SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2021 : PEKERJA TERAS, ,MENDEPANI CABARAN

23 September 2021

CUEPACS mohon pertimbang bonus penjawat awam

Berita Harian
23 September 2021


IPOH: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) menggesa kerajaan melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) pada Belanjawan 2022 yang akan diumumkan nanti, mempertimbangkan bonus kepada penjawat awam.

Presidennya, Adnan Mat berkata, perkara itu perlu juga diberi perhatian pada belanjawan kali ini berikutan situasi rakyat yang sedang berdepan situasi sukar akibat pandemik COVID-19.

Ini kerana, katanya, sebelum ini penjawat awam walaupun sudah lebih sepuluh tahun berkhidmat hanya menerima bantuan khas kewangan RM500.

"Kita faham kerajaan berdepan pandemik COVID-19 tetapi pada masa yang sama kita juga perlukan penghargaan walaupun kerajaan berubah tiga kali tetapi kita terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara.

"Justeru itu sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam, kita mohon kerajaan juga memberikan pertimbangan supaya memberi bonus dan bukan lagi bantuan khas kewangan," katanya ditemui pada Program Sahsiah Murni 'Jom Derma Darah' sempena Sambutan Kemerdekaan, Penubuhan Hari Malaysia dan Ulang Tahun AUEGCAS Ke-58 di Anjung AUEGCAS Perak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab di sini hari ini.

Adnan berkata, pada masa yang sama dalam Belanjawan 2022, kerajaan juga perlu memperuntukkan sejumlah wang bagi melaksanakan sebuah sistem saraan yang baharu kepada perkhidmatan awam yang lebih komprehensif, gaji lebih selesa dan perbelanjaan yang adil.

Katanya, adalah menjadi amalan setiap 10 tahun sejak tahun 1992, kerajaan memperkenalkan sistem baharu di dalam perkhidmatan awam dan ia perlu dilaksanakan pada tahun depan.

"Kita memohon satu sistem saraan yang baharu perlu dilaksanakan dalam Belanjawan 2022.

Selain itu, Adnan juga berkata, CUEPACS juga akan mengusulkan cadangan supaya 35,000 penjawat awam di pelbagai jabatan berstatus kontrak yang sudah lebih 15 tahun berkhidmat untuk diserap masuk ke jawatan tetap.

Katanya, setakat ini terdapat seramai 1.62 juta penjawat awam dengan kira-kira 35,000 pekerja kontrak daripada pelbagai agensi di seluruh negara.

"Bagi pekerja kontrak ini, kerajaan sudah melaksanakan dasar 15 tahun kontrak boleh diberi jawatan tetap tetapi masih lagi terdapat ketua perkhidmatan yang tidak melaksanakannya.

"Jadi kita mahu pekerja kontrak yang sudah berkhidmat melebihi 15 tahun diberikan jawatan tetap secara terus kepada mereka," katanya.

Media melaporkan Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan pada 29 Oktober ini kekal sebagai belanjawan pemulihan untuk menyokong usaha pembaharuan kerajaan yang lebih meluas dan berjangka panjang di bawah RMKe-12.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilaporkan berkata, berdasarkan tiga fokus utama Belanjawan 2022 iaitu memacu pemulihan ekonomi (recovery), membina semula daya tahan negara (resilience) dan memangkin pembaharuan (reform), dengan bank dan institusi kewangan termasuk institusi kewangan pembangunan (DFI) akan memainkan peranan penting untuk terus maju.


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kaji semula gaji di Sabah. Harga barang di Sabah jauh lebih mahal daripada harga barang di Semenanjung Malaysia. Naikkan gaji - kuasa beli bertambah - golongan PENIAGA & PENJAJA dapat manfaat. Buat masa sekarang, kami berkira-kira untuk mengeluarkan duit untuk membeli drp golongan peniaga & penjaja, gaji kecik.

akmal berkata...

bagilah kenaikan gaji penjawat awam,barang pun naik,gaji xnaik.

Kes Naya berkata...

Ceupacs tak pernah perjuang secara serius pun masalah gaji dan bonus tahunan penjawat awam.. Setiap kali Bajet apabila kerajaan bagi Bantuan Khas, Ceupacs hanya terima sahaja langsung tak membantah.. Senang je kerja Ceupacs..

Awang Liku berkata...

Ni pesanan kepada Presden Cuepacs...kalau belanjawan ni GCR 75 tak boleh nak selesai.harap letak jawatan....x faedah langsung kpd Cuepacs...kna lantik yang cerdik dan berwibawa sikit.

Unknown berkata...

Hmmm