SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

16 Julai 2022

Teliti beberapa perkara pelaksanaan penjimatan perbelanjaan perkhidmatan awam - Cuepacs

 Astrowani 

16 Julai 2022


KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan meneliti beberapa perkara dalam melaksanakan Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam, terutama perkara yang boleh mengakibatkan 'gangguan' kepada sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.
Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat yang menyifatkan langkah kerajaan mengeluarkan garis panduan penjimatan itu sebagai 'kepimpinan melalui teladan' berkata, antara perkara yang dimaksudkan termasuklah hal-hal yang melibatkan perjawatan.

Katanya terdapat banyak kekosongan perjawatan yang tidak diisi ketika ini dan jika ia diperketatkan, Cuepacs bimbang banyak jabatan akan terjejas, terutama sektor penting seperti kesihatan, keselamatan atau perkhidmatan langsung kepada rakyat.
"Adalah tidak wajar jika kerajaan memotong perbelanjaan sehingga mengakibatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam terjejas. Akhirnya perkhidmatan awam akan dihakimi oleh rakyat sebagai gagal kerana tidak mampu memberi perkhidmatan yang terbaik.
"Cuepacs tidak boleh bertolak ansur sekiranya penjimatan atau potongan perbelanjaan itu melibatkan perkara penting atau memberi kesan kepada sistem penyampaian perkhidmatan awam," katanya dalam kenyataan hari ini susulan pengeluaran garis panduan penjimatan oleh kerajaan baru-baru ini.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam CUEPACS.

Saya nak bertanya mengenai persatuan-persatuan ataupun kelab-kelab "TAK BERDAFTAR" dalam jabatan (Contohnya Kelab Rekreasi, Kelab Sukan, Kelab Music, Persatuan Kebajikan dsb). Boleh ker Persatuan2 atau kelab2 dalam jabatan ni memungut wang drp kakitangan seperti yuran bulanan, mingguan dsb (RM10, RM5 atau RM3 tiap2 bulan). Agak membebankan lah utk kakitangan bawahan seperti kami ni. Ketua2 jabatan semacam tak kisah tentang perkara ni sebab mereka lah yang menggalakkan perkara ni (mentang2lah ketua2 jabatan ni gaji besar). Tolong ambil perhatian, kami kakitangan bawahan tak berani bersuara atau menentang.

Tanpa Nama berkata...

"Cuepacs tidak boleh bertolak ansur sekiranya penjimatan atau potongan perbelanjaan itu melibatkan perkara penting atau memberi kesan kepada sistem penyampaian perkhidmatan awam,"... Nak tanya apa yang Ceupacs boleh buat kalau kerajaan nak buat jugak penjimatan atau potongan perbelanjaan? Sembang kasi orang bimbang... Sekarang ni Staf Pelaksana dah jadi macam bangla gai x serupa bikin....

Tanpa Nama berkata...

Agrobank telah menghantar SMS berkenaan kenaikan OPR. Haduihh.. naik lah potongan bulan nih.