SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

21 Oktober 2021

CUEPACS syor sistem gaji selesa, adil

 Berita harian
21 Oktober 2021


PUTRAJAYA: Kajian bagi menentukan struktur baharu saraan perkhidmatan awam bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) perlu mengambil kira elemen gaji minimum yang bersesuaian dengan keadaan semasa.

Presiden CUEPACS, Adnan Mat, berkata pihaknya berharap kajian itu juga mengambil kira terma gaji yang selesa dan perbelanjaan yang adil.

"Ia bagi membolehkan apabila gaji penjawat awam dinaikkan, kita memiliki lebih kuasa untuk berbelanja, namun harga barangan juga perlu dikawal supaya tidak naik dengan lebih tinggi.

"Menteri juga perlu melihat pendapatan pada garis kemiskinan. Ketika ini, gaji minimum untuk penjawat awam adalah RM1,200 dan selepas dicampur segala elaun tetap, ia boleh mencecah RM1,900.

"Namun, ia masih rendah berbanding garis kemiskinan yang pada paras RM2,280," katanya kepada BH, hari ini.

Adnan juga berkata, bagi memastikan gaji penjawat awam tidak berada di bawah paras garis kemiskinan, pihaknya mencadangkan supaya gaji minimum itu dinaikkan hingga ke RM1,800.

Selain itu, katanya, CUEPACS ada mencadangkan supaya kenaikan gaji tahunan diubah daripada serendah RM80 setahun kepada serendah RM120, bergantung kepada gred penjawat awam terbabit.

Beliau berkata, struktur baharu saraan perkhidmatan awam penting dalam mencapai hasrat kerajaan untuk meningkatkan tahap pendapatan isi rumah di negara ini sebanyak RM10,000 sebulan menjelang 2025.

"Sekiranya pendapatan bulanan untuk setiap empat ahli keluarga serumah pada purata RM2,500, sudah tentu struktur ini munasabah untuk memacu ke arah negara berpendapatan tinggi menjelang 2025.

"Namun, ketika ini kenaikan gaji tahunan sangat rendah iaitu RM80 dan ini tidak setara dengan perbelanjaan bulanan atau harga barangan di pasaran. Kita dapati harga barangan naik lebih pantas berbanding dengan kenaikan gaji tahunan penjawat awam," katanya.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Selalunya org awam ckp, kenaikan harga barang disebabkan kenaikan gaji penjawat awam, sedangkan harga barang naik berkali-kali SEBELUM kenaikan gaji penjawat awam.
Naikkan gaji lebih tinggi - Kuasa Beli Bertambah - Peniaga Kecil & Besar dapat MANFAAT.

Orang lama berkata...

Naik apannya...untung org baru..org lama still mcmtu..nothing..ini bin mewakili semua penjawat Awam.Yg untung orang baru je..klu nak minta,mintala bagi selaras sebagai contoh kenaikan 2 tangga gaji dlm masa setahun.itu baru adil utk semua penjawat Awam..ingat org lama mkn kayu batu ke

veteran berkata...

Betul tu...nak naik gaji minimum...yg orang lama gaji tak bergerak-gerak...orang baru je yang untung

Unknown berkata...

Mohon semak semula gaji penjawat awam yg berada di Paras kemiskinan bagi gred bawah Kerana kos hidup yg naik berganda2.... Tolong lah kaji... Kami cukup terkesan