SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

13 April 2021

Cuepacs mohon gaji minimum RM1,800

 FMT
12/4/2021


PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), memohon supaya gaji minimum sektor awam ditetapkan sebanyak RM1,800 sebulan.

Presiden Adnan Mat berkata, berdasarkan hasil kaji selidik yang dilakukan, satu isi rumah membelanjakan sebanyak RM5,000 setiap bulan.

Adnan berkata perbelanjaan itu berdasarkan tiga fokus pendapatan yang merupakan perbelanjaan perumahan, perbelanjaan pengangkutan, dan keperluan harian.

“Penjawat awam masih menerima gaji bulanan bawah paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2021 RM2,208.

“Kerajaan juga perlu memberi penekanan dalam penetapan kadar gaji minimum sebanyak RM1,800 sebulan dan menyemak semula Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang diguna pakai oleh perkhidmatan awam,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Adnan berkata, SSM merangkumi gaji permulaan RM1,800, elaun sara hidup (Cola) RM300, imbuhan perumahan RM300, dan elaun perkhidmatan awam RM110, akan melebihi daripada PGK.

Namun, SSM yang dilaksanakan bermula November 2002 tidak pernah dikaji atau ditambah baik, mengatakan sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula skim itu bagi memenuhi keperluan ekonomi dan kos sara hidup semasa.


“Kajian semula SSM ini perlu dilakukan dengan kadar segera memandangkan skim tersebut digubal berdasarkan keadaan ekonomi dan sara hidup sekitar 2002 dan boleh dianggap tidak relevan dengan persekitaran eko
nomi semasa.

“Dalam tempoh 19 tahun ini, kita berhadapan dengan pelbagai kos kenaikan sara hidup termasuk harga rumah yang begitu mendadak.

“Kebanyakan gaji permulaan di sektor kerajaan sebanyak RM1,200 tanpa mengambil kira elaun lain,” katanya.

Sementara itu, Adnan berkata, gesaan tersebut bukan bertujuan mendesak kerajaan melaksanakannya kadar segera pada tahun ini sebaliknya suatu usaha yang erlu dilakukan sekarang.

“Cuepacs juga bersedia mengadakan rundingan dan perbincangan dengan kerajaan dalam menyemak dan memperbaharui semula SSM.

“Satu tindakan drastik perlu dilakukan bagi menyemak semula SSM agar hasrat kerajaan meningkatkan mutu perkhidmatan penyampaian sektor awam dilakukan dengan lebih berkesan,” katanya.

Cuepacs juga berharap kerajaan dapat menambah gred kenaikan pangkat Gred 28 dan 40

Tiada ulasan: