TAMPA IZIN... MELINCONG SEDIKIT K.. MOHON KERAJAAN JANGAN LAGI MENGELUARKAN SIJIL WARGANEGAR KEPADA WARGA ASING YANG MENETAP DI SABAH BERHENTI.................
kita kakitangan awam ni duduk le menunggu ape yg kejaan nak umum untuk kite..
gaji naik ke..elaun naik ke..atau pengstruktur penggajian baru ke..tapi..tup tup..warga asing juga yg dapat 'pengumuman'..bertuah betullah warga asing ni...
saya mengesyorkan agar kerajaan malaysia perlu menjadi lebih dinamik dan lebih profesional dlm semua hal, barulah rakyat akan hormati dan sanjungi..
segala tindak tanduk perlulah lebih 'nampak' hebat dan tepat.
keadaan seperti flip flop atau keputusan2 'luar biasa' yg tidak mencerminkan kehebatan kerajaan hendaklah dielakkan.
pandangan...
Mula2 bagi PR... pas dapat kerakyatan dengan harapan boleh mengundi dan sokong BN.
SEDARLA WAHAI INSAN YANG TELAH DIBERI TANGGUNGJAWAB UNTUK MEMIMPIN. HENTIKAN CARI POPULARITI MURAHAN YANG AKAN MENJAHANAMKAN NEGARA.
Pengumuman Budget 2011
Ekonomi kta masih belum stabil. KDNK belum begitu memberangsangkan. Sebagai menghargai sumbangan kakitangan awam saya cadangkan bayaran isentif sebanyak RM500 kepada semua kakitangan awam tanpa mengira gred. Bayaran akan dibuat dua kali iaitu sebelum hari raya aidil fitri dan sebelum hari Krismas.
Kita...bla...bla... bla... kita akan naikan cukai tembakau sebanyak 500%...bla...bla...
elok.... juga.... beri.... pr.... pada.... yang .... layak .... heee
bagi... pada ... PKA... x pernah ... syukur.... heee
pandang.... dan .... cadangan heee...
kehkehkeh dan hehehe
oleh kerana mahal nak tanggung bonus semua PA, dicadangkan hanya ahli UMNO sahaja diberi bonus RM1000. ini akan meningkatkan sosioekonomi negara dan membangunkan modal insan. warga cina dan india pula haruslah dicukai lebih lagi kecuali mereka menyokong BN.
- Pemuda UMNO Balik Pulau -
boleh..tapi dengan syarat cukai hanya layak dibayar oleh ahli umno saja...
kehkehkeh...
Agaknya bapak menteri memang bodoh dungu la..banyak lagi benda lain boleh difikirkan daripada beri PR tu...sekarang ni semua nak bagi...lama2 butuh dalam seluar dan pungkoq kat belakang bagi kat orang...
Sebenarnya menteri-menteri ni nak tunjuk dia buat kerja so buatlah sesuatu yang kadangkala tak ada rasionalnya langsung.
contoh - bagi PR pd warga asing
- mansuhkan UPSR & PMR
- suruh subjek kepenggunaan
di jadikan subjek wajib.
- bagi pembantu rumah asing
pegang pasport.
- bagi pembantu rumah cuti
sehari seminggu.
Esok lusa bagi satu negeri kat negara lain.
Catat Ulasan