SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

28 Julai 2022

CUEPACS akan piket jika gaji penjawat awam tak naik sebelum PRU

 Berita Harian
28 Julai 2022


KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengesa kerajaan menaikkan gaji penjawat awam sebelum Parlimen dibubarkan atau berisiko berdepan protes jalanan daripada penjawat awam.

Presidennya, Adnan Mat berkata, cadangan untuk menaikkan gaji kakitangan awam Gred 19 kepada Gred 29 sudah banyak kali dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), namun tiada tindakan diambil.

"Jika gaji mereka tidak disemak sebelum Parlimen dibubarkan, CUEPACS bersedia untuk berpiket di Putrajaya bersama penjawat awam," katanya seperti dipetik portal dalam talian Free Malaysia Today.

Adnan berkata, perhimpunan itu juga akan menuntut pengurangan kos barangan sebelum pilihan raya umum (PRU15) akan datang.

Minggu lalu, CUEPACS menggesa kerajaan meluluskan cadangan menaikkan gaji penjawat awam bagi membantu mereka menghadapi kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Adnan berkata, cadangan lain termasuk:

• pelaksanaan gaji minimum RM1,800 untuk kakitangan awam;

• dua kenaikan setiap tahun;

• sistem saraan lebih berkesan yang menyeluruh, adil dan saksama;

• elaun pelbagai tugas;

• elaun batik dan pakaian kebangsaan;

• mengisi kekosongan jawatan pembantu tadbir dengan segera;

• tiada pelupusan jawatan yang tidak diisi selama dua tahun seperti yang terkandung dalam pekeliling Perbendaharaan baru-baru ini sebagai langkah penjimatan kos; dan

• menamakan semula jawatan pembantu tadbir kepada pegawai perkeranian, seperti sebelum ini.

Beliau berkata, struktur gaji semasa penjawat awam sudah dilaksanakan sejak 2002 dan wajar dikaji semula bagi memastikan ia relevan dengan zaman semasa.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Wbt.

Demi memberik perkhidmatan yang berkesan kepada rakyat dan memantapkan kemahiran atau skill dalam pekerjaan, tidak dinafikan terdapat dalam kalangan penjawat awam yang sambung belajar untuk mendapatkan ilmu di universiti awam (IPTA) atau swasta belajar sambil bekerja untuk mendapatkan ijazah sarjana muda/ijazah sarjana/diploma lanjutan kebiasaan mereka dari Gred 19 atau 29 dari pelbagai agensi.

Tidakkah Cuepacs memperjuangkan juga golongan-golongan seperti ini dan mendapatkan data-data dari agensi-agensi dalam perkhidmatan awam secara berkala. Mereka berkorbankan masa dan wang ringgit demi kelangsungan dalam peningkatan pengetahuan yang sentiasa berkemmbang, juga skill baru yang menjadi keperluan untuk sumbangan kepada masyarakata awam.

Sewajarnya, CUEPACS harus mendokong dan mendedahkan hal sedemikian yang sepengetahuan saya memang ramai dalam kalangan penjawat awam yang terus belajar ilmu pengetahuan yang terkini dari beberapa universiti awam/swasta.

Mohon CUEPACS memperjuangkan dari segi insentif walaupun mereka Gred 19 atau 29 memegang sarjana muda/sarjana/diploma lanjutan.

Mohon CUEPACS mengkaji dan prihatin nasib mereka ini juga.

Terima Kasih.

Tanpa Nama berkata...

setuju..

Tanpa Nama berkata...

Nak sambung belajar tapi rasanya telah diingatkan bahawa perjawatan mengikut kelayakan pendidikan tertakluk kepada kesediaan jawatan.

Jika satu kumpulan gred mahu memperjuangkan tingkat gaji tertentu atas sebab Kos hidup atau telah sambung belajar dan jika perjuangan berjaya, tingkat gaji baharu hampir dgn tingkat gaji kumpulan tertentu, adakah kumpulan terdekat akan berdiam sahaja? Itulah reaksi rantaian namanya.

Tanpa Nama berkata...

Tolong perjuangkan penebusan awal GCR bagi penjawat awam. Ramai lagi yang tak dapat. Tolong prihatin dengan masalah rakyat... PERDANA MENTERI /CUEPACS / Kementerian Kewangan / JPA.