SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2020 : PEKERJA TERAS, ,MENDEPANI CABARAN

15 April 2021

Cuepacs seru 1.6 juta penjawat awam berwakaf melalui potongan gaji

Sinar Harian
13/4/2021 


SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam Awam (Cuepacs) menyeru kesemua kira-kira 1.6 juta penjawat awam melibatkan diri dalam sumbangan wakaf tunai melalui potongan gaji secara berkala dan sukarela sempena Bulan Wakaf Kebangsaan.

Presidennya, Adnan Mat berkata, pembabitan penjawat awam itu dapat mengukuhkan peranan wakaf sebagai salah satu elemen penting yang mampu membantu meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.

"Langkah kerajaan meluluskan Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2020 untuk melakukan potongan gaji wakaf tunai secara sukarela bagi pegawai awam yang berkhidmat di persekutuan dan negeri merupakan satu kemudahan perlu dimanfaatkan oleh semua penjawat awam.

"Bayangkan sekiranya 1.6 juta penjawat awam menyumbang purata RM10 seorang pada setiap bulan untuk sumbangan wakaf, sudah tentu sekitar RM192 juta setahun mampu dikumpulkan ke dalam dana wakaf tersebut melalui penjawat awam sahaja," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Adnan bagaimanapun menegaskan, usaha yang lebih berkesan perlu dilakukan oleh kerajaan terutama Yayasan Wakaf Malaysia bagi menyakinkan dan menggalakkan penglibatan penjawat awam terutama mereka yang bukan beragama Islam.

"Cuepacs juga berharap Yayasan Wakaf Malaysia dengan penglibatan majlis agama-agama Islam negeri melaksanakan pelbagai lagi inisiatif bagi mengukuhkan penglibatan rakyat terutama masyarakat bukan Islam supaya bersama-sama terlibat dalam pembangunan dana wakaf.

"Persepsi mengenai dana wakaf hanya khusus untuk umat Islam sahaja perlu ditangkis dalam pemikiran rakyat melalui pendekatan yang lebih mesra kepada masyarakat bukan Islam," jelas beliau.

Dalam konteks perkhidmatan awam pula, Adnan berkata, Cuepacs berharap semua ketua jabatan perlu memainkan peranan aktif dalam menggalakkan pegawai dan kakitangan terlibat dalam sumbangan wakaf tunai melalui potongan gaji.

"Salurkan info secara jelas mengenai peranan dan kepentingan berwakaf agar penjawat awam lebih jelas mengenai potongan gaji yang mereka lakukan," ujarnya.

Katanya, salah faham mengenai wakaf hanya untuk orang Islam dan hanya memberi manfaat kepada golongan itu sahaja harus diperbetulkan kerana konsep wakaf adalah untuk kesejahteraan umat manusia secara keseluruhan.


17 ulasan:

Memerhati berkata...

Boleh.. Naik kan kan la gaji dlu.. Apa2 semua skrg ni naik harga.. Harfa rmh lagi la.. Urmm

Awanama berkata...

Gaji menteri xkan 50 sen sehari je

sekpermatangbuloh berkata...

Masih terdapat Jurang yang besar pada Kenaikan gaji tahunan kumpulan sokongan 2 jika dibandingkan dengan kumpulan sokongan 1.... mohon perkara ini juga diberi perhatian....

akmal berkata...

bantuan khas raya senyap je apa cerita,sibuk pasal nk potong gaji je,persiapan nak raya fikir lah juga dengan barang harga naik,gaji masih takuk lama,main lah peranan sdikit.

akmal berkata...

cuepacs lantang sdikit usulkan manfaat untk penjawat awam jgn duk fokus pasal potong gaji je,ramai lagi penjawat awam xbeli rumah ni,tolong jgn tido..

Awanama berkata...

MOHON LANTANG SIKIT CEUPACS..JGN SENYAP AJE.BEZA LAH KEPIMPINAN DULU DGN SEKARANG.DAN HARAP NYA CEUPACS PERLU SEGERA BERTEMU PM UTK BANTUAN KHAS AIDILFITRI.PALING KURANG RM1K SETIAP ORG KAKITANGAN AWAM.DULU TIAP TAHUN ADA BANTUAN KHAS NI.NI SENYAP JE ....JGN TIDO SGT CEUPACS.RAYE DH NK DEKAT DH NI.....KASI CEPAT SIKIT.

Awanama berkata...

kami mohon bantuan khas aidifitri ceupacs.

Awanama berkata...

duit raye mane ? diam je ?

Kes Naya berkata...

Apala kerja yang Kopek ni buat? tak ada makna langsung kewujudan Kopek ni bg Penjawat Awam...
Sembang kasi orang bimbang jer....

Awanama berkata...

Rindu zaman Datuk Omar Osman, bekas Presiden Cuepacs. Zaman Dato Omar sangat lantang bersuara dan byk manfaat kakitangan terima ketika itu. Jasamu dikenang.

May berkata...

Mohon kenaikan gaji bg senior senior based on kelayakan la. Nk tunggu kenaikan pangkat, sampai mati pun xnaik. Kenapala gaji tak naik bg N19 yg de kelayakan Ijazah. Duk balik tmpt asal, buat balik kerja asal, gaji je naik ikut kelayakan ijazah la. Macam cikgu sekolah.
Bagi N19 xde sumbang tenaga kerja ke?
Harap hargailah pekerja N19 walaupun gred rendah, Tapi kerja bagai. Macam macam kena cover. Mentah mentah N, semua skop kerja boleh cover. Tp gaji ciput apa ceritanya???
apa gunanya study byk byk, duk buat PJJ tp gaji masih duk dekat gaji SPM.
Memang la nk naik pangkat kena tgk de kekosongan ke tak.
Ikutkan SP xperlu la duk ambil org baru. Ambil la dulu staff sedia ada, naik la pangkat mereka. Kalau xde kekosongan gred lebih tingg, bg la gaji terus dinaikkan ikut kelayakan ijazah. Ni, smpi mati dengan gaji SPM, cian dengan kos sara hidup sekarang.
Nk suruh rakyat, bersyukur dgn gaji ciput tp barangan harian duk melambung tinggi macam saham. Minyak duk naik. Macam mana rakyat tak mengeluh.

Awang Liku berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Awanama berkata...

mohon ceupacs aktifkan balik cadangan kenaikan 1 KGT kakitangan awam atau elaun2.dan wujudkan jawatan2 kerani kanan tertinggi banyak sikit.atau time based 8 tahun saja selepas kanan.dan jadual pencen di semak semula.yakni di awalkan semula kpd 50 tahun pilihan pencen.tak payah lama2 sgt keje.beri peluang pd org2 muda lain yg baru habis belajar tu plak masuk sektor awam.tak perlulah sampai 60 tahun bekhidmat.lama sgt .naik tepu dh.dan barang siapa yg telah mendapat khidmat cemerlang sebanyak 2 kali beri kenaikan melintang menegak mcm dahulu secara automatik dikira semasa berkhidmat.siapa ada cemerlang 2kali semasa berkhidmat layak mohon kenaikan melintang, menegak..baru lah gaji cpt naik.nk tunggu kenaikan gaji tahunan lambat.

Kes Naya berkata...

sepatutnya SPA tak boleh ambil calon yang kelulusan lebih tinggi dari syarat kelayakan yang ditetapkan. Kalau Jawatan N19 tu sepatutnya bagi yang ada kelulusan SPM aje sebab bila bagi pada yang ada kelayakan yang lebih tinggi mcm mana pula pemohon yang ada kelulusan SPM je? bila bagi calon yang kelulusan lebih tinggi daripada syarat kelayakan nanti terpinggir la calon yang ada SPM je?

Awanama berkata...

Tambahkan tempoh moratorium plsss... sehingga habis tempoh darurat pentadbiran..

Awanama berkata...

ceupacs x de pun pekeliling bantuan khas aidilfitri 2021 ? update la sikit kat blog ni apa2 perkembangan terkini khas utk kakitangan awam ni.

Awanama berkata...

setuju lanjutkan moratorium sampai habis darurat utk semua secara automatik